| mengaram | turun hendak tenggelam; disangka tiada akan ~, ombak yg kecil diabaikan prb kerana tidak menghiraukan bahaya yg kecil, maka ditimpa celaka yg besar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tidak boleh (dapat) tidak | pasti, sudah tentu, mesti, tidak boleh diingkari (diabaikan dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| aksara batal(cancel character) | Aksara kawalan tertentu yang digunakan untuk memberitahu pemproses bahawa data yang berkaitan dengan aksara batal ini merupakan ralat dan mesti diabaikan. | Kamus Komputer |
| suruhan semu(dummy instruction) | 1. Butiran data dalam bentuk suruhan yang sengaja disisipkan di dalam rentetan suruhan untuk mencukupkan bilangan suruhan yang dihantar. Suruhan ini tidak akan dilaksanakan dan akan diabaikan oleh penerima. 2. Suruhan yang sengaja dimuatkan dalam atur cara untuk melengkapkan pusingan gelung atur cara. | Kamus Komputer |
| semu(dummy) | Berkaitan dengan alamat, argumen, suruhan, atau rekod yang sengaja disisipkan untuk memenuhi jumlah bit, panjang kata, atau peraturan yang telah ditetapkan oleh sistem. Alamat, suruhan, atau rekod ini akan diabaikan oleh sistem dan hanya berfungsi untuk memenuhi ruang yang telah dikhaskan. | Kamus Komputer |
| tidak | digunakan utk menyatakan bukan (menafikan, menolak, menghalang, dsb), tiada, tak: rumah saya ~ jauh dr sini; cerita itu ~ benar; ~ alang tidak (bukan) sedikit, banyak; ~ apa a) = ~ apa-apa tidak ada sesuatu; b) tidak mengapa; ~ boleh (dapat) ~ pasti, sudah tentu, mesti, tidak boleh diingkari (diabaikan dll); ~ lain dan ~ bukan (ialah, hanyalah) a) tidak lain drpd ...; b) hanya; ~ (tak) main bp tidak pakai, tidak mengamalkan sesuatu; ~ sekali-kali sedikit pun tidak; ~ urung tidak dapat tiada, tidak boleh tidak; baik ~nya baik atau tidak baiknya, baik buruknya; dapat ~nya dapat atau tidak dapatnya; jangan ~ a) tidak boleh tidak, harus; b) tidak dgn sungguh-sungguh; tidak-tidak (yg) bukan-bukan, (yg) ganjil-ganjil (mustahil, tidak dapat diterima akal, dll): terbitlah berbagai-bagai perkataan yg ~, yg boleh membingungkan dan menyusahkan hati; setidaknya, setidak-tidaknya 1. sekurang-kurangnya: kalau tidak dapat memberi berapa yg diminta, setidak-tidaknya berilah berapa yg boleh; 2. barang sedikit (mesti...); 3. bagaimanapun (mesti...); bertidak mengatakan tidak, menafikan: anaknya meratap dan ~ akan tuduhan-tuduhan itu; menidakkan, mempertidak, mempertidak-kan menjadikan (menganggap, mengatakan, dll) tidak ada, meniadakan: kpd mereka ~ atau melanggar adat resam ini akan menjadi kesalahan besar; dipertidaknya laki-laki kita oleh Betara Majapahit maka kita dikirim subang; ketidak...an perihal tidak...; ketidakadilan perihal tidak adil; ketidakpastian perihal tidak pasti; ketidaksungguhan perihal tidak sungguh-sungguh; ketidakupayaan perihal tidak berupaya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kepentingan | 1. perihal, keadaan atau sifat penting, peri mustahak, keperluan: ia sedar akan ~ bandar Melaka; belanjawan itu menekankan ~ berjimat cermat dan berbelanja dgn hemat; 2. sesuatu yg penting (dituntut, dihargai dsb) demi kebaikan, keuntungan atau kesejahteraan diri, faedah, manfaat: masing-masing mempunyai ~ diri; tugas menjaga ~ peneroka tidak seharusnya diabaikan; ~ umum kepentingan utk orang ramai; 3. hak, saham dsb dlm sesuatu syarikat (harta, perniagaan dsb): beliau menguasai 52% ~ dlm syarikat tersebut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ombak | ombak 1. gerakan air yg turun naik atau bergulung-gulung, gelombang kecil: hanyut dibawa ~ ke tepi pantai; orang ~ ark orang yg gerak-gerinya sangat gelisah; mabuk ~ mabuk laut; 2. ki gerak fikiran atau rasa hati yg tidak tetap (kacau): ia tak dapat lagi menahan ~ di dadanya; ~ fikiran; ~nya kedengaran, pasirnya tiada kelihatan prb telah kedengaran beritanya dia orang kaya tetapi belum ada buktinya lagi; ~ yg kecil jangan diabaikan prb jangan dipermudah-mudahkan perkara-perkara kecil yg boleh mendatangkan bahaya; bagai ~ Purus prb a) deru yg amat menghibakan; b) riuh suara orang ramai; menguap(-nguap) bagai orang ~ prb perihal orang yg ketagihan candu dll; payah-payah dilamun ~, tercapai juga tanah tepi prb setelah beberapa lama menanggung susah akhirnya tercapai juga cita-citanya (terlepas juga drpd sengsara); spt ~ membanting diri prb perihal seseorang yg dlm keluh-kesah oleh sesuatu kesusahan; silih berganti bagai ~ di tepi pantai prb keadaan hidup yg tiada tetap (sekali susah, sekali senang); yg ~ itu ~ jua, yg air itu air jua prb serupa benar; berombak, berombak-ombak 1. mempunyai ombak, bergelombang kecil-kecil: angin bertiup dan laut pun ~; 2. berkeluk-keluk turun naik (spt gelombang kecil): tirai ~ sbg latar belakang tambah mencantikkan rekaannya; rambutnya ~ rambutnya ikal; 3. sesak (spt orang yg bernafas dgn kencang), sebak (kerana tekanan perasaan): dadanya semakin ~; suara bisikan halus itu membuat jiwanya ~ dgn seribu kemarahan; mengombak 1. membuat ombak; 2. spt ombak; rambut pendek yg diombak-ombak rambut yg dikeritingkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| penting I | 1. amat perlu, sangat berharga (berguna), mustahak: yg ~ baginya ialah pengakuan itu; perkara yg sangat ~; 2. ark genting (keadaan), berbahaya, tegang: musim yg ~; mementingkan memandang penting (berat, berguna, perlu, utama, dll), memberatkan, mengutamakan: mereka lebih ~ harta benda dan kesenangan hidup; ~ diri sendiri memikirkan hal (keuntungan) diri sendiri; kepentingan 1. perihal, keadaan atau sifat penting, peri mustahak, keperluan: ia sedar akan ~ bandar Melaka; belanjawan itu menekankan ~ berjimat cermat dan berbelanja dgn hemat; 2. sesuatu yg penting (dituntut, dihargai dsb) demi kebaikan, keuntungan atau kesejahteraan diri, faedah, manfaat: masing-masing mempunyai ~ diri; tugas menjaga ~ peneroka tidak seharusnya diabaikan; ~ umum kepentingan utk orang ramai; 3. hak, saham dsb dlm sesuatu syarikat (harta, perniagaan dsb): beliau menguasai 52% ~ dlm syarikat tersebut; berkepentingan mempunyai kepentingan: tidak dibenarkan orang yg tidak ~ masuk ke dlm. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| karam | 1. tenggelam (perahu dll): sebelum ~, barang-barang dlm kapal itu dapat diselamatkan; 2. digenangi (air): kampung itu ~ oleh air bah; ~ berdua basah seorang prb dua orang yg melakukan kesalahan tetapi seorang yg kena hukum; ~ di darat prb mendapat bencana di tempat sendiri (di tempat yg tidak sepatutnya); ~ di darat ada juga tinggal tungku lekar, ~ di laut habis sekali prb mendapat kesusahan di tempat sendiri, dapat juga meminta bantuan tetapi kalau di tempat orang, putus bicara; ~ di laut boleh ditimba, ~ di hati bilakan sudah prb kesedihan kerana kematian kekasih adalah lebih drpd kehilangan harta; ~ Kampar oleh Kuantan prb orang yg dikasihi merosakkan harta yg diberikan, tetapi ia tetap disayangi; ~ sambal oleh belacan prb mendapat kerugian oleh orang yg dipercayai (dikasihi); ~ tidak berair prb mendapat kecelakaan dgn tidak tentu sebabsebabnya; orang ~ di laut, aku ~ di darat prb mendapat bencana di tempat yg tidak patut mendapatnya; telah ~ maka bertimba prb setelah mendapat bencana baru ingat (menyesal); mengaram turun hendak tenggelam; disangka tiada akan ~, ombak yg kecil diabaikan prb kerana tidak menghiraukan bahaya yg kecil, maka ditimpa celaka yg besar; mengaramkan 1. menenggelamkan (perahu dll); 2. ki membencanakan, mencelakakan; kekaraman 1. mengalami bencana yg mengakibatkan perahu dsb karam: mereka telah ~ di laut; 2. perihal karam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |