Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditengking

Peribahasa

Anak sendiri disayang,
     anak tiri dibengkeng.

Bermaksud :

Kaum keluarga sendiri dilebihkan daripada orang asing, atau rakyat sendiri lebih diutamakan daripada orang dagang. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak kandung ditimang-timang, anak tiri ditengking-tengking).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
memialmemulas: anaknya pula jadi spt budak-budak baru masuk yg pernah ditengking dan dipial telinganya.Kamus Dewan Edisi Keempat
menengking1. berkata-kata dgn suara yg keras; 2. memarahi dgn suara yg keras, memĀ­bentak, mengherdik: janganlah ditengking herdik dia kerana kesalahan yg kecil;Kamus Dewan Edisi Keempat
pial II; berpial-pial berpilin-pilin spt dipulas, berpiuh-piuh; memial memulas: anaknya pula jadi spt budak-budak baru masuk yg pernah ditengking dan dipial telinganya.Kamus Dewan Edisi Keempat
tengking1. bunyi yg nyaring dan keras (spt bunyi ringkik kuda dll); 2. suara yg tinggi dan keras (suara orang marah, membentak, dll), bentak: abang Anuar selalu kena ~, marah dan hamun kalau dia tidak dapat menjawab soalan ayah; ~ herdik bermacam-macam bentak dan hamun, berbagai-bagai herdikan; bertengking 1. berkata dgn suara yg tinggi dan keras (membentak-bentak, mengherdik, dll); 2. bertengkar, berbantah; menengking 1. berkata-kata dgn suara yg keras; 2. memarahi dgn suara yg keras, memĀ­bentak, mengherdik: janganlah ditengking herdik dia kerana kesalahan yg kecil; tengking-menengking saling menengking; tengkingan kata-kata yg kasar dan keras, bentakan, herdikan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas