Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diadatkan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
adat yg diadatkanadat yg ditetapkan;Kamus Dewan Edisi Keempat
janji1. pernyataan kesediaan utk berbuat atau memberi sesuatu: engkau mesti menepati ~ yg kau buat dahulu; dlm ~ bertunangan; me­nepati ~ membuat (menunaikan) apa yg telah dijanjikan; mengikat ~ membuat janji; pecah ~ tidak dapat menepati janji, me­mung­kiri janji; sampai ~ dapat menepati (me­nunaikan) janji; 2. syarat, ketentuan, tun­tutan; dgn ~ dgn syarat; 3. pengunduran waktu, tangguh, penundaan: kalau awak tidak berkeberatan, saya meminta ~ empat bulan utk membayar hutang awak itu; 4. ajal, had, waktu; sudah sampai ~nya sudah sampai ajalnya, mati; ~ kosong janji yg dibuat tetapi tidak pernah ditunaikan; ~ manis janji yg mengandungi harapan yg indah-indah; ~ palsu janji yg hanya bertujuan utk memperdayakan, menge­lirukan atau menipu orang; ~ temu janji utk bertemu dgn seseorang pd masa dan di tempat yg telah ditetapkan kerana sesuatu urusan dsb; ~ sampai bilangan genap = ~ sampai sukatan penuh prb sudah sampai ajal; adat diisi, ~ dilabuh prb mengerjakan sesuatu hendaklah menurut apa yg telah dibiasakan (diadatkan); berjanji membuat (mengikat) janji: dia ~ akan datang ke rumah saya; menjanjikan 1. berjanji utk memberi (mem­­­­­buat dsb) sesuatu: bapanya ~ satu hadiah istimewa jika dia lulus dlm pe­periksaan itu; 2. memberikan jangkaan atau harapan akan berlakunya (terdapatnya dsb) sesuatu, membuka kemungkinan kpd: jam­batan yg merentangi Sungai Sarawak ~ pembangunan yg lebih pesat; Revolusi Hijau ~ harapan kpd petani; memperjanjikan ark menjanjikan; perjanjian 1. persetujuan yg dibuat antara dua pihak atau lebih, permuafakatan: Malaysia telah menandatangani satu ~ per­da­gangan dgn Korea Selatan; ~ jual beli; ~ program persetujuan bertulis antara dua pihak (biasanya pihak pelaksana aktiviti dsb dgn pihak yg mempunyai kuasa utk meluluskan kewangan) bagi melaksanakan sesuatu aktiviti (program dsb) mengikut jumlah peruntukan yg diluluskan; 2. Id wasiat (kitab suci); Kitab P~ Lama Kitab Taurat; Kitab P~ Baru Kitab Injil.Kamus Dewan Edisi Keempat
adat1. peraturan yg sudah diamalkan turun-temurun (sejak dahulukala) di dlm sesuatu masyarakat (sehingga merupakan hukum dan peraturan yg harus dipatuhi), lembaga: ~ Minangkabau; ~ Perpatih; ~ Rembau; 2. cara yg sudah menjadi kebiasaan, sifat, kebiasaan: ~ air cair, ~ api panas; kurang ~ tidak sopan, kurang ajar; membawa ~ haid (datang bulan); mengisi ~ menjalankan adat kebiasaan, memenuhi kewajiban; tahu ~ sopan; tak tahu ~ tidak sopan, kurang ajar; ~ dunia sifat dunia, kebiasaan di dunia; ~ gelanggang = ~ menyabung peraturan menyabung (ayam); ~ istiadat berbagai-bagai adat (peraturan) yg dituruti; ~ menyerambi adat menjamu bakal menantu laki-laki; ~ resam adat kebiasaan; ~ bersendi syarak, syarak bersendi ~ prb segala perbuatan hendaklah jangan bertentangan dgn adat dan agama; ~ diisi, lembaga dituang prb Mn mengerjakan sesuatu menurut adat kebiasaan; ~ gajah terdorong prb orang yg berkuasa biasanya menyalahgunakan kekua­saan­nya; ~ lama pusaka usang prb Mn adat yg tidak berubah-ubah sejak dahulu; ~ periuk berkerak, ~ lesung berdedak prb jika ber­kehendakkan keuntungan, haruslah susah; ~ sepanjang jalan, cupak sepanjang betung prb tiap-tiap perbuatan ada peraturannya, tiap-tiap negeri mempunyai kebiasaannya; hidup dikandung ~ mati dikandung tanah prb setiap orang harus mentaati adat selama hidup dan jangan pula melupakan bahawa dia akan mati; hilang ~ tegal muafakat prb adat lama itu boleh diubah asal dgn muafakat; beradat 1. mempunyai adat, tahu sopan santun; 2. melakukan sesuatu secara adat; mengadatkan menjadikan sesuatu adat, menjadikan sesuatu kebiasaan; adat yg diadatkan adat yg ditetapkan; teradat sudah menjadi adat atau kebiasaan; adat yg ~ adat yg terjadi kerana kebiasaan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas