| ekstrak | /ékstrak/ pati atau jus yg dikeluarkan dr sesuatu spt tumbuhan, buah-buahan atau haiwan: ~ vitamin C dr buah oren. mengekstrak mengeluarkan pati, jus dsb dr sesuatu spt tumbuhan, buah-buahan atau haiwan: ~ jus dr nanas. pengekstrak alat atau mesin yg digunakan utk mengekstrak pati atau jus: Beliau berjaya mencipta ~ jus buah-buahan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| sagu I | 1. hati batang pokok palma (kabung, rumbia, dll); jika tak dipecah ruyung di mana boleh mendapat ~ prb tidak akan tercapai sesuatu maksud jika tidak mahu berusaha; 2. = tepung ~ tepung yg diperbuat drpd pati hati batang rumbia dll; 3. = pokok ~ sj tumbuhan (palma yg pati hatinya boleh dibuat tepung sagu), Metroxylon spp.; ~ belanda (betawi) sj tumbuhan (palma), Marantha arundinacea; ~ pisang hati batang pisang; ~ rendang (biji-biji) sagu yg kasar; ~ rumbia sagu yg diperbuat drpd pati hati batang rumbia; ~ tampin pati sagu yg diperdagangkan; akar ~ paya sj tumbuhan (pokok memanjat), akar urat-urat, bunga petaya, Dalbergia stercorea; menyagu 1. membuat sagu; 2. bp menganji dgn sagu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| biang I | 1. induk (binatang, tumbuh-tumbuhan, dsb); ayam ~ induk ayam; ~ jari = ~ tangan ibu jari; ~ lebah induk lebah; 2. Jk jenis yg murni (asli); ~ ayam ayam jenis yg asli (bukan campuran); 3. pati, sari; ~ cuka pati drpd cuka; ~ roti ragi utk membuat roti; 4. pokok pangkal, asal mula: berjudi adalah ~ segala kejahatan; ~ keladi a) umbi keladi; b) orang (hal dll) yg menjadi punca kejahatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sari I | 1. pati drpd sesuatu (makanan, buah-buahan, dll): ~ susu; 2. bahagian yg penting (drpd karangan, berita, pelajaran, dll), isi pokok; ~ kata terjemahan dialog dlm filem yg disiarkan serentak dgn tayangan filem berkenaan; inti ~ pokok, isi; 3. = serbuk (tepung) ~ Id debunga (pd tumbuh-tumbuhan); ~ bunga kelopak bunga; menyarikan 1. menghisap madu dr sari bunga (kumbang, rama-rama, dll); 2. memetik pati sahaja (drpd karangan, berita, dll), meng-ikhtisarkan; penyarian perbuatan (proses) memetik isi drpd karangan, berita, dll: ~ data. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pati syarahan | isi penting drpd sesuatu syarahan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| pati santan | kepala santan; | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| pati | 1 tepung halus-halus yg mendap ke bawah drpd sesuatu benda yg dibancuh dgn air: ~ kopi; ~ sagu. 2 isi yg terpenting atau yg terutama drpd sesuatu; inti; sari: ~ santan kepala santan; ~ syarahan isi penting drpd sesuatu syarahan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| pati IV | ®patih II. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pati III | Mn pateri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pati II | ; denda ~ denda kerana membunuh orang (melanggar adat): melanggar undang-undang dan adat ini maka akan dihukum denda ~; kerap ~ membunuh orang dgn sembunyi-sembunyi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |