| tadah I | 1. benda yg digunakan utk menampung sesuatu, bekas (spt baldi dll); 2. sesuatu yg digunakan utk mengalas benda lain (spt piring utk cawan dll); 3. perihal menerima barang gelap (curian dll); ~ air pinang gigi yg diasah atau dipapas; ~ cawan (gelas, mangkuk) piring alas cawan (gelas, mangkuk); ~ embun sikat pisang yg di atas sekali; ~ kanan menampung angin yg datang dr kanan (utk membelok ke kiri); ~ keringat (peluh) kain yg dilekapkan pd sebelah dalam baju; tukang ~ orang yg menerima barang gelap dll; bertadah 1. memakai tadah; 2. menggunakan alas (lapik), beralas; 3. = ~ tangan (amin) mengangkat serta menelentangkan kedua-dua belah tangan (sambil mengucap amin); menadah 1. menyambut apa yg gugur atau jatuh, menampung: di atas tergantung beberapa buah tabung dibuat drpd ruas buluh utk ~ tuak; 2. menerima barang-barang curian (gelap); ~ tangan mengangkat serta menelentangkan kedua-dua belah tapak tangan; menadahkan 1. menggunakan sesuatu bekas utk menadah, menampungkan: Ramli ~ baldinya yg besar itu berhampiran dgn tempayan yg ada di situ; 2. mengangkat dan menelentangkan (kedua-dua belah tangan spt meminta-minta sesuatu): ~ tangan; 3. mengucapkan (amin ketika berdoa): ~ amin; tadahan sesuatu yg ditadah: air ~; penadahan perihal (proses atau perbuatan) menadah atau menadahkan: ~ air hujan sering dilakukan semasa musim kemarau; penadah 1. sesuatu yg digunakan utk menadah, bekas: dia membuang abu cerutnya ke ~ abu rokok yg terletak di atas meja; 2. Id pemain yg menyambut bola dlm permainan kasti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| dasar | 1. bahagian yg di bawah sekali (laut, sungai, tasik, dsb): mutiara didapati di ~ laut; 2. bahagian yg di bawah sekali sama ada di sebelah dalam atau di sebelah luar sesuatu bekas (spt kuali, botol, dll): serbuk kopi itu mendap ke ~ gelas; ~ kuali yg hitam spt arang; 3. lantai: rumah itu atapnya zink, dindingnya papan, dan ~nya simen; 4. lapisan yg di bawah sekali (pd gambar, kain, dll), latar: ~ kain batik pd umumnya berwarna perang; corak yg terdiri drpd kuntum-kuntum bunga pd ~ yg berwarna gelap; 5. sifat, perangai (yg sudah sebati dgn seseorang): dia pantang ditegur memang begitu ~nya; 6. pertimbangan (cara, sistem, dll) yg pokok bkn sesuatu, asas, prinsip, teras: Vietnam Selatan mengirim beberapa orang pegawai tentera ke Malaysia utk mempelajari ~-~ perang gerila; apakah ~nya pendapat tuan itu? 7. pendirian yg menjadi asas segala tindakan (sikap, keputusan, dll), polisi: ~ kerajaan; ~ sesebuah parti politik; ~ ekonomi negara; 8. yg menjadi bahagian (faktor) terpenting, asas, pokok: setelah dicapai persetujuan tentang soal-soal ~, baru dibincangkan butir-butirnya; 9. Id memang, sebenarnya: sudah ~ pencuri; 10. kertas dsb yg dipotong mengikut bentuk baju dan dijadikan asas utk menggunting pakaian;berdasar 1. ada (memakai, mempunyai) dasar: kain songket itu ~ biru; 2. berasas, bersandar: ~ keterangan-keterangan yg diterima, memang orang itu bersalah; 3. ark = berdasarkan; berdasarkan berasaskan, bersandarkan, berlandaskan: tulisan saya itu ~ berita yg tersiar di sebuah akhbar; tuduhan yg ~ bukti-bukti yg nyata;mendasar bersifat dasar atau asas: keperluan-keperluan yg paling ~ bagi zamannya; mendasari menjadi dasar atau asas kpd: konflik antara Hang Tuah dgn Hang Jebat yg ~ drama ini adalah cukup dramatik; kita akan dapat melihat ideologi yg ~ penulisannya; mendasarkan menggunakan (memakai) sbg dasar: perkahwinan harus didasarkan pd cinta dan kasih sayang;pendasaran proses menjadikan sesuatu dasar: situasi masyarakat yg saintifik dibantu oleh ~ sifat-sifat sandiwara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |