Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hidupkan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
menyalakan1. menjadikan bernyala, meng­hidupkan api, membiarkan menyala: dgn per­lahan-lahan dia ~ api; 2. ki mengorbankan, menimbulkan: ~ peperangan;Kamus Dewan Edisi Keempat
revivalisme(révivalisme) gerakan atau ke­cenderungan utk menghidupkan kembali adat (idea, gaya dsb) yg lampau: pendekatan ~ meng­­hidupkan kembali gaya rupa silam dlm konteks reka bentuk kontemporari.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyambilkanmembuat bersama-sama dgn yg lain: dia pun ada kerja istimewa agaknya yg boleh disambilkan apabila pergi ke pasar; setelah sudah Mak Andeh meng-hidupkan api lalu ia bertanak, dan disambil-kannya juga membakar pisang;Kamus Dewan Edisi Keempat
jam masa nyata(Komp) a) peranti jam yg menjanakan masa yg nilainya sama dgn masa sebenar (berbanding dgn masa khayalan yg bermula apabila komputer di­hidupkan atau berdasarkan masa yg ditentukan oleh atur cara); b) isyarat jam yg ditentukan oleh masa sebenar;Kamus Dewan Edisi Keempat
nyawa1. roh yg menghidupkan manusia (haiwan dll), jiwa, semangat: janganlah berlengah hingga ~ sampai ke halkum; undang-undang itu ialah ~ dan semangat manusia; ~nya sudah melayang ia sudah mati; membuang ~ = menyabung ~ me­nentang bahaya maut; minta ~ minta di­hidupkan; ~-~ ikan hampir-hampir mati; 2. ki yg amat disayangi (dikasihi), buah hati, jantung hati: aduhai adinda, ~ kekanda; ~ bergantung di hujung kuku prb dlm keadaan yg sulit dan berbahaya; satu ~ dua badan prb sehidup semati (bkn dua orang sahabat atau sepasang suami isteri); senyawa sudah menjadi satu, berpadu benar, bersatu benar, bersebati; bersenyawa menjadi satu (dgn), bersebati (dgn): hidrogen dan oksigen kalau di­campurkan ~ menjadi air; mensenyawakan menjadikan senyawa; mempersenyawakan menjadikan ber­se­nyawa, menyebatikan: kalau unsur-unsur ini dipersenyawakan, terdapatlah benda-benda lain; persenyawaan perihal bersenyawa, per­paduan, penyebatian: percantuman antara sel jantan dgn sel telur ini dinamakan ~; ~ sendiri penswasenyawaan; ~ silang per­senyawaan antara dua haiwan atau tumbuhan drpd spesies yg sama; bernyawa 1. mempunyai nyawa, hidup; 2. ki ada aktiviti yg berlangsung, bergerak dgn pelbagai kegiatan (urus niaga dsb) dijalankan, hidup: perut Dataran Merdeka kini ~ semula apabila sebuah kompleks beli-belah wujud di situ.Kamus Dewan Edisi Keempat
mencuba1. berusaha utk membuat (mem­peroleh, melakukan, dll) sesuatu: Aini memberanikan dirinya dan ~ mengangkat muka serta memandang tepat ke muka lelaki itu; ia akan ~ melawan perasaannya sendiri utk kepentingan kasih dan anak; 2. memeriksa utk mengetahui keadaan sesuatu (sedap tidak­nya, baik buruknya, dll): kalau hendak tahu lama barunya mesin ini, cubalah hidupkan enjinnya; elok dicubalah rokok orang pekan ini; sebelum dibeli, dicubanya dahulu baju itu; 3. = mencubai menguji sesuatu (ke­bolehan, nasib, kesetiaan, dll): merantau ke negeri orang hendak ~ untungnya; disuruh baginda ~ kuat dgn Badang;Kamus Dewan Edisi Keempat
nyala; ~ api lidah api: fosforus terbakar dlm oksigen dgn mengeluarkan ~ kuning; padam ~ tarik puntung prb di mana mati di situlah ditanam; bernyala, menyala 1. ada nyalanya, hidup (api): jikalau tiada kayu di manakan api itu ~?; lampu menyala dgn terang-benderang; merah ~ = merah menyala merah spt api; 2. ki bertambah hebat, makin menjadi, berkobar-kobar: kemarahannya makin menyala; menyalai memasang supaya menyala;menyalakan 1. menjadikan bernyala, meng­hidupkan api, membiarkan menyala: dgn per­lahan-lahan dia ~ api; 2. ki mengorbankan, menimbulkan: ~ peperangan; penyalaan perbuatan atau hal me­nyala­(kan); penyala alat utk menyalakan sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
