| kufur | 1 tidak percaya kpd Allah dan Rasul-Nya; kafir. 2 tidak (tahu) bersyukur akan nikmat yg dikurniakan Allah. ~ nikmat tidak bersyukur akan nikmat yg dikurniakan Allah. mengkufuri 1 tidak percaya kpd (Tuhan): Mereka akan dianggap ~ Allah andainya mereka kembali kafir. 2 tidak bersyukur akan (nikmat, anugerah dsb Allah): Ini bermakna, mereka ~ nikmat Allah. mengkufurkan menganggap kufur: Manusia tidak berhak ~ orang lain. kekufuran keadaan atau sifat kufur: Dia berusaha utk mengelakkan umat Islam drpd ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| syafaat | kelebihan yg dikurniakan oleh Allah kpd Nabi Muhammad SAW dan kpd nabi-nabi lain utk memberi pertolongan kpd umatnya pd hari perhimpunan di Padang Mahsyar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| kurniaan | sesuatu yg dikurniakan; pemberian (gelaran dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| pingat | bintang yg dikurniakan oleh kerajaan (sultan dll) utk menghormati jasa seseorang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| syafaat | kelebihan yg dikurniakan oleh Allah kpd Nabi Muhammad s.a.w. dan kpd nabi-nabi lain utk memberi pertolongan kpd umatnya pd hari perhimpunan di Padang Mahsyar. | Kamus Pelajar |
| syafaat | Ar kelebihan yg dikurniakan Allah kpd Rasulullah SAW utk menolong umatnya di padang mahsyar kelak: barang pintanya dikabulkan Allah SWT dgn berkat ~ Nabi Muhammad SAW. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bintang kehormatan | pingat yg dikurniakan sbg pernyataan hormat (kerana jasa dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| rezeki | Ar 1. segala sesuatu yg dikurniakan oleh Allah utk keperluan rohani dan jasmani, mis makanan, ilmu dsb; ada nyawa (umur) ada ~ selama masih hidup tentu mendapat makanan; itu bukan ~ saya itu bukan utk saya (makanan dll); memberi ~ a) memberi makanan (nafkah); b) membawa keuntungan (kemujuran); 2. ki pendapatan, penghasilan, pencarian (wang dll utk sara hidup); kehilangan ~ kehilangan mata pencarian; mencari ~ mencari makan, mencari penghidupan (dgn berusaha dll); mendapat ~ a) mendapat makanan (penghidupan dll); b) mendapat untung (laba), mujur; putus ~ kehilangan pencarian; 3. peluang utk beroleh makanan dll, keuntungan, perolehan; bukan ~ bukan habuan (untung) seseorang; dekat ~nya cepat (mudah) mendapat untung; jauh ~nya sulit (susah) mencari untung; kalau ada ~ kalau ada wang (habuan, kemudahan, untung); mudah-mudahan dimurahkan ~nya mudah-mudahan banyak (mudah) mendapat keuntungan dll; naik ~nya semakin bertambah keuntungannya; orang makan gaji, umur panjang ~ beragakkan Mn orang makan gaji, umur panjang tetapi perolehannya terhad; pembahagian ~ pembahagian keuntungan dll; perebutan ~ perebutan keuntungan dll; ~ batin sesuatu yg berfaedah utk batin, makanan rohani (jiwa); ~ harimau ki sewaktu ada makanan banyak dan berjenis-jenis; ~ jangan ditolak untung jangan dibuang (dibiarkan terlepas); ~ mahal susah mencari penghidupan, jarang mendapat keuntungan; ~ mata sesuatu yg sedap dipandang; ~nya meninggi mendapat keuntungan tidak dgn bersusah payah; ~ merendah semua yg diusahakannya itu menguntungkannya; ~ murah selalu mendapat keuntungan tidak dgn bersusah payah; ~ yg halal pendapatan dll yg halal (bukan dgn penipuan dll); ~ elang tak akan dapat (dimakan) oleh musang (burung pipit) prb semua orang ada kemujurannya masing-masing, keuntungan seseorang tidak boleh direbut oleh orang lain; merezekikan memberikan rezeki: mereka tidak direzekikan dgn gugur syahid di medan jihad. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kufur nikmat | tidak bersyukur akan nikmat yg dikurniakan Allah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| AMN | kep Ahli Mangku Negara (pingat yg dikurniakan oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong). | Kamus Dewan Edisi Keempat |