| memesan | 1. memberi pesan (nasihat, arahan, dll): sejak dr rumah tadi ia sudah ~ anak-anaknya supaya jangan berenggang jauh; 2. meminta supaya dibawakan (dikirim, dibuatkan, dll), menempah: tidak lama kemudian pelayan tadi muncul pula dgn makanan dan minuman yg dipesan; ~ tempat menempah tempat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| patut I | 1. baik atau elok (perangai, perbuatan, dll), senonoh: jangan kamu ingin akan yg tiada ~, dan jangan kamu bersalahan dua bersaudara; orang ~-~ orang baik-baik; 2. layak, sesuai (utk melakukan sesuatu dll):guru hendaklah tahu bila ia ~ bercakap dan bila ia ~ diam; aku periksa erti-erti perkataan itu dan bagaimana ~ dipakai; 3. tidak berlebihan atau berkurangan, padan, sesuai: harga barang itu sudah ~; 4. sl sepadan (dgn), sesuai benar (dgn), setuju: maka menjadi ~lah Seri Nara Diraja dgn Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan spt saudara sejalan tadi; 5. berpadanan, seimbang, setimbal: belum ~ dosanya Hang Tuah ini dibunuh; kalau begitu ~ benar kaya-kaya orang Lampung itu; 6. tidak boleh tidak, mesti, wajib: ukuran dada ~ bertambah kira-kira tujuh setengah sentimeter apabila dikembangkan; 7. perlu, penting: ~ juga diberitahu di sini bahawa ...; 8. sudah seharusnya, selayaknya: jika orang bergelar itu ~ bergajah, dibawakan gajah; tetapi Menteri Muda bukan orang yg ~ dilupakan; 9. sebenarnya, sesungguhnya: pd ~nya, dialah yg menjadi raja kerana dia yg tuanya; 10. tidak dihairankan, padan benar: ~lah beria-ia benar dia memandang ke mari tadi; 11. Kl boleh jadi, mungkin; sepatutnya 1. semestinya, selayaknya, sepantasnya: kasihan, ~ engkau duduk bersenang-senang di rumah gedang di rumah batu berlangkan; 2. sudah selayaknya, sudah tentunya, sebenarnya: polis ialah pegawai keamanan yg ~ menjadi tempat orang mencari perlindungan; 3. = dgn ~ dgn selayaknya, dgn baik-baik, tidak dipermudah-mudah atau dipermain-mainkan: ia akan menghukum orang yg didapati bersalah dgn ~; berpatut-patut ada had atau batasnya yg patut, berpada-pada; berpatutan 1. tidak lebih dan tidak kurang, padan benar (dgn), sesuai: kita sendiri juga sedang memerlukan pertahanan yg ~ utk mempertahankan diri kita; 2. setimbal, secocok, sepadan: jikalau negara mesti mengambil harta itu utk kebajikan umum harga yg ~ haruslah diberi; 3. tidak keterlaluan, sederhana, sedang: bagi melaksanakan percubaan ini kita mesti mengeluarkan udara terlebih dahulu dr satu bikar yg ~ besarnya; 4. sl baik (kelakuan, perangai, dll), elok, senonoh: maka adat itu meluluskan yg boleh sahaya menegurkan kelakuan raja-raja yg tiada ~; 5. sl kena, cocok, sesuai: jikalau barang satu perkataan itu dipakaikan ~ dgn tempatnya, nescaya sedaplah bunyinya; 6. perlu, cukup: mereka memikirkan bahawa Bangsa-Bangsa Bersatu itu ialah suatu pertubuhan yg terlalu jauh utk diberi perhatian yg ~ dlm rancangan pelajaran kebangsaan; mematut 1. mengatur atau mengenakan sesuatu supaya elok, memperbaik, memperelok: ia berdiri di hadapan cermin besar sambil ~ ikatan sampingnya; 2. = mematut-matut; ~ diri menghias diri supaya kelihatan tampan, bersolek, berdandan: bujang itu mundur selangkah ke belakang, demi dilihatnya Rijnhaard mematut-matut dirinya; mematut-matut 1. Mn melihat (menyelidiki, memandang, dll) utk mengetahui buruk baiknya; 2. mengira-ngira (utk mengetahui berapa banyaknya dll), mengagak-agak, menimbang-nimbangkan: dia lantas ~ dan menduga-duga keadaan masa depannya; kalau saya bersuamikan Kamal nanti, demikian dia ~, dapatlah saya menolong meringankan penderitaan mereka nanti; mematutkan 1. mengatur (menyusun dll) supaya elok, membaikkan lagi, mengelokkan; 2. sl menganggap patut (padan, sesuai): maka Tengku Mansor pun hendak menjadi Raja, kerana banyak orang tua-tua ~ dia, kerana ia pangkat tua; 3. = mematut-matutkan; ~ diri mencantikkan diri (supaya kelihatan sajak, segak, tampan) dgn bersolek, berdandan, dsb: di hadapan cermin muka, ia ~ diri; 4. menjadikan patut (padan, sesuai, dll): kepatutan 1. = patutan pendapat (baik buruk dll); pertimbangan; 2. perihal patut, kelayakan, kesesuaian, kecocokan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kucing I | sj binatang yg kecil, berbulu lembut dan tebal, dipelihara sbg binatang kesayangan, biasanya utk menangkap tikus, Felis catus (F. domesticus); ~ belanda sj binatang mengerip (mengunggis), arnab, kelinci; ~ batu sj kucing liar, Felis bengalensis; ~ emas = ~ tulap, Felis temminckii; ~ hutan sj kucing liar, Felis planiceps; ~ jalang kucing yg terbiar (tidak dipelihara); ~ kerung Kl a) kucing yg kuat (keras) bunyinya; b) ki orang yg berani dan ganas; ~ kurap ki orang yg dipandang hina; ~ negeri kucing yg dipelihara orang; ~ pekak (tuli) sj perangkap tikus; (menantikan) ~ bertanduk prb menantikan perkara yg tidak mungkin berlaku; ~ lalu, tikus tiada berdecit lagi prb apabila orang yg ditakuti datang maka diamlah mereka yg bising; ~ melompat, orang terkejut drpd tidurnya, ayam berkokok hari pun siang prb kesusahan dan kesukaan orang yg terasa sampai kpd kita; anak ~ menjadi harimau prb perihal anak orang miskin menjadi kaya atau anak rakyat menjadi orang besar atau anak orang bodoh menjadi pandai; bagai ~ dgn panggang prb dikatakan kpd laki-laki dan perempuan yg selalu berdekatan serta lambat-laun terjadi juga perkara yg sumbang; bagai ~ dibawakan lidi prb terlalu (amat) ketakutan; bagai ~ kehilangan anak prb perihal orang yg hilang akal atau kebingungan; bagai ~ lepas senja prb a) susah (sukar) hendak dicari; b) berasa lapang (senang); bagai ~ main daun perihal kehebatan rupa dll seseorang (pahlawan); bagai ~ menjemput api prb yg diusahakan tidak berhasil sedangkan alat dlm pengusahaan itu hilang pula; bagai ~ takut akan balur prb laki-laki yg takut atau malu kpd perempuan; bagai ~ tidur di bantal prb perihal kehidupan yg senang dan mewah; bagai mengail ~ hanyut prb perbuatan yg sia-sia; berburu ~ di dapur prb perihal anak muda dan gadis yg tinggal serumah dan membuat perhubungan haram; biar pun ~ naik haji, pulangnya mengeong juga prb pembawaan atau tabiat seseorang tidak dapat diubah; duduk spt ~, melompat spt harimau prb perihal orang yg pendiam tetapi cepat dan tangkas membuat sesuatu; kalau ~ tidak bermisai, takkan ditakuti tikus lagi prb orang besar yg hilang martabatnya (pangkatnya) tidak disegani orang lagi; membeli ~ dlm karung prb membeli sesuatu dgn tidak melihatnya; memukul ~ di dapur prb menganiaya sanak saudara atau orang yg karib dgn kita; mengadu ~ dgn babi prb bermain ceki; spt ~ berakkan rambut prb keluh-kesah kerana kesakitan atau gelisah kerana sesuatu kesusahan; spt ~ biang prb berkeluh-kesah; spt ~ di atas tampuk prb perihal orang yg mempunyai dua tugas dan tiada tahu yg mana harus diberikan perhatian; spt anjing dgn ~ prb selalu berkelahi (bergaduh); terkejar-kejar bagai ~ jatuh anak prb tergopoh-gopoh (tergesa-gesa) kerana sesuatu kesusahan; kucing-kucing, kucing-kucingan otot di lengan atau di kaki; berkucing-kucing 1. sj permainan kanak-kanak; 2. ki berlaku sumbang (laki-laki dan perempuan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pesan | 1. amanat (nasihat, permintaan, suruhan, dll) yg diterima (diteruskan kpd orang lain): ia teringat ~ ayahnya supaya surat itu jangan diberi kpd tangan orang lain; ada ditinggalkan ~ sebelum ia berangkat tadi; 2. amanat (nasihat, wasiat, dll) yg penghabisan drpd orang yg akan meninggal: emaknya yg baru mati tidak sempat meninggalkan apa-apa ~ kepadanya; 3. permintaan barang utk dibeli, tempahan; ~ dituruti, petaruh dimalami, berserah berkehendak hati prb mempercayakan sesuatu kpd orang dgn tidak percaya bulat-bulat; berpesan 1. meminta supaya amanatnya (kehendaknya, nasihatnya, suruhannya, dll) diterima atau diteruskan kpd orang, memberi pesan (kpd): sebelum ia bertolak ia ~ kpd Kak Loyah supaya menjaga anaknya; 2. memberi nasihat (amanat, wasiat, dll) ketika hampir akan meninggal: sebelum ia meninggal ia ~ beberapa kali supaya Dewi berbanyak sabar dan bertenang; 3. membuat permintaan (utk membeli dll barang dagangan), menyuruh membuatkan (menyediakan, mengirimkan), menempah: “Kek”, katanya ~, sebelum kuih tiba ia minum seteguk; ~ berturut, harap ada, percaya tidak prb tidak mempercayai sepenuh-penuhnya; memesan 1. memberi pesan (nasihat, arahan, dll): sejak dr rumah tadi ia sudah ~ anak-anaknya supaya jangan berenggang jauh; 2. meminta supaya dibawakan (dikirim, dibuatkan, dll), menempah: tidak lama kemudian pelayan tadi muncul pula dgn makanan dan minuman yg dipesan; ~ tempat menempah tempat; memesani berpesan (memesan) kpd: maka kata orang yg dipesani itu, “Baiklah”; memesankan 1. memesan kpd; 2. memesan (barang dll) utk orang: sudah saya pesankan tuan buku itu; 3. meminta (menerusi orang lain) supaya datang dll: apa maksud ~ saya ke mari? pesanan 1. pesan: ~ ibu tidak akan kami lupakan; 2. sesuatu yg dipesan (dipesankan); pemesanan perbuatan memesan (memesankan); pemesan orang yg memesan atau menempah (barang dll): ~ buku diharap akan mengirim wang harganya sekali. | Kamus Dewan Edisi Keempat |