| lengan | 1. bahagian badan dr bahu hingga ke pergelangan tangan: ~nya berbulu; tulang ~ atas anggota di antara siku dgn bahu; 2. kaki hadapan (bagi binatang berkaki empat); 3. bahagian benda (baju, dacing, dll) yg menyerupai lengan; ~ baju bahagian baju yg menutupi lengan; ~ bawah anggota antara siku dgn pergelangan tangan; ~ raglan lengan yg sampai ke garis leher yg kelimnya menyerong dr bawah lengan ke leher; ~ sudut dua garisan yg mengandungi sesuatu sudut; berbantalkan ~ ki a) perihal terlalu miskin; b) bermesra-mesra dgn kekasih; dipegang ~ sudah bak ~, dipegang betis sudah bak betis = dikacak betis sudah bak betis, dikacak ~ sudah bak ~ prb perihal angkuh atau sombongnya seseorang; berlengan 1. mempunyai lengan: blaus ~ panjang; 2. ki berkelahi dsb dgn meninju, bertumbuk: dia sedia ~ jika dicabar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tersinggung | 1. terkena, terjamah, tersentuh; 2. disakiti hati (terhina dll): kalau hatinya ~ sedikit, sampai seminggu dia merajuk; mudah ~ mudah sakit hati; ~ lebih bak kena prb mudah berasa hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pinang I | sj tumbuhan (palma yg buahnya dimakan dgn sirih), Areca catechu; ~ kotai = ~ kosi a) buah pinang tua yg dikeringkan; b) sj binatang spt halipan, gonggok; c) Kl orang bodoh yg mempunyai sifat-sifat kekerasan; ~ masak a) warna kuning kemerah-merahan; b) buah pinang yg sudah masak; ~ muda a) buah pinang yg masih muda; b) alku, muncikari; ~ raja sj tumbuhan (palma), Cyrtostachya lakka; ~ sebatang a) tidak mempunyai sanak saudara; b) ki kurus dan tinggi; spt ~ dibelah dua prb dua orang (suami isteri, teman dll) yg hampir-hampir serupa (sama cantik dan sama padan); ~ pulang ke tampuk prb sudah cocok benar (sudah pd tempatnya); ~ tua merah ekor prb, Mn perempuan yg sudah berumur tetapi berkelakuan spt perempuan muda; bak ~ dianduh, putus tali dia berdiri prb, Mn melakukan sesuatu pekerjaan kerana dipaksa; darah baru setampuk ~ prb masih muda benar; kasihkan ~ sebatang drpd aur serumpun prb, Mn lebih sayang kpd orang lain drpd kaum keluarga sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| singgung I | ; bersinggungan bersentuhan dgn siku, berhantukan; menyinggung 1. menolak (menghentak, memukul) dgn siku, menyenggol, menyigung: ia kelihatan ~ kawan-kawannya dgn siku; 2. mengenai sedikit, menyentuh; 3. menyebutnyebut sesuatu (dlm ucapan, karangan, dll), membicarakan sedikit, menyentuh: jalan cerita ini susah diikuti oleh pembaca kerana banyak perkara dan orang yg disinggung secara sepintas lalu; 4. menyakiti atau melukai hati (perasaan dll): perkataannya selalu menyebut hal yg kadang-kadang ~ hati isterinya; 5. menodai (nama baik sese-orang dll): dia tidak akan membiarkan orang ~ nama baik keluarganya dgn sewenang-wenangnya; ~ mata bisul orang prb menyakiti hati orang lain dgn sindiran dll (dlm sesuatu perjumpaan dll); tersinggung 1. terkena, terjamah, tersentuh; 2. disakiti hati (terhina dll): kalau hatinya ~ sedikit, sampai seminggu dia merajuk; mudah ~ mudah sakit hati; ~ lebih bak kena prb mudah berasa hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| orang | 1. manusia (sbg peribadi): dr sini kami lihat ~ berkelahi; tadi ada ~ telefon awak; satukanlah ~ berdua ini; 2. salah satu manusia (ganti diri ketiga yg umum): jangan suka dengar cakap ~ sangat; dagingnya ~ buat lauk; dengar kata ~ terjun masuk lubuk; di aku hak aku, di ~ hak ~ (yg) pd orang lain itu haknya; 3. diri manusia: barangnya ada tetapi ~nya pergi ke mana; mana ~nya yg memanggil aku tadi; ~ seorang orang sendiri; 4. penjodoh bilangan bagi manusia: lima ~ pengganas telah ditembak mati oleh pasukan keselamatan; 5. pengikut, anak buah: berapa ramaikah ~ awak?; kalau engkau pandai mengasuh, engkau akan beroleh isteri walaupun dia bukan ~ awak; 6. manusia yg berasal dr sesuatu daerah tertentu, rakyat sesebuah negara: dia ~ Perak, bukan ~ Selangor; nampaknya dia itu spt ~ kampung; 7. bangsa, kaum, suku: ~ Iban; ~ Kadazan; ~ Melayu; 8. = ~ lain lain drpd diri sendiri, bukan kaum keluarga: itu motokar ~, bukan motokar kita; ~ sekali masuk membawa harta itu keluar, ia dua tiga kali masuk keluar; negeri ~ negeri lain, bukan negeri sendiri; 9. Jk kerana, lantaran (sebenarnya): mana dapat membayar, ~ belum gajian; 10. bp diri sendiri dan sbg penguat utk kata ganti spt awak (kau) ~, dia ~, kita ~, lu ~;~ asing a) (Udg) orang yg bukan warganegara bagi sesebuah negara; b) orang luar; ~ asli penduduk asal sesebuah negeri; ~ atas a) orang yg tinggal di sebelah atas; b) orang yg berpangkat tinggi, orang besar-besar; ~ awam a) rakyat biasa, khalayak ramai; b) orang preman, bukan anggota polis atau tentera; ~ banyak khalayak ramai, orang biasa, orang awam; ~ Barat orang berkulit putih yg berasal dr Eropah dan negara-negara spt Kanada, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand; ~ baru (baharu) a) orang yg baru bekerja; b) orang yg baru datang ke atau tinggal di sesuatu tempat; c) orang yg baru berkahwin; d) anak yg akan atau baru dilahirkan; ~ bawah (bawahan) orang yg tidak berpangkat, orang yg berpangkat rendah; ~ belakang a) bp isteri; b) orang yg akan datang (lahir) kemudian; ~ (yg) berada orang yg berharta; ~ besar a) orang yg besar tubuh badannya; b) orang yg sudah dewasa; c) orang yg berpangkat tinggi; d) orang mulia (bangsawan); ~ biasa rakyat biasa; ~ buangan orang yg diasingkan drpd masyarakat (kerana kegiatan-kegiatan politik dll); ~ bukit orang yg tinggal di bukit; ~ bumi penduduk asli; ~ buruan orang yg diburu (dicari) oleh yg berwajib kerana kesalahan jenayah dll; ~ dagang orang yg datang dr negeri lain, orang yg datang merantau, bukan anak negeri; ~ dalam a) orang yg bekerja dlm istana raja; b) orang yg bekerja di dlm sesuatu jabatan dsb; c) Sr orang yg dijemput khas kerana menolong kerja kahwin; d) Kl orang yg dapat bergaul dgn sesiapa jua, orang kesayangan orang ramai; ~ darat a) orang asli; b) orang kampung (dusun); c) Kl, ki orang yg tidak tahu akan perkara; d) Mn orang bahagian pedalaman Minangkabau (lwn orang pesisir); ~ datang keturunan atau angkatan yg akan datang, orang belakang; ~ gaji(an) orang yg bekerja di rumah orang, babu, pembantu rumah, amah; ~ galang orang yg menjadi pelindung kpd orang lain (spt pembesar), orang yg bersedia menyabung nyawanya utk tuannya dll; ~ halus a) jin, roh, orang bunian; b) orang yg pandai-pandai; ~ harapan orang yg diberi kepercayaan penuh atau yg amat diharapkan utk melaksanakan sesuatu (projek, program dsb); ~ hilir a) orang yg tinggal di sebelah hilir sungai; b) Kl orang yg tahu segala-galanya (lwn orang darat); ~ hulu a) orang yg tinggal jauh di pedalaman negeri; b) orang yg tidak tahu adat dll; ~ hobatan orang yg pandai menjampi (bomoh); ~ hutan a) orang yg tinggal di hutan; b) sj kera besar, mawas, Pongo pygmaeus; c) orang yg tidak tahu sesuatu perkara (adat, tatatertib, dll); ~ jemputan orang yg berbangsa, orang bangsawan (jika ia berkahwin menurut adat kebiasaan, pihak perempuanlah yg menjemputnya dgn wang dll); ~ kalau orang yg memainkan nobat; ~ kampung a) orang yg tinggal di kampung; b) bp orang yg tidak tahu suatu apa; ~ kanan orang yg diharapkan, orang harapan, pembantu (penolong) yg utama; ~ kaya a) orang yg berharta, hartawan; b) = ~ kaya-kaya orang yg berpangkat (berkedudukan) tinggi; c) = rangkaya panggilan kpd isteri orang yg berpangkat atau yg patut dihormati; ~ kebanyakan orang biasa (bukan orang bangsawan, bukan orang berpangkat); ~ kecil a) orang yg kecil badannya; b) rakyat biasa (orang kebanyakan); ~ keluaran a) orang yg di luar (yg tidak turut campur dll); b) orang luar istana (lwn orang dalam); ~ kenamaan orang yg terkenal, orang yg masyhur, orang besar; ~ kepercayaan orang yg dipercayai, orang harapan; ~ lain bukan diri sendiri, manusia lain; ~ lama orang yg sudah lama (di sesuatu tempat, kerja, dll) dan banyak pengalamannya; ~ laut suku bangsa yg hidup (tinggal) di laut; ~ liar orang yg belum bertamadun (beradab), orang hutan; ~ luar (luaran) orang yg di luar lingkungan (pekerjaan, golongan, dll); ~ mendatang orang dagang; ~ minyak orang yg melumuri badannya dgn minyak (supaya tidak mudah dapat ditangkap dll) dan biasanya mengganggu orang perempuan dgn tujuan hendak mencabul kehormatan mereka; ~ muda a) orang yg masih muda; b) pemuda; c) Mn tukang salung (tari dll); d) (biasanya) pelaku utama lelaki dlm bangsawan dll, hero; ~ papak pondan; ~ perjuangan tokoh-tokoh politik; ~ preman orang awam (bukan tentera); ~ putih orang Barat; ~ ramai khalayak ramai, orang banyak, umum; ~ rantai orang hukuman; ~ rendah a) orang yg tidak tinggi badannya; b) orang yg kedudukannya (bangsanya dll) rendah, orang biasa; ~ rumah a) isteri; b) orang yg tinggal bersama-sama di rumah, keluarga di rumah; ~ sabun orang balar; ~ sakit a) orang yg menghidap penyakit, pesakit; b) orang yg dirawat di hospital; ~ salah orang yg dihukum kerana melakukan kesalahan; ~ setangga = ~ sebelah jiran, tetangga; O~ Sungai suku kaum peribumi di Sabah termasuk dlm kumpulan kaum Kadazan Dusun, yg kebanyakannya tinggal di pesisiran pantai, aktiviti utamanya ialah kerja yg berkaitan dgn laut dan sungai; ~ suruhan a) orang gaji; b) wakil drpd satu pihak (sbg pembawa pesanan dll), utusan; ~ tahanan orang yg ditahan oleh pihak yg berkuasa kerana disyaki melakukan sesuatu jenayah, keganasan dsb; ~ tani peladang, petani; ~ tebusan orang yg ditahan (biasanya orang yg tidak bersalah) dan diugut akan dicederakan atau dibunuh jika tuntutan pihak yg menahan itu tidak dipenuhi atau ditunaikan; ~ tengah a) orang yg menjadi pendamai bagi pihak-pihak yg berbalah; b) orang yg menjadi pengantara antara pengeluar barang-barang dgn pengguna; c) orang yg menjadi pengantara antara pihak-pihak dlm rundingan kahwin dll; ~ timur orang Asia; ~ tua a) orang yg sudah tua; b) ibu bapa; c) = ~ tua-tua orang yg dianggap tua (bijak dan berpengalaman) dlm kampung; O~ Ulu suku kaum peribumi di Sarawak yg terbahagi kpd banyak suku yg berbeza budaya dan bahasa mengikut daerah, penempatan atau kawasan perkampungan masing-masing, yg kebanyakannya tinggal di pedalaman, kuat berpegang pd adat, dan mahir dgn kerja tangan; ~ upahan orang yg diupah utk melakukan sesuatu, biasanya yg tidak baik; ~ berdendang di pentasnya, ~ beraja di hatinya prb mengikut rasa hati masing-masing; ~ kaya suka dimakan, ~ elok selendang dunia prb perihal orang kaya yg selalu berjamu dan menolong orang miskin (satu pujian); ~ muda menanggung rindu, ~ tua menanggung ragam prb tiap-tiap anak muda itu ada yg dirinduinya (nasihat kpd orang tua); ~ tua diajar makan pisang (dadih) = jangan diajar ~ tua makan dadih prb orang yg sudah tahu (pandai dll) itu jangan diajar lagi; apabila ~ miskin menghendaki wang, dia mendapat anak, apabila ~ kaya menghendaki anak, dia mendapat wang prb perihal menyatakan bahawa manusia itu lemah, yg berkuasa Tuhan jua; bak ~ gombang di lebuh prb elok di luar sahaja sedang di dlm tidak elok (tidak sempurna); lain ~, lain hati = makin banyak ~ makin banyak niat prb kesukaan tiap-tiap orang itu tidak sama (fikiran, kemahuan, dll); spt menanti ~ dahulu, mengejar ~ kemudian prb pekerjaan yg sia-sia; takkan dua kali ~ tua kehilangan tongkat prb sebodoh-bodoh orang, takkan mahu terkena dua kali (sekali terkena sudah tidak berani lagi); seorang 1. satu orang; salah ~ mana-mana satu orang | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ombak | ombak 1. gerakan air yg turun naik atau bergulung-gulung, gelombang kecil: hanyut dibawa ~ ke tepi pantai; orang ~ ark orang yg gerak-gerinya sangat gelisah; mabuk ~ mabuk laut; 2. ki gerak fikiran atau rasa hati yg tidak tetap (kacau): ia tak dapat lagi menahan ~ di dadanya; ~ fikiran; ~nya kedengaran, pasirnya tiada kelihatan prb telah kedengaran beritanya dia orang kaya tetapi belum ada buktinya lagi; ~ yg kecil jangan diabaikan prb jangan dipermudah-mudahkan perkara-perkara kecil yg boleh mendatangkan bahaya; bagai ~ Purus prb a) deru yg amat menghibakan; b) riuh suara orang ramai; menguap(-nguap) bagai orang ~ prb perihal orang yg ketagihan candu dll; payah-payah dilamun ~, tercapai juga tanah tepi prb setelah beberapa lama menanggung susah akhirnya tercapai juga cita-citanya (terlepas juga drpd sengsara); spt ~ membanting diri prb perihal seseorang yg dlm keluh-kesah oleh sesuatu kesusahan; silih berganti bagai ~ di tepi pantai prb keadaan hidup yg tiada tetap (sekali susah, sekali senang); yg ~ itu ~ jua, yg air itu air jua prb serupa benar; berombak, berombak-ombak 1. mempunyai ombak, bergelombang kecil-kecil: angin bertiup dan laut pun ~; 2. berkeluk-keluk turun naik (spt gelombang kecil): tirai ~ sbg latar belakang tambah mencantikkan rekaannya; rambutnya ~ rambutnya ikal; 3. sesak (spt orang yg bernafas dgn kencang), sebak (kerana tekanan perasaan): dadanya semakin ~; suara bisikan halus itu membuat jiwanya ~ dgn seribu kemarahan; mengombak 1. membuat ombak; 2. spt ombak; rambut pendek yg diombak-ombak rambut yg dikeritingkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| buruk | 1. tua dan rosak (busuk), tidak cantik: Zaini sedang terbaring di tilam ~, pusaka ayahnya; kalau seorang perempuan ~ datang ke rumahnya mengemis, haram mereka mahu menolong; 2. tidak baik, jahat: perangai yg ~; pendedahan yg menyingkap tujuan ~ mereka; 3. tidak menyenangkan, merosot: ekonomi yg semakin ~; ~ ambil salah terima, menganggap kurang baik; ~ hati jahat (hati); ~ laku tidak baik kelakuan; ~ makan lahap, rakus; ~ mulut kasar mulut; ~ perut a) banyak makan; b) mudah kena sakit; ~ pok Kl, Tr buruk sekali; ~ sangka salah sangka (terima); ~ siku a) sudah memberi sesuatu kpd orang tetapi mengambilnya balik; b) tidak menyebut-nyebut kebaikan atau berian orang; ~ muka, cermin dibelah prb kesalahan dibuat sendiri tetapi dilemparkan kpd orang lain; ~ perahu ~ pangkalan prb tidak mahu melihat rumah bekas isteri (bekas tempat bekerja); ~ tak tahu akan hinanya prb tidak insaf akan kekurangan diri sendiri; ~-~ (bak) embacang prb pengetahuan (akal) bukan hanya terdapat pd orang yg elok rupa sahaja; biar ~ kain dipakai, asal pandai mengambil hati prb pakaian yg elok mudah dibeli tetapi berlainan halnya dgn budi bahasa yg halus; tiada ~ yg tiada elok prb orang yg berselisih itu akan berbaik juga; tiada elok yg tak ~ prb orang yg berbaik-baik itu akan berselisih juga; berburuk, berburuk-buruk bermusuhan, berselisihan; memburuk menjadi buruk (busuk dll): sekarang dia terpisah drpd golongannya, ~ dan tidak diperlukan lagi, kotor dan dibuang;memburukkan 1. menjadikan buruk (busuk dll): hujan dan panas matahari lekas sekali ~ kayu; 2. = memburuk-burukkan mengata-ngata, mencela, mencaci, mencerca: lekas sekali tuduhan datang ~ Ida; mereka telah menggunakan isu-isu yg berunsur negatif dgn tujuan memburuk-burukkan kepimpinan dan kerajaan;keburukan 1. kekurangan, kelemahan, kepincangan: berikan ~ dan kebaikan tinggal di bandar; 2. hal yg tidak baik (tentang orang atau sesuatu): ~ orang yg telah meninggal, terkubur dgn jasadnya; bercerita tentang ~ keluarga sendiri; pemburukan perihal memburukkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |