Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Adakah anda bermaksud : dip inta,dip inta,dipintaki,depend

Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipinta

Puisi
 

Dari hulu turun ke pekan,
     Sampannya rosak di tengah hari;
Kalau selalu ingatkan Tuhan,
     Apa dipinta pasti diberi.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
termakbulditerima atau dikabulkan (apa-apa yg dipinta); berhasil; diperkenankan: Mudah-mudahan ~ permintaan anakanda itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
makbul= termakbul diterima atau dikabulkan (apa-apa yg dipinta); berhasil; diperkenankan: Mudah-mudahan ~ permintaan anakanda itu. memakbulkan menjadikan makbul; menyampaikan (maksud dll); memperkenankan: Semoga Allah ~ doa saya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berembukberbicara, bermuafakat, berunding: itulah sebabnya adik diundang, dipinta datang sama ~, memilih berat ringannya;Kamus Dewan Edisi Keempat
menyampaikan 2 meluluskan apa-apa yg dipinta dll; memperkenankan; mengabulkan: Moga-moga Allah akan ~ cita-citamu itu.Kamus Pelajar
sampai 2 meluluskan apa-apa yg dipinta dll; memperkenankan; mengabulkan: Moga-moga Allah akan ~ cita-citamu itu.Kamus Pelajar
rembukbicara, muafakat, nasihat, runding; berembuk berbicara, bermuafakat, berunding: itulah sebabnya adik diundang, dipinta datang sama ~, memilih berat ringannya; merembukkan membicarakan, memuafakat­­kan, merundingkan: kami berkumpul ~ siasat yg akan dipakai; rembukan pembicaraan, permuafakatan, pe­­­­rundingan: kalau dia sudi maka ~ itu biar­lah disempurnakan di belakang; kami orang di rumah menyempurnakan ~ itu sematang-matangnya; perembukan perbuatan atau hal berembuk atau merembukkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
doa1. permohonan (permintaan) kpd Tuhan: ~ Aini supaya Murad berbahagia dlm hidupnya; 2. kebaikan (yg dipinta) dgn restu drpd Tuhan: dia memohon ~ agar anaknya lulus dlm peperiksaan Sijil Tinggi Per­sekolahan Malaysia; 3. potongan ayat terutama drpd Quran (hadis dsb) yg dibaca utk memohon sesuatu kebaikan drpd Tuhan: setiap kali selepas sembahyang, dia mem­baca berbagai-bagai ~; ~ arwah doa yg dibaca (sewaktu sembahyang mayat dll) utk orang Islam yg telah meninggal dunia dan ditujukan juga kpd orang-orang yg masih hidup; ~ musafir doa yg dibaca (oleh orang Islam) sewaktu dlm perjalanan supaya dijauhkan drpd sebarang kemalangan dsb; ~ panjang umur doa yg dibaca (oleh orang Islam) utk memohon kpd Tuhan supaya di­lanjutkan usia; ~ pendinding doa yg dibaca (oleh orang Islam) utk menjauhkan diri drpd bahaya; ~ pengasih jampi utk membuat orang kasih pd kita; ~ restu doa (permintaan) yg diharapkan mendapat berkat drpd Tuhan; ~ selamat = ~ kesyukuran doa kerana me­ngucap syukur kpd Tuhan atas pemberian-Nya atau kerana meminta berkat; ~ tolak bala doa yg dibaca selepas bersembahyang utk meminta kpd Tuhan supaya dijauhkan drpd sebarang bala (spt wabak penyakit dsb); berdoa, mendoa meminta (memohon) kpd Tuhan, mengucapkan (menyampaikan) doa: bangun pagi sembahyang subuh kemudian ~ kpd Tuhan; aku ~ semoga Tuhan mende­katkan aku kpd kebaikan dan menjauhkan aku drpd kejahatan; mendoakan memohonkan sesuatu kpd Tuhan: aku ~ semoga kau berbahagia se­lalu; dia sentiasa ~ keselamatan anak-anak­nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
kemamarKl seolah-olah hilang ingatan atau pemandangannya, seakan-akan kurang sium­an, mamai: dia itu telah ~, lain yg dipinta lain yg diberikannya.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyampaikan1 membawa dan menyerahkan apa-apa yg dikirim; menghantar: Saya telah ~ surat itu kpd ayah saudaranya. 2 meluluskan apa-apa yg dipinta dll; memperkenankan; mengabulkan: Moga-moga Allah akan ~ cita-citamu itu. 3 mengunjukkan se­suatu; memberikan: Isteri Pegawai Daerah telah ~ hadiah kpd para pemenang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ulas II1. isi buah, biasanya berbiji, yg bergugus-gugus dan boleh dipisah-pisahkan, mis buah durian, nangka, manggis, limau dan langsat: setiap pangsa durian itu biasanya mengandungi dua atau tiga ~ sahaja isinya; 2. penjodoh bilangan utk bahagian buah yg berbiji dll: lalu dipinta se~ nangka pd penghulu istana itu; beberapa ~ bawang; limau masak se~ prb kepandaian yg melebihi kepandaian saudara-saudaranya yg lain; berulas berbentuk atau menyerupai ulas: isi buahnya putih, ~, lembut dan manis; berulas-ulas timbul ketul-ketul yg menyerupai ulas (bkn otot badan dsb): daging pd bahagian lengannya kelihatan ~; badannya ~ kerana mengamalkan sukan angkat berat.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas