| menista | 1. memberi malu, mencela, mengaibkan: jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya sekalipun, jangan ia difadihatkan dan dinista dgn kata yg jahat; 2. mengata-ngatai, menghinakan, mengumpat: kalian menuduh saya dgn segala kebohongan, mencemarkan kandungan buku itu, ~ saya, kemudian minta pula wang dr hasil peluh saya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| nista | 1. aib, cacat, cela, rasa malu: bagiku, ini suatu ~ yg amat sangat; 2. kata-kata menghina (mencemar dll), makian, penghinaan: dikatainyalah isterinya di muka kawan-kawannya dgn segala ~ dan penghinaan; 3. hina, keji, rendah: kata-kata ~; makhluk ~ makhluk yg hina; menista 1. memberi malu, mencela, mengaibkan: jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya sekalipun, jangan ia difadihatkan dan dinista dgn kata yg jahat; 2. mengata-ngatai, menghinakan, mengumpat: kalian menuduh saya dgn segala kebohongan, mencemarkan kandungan buku itu, ~ saya, kemudian minta pula wang dr hasil peluh saya; nistaan celaan, cercaan, hinaan: dahulu ia mendengar hal Tante Lien dr nyonya sebelah, tapi belum dipercayainya ~ itu; kenistaan perihal nista, keaiban, kehinaan, kecelaan: beliau juga menyebut tentang ~ bahasa yg perlu dihindari oleh penyair. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| dosa | 1 (segala) nilaian keburukan yg dilakukan yg bertentangan dgn perintah Allah dan Rasul-Nya: Segala ~ dan pahala akan dihisab kelak. 2 perbuatan yg melanggar hukum Tuhan atau agama: ~ kita akan bertambah, jika kita tidak bersembahyang, tidak berpuasa dan suka pula minum arak. 3 perbuatan menentang orang tua (negara dll). ~ kering dosa yg sengaja dilakukan (walaupun telah diketahui bahawa itu ialah dosa). menebus ~ berikhtiar supaya dosa dpt diampunkan (oleh Allah). berdosa 1 mendapat dosa: Dia ~ kerana telah mencuri barang-barang itu. 2 (telah) melakukan dosa: Orang yg ~ akan dihukum di akhirat nanti. 2 bersalah (kerana menentang orang tua, negara dll): Dia tahu bahawa dia sudah ~ terhadap ibunya dan oleh sebab itulah ia lekas-lekas meminta maaf. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| dosa | 1. (segala) nilaian keburukan yg dilakukan yg bertentangan dgn perintah Allah dan Rasul-Nya: Segala ~ dan pahala akan dihisab kelak. 2. perbuatan yg melanggar hukum Tuhan atau agama: ~ kita akan bertambah, jika kita tidak bersembahyang, tidak berpuasa dan suka pula minum arak. 3. perbuatan menentang orang tua (negara dll). ~ kering dosa yg sengaja dilakukan (walaupun telah diketahui bahawa itu adalah dosa). menebus ~ berikhtiar supaya dosa dpt diampunkan (oleh Allah). berdosa 1. mendapat dosa: Dia ~ kerana telah mencuri barang-barang itu. 2. (telah melakukan dosa): Orang yg ~ akan dihukum di akhirat nanti. 3. bersalah (kerana menentang orang tua, negara dll): Dia tahu bahawa dia sudah ~ terhadap ibunya dan oleh sebab itulah ia lekas-lekas meminta maaf. | Kamus Pelajar |
| ampun | kebebasan drpd hukuman (kerana dosa atau kesalahan yg telah dilakukan), maaf: meminta ~ atas segala kesalahan; mengampuni memberi ampun (kpd seseorang), memaafi (seseorang): baginda mempunyai kuasa utk ~ orang salah; mengampunkan memberikan ampun (akan sesuatu), memaafkan (kesalahan dsb seseorang): mudah-mudahan Tuhan jua akan ~ dosa hamba-Nya; terampun telah atau dapat diampuni atau diampunkan: dia menangis kerana dosanya dgn emak dan ayah belum lagi ~; jika orang yg berkenaan bersetuju memaafkannya, insya-Allah dosa umpatan itu ~; ampunan 1. = keampunan ampun maaf: menunggu-nunggu ~ drpd orang tuanya; 2. = pengampunan; pengampunan pembebasan drpd hukuman dan tuntutan: ~ kpd pengganas-pengganas yang telah insaf dan menyerah diri; pengampun yg suka mengampuni: Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha P~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mengampunkan | memberikan ampun (akan sesuatu), memaafkan (kesalahan dsb seseorang): mudah-mudahan Tuhan jua akan ~ dosa hamba-Nya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menyedari | mengetahui (dgn rasa insaf), menginsafi: dia mula ~ bahawa perbuatan-nya itu adalah satu dosa; kita ~ kelemahan bangsa kita dlm lapangan sains; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| minalaidinwalfaizin | Ar semoga termasuk dlm golongan orang yg kembali kpd fitrah (suci drpd dosa) dan beroleh kejayaan, biasanya diucapkan pd Hari Raya Aidilfitri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| penebus | 1. orang yg menebus; 2. apa yg boleh atau yg digunakan utk menebus: darah-nya mahu menjadi ~ darah ayah dan ibuku; taraf haji mabrur sahaja yg dapat menjadi ~ kpd segala dosa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sesal | perasaan tidak senang kerana telah melakukan sesuatu yg tidak baik (dosa dll), keinsafan telah bersalah: apabila ia melihat perbuatannya yg kasar itu, ia berasa ~; ~ dahulu pendapatan, ~ kemudian tiada berguna prb sebelum mengerjakan atau melakukan sesuatu hendaklah difikirkan habishabis; bersesal = ~ hati = menyesal; bersesalan, bersesal-sesalan salah-menyalahkan; ~ bagai Batak lari prb tuduhmenuduh sesama sendiri; menyesal 1. berasa tidak senang kerana telah melakukan sesuatu kesalahan (kejahatan dll), insaf telah bersalah: kalau rugi jangan ~ nanti; 2. berasa kecewa (akan), berasa tidak senang (akan): ia tidak ~ atas perbuatannya; menyesali 1. berasa sesal terhadap: tidak baik ibu berkata demikian sbg ~ untung; 2. berasa tidak senang kpd, mempersalahkan: dia ~ jawatankuasa pengelola yg seakanakan tidak tahu menjalankan tugasnya; sesal-menyesali bersesalan; menyesalkan 1. berasa sesal atau kecewa terhadap sesuatu, menyesali, menyalahkan: siapa yg hendak disalahkan, siapa yg harus disesalkan, manusia juga yg mengajar manusia jadi begini; 2. menyebabkan jadi menyesal: perbuatan yg sangat ~ dirinya; sesalan 1. perasaan sesal, (sesuatu) yg disesalkan: jikalau datang sesuatu hal di jalan, mati hidup tiadalah kami ketahui, jangan menjadi ~; air mukanya membayangkan rasa ~nya; 2. penentangan, celaan: keris inilah kelak akan menebus ~ patik hari ini; kesesalan perihal sesal, kekesalan: utk membuktikan ~ saya itu, saya sudi bekerjasama dgn pemerintah; penyesalan perihal menyesal(i). | Kamus Dewan Edisi Keempat |