| duduk bertindih lutut | duduk di atas kerusi dgn sebelah lutut diletakkan di atas lutut yg satu lagi, bersila panggung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| duduk bertindih (bertindih-tindih lutut) | duduk rapat-rapat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tindih | bertindih 1. bersusun yg satu di atas yg lain, berlapis-lapis: beberapa fail tersusun bertindih-tindih di atas gerobok; ~ bangkai (mayat) bangkai (mayat) bertimbun-timbun; ~ bersusun bertompok bersusun-susun; ~ riba (dgn) = ~ paha (dgn) duduk berdekatan (berdampingan) dgn; jatuh ~ jatuh yg satu menghempap (menimpa) yg lain; 2. berasak-asak, berdekat-dekat, rapat-rapat (penuh sesak): berkampunglah segala isi negeri, sekalian itu habislah ia berkampung penuh sesak, bertindih-tindih; berjalan ~ berjalan berasak-asak (berjejal-jejal) rapat; duduk ~ (bertindih-tindih lutut) duduk rapat-rapat; 3. mencakupi atau meliputi aspek-aspek dsb yg sama atau serupa; tindih-bertindih saling menghimpit (meng-hempap); bertindihan tindih-bertindih; menindih 1. meletakkan sesuatu di atas: surat-surat di atas meja itu ditindih dgn sebuah buku supaya tidak berserakan ditiup angin; 2. menekan dr atas, menghempap, menghimpit, menimpa: ahli gusti itu merebahkan lawannya dan ~nya kuat-kuat; 3. ki menindas, memeras, menganiaya, menyusahkan: di sini ada orang yg hidup dgn keuntungannya dan ada yg hidup terus terlantar, yg satu ~ yg lain; yg rebah ditindih ki yg sudah malang (miskin) bertambah malang (miskin); ditindih yg berat, dililit yg panjang prb tidak berupaya melepaskan diri drpd kekuasaan orang (drpd kemalangan dll); tindih-menindih 1. hempap-menghempap, timpa-menimpa; 2. tindas-menindas, saling menganiaya; tertindih 1. menindih (atau ditindih) dgn tidak sengaja: dia disengat akibat ~ lipan apabila memusingkan badan; 2. ditindih (ditekan atau diasak dr atas), terhempap: dia ~ olehnya ketika mereka sedang nyenyak tidur; 3. ki mengalami kesusahan, tertekan, ter-himpit: barangkali limpahan batik fesyen baru di pasaran menyebabkan batik keluaran syarikatnya ~; tindihan himpitan, tekanan, tindasan; ketindihan 1. tertindih, tertekan; 2. Jk tidak dapat bergerak-gerak ketika sedang tidur; pertindihan perihal atau keadaan mencakupi atau meliputi aspek-aspek dsb yg sama: ~ fungsi; penindihan perihal menindih, penghimpitan, penekanan, penindasan; penindih alat utk menindih (kertas, surat, dll): ~ kertas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| duduk | 1. beristirahat di atas punggung (spt bersila, bersimpuh, dll): saya terpaksa ~ di atas pokok itu sahaja; anak kecil itu ~ di atas pangkuan ibunya; 2. tempat letaknya: skru itu tidak betul ~nya, senget; 3. terletak, berada: sebuah lampu yg ~nya 3 meter dr lantai; rumah kediaman bapa Busu ~nya di hujung suatu lorong; 4. = kedudukan keadaan yg sebenarnya (bkn sesuatu hal dll): pekerjaan berternak kuda lain ~nya dgn bercucuk tanam; 5. tinggal (di), diam (di), menetap, berumah: maka ~lah dia di Sungai Baharu menjadi khatib; sudah bertahun-tahun mereka ~ di rumah itu; 6. terus berada (di sesuatu tempat), tinggal: malam itu selepas makan, Bakar ~ di biliknya spt biasa; 7. berkahwin, bernikah, bersatu: Tun Teja sudahlah bertunangan dgn raja Pahang dan hampirlah akan ~; 8. hampas (kopi, teh, dll); 9. = terduduk termendak atau mengendap (bkn serbuk kopi, teh, bauran, dll); 10. mempunyai tempat atau kerusi (di parlimen, majlis tertinggi, dsb), berada: dia adalah salah seorang wakil rakyat yg ~ dlm Majlis Tertinggi Keselamatan Dalam Negeri; 11. bp sedang (melakukan sesuatu): dia ~ termenung seorang diri; ~ menjahit (membaca, menulis, dll); ~ antara dua sujud duduk selepas sujud yg pertama (di dlm sembahyang orang-orang Islam); ~ berapit duduk di antara dua orang; ~ berjuntai duduk di tempat yg tinggi dgn menjuntaikan kaki; ~ berlutut duduk dgn kaki dibengkokkan dan kepala lutut mengenai lantai, bertelut; ~ bernama bunga sekuntum duduk berlutut ketika mengangkat sembah; ~ bersila duduk dgn melipatkan dan menyilangkan kaki; ~ bersimpuh (bertimpuh) duduk dgn melipatkan kedua-dua belah kaki ke belakang; ~ bertindih lutut duduk di atas kerusi dgn sebelah lutut diletakkan di atas lutut yg satu lagi, bersila panggung; ~ bertinggung mencangkung; ~ perut mengandung; ~ berkelompok, tegak berpusu prb orang yg duduk pd tempat selayaknya dlm sesuatu majlis; ~ berkisar tegak berpaling prb mungkir janji atau tidak menepati cakap; ~ di ambung-ambung taji prb orang yg selalu dlm kerunsingan; ~ di dlm tabir langit-langit berbau tembelang prb perempuan yg berkurung dlm rumah tetapi kejahatannya diketahui orang; ~ dlm duri yg banyak, bersandar di tiang rengas prb hidup yg serba salah kerana menghadapi bencana; ~ dgn cupak gantang prb ketua yg adil; ~ dgn sukatan prb orang yg kaya; ~ meraut ranjau, tegak meninjau jarak prb orang yg sentiasa membuat kerja; ~ sama rendah, berdiri (tegak) sama tinggi prb orang yg sama sedarjat; ~ sehamparan, tegak sepermatang prb orang yg sedarjat dlm adat; ~ seorang bersempit-sempit, banyak berlapang-lapang prb fikiran yg diperoleh drpd perbincangan lebih bernas drpd fikiran yg bersendiri; ~ spt kucing, melompat spt harimau prb orang pendiam yg tangkas bekerja dan berfikir; belum ~ sudah berlunjur menganggap sudah memperoleh atau memiliki sesuatu perkara yg belum pasti dapat dimiliki atau dikuasai atau bergirang dahulu sebelum maksud tercapai; jikalau kita ~ di atas ciau emas sekalipun, lamun hati tiada senang juga prb jika hati seseorang itu selalu susah dan resah, walau bagaimana senangnya tetap berduka juga; duduk-duduk berehat-rehat (mengambil angin dsb): sewaktu sampai di situ, aku melihat Said dan beberapa orang lain sedang ~ di bawah pokok; berdudukan sedang duduk (di atas bangku, kerusi, dsb): orang-orang yg ~ di bangku-bangku panjang di ruang menunggu itu memandang ke arah mereka yg baru memasuki ruang itu; menduduki 1. mengambil tempat duduk, duduk di: tikar terbentang diduduki; 2. = mengeduduki mendiami, tinggal di: beberapa orang datang ke bilik yg diduduki orang baru itu; rumah itu sudah lama tidak diduduki orang; 3. menakluki (mengalahkan) dan menguasai sesebuah negeri dll: penyerangan itu bermaksud hendak ~ Sri Wijaya; 4. mengambil (memasuki, mengikuti) sesuatu peperiksaan atau ujian: mereka telah ~ peperiksaan itu dlm bahasa Inggeris pd tahun lalu; 5. duduk (berada) di (kerusi parlimen, majlis tertinggi, dsb): beliau akan ~ kerusi dlm Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu; 6. ki memikat hati seseorang: pemuda itu telah berjaya ~ hatinya yg kosong selama ini; mendudukkan 1. meletakkan (menyuruh, mempersilakan) duduk: maka baginda pun ~ anakanda baginda di atas singgahsana yg dua belas tingkat; dia mengambil anaknya dan ~nya di atas ribanya; 2. mendapatkan kesimpulan (penyelesaian) sesuatu perkara; 3. mengahwinkan, menikahkan: maka oleh Raja Aftabul-Ardl akan Raja Chulan itu didudukkan baginda dgn anakanda baginda tuan puteri Mathabul-Bahri; terduduk 1. terjatuh duduk, duduk dgn tiba-tiba dan tidak sengaja; 2. mengendap atau terendap (serbuk kopi, teh, dll); kedudukan 1. tempat tinggal (yg didiami); 2. tempat letaknya: ~ Singapura di tengah-tengah jalan laut yg menghubungkan Timur dan Barat menyebabkannya menjadi pelabuhan yg begitu penting di Asia; 3. keadaan atau selok-belok (hal) sesuatu perkara (terutama pd masa tertentu), situasi: sudah berkali-kali ia menerangkan ~ yg sebenarnya kpd penduduk-penduduk di situ; ~ politik (eko-nomi dsb); 4. tingkatan taraf (martabat, darjat, dsb): tiap-tiap orang ada harapan utk mendapat pangkat dan ~ yg tinggi dlm negaranya; sekedudukan 1. sama tarafnya (martabatnya, darjatnya); 2. bersetubuh: ada suami yg terus membunuh laki-laki yg ~ dgn isterinya sendiri; bersekedudukan 1. bersetubuh: terasa loya tekaknya, kerana rasa getik dan jijik ~ dgn orang tua bangka itu nanti; 2. tinggal bersama (spt suami isteri) tanpa bernikah: Cik Mah dihadapkan ke Mahkamah Syariah di atas tuduhan ~ dgn Kandasamy selama 27 tahun sehingga mendapat sembilan orang anak; berkedudukan 1. mempunyai kedudukan (tempat letaknya), terletak, berada: jarum penimbang itu diganjakkan sehingga ~ betul-betul pd nombor 0; 2. mempunyai kedudukan (taraf, darjat, dsb), bertaraf, berdarjat, bermartabat: dia ~ tinggi di mata masyarakat; pendudukan perihal atau perbuatan menduduki sesuatu daerah atau negara oleh kuasa luar (tentera dll): dlm masa ~ Jepun saya bekerja di Berita Malai; penduduk orang yg menduduki sesuatu daerah (tempat, negeri, dll): tidak ada seorang pun drpd ~ kampung itu yg berani keluar melihat pembunuhan itu; berpenduduk mempunyai penduduk: Malaysia ~ lebih drpd 14 juta orang dlm tahun 1984; kependudukan segala hal mengenai penduduk (sesuatu tempat, daerah, negeri, dsb): aspek ~ dibincangkan dlm simposium itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tumpang | ; ~ sekaki bp turut sama melakukan sesuatu yg sedang dilakukan oleh orang lain: seronok juga mendengar orang mengumpat, bolehlah ~ sekaki; bertumpang; ~ tindih saling tindih-menin-dih (bersusun-susun, bertompok-tompok): beberapa buah buku yg ~ tindih di atas rak disusun semula dgn penuh hati-hati; menumpang 1. terletak (terdapat, berada) di atas sesuatu yg lain; pokok ~ tumbuhan yg hidup pd pokok lain, bendalu; ganja ~ ganja yg melekat (bukan ganja iras); 2. diam (tinggal, bermalam) di rumah orang, singgah (utk bermalam, tinggal) buat sementara sahaja: buat sementara ini biarlah saya ~ di sini dahulu; 3. naik dan berpergian (dgn kereta, kapal, dll): dr Singkarak ia ~ kereta api ke Padang dgn selamat; 4. turut berpergian dgn kenaikan orang (dgn percuma), membonceng: apabila dilihatnya saya mahu belayar juga maka pergilah ia hendak ~; 5. bersama mengerjakan (melakukan) sesuatu, ikut serta; ~ mati bersama-sama mati, ikut mati; 6. meminta atau memohon supaya mendapat keizinan (kebenaran dll): boleh saya ~ ber-tanya, apa nama kampung ini?; ~ hidup tinggal bersama supaya dapat hidup; ~ makan (tidur dll) turut serta makan (tidur dll); menumpangi ikut tinggal di, menumpang pd atau di, menaiki (kereta, kapal, dll) utk berpergian: maka ditumpanginya sebuah bas dr Jogja ke Semarang; menumpangkan 1. meletakkan di atas benda lain, meletakkan bertindih: sebelah kakinya ditumpangkannya pd lutut kaki lain; 2. menyuruh tinggal (bermalam) di, membiarkan menumpang, menyuruh menumpang: anak isterinya sudah ditumpangkan di rumah orang; 3. menyuruh menaiki kapal dll (utk berpergian), membiarkan menumpang kapal dll: anak yg cedera itu telah ditumpangkan di kapal TUDM utk dibawa ke Kuala Lumpur; 4. meminta supaya dibawa bersama, memberikan sesuatu supaya dibawa bersama, menyertakan: kalau tuan hendak ke Singapura, saya hendak ~ sedikit kuih utk anak saya; 5. menyerahkan sesuatu supaya diurus (dijagai dll), mengamanahkan, menitip-kan: di kedai itulah ibu Nurshahid ~ kuihnya utk dijual; ~ diri (hidup, nyawa) kpd menyerahkan diri (hidup, nyawa) kpd seseorang (supaya diselamatkan dll); tertumpang 1. (telah) ditumpangkan: kerana kemiskinan maka ia ~ di biduk tiris aku di sini; 2. dikembarkan, disertakan: bersama surat ini ~ sekeping cek berharga RM45.00 utk anakanda; ~ salam drpd terimalah salam drpd; ~ salam kpd sampaikan salam kpd; tumpangan 1. sesuatu yg ditumpangkan (utk diurus, dikirim, dibawa, dll); barang ~ barang yg diamanahkan (utk diurus dll); 2. tempat menumpang yg ditumpangi (rumah, kapal, perahu, dll): ia sedang duduk berehat-rehat di serambi luar rumah ~nya; enam hari lamanya sahaya dalam negeri Alfiah itu, sebab hendak menantikan kapal ~; wang ~ bayaran kerana menumpang, sewa; mencari ~ a) mencari tempat utk menumpang; b) mencari orang utk ikut serta (berpergian); penumpangan perihal menumpang atau menumpangkan; penumpang 1. orang yg menaiki kereta dll (utk berpergian): setelah kereta api berhenti, berebut pula ~ hendak turun; kapal ~ kapal yg membawa orang (bukan yg membawa barang); 2. orang yg tinggal (menginap, singgah, dll) di tempat orang; ~ transit penumpang yg singgah sebentar di sebuah lapangan terbang utk mengambil penerbangan sambungan lain yg berikutnya ke destinasi yg ditujui. | Kamus Dewan Edisi Keempat |