Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gurunya

Peribahasa

Kalau guru makan berdiri,
     maka muridnya makan berlari.

Bermaksud :

Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian, b. Guru kencing berdiri, murid kencing berlari).

 

Lihat selanjutnya...(4)

250

Haste makes waste

Jika kita membuat sesuatu dengan tergesa-gesa, kita akan mudah melakukan kesilapan, dan akibatnya kerja itu lambat siap. (Peribahasa ini digunakan untuk menasihati seseorang supaya melakukan pekerjaan dengan lebih perlahan-lahan dan berhati-hati).

Terlalu cepat jadi lambat

She was scolded by our teacher for making a lot of mistakes in her mathematics. If she had done her sums slowly and carefully, she would have been allowed to go home early like the other students. Now, she has to stay behind and redo her work. Haste makes waste.

Dia dimarahi gurunya kerana membuat banyak kesilapan dalam latihan matematiknya. Kalaulah dia membuatnya dengan berhati-hati, tanpa tergesa-gesa, dia tentu akan dibenarkan pulang awal seperti pelajar lain. Sekarang dia terpaksa duduk di kelas dan membuat semula latihan tersebut. Terlalu cepat jadi lambat.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pertanyaan1 perbuatan atau hal bertanya: ~ gurunya itu menghairankannya. 2 sesuatu yg ditanyakan atau yg dipertanyakan: ~ yg sukar.Kamus Pelajar Edisi Kedua
harapan1 orang atau sesuatu yg diharapkan: Dialah ~ gurunya kerana dia bijak, berani dan tegas. 2 hal berharap: Memang ada ~ bahawa cita-citanya akan tercapai.Kamus Pelajar Edisi Kedua
syarahan1. ceramah, pidato, ucapan: ia men­dengar ~ gurunya dgn tekun; 2. pelajaran yg diberikan di universiti, kuliah;Kamus Dewan Edisi Keempat
penjelasan1 keterangan yg lebih lanjut: Ia meminta ~ drpd gurunya sekali lagi. 2 perbuatan atau hal menjelaskan; penerangan. 3 penyelesaian ttg hutang atau pekerjaan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jimbamlembap (dlm gerak-geri, pelajaran, dll), tidak cerdas: gurunya sentiasa me­marahinya kerana lemah dan ~ dlm pe­lajaran; bagai si ~ hendak hilir prb orang yg lembap dlm sesuatu pekerjaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
dan-danserta-merta, (dgn) tidak berlengah-lengah: apabila gurunya memanggil, ~ dia datang.Kamus Dewan Edisi Keempat
pertanyaan1 perbuatan atau hal bertanya: ~ gurunya itu menghairankannya.Kamus Pelajar
tanya; - jawab1 perbuatan atau hal bertanya: ~ gurunya itu menghairankannya.Kamus Pelajar
menyahut1 menjawab panggilan dll; membalas: Dia tidak ~ ketika ditanyai gurunya. 2 memberikan jawapan kpd; membalas: Tiada seorang pun yg ~ teriakannya. 3 memberikan reaksi yg positif dan melakukan apa-apa yg diusulkan: Para belia hendaklah ~ seruan kerajaan agar menjauhi dadah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
faham1 tahu benar (akan sesuatu): Rahman tidak ~ akan ajaran gurunya itu. 2 = fahaman fikiran atau anggapan mengenai sesuatu; pendapat. berfahaman 1 mempunyai fahaman (pendapat dsb): Walaupun negara telah maju, mereka masih ~ kolot. 2 mempunyai akal budi; berfikiran dan bijaksana: Pak Ali sangat ~ orangnya, oleh sebab itu beliau disegani oleh masyarakat kampung. memahami 1 tahu benar akan sesuatu; mengetahui; memaklumi: Dia tidak dpt ~ apa-apa yg diucapkan oleh pemuda itu. 2 pandai dan tahu benar akan sesuatu hal: Beliau juga ~ bahasa Perancis. memahamkan 1 mempelajari atau meneliti sungguh-sungguh supaya faham: Utk ~ puisi itu, ia terpaksa membacanya beberapa kali. 2 memberitahukan sesuatu supaya dpt difahami: Demikianlah kita difahamkan. 3 mengertikan: Ayat itu disusun dgn baik supaya tidak salah ~nya. kefahaman 1 hal faham akan sesuatu; keupayaan memahami sesuatu: Setelah dibuat penilaian, barulah diketahui tahap ~ muridnya. 2 sesuatu yg difahamkan: ujian ~. pemahaman hal memahami atau memahamkan. sefahaman sama fahamannya; sependapat: Mereka sehaluan dan ~. bersefahaman bersetuju antara satu dgn yg lain; mempunyai fahaman yg sama: Mereka ~ dan hidup dlm aman dan damai. persefahaman hal bersefahaman; persetujuan: Dgn cara berunding, ~ dpt dicapai.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas