Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipertahankan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
terbeladapat dibela (dilindungi, diselamatkan, dipertahankan): nasib bangsa Melayu tidak ~ pd zaman penjajahan;Kamus Dewan Edisi Keempat
bendarparit (di sawah dll), longkang; menaikkan ~ sondai prb mempertahankan yg tidak mungkin dapat dipertahankan; membendarkan mengalirkan sesuatu (air); bagai ~ air ke bukit prb pekerjaan yg sia-sia; ® bandar II.Kamus Dewan Edisi Keempat
tendangan penalti(dlm permainan bola sepak) tendangan percuma yg dibuat dr jarak 12 ela (lebih kurang 11 meter) dr gol lawan yg dipertahankan oleh seorang penjaga gol;Kamus Dewan Edisi Keempat
keguruanhal yg berkaitan dgn ilmu menjadi guru, atau tugas dan tanggungjawab (kerjaya) sbg guru: sifat-sifat ~ yg luhur; martabat profesion ~ harus dipertahankan;Kamus Dewan Edisi Keempat
utopiamasyarakat (sistem pemerintahan, negara, keadaan, dll) yg ideal atau terlalu sempurna (iaitu merupakan sesuatu yg tidak mungkin dapat diwujudkan): justeru itu amat tidak wajar dikejar dan dipertahankan suatu ~ kehidupan dlm lingkungan budaya kecil yg asing dan palsu.Kamus Dewan Edisi Keempat
wajar1. memang begitu (tidak dibuat-buat, ditambah-tambah, dll); nasi ~ nasi biasa (nasi putih, tidak bersantan, dll); 2. sebagaimana yg sepatutnya (bersesuaian, kena pd tempat­nya, dsb), dapat diterima atau dipertahankan sbg munasabah, seharusnya, semestinya, sepatutnya: kaum wanita harus mendapat tempat yg ~ dlm masyarakat; tuntutan rakyat yg ~ utk keperluan hidup; sewajar; ~ dgn sama halnya dgn, selaras dgn, setimbal dgn, sesuai dgn; sewajarnya 1. memang begitu halnya (ke­adaannya dll), sebenarnya (demikian), se­memangnya: sbg seorang yg dilahirkan di Negeri Sembilan, maka sudah ~ pula saya sentiasa bersimpati dgn perjalanan adat Perpatih di Negeri Sembilan; 2. memang begitu sifatnya (kudratnya, tabiatnya), sudah semestinya begitu: pertengkaran antara puak pembangkang dgn puak kerajaan yg berlaku dlm parlimen itu sudah ~; 3. dgn begitu sahaja, tidak dibuat-buat (dipaksa-paksa), dgn sendirinya: jangan dihalang fikiran kanakkanak yg tumbuh dgn ~; 4. sesuai dgn yg seharusnya, sebagaimana mestinya, sebagai­mana patut: kandungan Quran itu harus difahami dgn ~; mewajarkan menjadikan dapat diterima atau dianggap sbg sepatutnya atau seharusnya demikian, menjadikan (memperlihatkan dsb) wajar: filem ini tidak berusaha utk ~ kekuasaan kolonial bangsa kulit putih; saya tidak nampak sebarang alasan atau hujah yg kuat yg dapat ~ kita bertindak menghapuskan tulisan Jawi; kewajaran perihal wajar: perbincangan di atas telah menunjukkan ~ pendirian ini; apakah ada ~ atau tidak utk bertindak sedemikian?Kamus Dewan Edisi Keempat
mempertahankan1. mengikhtiarkan su­paya tidak berubah, mengusahakan supaya tetap (kekal): kaum tua mahu tetap ~ adat yg mendapat kritikan paling hebat drpd kaum muda; 2. tidak mahu melepaskan, memegang teguh-teguh: kemerdekaan yg dicapai itu mesti dipertahankan; 3. menjaga supaya tidak terancam (dikuasai orang dll), melin­dungi, membela: jika kompeni menye­rang Bonjol, serahkan pd kami ~ negeri; ~ diri;Kamus Dewan Edisi Keempat
penalti(pénalti) 1. hukuman atau denda yg dikenakan kerana melanggar undang-undang, peraturan atau kontrak; 2. = tendangan ~ (dlm permainan bola sepak) tendangan percuma yg dibuat dr jarak 12 ela (lebih kurang 11 meter) dr gol lawan yg dipertahankan oleh seorang penjaga gol; gol ~ (dlm permainan bola sepak) gol yg dijaringkan drpd tendangan penalti; kawasan ~ (dlm permainan bola se­pak) ruang di hadapan pintu gol yg sekiranya pasukan pertahanan melanggar sebarang per­aturan di dlm kawasan ini, pasukan lawan akan diberi tendangan percuma.Kamus Dewan Edisi Keempat
jatuh1 turun (terlepas) ke bawah dgn cepat; gugur atau luruh ke bawah: Buah yg ranum itu ~ ke tanah apabila ditiup angin. 2 menjadi kurang (bkn harga, nilai dll); merosot: Banyak juga peniaga yg rugi semasa nilai mata wang Inggeris ~ dahulu. 3 bersamaan dgn: Hari Raya Puasa ~ pd hari Sabtu. 4 menjadi (miskin, sakit dll): Bapanya ~ sakit. 5 tidak berhasil; gagal: Perusahaannya ~ kerana ditipu oleh pelanggan-pelanggan. 6 kalah atau dirampas (musuh); tidak dpt dipertahankan: Bandar itu telah ~ ke tangan musuh. ~ hati (kasih) menaruh cinta kpd seseorang. ~ ke tangan (musuh dll) menjadi milik (musuh dll). ~ nama mendapat nama buruk. menjatuhi menyebabkan seseorang atau sesuatu ditimpa oleh sesuatu yg lain; melepaskan sesuatu supaya jatuh pd: Yg dituduh telah dijatuhi hukuman mati. menjatuhkan 1 melemparkan ke bawah; menggugurkan: Dia ~ gelas itu kerana geram. 2 menurunkan (nilai, harga dll): Secara tidak langsung, dialah yg telah ~ perniagaan kedai itu. 3 mengalahkan; menggagalkan; menumbangkan: Dia telah ~ lawannya dlm perlawanan tinju. 4 melakukan atau mengenakan sesuatu sbg hukuman: Tuan hakim telah ~ hukuman gantung ke atas pembunuh itu. ~ maruah memberi malu. ~ talak menceraikan isteri. terjatuh jatuh dgn tiba-tiba: Kuihnya ~ kerana ia terperanjat. kejatuhan perihal jatuh: ~ nilai mata wang merugikan negara.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bela(béla); mencari ~ = mengambil ~ = menuntut ~ menuntut balas (dgn cara membunuh pembunuh, memukul orang yg telah memukul orang lain, dll); membela 1. membunuh diri utk ikut mati: bersama-sama di atas lorong itu ialah mayat isteri-isteri yg telah ~ kematian suami mereka; 2. membalas membunuh dll: mereka bermuafakat hendak ~ kematian ayah mereka; 3. melindungi, menyelamatkan, mempertahankan: aku ingin melihat anak aku menjadi doktor atau peguam supaya dapat ~ nasib orang miskin spt aku; jikalau mahkota ini tiada dibuangkan, tiadalah patik semua dapat ~ kenaikan ini; tradisi ~ rakyat; ~ diri mempertahankan diri (drpd tuduhan, dakwaan, dsb); terbela dapat dibela (dilindungi, diselamatkan, dipertahankan): nasib bangsa Melayu tidak ~ pd zaman penjajahan; pembelaan perihal membela: si miskin tetap menderita tanpa ~ yg sewajarnya; pembela orang yg membela; ~ uri pemain terakhir dlm permainan gasing.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas