| gula I | benda manis yg dibuat drpd pati (air) tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan (spt tebu, kelapa, anggur, dll); ~ aising gula berbentuk serbuk berwarna putih yg digunakan utk membuat aising; ~ anggur gula drpd buah anggur; ~ aren (enau, kabung) gula drpd nira enau; ~ batu (buku) gula yg berketul-ketul; ~ bit gula yg terdapat drpd ubi bit putih; ~ demerara gula tebu berwarna perang muda yg datangnya dr Demerara; ~ ganting gula kasar; ~ getah manisan yg dicampur getah (karet) utk dikunyah; ~ kastor gula putih yg sangat halus; ~ kuning gula pasir yg berwarna kemerah-merahan; ~ melaka (jawa, kelapa, nyiur, tuak) gula drpd nira kelapa; ~ merah a) gula pasir merah; b) gula enau (kabung); ~ pasir (putih) gula halus spt pasir dibuat drpd air tebu; ~ ringkas gula dlm bentuk ringkas spt glukosa, fruktosa, galaktosa; ~ tarik sj manis-manisan drpd gula; ~ tebu gula drpd tebu; penyakit ~ kencing manis; ada ~ ada semut prb di mana banyak keuntungan dan rezeki, di situlah banyak orang berkumpul; hitam-hitam ~ jawa prb Jk dikatakan kpd perempuan yg hitam kulitnya tetapi manis rupanya; semanis-manis ~, ada pasir di dalamnya prb kata-kata yg lemak manis itu biasanya berisi tipu muslihat; umpama ~ di dlm mulut prb pekerjaan yg mudah dilakukan (sesuatu yg sudah dikuasai); gula-gula 1. bermacam-macam manisan dibuat drpd gula; ~ getah sj gula-gula bergetah dan berperisa utk dikunyah-kunyah sahaja; 2. bp sesuatu yg menyukakan hati; 3. bp gundik, perempuan utk bersuka-suka; menggula, menggula-gula bp mengangkat-angkat (menyanjung-nyanjung) utk mendapat sesuatu, melakukan atau mengatakan yg muluk-muluk terhadap seseorang utk memperdayanya atau mendapatkan sesuatu: bijak sungguh orang tua yg berasal dr Pulau Pinang itu berdiplomasi, patutlah bapa aku dulu mudah digulanya; menggulai memberi bergula pd, membubuh gula pd;menggulaikan menjadikan (kata-kata, percakapan, dsb) manis dan muluk-muluk utk memperdaya seseorang atau utk mendapatkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ada | 1. boleh didapati (ditemui, dilihat, dsb), bukan khayalan atau rekaan, wujud: ada orang yg mempercayai hantu itu ~ dan ada pula yg mengatakan ianya khayalan manusia; tidak ~ lagi binatang raksasa sekarang; 2. boleh diperoleh (didapati, dijumpai, dsb) di sesuatu tempat: gula dan kopi ~ di dlm almari itu; dia tidak ~ di rumahnya sewaktu kami sampai; 3. telah sedia, telah terkumpul dsb (utk diberi perhatian dsb): ~ banyak surat yg perlu ditandatangani; ~ kerja penting yg belum diurus lagi; 4. mempunyai: Razi ~ banyak barang mainan; tidak ~ cita-cita; 5. (masih) hidup, belum meninggal dunia: ibunya masih ~ tetapi ayahnya sudah meninggal; dia sudah tak ~ dia sudah meninggal dunia; 6. benar-benar, sungguh-sungguh, sesungguhnya (digunakan utk menguatkan kata kerja selepasnya): dia ~ pergi ke sekolah petang tadi; saya ~ menerima surat daripadanya; 7. hadir (digunakan sbg menjawab panggilan guru dll sewaktu memastikan kedatangan murid dll); 8. apakah (digunakan utk melembutkan pertanyaan): ~ encik melihat adik saya? ~ gula, ~ semut prb kalau orang kaya banyaklah kawannya; ~ air, ~ (adalah) ikan = ~ padang, ~ belalang = ~ batang, ~ cendawan tumbuh prb di mana pun kita duduk, ada rezeki; ada-ada; ~ saja a) selalu berlaku sesuatu atau timbul perkara baru dll: ~ saja yg menyebabkan penderitaannya; jarang ia di rumah, ~ saja orang datang mengajaknya berjalan; b) selalu ada sesuatu yg ditimbulkan, ada kerenahnya (ragamnya dsb): “A~ saja kau! Ada orang hendak, kau pun hendak juga!”; seada-adanya = seadanya (sekadar atau setakat) apa-apa yg ada: hidangan ~ sudah sedia; adakah 1. apakah ada (utk mengeraskan pertanyaan), ada atau tidak (tiada): soalnya, ~ terdapat novel karangannya? 2. benarkah (atau tidak), sesungguhnyakah (atau tidak): ~ kekalahannya tahun ini lebih besar drpd kekalahan tahun lalu? ~ duri dipertajam prb perselisihan yg telah ada tidak perlu diperbesar lagi; adakan mana ada, mana boleh, masakan: ~ kucing bertanduk; adalah 1. sl sesungguhnya (digunakan pd permulaan ayat, kenyataan, dsb): ~ makam ini dikurniai raja kpd aku, barang siapa hendak duduk bayarkan sewanya kpd aku; 2. ialah (utk menghubungkan sesuatu yg diperkatakan dgn huraian, penjelasan dsb yg mengenainya): hadiah itu ~ utk murid terpandai; adanya 1. perihal ada (berlaku, terdapat, dsb), wujudnya: ~ kekacauan merosakkan keadaan ekonomi; 2. demikianlah halnya: mereka itu spt adik-beradik ~; ada-adanya, ada-adanyakah mana boleh, mungkinkah: ~ ayam berkaki tiga; adapun mengenai, perihal: dapat dikemukakan bahawa ~ cerita pendek pd umumnya menceritakan hal manusia juga; berada 1. ada (di), ada atau terdapat di sesuatu tempat atau dlm sesuatu keadaan: hidupmu sedang ~ di tepi jurang kebinasaan; sewaktu kejadian itu berlaku, dia ~ di Singapura; 2. berharta, kaya: keluarganya boleh dikatakan ~ juga; berada-ada = ada-berada ada sesuatu yg tersembunyi (spt sebab, maksud, dll); kalau tidak ~ takkan tempua bersarang rendah prb tentu ada maksud tersembunyi seseorang berlaku secara luar biasa; keberadaan keadaan (sifat) berada: semua benda bersifat sementara sehingga akhirnya ~nya terletak di suatu tempat lain; mengada-ada 1. berkata (meminta, berfikir, membuat, dll) yg bukan-bukan: jangan kamu ~ saja; 2. bercakap atau menunjukkan kelakuan (gerak-geri dsb) spt menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah dsb (membuat orang meluat): sejak pulang dr luar negeri, dia sudah ~, sudah berlagak spt orang Barat; 3. Id melebih-lebihkan (sesuatu yg diperkatakan), membuat-buat, berbohong: aku tak percaya sebab dia suka ~; 4. menyusahkan (suka meminta yg bukan-bukan dsb): ah, ~nya orang ini, apa kehendak kau? mengadakan 1. menjadikan ada atau wujud, mewujudkan, menjadikan, menciptakan: Tuhanlah yg ~ seluruh alam ini; 2. mengusahakan sehingga ada (tersedia, terdapat, dsb), menyediakan: ~ wang yg diperlukan; peruntukan belanjawan utk ~ lebih banyak sekolah dan maktab teknik; 3. mengusahakan sehingga berlaku atau berjalan sesuatu (spt seminar, mesyuarat, kenduri, dll), menganjurkan serta mengurus sesuatu: ~ kursus bahasa-bahasa asing; ~ kempen kebersihan; mengada-adakan mengadakan atau menimbulkan dsb sesuatu (spt cerita, alasan, dll) yg sebenarnya tidak ada atau tidak benar, membuat-buat, mereka-reka: dia sengaja ~ cerita itu utk mendapatkan simpati drpd kawan-kawannya; keadaan 1. hal atau kedudukan (seseorang atau sesuatu) pd sesuatu ketika atau jangka waktu: pesakit itu berada dlm ~ tenat; ~ di sesebuah negara semasa berlaku peperangan; ~ hidup kaum nelayan; ~ cuaca; 2. rupa (sifat, kedudukan, dsb) sesuatu sebagaimana yg dapat dilihat: seorang pegawai polis sedang membuat catatan tentang ~ di tempat itu selepas berlaku rompakan; ~ tubuhnya tegap sasa; 3. suasana (di atau di sekitar sesuatu tempat): ~ di situ pd waktu malam senyap sunyi; berkeadaan (berada) dlm keadaan (kedudukan, suasana, dll): pd tahun itu negeri Selangor ~ kacau-bilau kerana perkelahian anak-anak rajanya; di hadapan gadis dia ~ canggung; pengadaan perihal mengadakan sesuatu: ~ kelas agama pd waktu petang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| batang I | 1. bahagian pokok yg tumbuh drpd akar: tebu menyimpan gula dlm ~; 2. tangkai (cangkul, dayung, dll): ~ joran; 3. benda yg panjang: besi ~; 4. benda yg panjang dan bulat: ~ kaki; 5. penjodoh bilangan bagi benda yg panjang-panjang: se~ jalan; 6. ark bangkai, mayat; sudah menjadi ~ sudah mati; ~ air sungai; ~ bersih (Hut) batang pokok yg lurus dan tidak bercabang; ~ dacing lengan dacing (kayu panjang pd dacing yg memakai mata); ~ dayung tangkai dayung; ~ hari a) tengah hari; b) pokok aliran sungai; ~ hidung bahagian yg keras pd hidung, lembaga hidung; ~ kalam tangkai pena; ~ leher leher antara kuduk dan kepala; ~ lengan lengan bahagian atas; ~ palsu batang yg terbentuk drpd kelopak (pisang); ~ tenggorok merih; ~ tubuh a) tubuh tanpa anggota; b) diri, peribadi; se~ kara (karah, karang, kacang) tidak bersanak saudara; ada ~, cendawan tumbuh prb di mana juga kita duduk ada rezeki kita; angkat ~, keluar cacing gelang-gelang prb mengerjakan pekerjaan orang yg terbengkalai, satu faedah pun tidak diperoleh; di mana ~ terguling, di situ cendawan tumbuh prb di mana perkara berlaku, di situ pula diselesaikan; kena ~ hidung prb berasa terkena (tersindir, terhina, dll); sepuluh ~ bertindih, satu dua petalasannya prb bagaimana sekalipun perkataan yg benar itulah pangkalnya; sungguhpun ~ merdeka, ingat pucuk akan terhempas prb pekerjaan itu jangan sebahagian sahaja yg diingat, tetapi dr awal sampai ke akhirnya; terkena pd ikan bersorak, terkena pd ~ masam prb hal orang berkawan yg mahu beruntung sahaja dan tidak mahu berugi;berbatangkan mempunyai batang yg dibuat drpd unsur lain: pokok itu berbuahkan emas, ~ suasa dan berdaunkan perak;membatang menjadi batang, menyerupai batang: gedung-gedung pencakar langit ~ ke udara;batangan alangan kayu dll di muara sungai (tempat masuk ke pelabuhan dll): ada pun ~ Pahang pd masa itu dua lapis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| buah | 1. bahagian tumbuhan yg terjadi drpd bunga atau putik (biasanya berbiji): pokok ini sudah ada ~nya; 2. biji yg agak besar dan keras: ~ kemiri; ~ keras; 3. benda yg menyerupai buah tertentu; ~ berembang a) bulatan pd puncak tiang bendera dll; b) bekas kapur yg menyerupai buah berembang; ~ bidara a) manik yg menyerupai buah bidara; b) gula-gula yg menyerupai buah bidara; ~ melaka a) buah pokok melaka; b) sj kuih, onde-onde; 4. bahagian (badan manusia dll) yg menyerupai buah; ~ betis jantung betis, daging pd betis; ~ lengan otot besar pd lengan atas; 5. bermacam-macam benda bulat; ~ baju butang; ~ guli kelereng; 6. penjodoh bilangan utk benda (bentuk atau jenisnya tidak tentu): se~ rumah; beberapa ~ kerusi; 7. ki hasil sesuatu perbuatan (usaha dll), akibat: segala usahanya tidak memberi ~; 8. ki bahan, pokok, pangkal; ~ cakap a) pokok percakapan; b) hasil percakapan; 9. pergerakan atau teknik dlm seni silat utk mematahkan serangan lawan: ~ Saidina Ali dan ~ sendeng sudah dipelajarinya; ~ agregat (Bio) buah yg terbentuk drpd bunga tunggal (spt strawberi) atau drpd beberapa bunga (spt nanas); ~ benar = ~ sebenar (Bio) buah yg terbentuk drpd ovari sahaja (mis buah betik); ~ bengang (Bio) buah yg kelopaknya pecah (apabila masak); ~ bibir sebut-sebutan orang; ~ butir pokok pembicaraan (perbincangan dll); ~ catur anak catur (benda kecil-kecil yg digunakan dlm permainan catur); ~ dacing batu penimbang; ~ dada susu, tetek; ~ fikiran pendapat; ~ hati orang yg dikasihi, jantung hati; ~ hidup buah yg masih segar; ~ kalam karangan, tulisan; ~ kalengan Id buah dlm tin; ~ kering a) buah yg dikeringkan; b) (Bio) buah yg perikarpanya tidak berisi (berdaging) semasa matang; ~ kesenian hasil kesenian; ~ ketot buah bantut; ~ kumpuan buah majmuk; ~ lidah buah yg kelopaknya pecah dr pangkal ke hujung; ~ majmuk buah yg terjadi drpd rangkaian bunga; ~ mata a) biji mata; b) orang yg dikasihi; ~ melaka (kuih) onde-onde; ~ mimpi sesuatu yg dimimpikan; ~ mulut percakapan (perbualan) orang, buah bibir; ~ palsu (Bio) buah yg terbentuk drpd bahagian lain bunga, bukannya drpd ovari (mis buah gajus); ~ pantat kedua-dua belah bahagian punggung; ~ pelir biji dlm kantung kemaluan lelaki; ~ pembicaraan a) pokok pembicaraan; b) hasil pembicaraan; c) sebut-sebutan orang; ~ pena buah kalam; ~ perut Mn orang-orang yg menjadi anggota sesuatu suku (anak cucu yg turun-temurun drpd nenek perempuan); ~ pinggang (sepasang) organ perkumuhan yg terletak di bahagian pinggang vertebrat dan berfungsi menuras darah, mengumuhkan hasil akhir metabolisme dlm bentuk air kencing dan mengawal osmosis; ~ remia Kd sj buah spt kundang tetapi lebih kecil bentuknya; ~ sepudung beberapa buah yg terbit drpd satu bunga; ~ serahim buah yg terjadi drpd satu bunga; ~ sesentul buah yg spt buah epal, mempunyai biji pd terasnya; ~ sulung buah yg pertama (permulaan); ~ susu sj tumbuhan (pokok memanjat), markisah, Passiflora laurifolia; ~ tahun sesuatu yg jarang terdapat; ~ tangan a) hasil pekerjaan; b) barang yg dibawa dr perjalanan, oleh-oleh; ~ tanjung sj kuih; ~ tasbih a) butir-butir pd tasbih; b) sj tumbuhan (herba), Canna orientalis; ~ undi ark buah dadu; ~ zakar buah pelir; ~ masak tergantung tinggi, akan dijolok penggalah singkat, akan ditingkat batangnya licin prb tidak berdaya utk mencapai yg dicita-citakan (diharapkan); ~ yg manis berulat di dalamnya prb mulut manis biasanya mengandung maksud yg jahat; bagai ~ keras di dlm sekul prb bercakap dgn tergopoh-gopoh; di mana ~ masak, di situ burung banyak tampil prb kalau kita sedang baik untung, banyak sahabat berkerumun; laksana ~ masak lum, dihinggut perdu luruh sendiri prb barang yg telah tua itu dgn sedikit tenaga rosaklah ia; sebab ~ dikenal pohonnya prb drpd pertuturan dan perangai seseorang, dapat diketahui asalnya; sebuah satu buah; menyebuahkan menjadikan satu; buah-buahan 1. buah tiruan; 2. bermacam-macam buah, berbagai-bagai jenis buah; berbuah 1. mempunyai buah, menghasilkan buah: rambutan saya sudah ~; 2. ki memberi hasil (akibat dll): kahwin yg tidak bersehaluan itu tidak ~ elok; 3. berbintil-bintil halus (pd rambut kerana tidak dikeringkan dgn baik);berbuah-buah ki menjadi-jadi: ratap yg ~; berbuahkan mendapat (mempunyai) sbg buah: padi itu ~ emas;membuahi 1. Id menghamilkan, mempersenyawakan gen jantan dgn gen betina; 2. = membuah-buahi mencampuri, menambah-nambah: dia menangis sekuat-kuat hatinya sambil dibuah-buahi pula dgn ratap;membuahkan menghasilkan, menerbitkan (hasil dll): memang bumi ~ padi dan tanah menghasilkan emas; persefahaman itu ~ cinta buat Alif Idham; Melur cuba ~ senyuman;pembuahan perihal membuahi (penghamilan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| rasa | 1 apa-apa yg dialami oleh lidah atau kulit (ketika terkena sesuatu): ~ manis; ~ sakit. 2 sifat sesuatu benda yg menimbulkan rasa 1: Gula manis ~nya tetapi garam masin ~nya. 3 apa-apa yg dialami oleh hati atau batin ketika berlaku (melihat) sesuatu; keadaan hati atau batin terhadap sesuatu: ~ sedih; ~ pilu. 4 apa-apa yg difikirkan mengenai sesuatu; pendapat; fikiran: Pd ~ saya, itu tidak betul. rasanya, rasa-rasanya barangkali; agaknya: Kalau ~ dpt dikerjakan, kerjakanlah. ~ hari ini saya tidak dpt datang. ~ akan berhasil juga usaha kita ini. berasa 1 mempunyai atau beroleh rasa (terutama yg dialami oleh badan): Kedua-dua tangannya ~ lenguh. 2 ada rasanya (manis, masin dll). 3 mengalami rasa di dlm hati: ~ takut; ~ ngeri. merasa mengecap utk mengetahui rasa makanan atau minuman dgn lidah: Ibu hendak ~ kuih yg saya buat. merasa-rasa meraba-raba atau memegang-megang dsb utk mengetahui kasar halusnya (berat ringannya dsb): Halus atau kasarnya kain ini dpt dirasa-rasa sendiri dgn tangan. Rasa-rasalah dahulu dgn kaki utk mengetahui dalam tidaknya sungai itu. merasai 1 mendapat atau mengalami (nikmat dll); menikmati: Selama ini ia tidak pernah ~ kesenangan hidup. 2 menderita atau menanggung (kesusahan dll): Mereka akan ~ balasan Tuhan kelak. merasakan 1 membiarkan merasa atau merasai; mengesankan: Ia berusaha hendak ~ pengaruhnya kpd anggota-anggota persatuan yg dipimpinnya. 2 memikirkan; menganggap: Ia masih dirasakan penting dlm persatuan kami. terasa dpt (sudah) dirasa atau dirasai: ~ benar sakitnya sekarang. Tekanan ekonomi ~ di mana-mana. perasaan 1 hal berasa atau merasai sesuatu: ~ ingin menjadi sasterawan terkenal meluap-luap di dadanya. 2 rasa atau keadaan batin ketika menghadapi sesuatu: Hatinya selalu didatangi ~ takut. 3 kesanggupan utk berasa: Sindiran orang itu menyinggung ~ beberapa orang yg hadir. 4 pertimbangan hati ttg sesuatu; pendapat: Bagaimana ~ saudara ttg perkara ini? perasa 1 = alat ~ bahagian badan atau organ utk merasa. 2 mudah berasa atau mudah merasai; peka. serasa sama rasanya dgn; seakan-akan berasa: Minum air ~ duri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| rasa | 1 apa-apa yg dialami oleh lidah atau kulit (ketika terkena sesuatu): ~ manis; ~ sakit. 2 sifat sesuatu benda yg menimbulkan rasa 1: Gula manis ~nya tetapi garam masin ~nya. 3 Apa-apa yg dialami oleh hati atau batin ketika berlaku (melihat) sesuatu; keadaan hati atau batin terhadap sesuatu: ~sedih; ~ pilu. 4 apa-apa yg difikirkan mengenai sesuatu; pendapat; fikiran: Pd ~ saya itu tidak betul. rasanya, rasa-rasanya barangkali; agaknya: Kalau ~ dpt dikerjakan, kerjakanlah. ~ hari ini saya tidak dpt datang. ~ akan berhasil juga usaha kita ini. berasa 1 mempunyai atau beroleh rasa (terutama yg dialami oleh badan): Kedua-dua tangannya ~ lenguh. 2 ada rasanya (manis, masin dll). 3 mengalami rasa di dlm hati: ~ takut; ~ ngeri. merasa mengecap utk mengetahui rasa makanan atau minuman dgn lidah: Ibu hendak ~ kuih yg saya buat. merasa-rasa meraba-raba atau memegang-megang dsb utk mengetahui kasar halusnya (berat ringannya dsb): Halus atau kasarnya kain ini dpt dirasa-rasa sendiri dgn tangan. Rasa-rasalah dahulu dgn kaki untuk mengetahui dalam tidaknya sungai itu. merasai 1 mendapat atau mengalami (nikmat dll); menikmati: Selama ini ia tidak pernah ~ kesenangan hidup. 2 menderita atau menanggung (kesusahan dll): Mereka akan ~ balasan Tuhan kelak. merasakan 1 membiarkan merasa atau merasai; mengesankan: Ia berusaha hendak ~ pengaruhnya kpd anggota-anggota persatuan yg dipimpinnya. 2 memikirkan; menganggap: Ia masih dirasakan penting dlm persatuan kami. terasa dpt (sudah) dirasa atau dirasai: ~ benar sakitnya sekarang. Tekanan ekonomi ~ di mana-mana. perasaan 1 hal berasa atau merasai sesuatu: ~ ingin menjadi sasterawan terkenal meluap-luap di dadanya. 2 rasa atau keadaan batin ketika menghadapi sesuatu: Hatinya selalu didatangi ~ takut. 3 kesanggupan utk berasa: Sindiran orang itu menyinggung ~ beberapa orang di antara para hadirin. 4 pertimbangan hati ttg sesuatu; pendapat: Bagaimana ~ saudara ttg perkara ini? perasa 1 = alat ~ bahagian badan atau organ utk merasa. 2 mudah berasa atau mudah merasai; peka. serasa sama rasanya dgn; seakan-akan berasa: Minum air ~ duri. | Kamus Pelajar |
| air I | 1. cecair yg terbentuk drpd dua bahagian hidrogen dan satu bahagian oksigen (dlm keadaan yg murni tidak mempunyai warna, bau atau rasa); 2. kumpulan cecair (spt yg terdapat di dlm sungai, tasik, laut, dsb): banjir berlaku apabila ~ sungai melimpahi tebingnya; 3. cecair yg terdapat dlm buah-buahan, perahan, jus: ~ tebu; ~ limau; 4. = batang ~ sungai; ke batang ~ ke sungai; anak ~ anak sungai; 5. minuman: ~ teh; ~ kopi; 6. cecair yg rupanya spt air; 7. campuran air atau sesuatu cecair dgn bahan(-bahan) lain; ~ abu air yg mengandungi zat drpd abu; ~ alas air masin (di muara sungai); ~ ampuh air bah; ~ anggur minuman yg dibuat drpd buah anggur; ~ api = ~ keras asid; ~ atar sj minyak wangi; ~ bah banjir; ~ bakat = ~ berolak pusaran air; ~ batu = ~ beku ais; ~ batu campur sj minuman sejuk yg dibuat drpd air batu kisar yg dibubuh kacang merah, jagung, cincau, gula melaka cair, sirap, susu cair, dll; ~ batu kering karbon dioksida yg disejukkan dan merupakan ketul-ketul; ~ belanda = ~ soda air yg bercampur dgn karbon dioksida; ~ berat (Kim) molekul air yg terdiri drpd dua atom deuterium dan satu atom oksigen;~ besar bh najis, tahi; ~ buah air perahan buah-buahan, jus; ~ bujang minuman spt teh, kopi dsb yg dihidangkan kpd tetamu tanpa kuih, biskut dsb; ~ dakelom = ~ dakelong = ~ kolong = ~ kelonyor sj minyak wangi (eau-de-cologne); ~ emas a) lapis emas, dakwat emas; b) benang emas; ~ galian air mineral; ~ gula air yg dibuat terlalu manis dgn gula; ~ hempedu air yg dikeluarkan oleh hempedu; ~ hidung hingus; ~ hidup maulhayat; ~ kandang Id air dr kotoran kandang; ~ kapur larutan akueus kalsium hidroksida; ~ kecil = ~ kemih air kencing; ~ kelonyor = ~ kolong air dakelom; ~ kosong air minuman yg tidak dibubuhi apa-apa pun spt teh, kopi, gula dsb; ~ kumbahan air basuhan; ~ lata = ~ terjun air yg jatuh (di lereng gunung dll); ~ lembut (Kim) air yg tidak mengandungi garam kalsium dan garam magnesium dan mudah mengeluarkan buih apabila bercampur dgn sabun; ~ lemoned sj minuman (biasanya dlm botol); ~ liat (Kim) air yg mengandungi garam kalsium dan garam magnesium dan tidak mudah mengeluarkan buih apabila bercampur dgn sabun; ~ liat kekal (Kim) air yg kandungan garamnya tidak hilang apabila dididihkan; ~ liat sementara (Kim) air yg kandungan garamnya hilang apabila dididihkan; ~ limun Id air lemoned; ~ liur air yg keluar di dlm mulut; ~ mandi a) air utk mandi; b) sesuatu yg sudah menjadi kebiasaan; ~ mani air dan benih yg keluar ketika bersetubuh atau ketika syahwat memuncak; ~ marga jiwa = ~ merta jiwa = ~ utama jiwa = ~ maulhayat air yg memberi hidup (dlm cerita dahulukala); ~ mata air yg keluar dr mata (apabila menangis dll); ~ mata air air yg keluar dr punca air dlm tanah; ~ mati a) limbahan di pantai yg airnya tidak mengalir; b) surut timpas; c) air yg sudah dimasak dan sudah sejuk; ~ mawar air yg harum baunya (dibuat drpd bunga mawar); ~ (me)lata air terjun yg kecil; ~ mentah air yg belum ditapis (dibubuhi klorin dsb) hingga layak digunakan oleh manusia; ~ mineral air semula jadi yg mengandungi garam galian atau gas terlarut dan berkhasiat sbg air minuman; ~ minum air utk diminum; ~ muka a) permukaan air; b) rupa muka (yg membayangkan sesuatu perasaan); c) ki maruah, harga diri; ~ mukjizat air yg mempunyai sesuatu hikmat atau kelebihan; ~ paip air yg telah dirawat bersih dan disalurkan ke rumah-rumah dsb dgn menggunakan paip; ~ pancur Kd air paip; ~ pankreas cecair yg dikeluarkan oleh pankreas, jus pankreas; ~ pasang air naik (paras air laut yg naik); ~ pasang keling air pasang besar; ~ payau air yg kandungan garamnya lebih rendah drpd air laut, tetapi lebih tinggi drpd air tawar (terutama air di sekitar muara); ~ penghabluran (Kim) air yg wujud dlm sebatian berhablur dlm perkadaran tertentu, mis 5 molekul air dlm kuprum(II) sulfat pentahidrat, CuSO4.5H2O; ~ perak dakwat perak; ~ perut cecair yg dikeluarkan oleh perut; ~ pokok (tanaman) cecair yg terdapat dlm pokok; ~ raksa sj logam cair yg rupanya spt timah (digunakan dlm termometer dll), merkuri; ~ sebak air bah; ~ sembahyang a) air yg boleh digunakan utk bersuci jika hendak bersembahyang; b) keadaan sudah bersuci tubuh utk bersembahyang; ~ sembilan air utk memandikan mayat; ~ seni bh air kencing; ~ serani air permandian (baptis) orang Kristian; ~ setaman air yg dibubuhi bunga-bungaan (utk menujuh bulan dll); ~ suci Id (Katolik) air yg sudah disucikan (diberi berkat); ~ suling air yg (sudah) disuling (dijadikan wap dan disejukkan kembali); ~ surut air turun (lwn air pasang), paras air laut yg turun; ~ susu air yg keluar dr susu (tetek) manusia dan haiwan; ~ talkin air yg disiram ke atas kubur (orang yg baru sahaja dikebumikan) sebaik sahaja talkin selesai dibacakan; ~ tanah air yg terbit dr tanah; ~ tawar air biasa (bukan air masin dll); ~ tepung tawar air yg telah dimanterai (utk ubat dll); ~ terjun air yg jatuh ke bawah (di lereng gunung dll), air lata; ~ tetuban = ~ tuban air yg keluar mendahului bayi lahir; ~ timah lapis timah; ~ timpas air surut yg serendah-rendahnya; ~ tolak bala air utk menjauhkan penyakit dll; ~ tulen air yg bebas drpd bahan terlarut atau terampai; ~ wangi air yg berbau harum; ~ wuduk air sembahyang; ~ Yasin air yg sudah dibacakan surah Yasin; ~ zamzam air dr telaga zamzam di Mekah; berhabis ~ Id terlalu lama bermesyuarat atau bercakap-cakap; telah jadi ~ habis (wang, modal, dll); ~ beriak tanda tak dalam prb orang yg sombong (besar cakapnya tetapi tidak berisi atau kurang ilmunya); ~ besar batu bersibak prb perselisihan yg besar akan mencerai-beraikan orang yg bersahabat atau bersaudara; ~ cucuran atap jatuhnya ke pelimbahan juga = ~ di tulang bumbungan turunnya ke cucuran atap prb anak itu menurut sifat dan teladan orang tuanya (sesuatu itu menurut asalnya); ~ dalam berenang (berkumbah), ~ dengkat bercebok prb perbelanjaan itu harus dipadankan mengikut banyak sedikitnya pendapatan; ~ dicincang tiada putus = ~ ditetak tiada akan putus prb kerana perbalahan orang yg sekaum atau bersaudara tiada akan cerai-berai; ~ diminum rasa duri, nasi dimakan rasa sekam = ~ diminum sembiluan prb dikatakan bkn orang yg dlm kesusahan (dukacita) sehingga tidak sedap makan dan minum; ~ mata jatuh ke perut prb berdukacita dgn tiada ketara; ~ mudik sungai semua teluk diranai prb orang yg boros tiada memilih barang, mana yg melintas dibelinya; ~ pun ada pasang surut prb untung malang tiada tetap, selalu berganti-ganti; ~ sama ~, sampah ke tepi jua prb jika kita mencampuri pergaduhan orang yg bersanak saudara, apabila mereka berbaik balik, kita juga yg tersisih dr mereka; ~ setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan prb membesar-besarkan perkara yg kecil; ~ tenang jangan disangka tiada buaya prb orang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut; ~ tenang menghanyutkan prb orang yg pendiam dapat melakukan pekerjaan yg payah-payah; ~ yg dingin juga yg dapat memadami api prb kata yg lemah lembut juga yg dapat mendinginkan hati orang yg sedang marah (dapat menghilangkan dendam); ada ~ adalah ikan prb barang di mana kita tinggal ada juga rezeki (setiap negeri ada adat resamnya sendiri); adakah dr telaga yg jernih mengalir ~ yg keruh prb adakah di mulut orang baik-baik keluar perkataan yg keji; bagai ~ di daun keladi prb a) tiada lekat pengajaran; b) tiada tetap hatinya (pendiriannya); bagai ~ titik ke batu prb amat sukar hendak memasukkan pengajaran yg baik kpd orang jahat dan degil; bagai membendarkan ~ ke bukit prb pekerjaan yg sia-sia; bagai menampung ~ dgn limas pesuk prb pengajaran yg lekas sekali dilupakan (orang yg dipercayai menyimpan wang tetapi memboroskan wang itu); bagai minum ~ bercacing prb hal orang yg enggan disuruh mengerjakan sesuatu pekerjaan; bakarlah ~ ambil abunya prb benda yg mustahil boleh diperoleh; bermain ~ basah, bermain api letup prb setiap pekerjaan ada akibatnya; buang ~ keruh, ambil ~ jernih prb memulai penghidupan baru; bukan ~ muara yg ditimba, sudah disauk dr hulunya prb bukan khabar angin, tetapi didapati dr pangkalnya (sumbernya) yg benar; dimandikan dgn ~ segeluk prb diberi pertolongan yg tiada bererti; menepuk ~ di dulang prb menceritakan aib sendiri atau aib kaum keluarga; mengadu ~ dgn garam | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bunga I | 1. bahagian tumbuhan utk pembiakan, biasanya berwarna terang dan berbau harum: ~ jambu; ~ melati; ~ raya; 2. lukisan (pd kain dll); ~ pamor lukisan pd keris kerana waja putih yg ditempa pd bilah keris; 3. = ~ tayar bahagian permukaan tayar yg rupanya spt hiasan (ukiran atau corak); 4. = ~ wang bayaran (tambahan) yg dikenakan ke atas atau diperoleh drpd wang yg dipinjamkan, keuntungan kerana meminjamkan wang, faedah, anak wang: ~ yg dikehendaki oleh pinjaman Amerika sebanyak 5% itu seharusnya tidak perlu; 5. ki sesuatu yg dianggap cantik (indah dll) yg dapat disifatkan spt kembang: kecantikan parasnya sudah cukup utk menjadikan dia ~ majlis dlm perkumpulan; 6. alamat atau tanda akan bermulanya sesuatu peristiwa dll: pengetahuan yg diperolehnya itu subur mengeluarkan bukan setakat ~-~ kekacauan malah menghasilkan juga penyelewengan; ~ angin ribut permulaan; ~ api a) nyala api yg berterbangan (meloncat); b) = kembang ~ sj mercun yg mengeluarkan api yg merupakan bunga (lukisan dll); ~ bahasa ungkapan yg terdiri drpd kiasan (simpulan bahasa dan peribahasa) utk memperindah percakapan; ~ baki hutang (Eko) bunga atau bahagian pinjaman yg belum dilunaskan; ~ bangsa pemuda harapan bangsa; ~ barah (puru, kusta) bintik putih-putih pd kulit tanda mulai dihinggapi penyakit barah dll; ~ betina bunga yg berpistil sahaja; ~ biasa = ~ tepat bunga mudah yg dikira berdasarkan 360 hari setahun; ~ bibir a) kata-kata yg manis; b) buah mulut; ~ buatan bunga yg dibuat drpd kertas (plastik dll); ~ butang sj tumbuhan (herba), pokok serunai, serunai laut, Wedelia bifiora; ~ dua jantina bunga yg stamen dan pistilnya terdapat pd kuntum bunga yg sama; ~ dulu betina bunga yg pistilnya lebih dahulu masak drpd stamen; ~ dulu jantan bunga yg stamennya lebih dahulu masak drpd pistil; ~ jantan bunga yg berstamen; ~ karang sj tumbuh-tumbuhan pd karang; ~ kehidupan kesenangan hidup; ~ kekasar sj tumbuhan (pokok yg berbuah), gajus (kajus), jambu monyet (golok, iros, terung), Anacardium occidentale; ~ kertas a) bunga yg dibuat drpd kertas (utk perhiasan rambut dll); b) sj tumbuhan (pokok yg berbunga), Bougainvillea spp.; ~ ketar bunga kertas pd dawai (perhiasan rambut pengantin perempuan); ~ kuku bahagian yg putih pd pangkal kuku; ~ kundai (sanggul, sisir) bunga buatan utk perhiasan kundai (sanggul, sisir); ~ lagu patah lagu yg biasanya terletak di hujung rangkap sesebuah lagu supaya iramanya lebih merdu; ~ (se)lengkap sekuntum bunga yg mempunyai salut, ranggi, stamen dan pistil; ~ mas a) bunga yg dibuat drpd emas; b) sj bunga drpd emas yg dahulu diberikan oleh Sultan Kedah sbg ufti kpd raja Siam; ~ mudah (Eko) bunga yg dikira dgn mendarabkan kadar bunga tahunan dgn jumlah pokok; ~ padi a) bunga pokok padi; b) sj jahitan; ~ pasir pasir halus-halus yg terapung di permukaan air; ~ pending tepi pd bakul; ~ rampai a) beberapa jenis bunga harum yg dicerai-ceraikan kelopaknya dan dicampur dgn daun pandan yg dihiris halus halus; b) kumpulan cerita yg baik-baik; c) lagu-lagu pilihan; ~ raya a) sj tumbuhan (pokok dan bunganya), kembang sepatu, Hibiscus rosa sinensis; b) perempuan jalang; ~ sejantina bunga yg stamen dan pistilnya terdapat pd kuntum bunga yg berlainan; ~ sena a) bunga pokok sena; b) Kl nira nyiur sewaktu mulai menggelegak (pd masa membuat gula melaka); ~ serunai a) bunga teluki; b) sj tumbuhan yg berbunga kuning, Weldelia biflora; c) Ml cincin yg dibawa sewaktu pergi meminang sbg tanda bertanya; ~ sinar ranggi pd jenis bunga matahari; ~ sirih Pl sirih pengantin; ~ tanah lapisan tanah sebelah atas yg subur; (akar) ~ tanjung sj tumbuhan (pokok memanjat), akar perah, akur, Illigera appendiculata; ~ telur telur yg dihadiahkan kpd tetamu yg hadir dlm sesuatu majlis perkahwinan (biasa diberi bertangkai dan disertai dgn hiasan bunga atau diberi berbekas); ~ bukan sekuntum = kalau ~ tidak sekuntum = ~ tak sekaki, kumbang tak seekor prb laki-laki atau perempuan itu tidak seorang sahaja di dunia ini; ~ dipersunting, sudahnya akan layu prb sesuatu yg dipakai akhirnya akan buruk (masih baru dikasihi, sudah lama terbuang); ~ dipetik, perdu ditendang = ~nya dipersunting, pangkalnya diberaki prb isteri dikasihi, mentua dibenci (gemar akan hak orang, tetapi orang itu dibenci); ~ gugur putik pun gugur, tua gugur masak pun gugur prb setiap manusia akan mati (baik muda mahupun tua); ~ kembang berbalik kuncup prb mula-mula mahu menurut, kemudian ingkar; ~ yg harum itu ada durinya prb yg megah itu ada juga celanya; ~ yg layu balik kembang prb tatkala ternyata kebenaran seseorang yg tertuduh; buang ~ ke jirat prb berbudi kpd seseorang yg tidak mengenang (memerlukan) budi orang; di mana ~ yg kembang, di situ kumbang yg banyak prb di mana ada perempuan cantik, di situ ramai laki-laki; kalau dicampak ~, tak akan dibalas dgn tahi prb kalau kita berbuat baik kpd orang, tidak akan dibalasnya dgn kejahatan; laksana ~ dedap, sungguh merah berbau tidak prb orang yg elok dan tampan tetapi tiada berbudi; laksana kera dapat ~ prb tiada dapat menghargai barang yg bagus; lempar ~ dibalas dgn lempar tahi prb kebaikan dibalas dgn kejahatan; sayang ~ layu di pohon prb perihal seorang gadis yg tiada bersuami hingga tua; sebab kasih akan ~ setangkai, dibuang ~ seceper prb kerana kasih seseorang disia-siakan orang yg banyak; umpama kasihkan ~ seceper, terbuang ~ sekaki prb kerana kasihan kpd orang banyak, disia-siakan kaum yg seorang; spt ~, sedap dipakai layu dibuang prb dikasihi semasa muda, dibenci apabila tua (perempuan dll);bunga-bungaan 1. berbagai-bagai jenis bunga: ditanamnya kayu-kayuan dan ~; 2. bunga buatan (lukisan dll); 3. pemolek (hiasan): pertuturan yg penuh dgn ~; berbunga 1. mempunyai (mengeluarkan) bunga: pokok durian sudah mulai ~; 2. = berbunga-bunga berhias dgn gambar atau lukisan bunga: kain hitam ~ merah; 3. = berbunga-bunga mengandungi (terhias dgn) kata-kata yg indah: bahasanya ~; 4. ki berhias (disertai) dgn: wajahnya ~ senyuman yg manis; 5. mendapat (menghasilkan, mengenakan) bunga atau bayaran faedah: pinjaman yg tidak ~; 6. (sudah) menampakkan tanda (akan terjadi, akan berhasil, dll): segala usaha dan jerih kita sudah ~; 7. ada bunganya (bkn tayar): keempat-empat tayarnya masih ~; 8. bertanda corak timbul (yg dibuat dgn mesin): getah asap ~; membunga 1. menyerupai bunga; 2. membuat corak timbul (pd getah keping) dgn menggunakan mesin; membungai 1. = membunga-bungai menghias dgn bunga, memperelok dgn bunga; 2. memberi bunga (wang dll); 3. menghias: setiap wajah dibungai senyuman; membungakan meminjamkan dgn syarat mendapat bunga: ~ wang; memperbungakan membungakan (wang); kebungaan bentuk hiasan yg berbunga: perhiasan digabungkan dgn latar belakang dekoratif ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| buat | kata yg digunakan utk menunjukkan sesuatu tujuan atau perbuatan: Ikan busuk jangan dibuang, ~ perencah si daun kayu. ~ asal ist arahan dlm sesuatu atur cara komputer utk membatalkan tindakan sebelumnya. ~ duit bp bekerja lebih utk mendapatkan wang yg lebih banyak. berbuat melakukan sesuatu pekerjaan dsb: Dlm keadaan yg begitu mencemaskan, dia tidak dpt ~ apa-apa lagi. membuat 1 menjadikan sesuatu benda; membikin: Tukang mana yg ~ rumah ini? 2 menyebabkan terjadinya sesuatu: Engkau telah ~ aku malu di tengah orang ramai. membuatkan membuat utk: Maheran ~ anaknya sehelai baju. memperbuat 1 menyebabkan sesuatu dpt dibuat; membuat sesuatu dgn usaha; mengusahakan: Sekarang ini tidak banyak lagi orang yg ~ gula kabung. 2 mempermainkan (orang): Tidak sopan kalau kita ~ orang tua spt dia. buatan 1 sesuatu yg telah dibuat atau dikerjakan; hasil drpd membuat sesuatu; bikinan: Belilah barang-barang ~ Malaysia. 2 apa-apa yg dibuat atau dikerjakan: Tak ada lain ~nya sehari-hari melainkan berbual di kedai-kedai kopi. 3 hasil membuat: Kerusi ini cantik betul ~nya. 4 yg dibuat oleh manusia; tidak asli: bunga ~. buat-buatan yg dibuat-buat saja; tidak benar: sakit ~. perbuatan 1 segala yg dibuat atau dilakukan: Jauhkanlah diri drpd mengerjakan ~ jahat. 2 tingkah laku; kelakuan: ~nya berlain drpd perkataannya. pembuatan hal, cara atau proses membuat sesuatu (terutamanya barang dagangan). pembuat orang atau alat yg membuat: Di Petaling Jaya, terdapat kilang ~ asid. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| buat | kata yg digunakan utk menunjukkan sesuatu tujuan atau perbuatan: Ikan busuk jangan dibuang, ~ perencah si daun kayu. ~ duit bp bekerja lebih utk mendapatkan wang yg lebih banyak. berbuat melakukan sesuatu pekerjaan dsb: Dlm keadaan yg begitu mencemaskan, dia tidak dpt ~ apa-apa lagi. membuat 1. menjadikan sesuatu benda; membikin: Tukang mana yg ~ rumah ini? 2. menyebabkan terjadinya sesuatu: Engkau telah ~ aku malu di tengah orang ramai. membuatkan membuat utk: Maheran ~ anaknya sehelai baju. memperbuat 1. menyebabkan sesuatu dpt dibuat; membuat sesuatu dgn usaha; mengusahakan: Sekarang ini tidak banyak lagi orang yg ~ gula kabung. 2. mempermainkan (orang): Tidak sopan kalau kita ~ orang tua spt dia. buatan 1. sesuatu yg telah dibuat atau dikerjakan; hasil drpd membuat sesuatu; bikinan: Belilah barang-barang ~ Malaysia. 2. apa-apa yg dibuat atau dikerjakan: Tak ada lain ~nya sehari-hari melainkan berbual di kedai-kedai kopi. 3. cara membuat: Kerusi ini cantik betul ~nya. 4. yg dibuat oleh manusia; tidak asli: bunga ~. buat-buatan yg dibuat-buat saja; tidak benar: sakit ~ . perbuatan 1. segala yg dibuat atau dilakukan: Jauhkanlah diri drpd mengerjakan ~ jahat. 2. tingkah laku; kelakuan: ~nya berlain drpd perkataannya. pembuatan hal, cara atau proses membuat sesuatu (terutamanya barang dagangan). pembuatorang atau alat yg membuat: Di Petaling Jaya, terdapat sebuah kilang ~ asid. | Kamus Pelajar |