Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipanggang

Puisi
 

Kulitlah ketam dipanggang lotong,
     Panggang di dapur tinggal tulang;
Nasibku badan tidak beruntung,
     Ayam ditambat disambar helang.


Lihat selanjutnya...(5)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
salai; ikan ~ ikan yg dikeringkan (diasapi, dipanggang) di atas api; pisang ~ pisang yg dikeringkan (diasapi, dipanggang) di atas api; bersalai 1. sedang dikeringkan (diasapi, dipanggang) di atas api; 2. duduk di atas tempat yg agak tinggi dan di bawahnya terdapat bara utk memanaskan badan (terutamanya bagi perempuan yg baru bersalin): amalan ~ utk menghangatkan badan dan mempercepat berkurangnya darah nifas dan mengecutkan rahim secara perlahan-lahan telah hampir lenyap; bergantung tidak bertali, ~ tidak berapi prb perempuan yg mengandung di luar nikah; menyalai 1. mengeringkan (mengasapi, me-manggang) di atas api: ibunya sedang ~ daging; getah itu dikerjakan terus sehingga lahirlah getah yg berkeping-keping dan disalai di rumah asap; 2. memanaskan badan dekat api (bagi perempuan yg baru bersalin); 3. memasang lampu (damar dll): kemudian dian pula yg disalai; tersalai (sedang) dikeringkan atau (diasapi) di atas api: ribuan keping getah yg ~ di situ; salaian 1. penyalai; 2. sesuatu yg disalai (diasapi) di atas api, hasil menyalai (meng-asapi) di atas api; penyalaian perbuatan (kerja, proses) menyalai sesuatu (getah, daging, dll); penyalai perkakas (para-para dsb) yg diguna-kan utk menyalai: dinyalakan apinya, dan ikan itu pun diaturnya di atas ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
memanggang1. memasak (memanaskan, mendiangkan) di atas bara api: ~ ikan; 2. Mn membakar: maka berkedut-kedut yg hitam dipanggang cahaya matahari; dipanggang tiada hangus prb beberapa kali menempuh kesusahan (bahaya) tetapi selamat; terlampau panggang jadi hangus prb terlalu meninggikan diri jatuh juga akhirnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
stik1. sepotong daging tebal utk dipanggang atau digoreng; 2. hidangan yg merupakan sepotong daging yg dipanggang dan dihidangkan dgn sos lada hitam, salad dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
barbeku(barbéku) 1. jamuan di tempat terbuka (spt perkarangan rumah dll) dgn hidangan daging, ayam, udang, dll yg dipanggang; 2. daging, ayam, udang dll yg dipanggang dan dimakan di tempat terbuka;membarbeku memanggang daging, ayam, udang, dll di tempat terbuka.Kamus Dewan Edisi Keempat
panggangyg dimasak (dipanaskan, didingin­kan) di atas bara api: ayam ~; ikan ~; pulut ~; ~ peringgi baru hendak masak (padi dll); jauh ~ dr api prb tidak kena atau jauh drpd yg dimaksudkan; memanggang 1. memasak (memanaskan, mendiangkan) di atas bara api: ~ ikan; 2. Mn membakar: maka berkedut-kedut yg hitam dipanggang cahaya matahari; dipanggang tiada hangus prb beberapa kali menempuh kesusahan (bahaya) tetapi selamat; terlampau panggang jadi hangus prb terlalu meninggikan diri jatuh juga akhirnya; panggangan 1. bahan yg dipanggang; 2. hasil memanggang; pemanggangan perihal (proses atau per­buatan) memanggang; pemanggang alat (penyepit) yg digunakan utk memanggang.Kamus Dewan Edisi Keempat
roti bakarroti yg dipanggang di api.Kamus Pelajar Edisi Kedua
panggangan1. bahan yg dipanggang; 2. hasil memanggang;Kamus Dewan Edisi Keempat
goreng(goréng) 1. yg dipanggang (dipanaskan) dlm kuali kering, yg dimasak dgn minyak: kacang ~; mi ~; nasi ~; pisang ~; minyak ~ = minyak penggoreng minyak utk menggoreng; 2. bp kecekapan memetik gitar mengikut tempo rancak; menggoreng 1. memasak dgn minyak: ~ikan; ~ pisang; 2. memasak (beras, tepung, dsb) dlm kuali dgn tidak menggunakan minyak, merendang; 3. bp memperolok-olokkan, memborak; menggorengkan menggoreng utk: “Emak, gorengkan saya sebiji telur”; gorengan sesuatu yg digoreng; penggorengan bekas (spt kuali dll) tempat menggoreng: kutekan ikan itu pd ~ supaya lekas masak;penggoreng 1. orang yg menggoreng: ~ mi; 2. alat yg digunakan utk menggoreng: kuali ~ ikan.Kamus Dewan Edisi Keempat
bersalai1. sedang dikeringkan (diasapi, dipanggang) di atas api; 2. duduk di atas tempat yg agak tinggi dan di bawahnya terdapat bara utk memanaskan badan (terutamanya bagi perempuan yg baru bersalin): amalan ~ utk menghangatkan badan dan mempercepat berkurangnya darah nifas dan mengecutkan rahim secara perlahan-lahan telah hampir lenyap; bergantung tidak bertali, ~ tidak berapi prb perempuan yg mengandung di luar nikah;Kamus Dewan Edisi Keempat
bifstikkepingan daging yg boleh dipanggang, digoreng, dll, yg dipotong drpd bahagian daging pejal lembu.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345

Kembali ke atas