| duduk bersila | duduk dgn melipatkan kaki dan menyilangkannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| duduk bersila | duduk dgn melipatkan dan menyilangkan kaki; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mengebaskan | menjadikan (menyebabkan) kebas: duduk bersila lama-lama boleh ~ kaki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ribaan | bahagian paha yg menghala ke atas ketika duduk (bersila dll): spt bulan jatuh ke ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| berkhutbah | 1. berpidato atau bersyarah (mengenai hal-hal agama dll): mereka duduk bersila mendengar tok imam ~ dgn suara yg nyaring; 2. ki berleter: pagi-pagi lagi ibunya sudah ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sila II | duduk dgn kaki berlipat dan bersilang: orang tua itu membetulkan ~nya sambil mengapur sirih; mengalih ~ beralih tempat duduk; mengorak ~ bangkit dr duduk; bersila duduk dgn melipatkan dan menyilangkan kaki: seumur hidupnya tidak pernah dia makan ~; ~ angkat duduk dgn melapiskan kaki ke atas paha yg lain; ~ panggung duduk dgn bertindih kaki (tidak menyilangkan kaki); menyilakan; ~ kaki menyilangkan kaki (spt bersila). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| riba I | , = ribaan bahagian paha yg menghala ke atas ketika duduk (bersila dll): spt bulan jatuh ke ~. beriba duduk di atas riba. meriba meletakkan di atas riba. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| khutbah | Ar pidato (biasanya yg mengandungi ajaran atau nasihat keagamaan), syarahan: sembahyang Jumaat didahului oleh ~; berkhutbah 1. berpidato atau bersyarah (mengenai hal-hal agama dll): mereka duduk bersila mendengar tok imam ~ dgn suara yg nyaring; 2. ki berleter: pagi-pagi lagi ibunya sudah ~; mengkhutbahkan menerangkan atau menghuraikan (ajaran agama dll) dlm khutbah: sudah tiga kali perkara itu dikhutbahkannya kpd jemaah di masjid itu; pengkhutbah ark orang yg berkhutbah, pensyarah atau pembicara (terutama mengenai perkara-perkara keagamaan); ~ Injil pendeta Kristian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bersilang | 1. bersengkelang (spt salib atau tanda darab): kedua-dua kakinya diangkat ke atas dan ia duduk bersila, kedua-dua tangannya ~ di tepi meja; 2. = silang-menyilang bersimpang-siur (jalan, motokar, dll), berpapasan (berselisih) letak atau duduk sesuatu, palang-memalang; ~ selisih berlawanan arah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kebas I | 1. sj penyakit lumpuh (pd anggota); 2. berasa kaku (pd anggota); 3. semut-semutan pd anggota (kerana lama terhimpit dsb); membuang-buang ~ berjalan-jalan supaya hilang kebas (semut-semutan); mengebaskan menjadikan (menyebabkan) kebas: duduk bersila lama-lama boleh ~ kaki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |