| sulaman | ki sesuatu yg diselingi, selingan: adunan dan ~ dlm cerita ini dapat memuaskan selera. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menyelingi | menyela dgn sesuatu; menyelang: Pekerjaan yg sukar itu diselingi dgn gurau senda. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| menyelingi | menyela dgn sesuatu; menyelang: Pekerjaan yg sukar itu diselingi dgn gurau senda. | Kamus Pelajar |
| seling; berseling | menyelingi menyela dgn sesuatu; menyelang: Pekerjaan yg sukar itu diselingi dgn gurau senda. | Kamus Pelajar |
| seling | ; berseling ada yg mengantarainya; berselang. menyelingi menyela dgn sesuatu; menyelang: Pekerjaan yg sukar itu diselingi dgn gurau senda. selingan apa-apa yg digunakan utk menyelingi sesuatu yg berturut-turut: lagu-lagu ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| persembahan | 1. hadiah (kpd raja, orang-orang yg lebih tinggi martabatnya): segala negeri takluk datang memperhambakan diri, masing-masing dgn persembahannya; 2. sesuatu yg dihidangkan atau dipertunjukkan (permainan, pementasan, filem, dll): ~ lakonan yg diselingi lagu-lagu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| meyakinkan | 1. menyaksikan sendiri supaya yakin, mengesahkan sendiri, menentukan: dia hendak ~ sendiri apakah adiknya ada terlibat dlm perkara itu; 2. menyebabkan yakin, menjadikan yakin: mereka tidak membawa apa-apa senjata utk ~ orang Mekah bahawa kedatangan mereka bukanlah kerana hendak berperang; 3. dgn bersungguh-sungguh (membuat sesuatu), tidak main-main, serius: pelukisan masyarakat dlm kesusasteraan yg bercorak sejarah kurang ~ kerana diselingi dongeng-dongeng daerah; 4. menimbulkan keyakinan:hujah yg ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sulam II | ; menyulam 1. mengganti tanaman yg mati dgn yg baru, menyilih: benih yg baru ditabur terpaksa ditengok selalu, yg tidak tumbuh disulam lagi; 2. ki menyelangi atau mencelahi sesuatu (perbuatan, percakapan, dll) dgn yg lain, menyelitkan sesuatu dgn yg lain (biasanya utk mengindahkan, menyeronokkan, dll): dia begitu pandai ~ ceritanya dgn hal yg lucu-lucu; menyulami ki menyelang dgn, menyelingi: guru ~ percakapannya dgn memberikan kerja yg mudah; cerita-cerita ini memberi peluang utk disulami dgn tarian; sulaman ki sesuatu yg diselingi, selingan: adunan dan ~ dlm cerita ini dapat memuaskan selera. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| yakin | betul-betul percaya (tentang kebenaran, kemampuan, dll sesuatu atau seseorang), tidak ragu-ragu (syak-syak) lagi, pasti benar: dia masih tetap ~ bahawa jalan yg ditempuhnya bukanlah jalan yg salah; mengetahui dgn ~ akan arah kiblat; kami ~ dia akan berjaya dlm pertandingan itu; berkata dgn ~ berkata dgn sungguh-sungguh; meyakini 1. yakin (akan), mempercayai benarbenar (akan): setelah ~ bahawa tidak ada orang yg mengintip, barulah dia membuka peti itu; dia ~ kesanggupannya melawan musuh; 2. = meyakin-yakini menyelidikidsb supaya yakin; 3. menaruh keyakinan pd; meyakinkan 1. menyaksikan sendiri supaya yakin, mengesahkan sendiri, menentukan: dia hendak ~ sendiri apakah adiknya ada terlibat dlm perkara itu; 2. menyebabkan yakin, menjadikan yakin: mereka tidak membawa apa-apa senjata utk ~ orang Mekah bahawa kedatangan mereka bukanlah kerana hendak berperang; 3. dgn bersungguh-sungguh (membuat sesuatu), tidak main-main, serius: pelukisan masyarakat dlm kesusasteraan yg bercorak sejarah kurang ~ kerana diselingi dongeng- dongeng daerah; 4. menimbulkan keyakinan: hujah yg ~; keyakinan perihal yakin, kepercayaan yg sungguh-sungguh, kepastian, kesungguhan, ketentuan: kita akan menjalankan semula kewajiban kita dgn penuh ~ bahawa Allah akan menjayakan cita-cita kita; berkeyakinan mempunyai keyakinan, mempercayai benar-benar: ia ~ bahawa ayah dan ibunya selamat; ~ dlm apa jua bidang; ketidakyakinan perihal (sikap, pendirian, dsb) tidak yakin: ~ terhadap kemampuan bahasa Melayu wujud dlm masyarakat yg mendapat pendidikan Inggeris. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sembah | 1. penghormatan kpd raja dll (dgn menangkupkan kedua-dua tapak tangan serta menyusun jari dan mengangkat ke atas hingga ke paras dagu ataupun hingga ke dahi): mengangkat ~; 2. kata-kata yg ditujukan kpd raja (orang yg dimuliakan): setelah raja China mendengar ~ tabib itu, maka raja China pun menitahkan utusan ke Melaka minta air basuh kaki raja Melaka; berdatang ~ berkata kpd raja (orang yg dimuliakan); ~ salam = ~ dan sujud hormat dan khidmat (dlm surat-menyurat kpd orang yg dihormati dll); ~-simpuh tertib sopan (kelakuan); bersembah berkata dgn hormat dan takzim; bersembahkan sl = mempersembahkan; menyembah 1. memberi hormat dgn meng-angkat sembah: maka sekalian orang yg duduk di bawah itu pun ~; 2. memberi hormat dgn mencium dll pd (lutut dll): anak Pangeran Mas Seri Negara itu ~ lutut paduka ayahandanya; 3. menghormati sesuatu sbg Tuhan atau dewa, memuja: ~ berhala; ~ mata-hari; 4. mengaku diperintah oleh (ditakluki oleh dll), tunduk kpd, mengaku taat kpd: Sultan Muzaffar Shah tiada mahu ~ ke benua Siam; ~ bumi tumbang tertiarap di bumi, roboh: dia tersungkur ~ bumi dgn kepalanya berlumuran darah di hadapan orang ramai yg kegemparan; kondominium yg sudah lama didiami itu tiba-tiba ~ bumi; menyembahkan, mempersembahkan 1. menyampaikan (berita, surat, dll) dgn takzim, mengatakan, menceritakan: sekiranya rang undang-undang ini tidak diluluskan oleh Dewan Negara pun boleh disembahkan kpd Yang di-Pertuan Agong; maka laksamana pun ~ segala hal ehwalnya; 2. memberikan (mengunjukkan dll) dgn takzim: maka Pak Kaduk pun segeralah ~ ayamnya itu, lalu disambut oleh baginda serta diamat-amati; 3. menghidangkan (pertunjukan dll), memper-tunjukkan (permainan dll): malam ini akan dipersembahkan filem Tiga Dara; sembahan yg disembah (Tuhan), yg dipuja-puja atau dihormati, pujaan: berhala yg menjadi ~ penganut agama Buddha; persembahan 1. hadiah (kpd raja, orang-orang yg lebih tinggi martabatnya): segala negeri takluk datang memperhambakan diri, masing-masing dgn persembahannya; 2. sesuatu yg dihidangkan atau dipertunjukkan (permainan, pementasan, filem, dll): ~ lakonan yg diselingi lagu-lagu; penyembahan 1. perihal menyembah atau memuja; 2. pemujaan; penyembah orang yg menyembah, pemuja: ~ berhala. | Kamus Dewan Edisi Keempat |