| hakim I | 1. pegawai yg dilantik utk mengadili sesuatu perbicaraan dlm mahkamah: ~ yg membicarakannya mendapati dia bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara; H~ Besar ketua hakim; menjadi ~ sendiri melakukan sekehendak hati terhadap orang yg dianggap bersalah; dihadapkan ke muka ~ dihadapkan ke mahkamah; 2. orang yg dilantik mengadili sesuatu pertandingan (permainan dsb), pengadil: tiga orang guru telah dilantik menjadi ~ dlm peraduan bahas antara sekolah-sekolah; berhakim menjadi hakim: apabila berjanji mungkir, apabila ~ durjana; ~ kpd minta pengadilan kpd: marilah kita ~ kpd ketua kampung utk menentukan siapa salah siapa benar; ~ kpd beruk (harta habis hajat tak sampai) prb minta pengadilan kpd orang yg tamak, sudah tentu dapat kerugian; berhakimkan menggunakan seseorang dsb sbg hakim: oleh sebab tidak ada tempat utk membuat pengaduan apabila berlaku perselisihan, maka setiap keputusan akan hanya ~ diri sendiri; menghakimi, menghakimkan mengadili, mempertimbangkan (utk menentukan salah benar sesuatu atau seseorang): hakim mahkamah tinggi ~ perkara-perkara besar spt perkara pembunuhan, penculikan, rompakan besar, dll; kehakiman segala hal yg berkaitan dgn urusan hukum (undang-undang) dan pengadilan: jabatan ~; soal-soal ~; ~ semu perihal fungsi yg menyerupai atau seakan-akan fungsi kehakiman yg dijalankan menurut budi bicara pentadbiran, mis tribunal; penghakiman perihal (perbuatan dsb) menghakimi: dapatkah kita menjamin keadilan sebenar sekiranya proses ~ masih menghadapi masalah kefahaman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| hati tawajuh | hati yg dihadapkan kpd Tuhan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| hati tawajuh | hati yg dihadapkan semata-mata kpd Tuhan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| dibawa ke muka pengadilan | dihadapkan ke mahkamah utk perbicaraan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mengiring | 1. dgn lambung (sisi) dihadapkan kpd sesuatu (orang dll): duduknya tidak berhadapan lagi dgn aku, tetapi ~; 2. di atas sisi (samping): letakkan botol itu ~; 3. berbaring di atas sisi (lambung): puas menelentang ia ~, puas ~ ia meniarap; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pengadilan | 1. mahkamah, majlis, dsb yg mengadili: aku akan dihadapkan ke muka ~ dan di sanalah aku akan menerima keadilan; 2. perihal (perbuatan dsb) mengadili, perbicaraan serta keputusan oleh pengadil: penjahat-penjahat perang dijatuhi hukuman mati dlm ~ di mahkamah Nuremberg; 3. perihal (perbuatan dsb) mengadili sesuatu pertandingan dsb: ~ pertandingan pakaian aneka ragam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tawajuh | Ar penumpuan diri (akal, fikiran, perasaan) pd Allah; hati ~ hati yg dihadapkan kpd Tuhan;bertawajuh memusatkan (menumpukan, mengarahkan) segenap fikiran dll pd Tuhan: aku pernah pula mengunci diriku dlm kamar dgn tidak makan, tidak tidur, melainkan banyak berzikir ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menghadapkan | 1. menghalakan, mengarahkan (sesuatu ke): maka meriam pun dihadapkan orang arah ke laut; 2. menujukan (pertanyaan, tuduhan, dll): hampir semua yg hadir ~ pertanyaan kpd ahli forum yg kedua sahaja; tuduhan yg dihadapkan kepadanya sangat berat; 3. membawa ke muka (pengadilan, orang yg bertanggungjawab, dll), membawa utk dipertemukan dgn: ia telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh; 4. memperlawankan, mempertandingkan, mempertentangkan: dlm pusingan pertama, pasukan Malaysia akan di hadapkan dgn pasukan bola sepak dr Negeri Thai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| iring II | lambung, samping, sisi: sedang mereka berpelukan itu diambillah gambar dr sebelah ~ mereka oleh jurugambar; mengiring 1. dgn lambung (sisi) dihadapkan kpd sesuatu (orang dll): duduknya tidak berhadapan lagi dgn aku, tetapi ~; 2. di atas sisi (samping): letakkan botol itu ~; 3. berbaring di atas sisi (lambung): puas menelentang ia ~, puas ~ ia meniarap; mengiringkan menghadapkan sisi (lambung) kpd sesuatu, membaringkan di atas sisi (lambung): ia ~ badannya mengadap ke sebelah kanan; iringan sisi, lambung, samping: anak itu terlena di ~nya; dia tertimpuh di sebelah ~ datuknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bersekedudukan | 1. mempunyai kedudukan (taraf, keadaan dll) yg sama. 2. tinggal bersama spt suami isteri tanpa nikah: Mereka ditangkap kerana ~ dan akan dihadapkan ke mahkamah syariah. | Kamus Pelajar |