| nama keluarga | nama yg dikongsi bersama oleh semua ahli dlm sesuatu keluarga; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| unibas(unibus) | Struktur bas komunikasi data berkelajuan pantas yang dikongsi bersama oleh CPU, ingatan, dan persisian. | Kamus Komputer |
| mengongsi | menggunakan (menduduki dll) bersama-sama: pelita yg sebuah itu dikongsi mereka ketika belajar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ikatan koordinat | sj ikatan kovalen yg kedua-dua elektron yg dikongsi disediakan oleh satu drpd atom; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| perisian kongsi | perisian atau dokumen yg diedarkan oleh pembuat perisian untuk dikongsi bersama oleh pengguna komputer; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| Esperanto | (ésperanto) bahasa buatan antarabangsa yg sebahagian besarnya berdasarkan kata-kata yg dikongsi oleh bahasa-bahasa utama di Eropah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kawasan khidmat sepunya(common service area) | 1. Kawasan pada ingatan dalaman yang dikongsi oleh dua atur cara atau lebih sebagai ingatan kerja. 2. Kawasan sepunya yang digunakan oleh beberapa pemproses untuk menerima kerja yang datang. | Kamus Komputer |
| perisian kongsi(shareware) | Perisian atau dokumen yang diedarkan oleh pembuat perisian tersebut untuk dikongsi oleh pengguna komputer yang sama-sama berminat untuk bertukar-tukar perisian sesama mereka atau dengan cara mengenakan bayaran minimum untuk membiayai kos perisian terpakai. | Kamus Komputer |
| ingatan kongsi(shared memory) | Bahagian ingatan yang digunakan bersama oleh dua proses yang berlainan. Ingatan yang sama biasanya dikongsi untuk membolehkan perhubungan antara proses atau untuk penggunaan subrutin sepunya. | Kamus Komputer |
| koperasi | 1. syarikat yg dianggotai dan diuruskan oleh sekumpulan orang utk menjalankan kegiatan ekonomi (perniagaan dsb), dgn faedah dan keuntungannya dikongsi bersama: ~ pertanian; 2. bp perihal bantu-membantu, kerjasama; berkoperasi berusaha dgn cara bekerjasama (bantu-membantu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |