| jelujur I | jahitan tangan yg jarang dan tidak dimatikan, jahitan sementara; ~ halus sj jahitan yg digunakan apabila membuat kelim panjang pd kain lembut (dibuat sebelah dalam atau luar); ~ sementara sj jahitan sementara utk menetapkan kelim di tempatnya sebelum kelim itu dijahit (dibuat sebelah dalam atau luar); menjelujur membuat jelujur, menjahit jarang-jarang (dgn tidak mematikan jahitan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| jelujur | jahitan tangan yg jarang (kasar) dan tidak dimatikan; jahitan sementara: Ia membuat ~ dahulu sebelum menjahit dgn mesin. menjelujur membuat jelujur:Ia ~ kelim supaya mudah dijahit dgn mesin. | Kamus Pelajar |
| jelujur | jahitan tangan yg jarang atau kasar dan tidak dimatikan; jahitan sementara: Ia membuat ~ dahulu sebelum menjahit dgn mesin. menjelujur membuat jelujur: Ia ~ kelim supaya mudah dijahit dgn mesin. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| smoking | sj perhiasan pd pakaian dgn mengedutkan kain (dan dimatikan kedut itu dgn jahitan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| autopintas(autobypass) | Kemudahan pada sistem rangkaian komputer yang memintas secara automatik sesebuah komputer terangkai yang dimatikan supaya komputer-komputer lain dalam rangkaian dapat terus berfungsi seperti biasa. | Kamus Komputer |
| lilit | 1. lingkar (spring jam, ular sedang tidur, dll), sesuatu yg membelit (ikatan dll), belit: jahitan itu dimatikan dgn menyimpulkan benang tiga ~; 2. = lilitan keliling (sesuatu kawasan dll): ~ bulatan bumi di khatulistiwa ialah 24 900 batu atau 39 840 km; kuat ~ kerana simpulnya prb kekuatan persatuan terletak pd anggota-anggotanya; selilit 1. sekali lilit, hanya satu lilitnya: ~ kelengkeng; 2. sekeliling, sebelit: ~ Pulau Perca; berlilit berada dlm keadaan melingkari sesuatu, berbelit: ular ~ di dahan kayu; berlilitkan menggunakan atau memakai sesuatu sbg lilit: kepalanya yg ~ kain merah persis warna darah itu; melilit 1. membelit, melingkar: akar ~; 2. berasa tidak sedap perut (rasa hendak muntah dll), mulas; meliliti membelit pd, membeliti: sehelai serban putih ~ kepalanya; tiang rumahnya dililiti akar; melilitkan membelitkan, melingkarkan: buat satu lingkaran dgn ~ dawai pd sebatang pensel; lilitan garisan yg menyempadani sesuatu kawasan (bulatan dll), lingkungan, lilit; pelilit sesuatu (tali, kain, dsb) yg digunakan utk melilit: lilit tangkai bunga dgn ~ warna hijau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| jam | 1 alat yg menunjukkan masa atau waktu: ~ dinding jam yg besar dan digantungkan di dinding; ~ randik jam yg dpt dihidupkan dan dimatikan apabila dikehendaki utk mengukur kepantasan, kekerapan dsb; ~ tangan jam yg agak kecil yg dipakai pd tangan. 2 waktu yg lamanya 60 minit: Sudah dua ~ dia menunggu adiknya keluar dr sekolah. 3 bp tanda waktu; pukul: Saya akan datang pd ~ lapan. berjam-jam beberapa jam berturut-turut; masa yg agak lama: ~ kamu makan, belum juga sudah lagi? | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| jam | 1. alat yg menunjukkan masa atau waktu: ~ dinding jam yg besar dan digantungkan di dinding;~ randik jam yg dpt dihidupkan dan dimatikan apabila dikehendaki utk mengukur kepantasan, kekerapan dsb;~ tangan jam yg agak kecil yg dipakai pd tangan. 2. waktu yg lamanya 60 minit:Sudah dua ~ dia menunggu adiknya keluar dr sekolah. 3. bp tanda waktu; pukul: Saya akan datang pd ~ lapan. berjam-jam beberapa jam berturut-turut; masa yg agak lama: ~ kamu makan, belum juga sudah lagi? | Kamus Pelajar |
| kemas | 1. elok dan rapi kelihatannya (kerana segala-galanya teratur, tersusun, terurus, dsb dgn baik), teratur (tersusun dll) dgn elok atau rapi: bilik-bilik di rumah itu semuanya kelihatan ~; jahitan itu dimatikan dgn ~ dan teguh; barang-barang jualan biarlah kelihatan ~ dan dapat menarik perhatian para pelanggan; rumah ~ rumah yg bersih dan rapi (segala perabot dll tersusun dgn baik); 2. kuat, teguh, erat: pelukan Jalil yg ~ itu tidak terurai; 3. Mn beres, bersih, habis, selesai; 4. sihat, segar (tubuh): ~ rasanya badan; barang-barang ~ barang-barang yg tinggi nilainya (spt barang-barang perhiasan drpd emas, permata, dsb); berkemas, berkemas-kemas menyusun-nyusun (mengatur-atur) barang-barang dsb supaya segala-galanya kelihatan rapi (tidak berselerak dll): Basir memerhatikan Ros ~ dgn berhati-hati benar nampaknya; ~ rumah membersihkan rumah dan mengatur perabotnya dll supaya (rumah) kelihatan rapi; mengemas, mengemasi mengatur (menyusun dll) rapi-rapi (tidak berselerak dsb), mengelokkan atau merapikan (tempat tidur, rumah, dll): malam itu Salim sibuk ~ dan mengumpulkan barang-barang kerajaan yg hendak diserahkan esoknya; ~ seluruh rumah sebelum menyambut hari raya; mengemas-ngemas membetulkan supaya rapi: dia bangun meninggalkan Lebai Pa yg ~ kopiah putih di kepalanya; mengemaskan 1. menjadikan tersusun (teratur, rapi, dll), membereskan: sekalian anak kapal sibuk ~ barang-barang kerana masing-masing hendak segera turun ke pangkalan; ~ diri menghiaskan diri (dgn bersolek, berpakaian bersih, dll); 2. menghabiskan (wang, harta benda, dll): belum berapa lama berkahwin, hartanya sudah dikemaskan oleh suaminya; memperkemas menjadikan lebih kemas (teratur, rapi, dll): bahagian penerangan pertubuhan itu sedang diperkemas supaya licin pentadbirannya; saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kpd beliau yg turut memberikan pandangan bagi ~ buku ini; kemasan 1. hasil kerja menghias sesuatu ruang: ~ begini menimbulkan seri dan membuat keadaan rumah tidak menjemukan; 2. sesuatu benda (kain, logam, dsb) yg diperelok bahagian permukaannya supaya kelihatan rapi; kekemasan keadaan kemas; perkemasan perihal berkemas-kemas; pengemasan perbuatan mengemas(kan); pengemas orang yg mengemasi (mengemaskan): ~ bilik; ~ daftar fail. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mati kuasa(power down) | 1. Tindakan mematikan bekalan kuasa komputer atau peranti persisiannya. 2. Tindakan yang diambil oleh komputer untuk menjaga keadaan pemproses dan mengelakkan kerosakan pada pemproses atau perantinya apabila terjadi kegagalan kuasa atau apabila kuasa sedang dimatikan | Kamus Komputer |