Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata empunya nya


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
honar IIsl tipu daya (muslihat), angkara, hati atau akal busuk: banyak muslihatnya, banyak ~nya, banyak mainnya dan banyak tahunya; siapakah yg empunya ~ mempersembahkan kpd baginda itu?Kamus Dewan Edisi Keempat
badan1 semua bahagian tubuh manusia atau binatang yg dpt dilihat: ~ orang itu besar serta gempal. 2 bahagian tubuh manusia atau binatang, tidak termasuk kepala, kaki ataupun tangan: ~nya lebih panjang drpd kakinya. 3 yg empunya tubuh; diri sendiri. 4 bahagian utama drpd sesuatu: ~ kereta; ~ kapal terbang. 5 sekumpulan orang yg bertanggungjawab melaksanakan sesuatu. ~ berkanun jabatan kerajaan yg dibentuk mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri. ~ kehakiman jabatan kerajaan yg bertanggungjawab dlm menentukan dan menangani masalah undang-undang. ~ kerajaan mana-mana jabatan kerajaan yg menjalankan kegiatan kerajaan sehari-hari. berbadan mempunyai badan. ~ dua hamil; mengandung. perbadanan jabatan kerajaan yg ditubuhkan mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri; badan berkanun.Kamus Pelajar Edisi Kedua
curi; mencuri 1 mengambil hak orang dgn tidak setahu atau dgn tidak mendapat kebenaran orang yg empunya: Orang yg ~ ayamnya itu telah ditangkap polis. 2 = mencuri-curi membuat atau melakukan sesuatu secara sem­bunyi-sembunyi: Dia ~ melihat gadis itu. curian barang atau apa-apa yg dicuri; hasil mencuri: Segala rampasan dan ~nya disimpan di dlm sebuah gua. kecurian 1 kehilangan (harta benda dll) kerana dicuri: Baginda telah ~ tujuh buah peti yg berisi emas. 2 kejadian mencuri atau dicuri: ~ menjadi-jadi di kawasan itu. pencurian perbuatan atau hal mencuri. pencuri orang yg mencuri: ~ itu telah ditangkap polis.Kamus Pelajar Edisi Kedua
punya1. = mempunyai menaruh, ada, memi­liki: kau masih ~ duit?; ~ kerja Jk berhajat (mengadakan perayaan perkahwinan dll); 2. = kepunyaan sesuatu yg dimiliki, hak, milik: buku ini ~ saya bukan ~ tuan; 3. = yg ~ = tuan ~ yg memiliki, pemilik: tolong kembalikan buku ini kpd tuan ~nya; manusia sejati yg ~ segala kemungkinan; ini saya ~ saya pemiliknya (kepunyaan saya); 4. bp milik drpd; dia ~ fasal fasalnya; dia ~ rumah rumahnya; engkau ~ salah salahmu; tuan ~ hal hal tuan; 5. bp sesudah begitu lama (berjalan, berhitung, berfikir, dll), dgn sungguh-sungguh, baik-baik (utk mempersangat): jalan ~ jalan bersualah mereka dgn seorang perempuan; hitung ~ hitung wang itu ternyata kurang juga apabila dihitung-hitung atau apabila dihitung betul­-betul; fikir ~ fikir akhirnya diterimanya juga tawaran itu sesudah berfikir-fikir atau sesudah difikirkan sungguh-sungguh; pilih ~ pilih terdapat nyiur ditebuk tupai apabila memilih­milih sangat terdapat yg tidak elok; sepunya dimiliki (dipunyai) bersama oleh dua pihak atau lebih: kerjasama ini jelas kelihatan dgn munculnya satu bidang ~; berpunya 1. ada yg punya (empunya), sudah dimiliki, bertuan: harta tidak ~ harta yg tidak ada pemiliknya; 2. sudah bersuami (beristeri), sudah bertunang: gadis itu sudah ~, jangan diganggu lagi; 3. berada, kaya (orang): dia suka bergaul dgn orang yg ~ sahaja; mempunyai, mengepunyai ark, mengem­punyai ark memiliki, menaruh: fantasi sebenarnya suatu pembawaan yg tidak dipunyai oleh tiap-tiap orang; Pak Kaduk dan Lebai Malang memang merupakan manusia yg dungu tetapi ~ daya berfikir; mempunyakan ark 1. menjadikan milik; 2. mempunyai; kepunyaan sesuatu yg dipunyai (oleh), hak, milik: kebanyakan tanah ini ~ orang kampung; pemunya yg empunya, yg mempunyai, pemilik; empunya.Kamus Dewan Edisi Keempat
benar1. tidak salah, betul: ejaannya ~; salah ~nya; 2. tepat (tidak berbeza drpd keadaan sebenarnya), memang demikian halnya, sungguh, sah: kalau ~ dia yg memukul adikku, tentu kuadukan kpd bapanya; 3. amat, sangat, sekali: ramai ~ orang pergi ke pantai;sebenarnya 1. yg merupakan kenyataan, sebetulnya, sesungguhnya: orang yg sentiasa menyerukan pembelaan wanita yg ~ menganiaya mereka; 2. yg dikira betul, sebetulnya: ejaan yg ~ ialah ‘pameran’ bukan ‘pamiran’; 3. begitulah, demikianlah, sungguhlah: ~lah spt kata cikgu itu; 4. sewajarnya, sepatutnya;sebenar-benarnya sesungguh-sungguhnya, sebetul-betulnya: mereka hendaklah ~ menimbangkan dan menguji apa jua ajaran agama dgn adil; benar-benar sungguh-sungguh, betul-betul, amat sangat: kata-katanya itu ~ meninggalkan kesan di hatiku;berbenar, berbenar-benar Mn berterus-terang;membenar, membenar-benar Mn 1. berbenar; 2. meminta bantuan;membenari Mn memujuk, mengelon;membenar-benari mengerjakan sesuatu dgn sungguh-sungguh;membenarkan 1. membetulkan: dia cuba ~ kata-katanya yg telah terlanjur itu; 2. menganggap benar, menganggap sah: khabar semalam telah dibenarkan oleh lidah rasmi kerajaan; 3. mengiakan, menyetujui: Hilmi mengangguk ~ kata-kata itu; 4. memperbolehkan, mengizinkan: empunya rumah tidak ~ kami masuk sebelum membayar sewa pertama;memperbenar sl membenarkan; kebenaran 1. perihal benar (sesuatu), sebenarnya: ~ pepatah ini dapat diuji; hanya masa dapat membuktikan ~ pendapat ini; 2. izin: kedai ini didirikan dgn tidak berlesen atau bersurat ~; 3. sesuatu yg benar (sungguh-sungguh ada, betul-betul demikian halnya): aku percaya pd suatu masa dia akan kembali semula kpd ~ dan kenyataan; ~ dan kejujuran itu ialah hakim utama; 4. Jk kebetulan; ketidakbenaran perihal atau perbuatan tidak benar;pembenaran perihal atau perbuatan membenarkan: ~ pandangan ini dr sudut agama.Kamus Dewan Edisi Keempat
milik1. kepunyaan, hak: semua tanah adalah ~ kerajaan pusat; ia berharap Asmah akan menjadi ~nya pd suatu masa kelak; ~ bebas kepunyaan atau hak memiliki (tanah) yg tidak dibataskan tempoh hak miliknya dll; 2. Id nasib baik, beruntung; memiliki 1. mempunyai: rakyat berhak ~ harta; 2. mengambil atau menjadikan sesuatu hak milik: tidak dibenarkan ~ hak orang; termilik menjadi milik; milikan apa yg dimiliki: kejayaan negara mengikut ~ modal saham; pemilikan perihal memiliki: ~ tanah; pemilik yg empunya, tuan punya.Kamus Dewan Edisi Keempat
badan1. semua bahagian tubuh manusia atau binatang yg dpt dilihat: ~ orang itu besar serta gempal. 2. bahagian tubuh manusia atau binatang, tidak termasuk kepala, kaki ataupun tangan: ~nya lebih panjang drpd kakinya. 3. yg empunya tubuh; diri sendiri. 4. bahagian utama drpd sesuatu: ~ kereta; ~ kapal terbang. 5. sekumpulan orang yg bertanggungjawab melaksanakan sesuatu. ~ berkanun jabatan kerajaan yg dibentuk mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri. ~ kerajaan mana-mana jabatan kerajaan yg menjalankan kegiatan kerajaan sehari-hari. berbadan mempunyai badan. ~ dua hamil; mengandung. perbadanan jabatan kerajaan yg ditubuhkan mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri; badan berkanun.Kamus Pelajar
cerita1. kisah, riwayat (mengenai sesuatu peristiwa, kejadian, dll): masing-masing termenung mendengarkan ~nya; 2. karangan atau lakonan yg mengisahkan peristiwa (kejadian dll) baik rekaan atau betul-betul terjadi: ~ dlm buku itu sangat menyedihkan; 3. ki cakap kosong, kata-kata yg tiada kebenarannya: ah, itu cuma ~ saja! ~ berbingkai cerita yg mempunyai banyak cerita lain spt hikayat Bakhtiar dll; ~ binatang cerita rekaan bkn binatang (spt cerita Sang Kancil dll); ~ jenaka a) cerita yg menggelikan hati; b) (Sas) cerita rakyat yg menggelikan hati, mis Pak Pandir dan Abu Nawas; ~ pendek cerita yg pendek (tetapi memben­tangkan sesuatu kisah yg lengkap), cerpen; ~ rakyat cerita rekaan yg disukai ramai pd zaman dahulu dlm sesuatu masyarakat yg diturunkan drpd generasi kpd generasi secara lisan; ~ rekaan cerita tentang sesuatu perkara yg lahir hasil drpd daya khayalan penulis atau pengarangnya, cereka; ~ tamsilan cerita kiasan yg mengan­dungi ajaran (biasanya binatang menjadi pelakunya); dengarkan ~ burung, anak di pangku dilepaskan prb kerana mendengarkan manis cakap orang, pekerjaan sendiri disia­siakan; bercerita mengisahkan sesuatu cerita, bercakap, berbual: mereka asyik ~ tentang hal-hal yg aku tidak mengerti; ~ panjang ki menyatakan isi hati; menceritai bercerita kpd: aku diceritai mamak perkara itu; menceritakan 1. mengisahkan sesuatu kpd: demikianlah diceritakan oleh yg empunya cerita; 2. mengkhabarkan (memberitahukan, mengatakan, dll) sesuatu: saya takut hendak ~ rahsia itu kepadanya; ceritaan Jk cerita; penceritaan perihal menceritakan: cara ~ dan pengutaraan wataknya agak istimewa; pencerita orang yg bercerita: akulah ~, pelakon, dan pengarah sandiwara itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
curi; mencuri 1. mengambil hak orang dgn tidak setahu atau dgn tidak mendapat kebenaran orang yg empunya: Orang yg ~ ayamnya itu telah ditangkap polis. 2 = mencuri-curi membuat atau melakukan sesuatu secara bersembunyi-sembunyi: Dia ~ melihat gadis itu. curian barang atau apa-apa yg dicuri; hasil mencuri: Segala rampasan dan ~nya disimpan di dlm sebuah gua. kecurian 1. kehilangan (harta benda dll) kerana dicuri: Baginda telah ~ tujuh buah peti yg berisi emas. 2. kejadian mencuri atau dicuri: ~ menjadi-jadi di kawasan itu. pencurian perbuatan atau hal mencuri. pencuri orang yg mencuri: ~ itu telah ditangkap polis.Kamus Pelajar

Kembali ke atas