Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diceritakan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
subjek/subjék/ 1 sesuatu yg diceritakan dll; perkara: Apa ~ yg akan dibincangkan oleh mereka nanti? 2 ist kata atau kata-kata yg merupakan perkara atau hal yg diceritakan dlm sesuatu ayat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tersebut1. telah disebut (diceritakan dll), pernah disebut: maka saya pun terimalah rial yg ~ itu dgn beribu-ribu terima kasih; 2. terkatakan, terperikan: maka segala perahu itu pun berlabuh di Tanjung Kerawang itu, maka tiadalah ~ lagi; 3. = kesebutan ark terkenal atau termasyhur (bkn orang dll); ~lah perkataan sl akan diriwayatkan (dikisahkan, diceritakan) halnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
terkatakandapat diceritakan (dinyatakan, diperikan), terperikan: maka orang mati pun tiada terkatakan lagi banyaknya; tiada ~ lagi bencinya baginda;Kamus Dewan Edisi Keempat
terombasejarah yg diceritakan dlm bentuk perbilangan, tambo, riwayat.Kamus Dewan Edisi Keempat
tamat1 sudah dibaca, diceritakan dll hingga ke akhir: Buku itu sudah ~ dibacanya. 2 berakhir; selesai; habis: Lebih kurang pukul enam petang, barulah temasya sukan itu ~. ~ belajar (persekolahan) sudah menempuh semua tingkatan dlm sekolah; sudah selesai pelajarannya. ~ riwayat sudah mati. menamatkan 1 membaca, menceritakan dll hingga ke akhir: Bagaimanakah cara yg baik hendak ~ cerita ini? 2 menjadikan tamat; menghabiskan; menyudahkan: Kerana selalu sakit-sakit, dia terpaksa ~ perkhidmatannya. tamatan yg sudah tamat belajar di (sekolah, maktab dsb); lulusan: ~ maktab perguruan. pe­namatan perbuatan atau hal me­namatkan: ~ perkhidmatannya adalah atas sebab kesihatan. penamat yg ter­akhir; yg penghabisan; penutup.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tamat1. sudah dibaca (diceritakan dll) hingga akhirnya, khatam; ~ mengaji a) sudah khatam Quran; b) sudah siap mengaji; ~ belajar (sekolah) sudah selesai pelajaran; ~ riwayat­nya sudah mati; 2. berakhir, habis, selesai: perkhidmatannya akan ~ pd tahun depan; menamatkan 1. membaca (menceritakan, mengisahkan) sampai habis: bagaimana cara­nya yg baik hendak ~ cerita ini? 2. men­jadi­kan tamat, menghabiskan, menye­lesai­kan, menyudahkan: ia ingin melihat saya dapat ~ pelajaran saya sampai dapat sijil; ia mesti ~ khidmatnya setakat ini; tamatan yg sudah tamat belajar (di), yg lulus (dr): ~ sekolah menengah; tanda ~ Id sijil, ija­zah; penamatan perbuatan dsb menamatkan atau mengakhiri: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Ber­satu perlu mengesahkan ~ perjanjian amanah antara negara itu dgn Kepulauan Marshall; ada­kalanya ~ sesebuah sesi itu adalah dgn mem­berhentikan sahaja proses kaunseling; penamat yg terakhir, pengakhir, penutup, penyudah.Kamus Dewan Edisi Keempat
cerita rakyatcerita yg diceritakan utk orang biasa;Kamus Dewan Edisi Keempat
pokok pembicaraan (cerita)perkara yg dibicarakan (diceritakan).Kamus Pelajar Edisi Kedua
tersebutlah perkataansl akan diriwayatkan (dikisahkan, diceritakan) halnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
menceritakan1. mengisahkan sesuatu kpd: demikianlah diceritakan oleh yg empunya cerita; 2. mengkhabarkan (memberitahukan, mengatakan, dll) sesuatu: saya takut hendak ~ rahsia itu kepadanya;Kamus Dewan Edisi Keempat
1234

Kembali ke atas