| memecahkan | 1. menjadikan pecah, menyebabkan menjadi kepingan-kepingan dsb yg lebih kecil, menyebabkan sesuatu atau sebahagian drpd sesuatu pecah: budak itu telah ~ cermin tingkap mereka; kecurian tak boleh berlaku sebelum pintu atau tingkap dipecahkan; 2. memecah-belahkan, mencerai-beraikan, membahagi-bahagi(kan), menghuraikan (ayat dll): mereka hendak ~ perpaduan nasional; harta dipecahkan menjadi empat bahagian; ~ cerita kpd komponennya; pecahkan 893 025 menjadi pengisi tunggal; 3. merosakkan (kesunyian), memusnahkan (sesuatu suasana): bunyinya itu ~ suasana sunyi di tengah rimba; 4. menyiarkan (berita, rahsia); 5. menyelesaikan membuat kepastian (ketetapan dll) bkn sesuatu soal (kerumitan dll): masalah itu sukar sekali hendak dipecahkan; mukanya keruh memikirkan sesuatu yg tidak dapat dipecahkan; 6. sl mengalahkan: maka Tun Pikrama digelar baginda Paduka Tuan dianugerahi ia Buru oleh jasanya ~ Pasai itu; ~ kepala (otak) a) memerah otak; b) susah sekali; ~ rekod = ~ rekor Id membaiki atau mengatasi rekod yg telah ada; ~ telinga sangat kuat bunyinya (suaranya); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| repih I | mudah dipatahkan atau dipecahkan (spt roti kering dll), rapuh; merepih menggetas (mematahkan, memecahkan, dll) kecil-kecil: ~ roti; repihan pecahan (sobekan, potongan, dll) yg kecil-kecil, serpih: banyak orang yg terbunuh terkena ~ bom. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pecahan | 1. sesuatu yg sudah pecah atau dipecahkan, bahagian yg sudah dipisahkan dsb drpd sesuatu yg lain atau yg lebih besar atau lengkap: ~ kaca berselerak di tempat pergaduhan itu berlaku; ~ bom; lihat Rajah 2 utk melihat ~ tajuk; 2. angka (bilangan) yg bukan angka bulat (spt 1/2 , 2/3 , dll); ~ berulang = ~ repeten pecahan persepuluhan yg bilangan seluruhnya atau sebahagiannya selalu berulang-ulang; ~ biasa pecahan yg pengatasnya lebih kecil drpd pembawahnya (spt 3/4); ~ janggal pecahan yg pengatasnya sama atau lebih besar drpd pembawahnya (spt 8/8, 11/4, dll); ~ perpuluhan = ~ persepuluhan Id pecahan yg menggunakan titik perpuluhan (spt 0.5, 0.8, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| legar | bunyi spt bunyi kayu dipukul (pintu dipecahkan dll), degar; melegarkan mengadakan bunyi legar, menyebabkan bunyi legar: Azhar keluar ~ daun pintu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mata kerbau | telur yg digoreng bulat-bulat (tidak dipecahkan bahagian merahnya); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pecahan | 1 benda yg sudah pecah atau yg sudah dipecahkan: ~ kaca. 2 angka yg bukan angka bulat, spt , , . ~ wajar pecahan yg pengatasnya lebih kecil drpd pembawahnya, spt , . | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| mata sapi | = ~ kerbau telur yg digoreng bulat-bulat (tidak dipecahkan bahagian merahnya); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| anak tetingkap(pane) | Tetingkap yang diperoleh apabila tetingkap besar dipecahkan menjadi beberapa bahagian. | Kamus Komputer |
| titik api | Id tumpuan pertemuan sinar yg dibalikkan atau dipecahkan oleh kanta; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| telur mata lembu | telur ayam yg digoreng bulat-bulat (tidak dipecahkan merahnya); | Kamus Dewan Edisi Keempat |