sambildengan atau di samping (melakukan se­suatu yg lain), (semasa) sedang, dan juga sementara, seraya: ia bertanya kpd gadis itu ~ tersenyum; ~ berniaga ~ mengajar; sambil-sambil sambil lalu; menyambil mengerjakan sesuatu kerja lain sambil membuat kerja yg utama atau pokok: janganlah ~ sahaja apabila membuat kerja itu; bersawah dan menoreh getah termasuk ~ memelihara ayam; menyambilkan membuat bersama-sama dgn yg lain: dia pun ada kerja istimewa agaknya yg boleh disambilkan apabila pergi ke pasar; setelah sudah Mak Andeh meng-hidupkan api lalu ia bertanak, dan disambil-kannya juga membakar pisang; tersambil dilakukan sambil membuat pe-kerjaan lain, tidak menganggap penting; sambilan 1. sesuatu yg dilakukan bersama-sama dgn yg lain; 2. sesuatu yg kurang pen­tingnya; 3. alasan yg dibuat-buat, dalih.Kamus Dewan Edisi Keempat
cuba1. haraplah, hendaklah, silalah, sudilah (sbg mengajak atau menyuruh secara halus): ~ kaufikir sedikit buruk baiknya perbuatan kau itu; ~ marah budak-budak itu; 2. sr kata utk menyatakan marah (kesal dll): ~, apa yg telah kauperbuat! 3. = ~ kalau sekira­nya, seandainya: ~ kalau abangnya ada di situ, tentu saja bergaduh tadi; cuba-cuba hanya menguji-uji saja (utk me­ngetahui dll): percaya dgn tiada ~; mencuba 1. berusaha utk membuat (mem­peroleh, melakukan, dll) sesuatu: Aini memberanikan dirinya dan ~ mengangkat muka serta memandang tepat ke muka lelaki itu; ia akan ~ melawan perasaannya sendiri utk kepentingan kasih dan anak; 2. memeriksa utk mengetahui keadaan sesuatu (sedap tidak­nya, baik buruknya, dll): kalau hendak tahu lama barunya mesin ini, cubalah hidupkan enjinnya; elok dicubalah rokok orang pekan ini; sebelum dibeli, dicubanya dahulu baju itu; 3. = mencubai menguji sesuatu (ke­bolehan, nasib, kesetiaan, dll): merantau ke negeri orang hendak ~ untungnya; disuruh baginda ~ kuat dgn Badang; mencubakan 1. memeriksa utk mengetahui keadaan sesuatu (baik buruknya, sesuai tidak­nya, dll), mencuba: silakanlah kita menyabung barang seketimpung kerana ayam beta ini baru hendak dicubakan; 2. menguji (memeriksa) sesuatu dgn menggunakannya: elok kita cubakan pertanyaan itu kepadanya dlm perbincangan itu nanti; cubaan 1. sesuatu yg dialami (dilakukan) utk mencuba (menguji), ujian, dugaan: kejujuran manusia kelihatan sebelum ia ditimpa ~; 2. usaha (utk mencapai sesuatu): pd kurun ke-20 telah ada ~ utk memahami Islam; percubaan 1. usaha utk melakukan (men­jayakan, menghasilkan, mencapai) sesuatu: dlm ~nya menggulingkan kerajaan itu, ia sedar akan kelemahan-kelemahannya; 2. usaha (perbuatan dsb) yg belum pernah dilaku­kan sebelumnya, eksperimen: ~ menanam padi malinja telah mendatangkan hasil yg amat menggalakkan; Ramli Isin juga merupakan pengkritik yg memberi perhatian kpd karya-karya yg bersifat ~; 3. penyelidikan dan usaha utk mengetahui (memastikan, mendapatkan) sesuatu: beberapa ~ sains sudah pun dibuat di bilik makmal yg baru ini; kebun ~; 4. usaha atau perbuatan utk mencuba sesuatu (utk mengetahui atau menentukan kekuatannya, kelemahannya, dll), ujian: ~ bom nuklear di bawah tanah pun tetap membahayakan manusia juga akhirnya; sebelum memegang jawatan itu, ia mesti menempuh ~ selama enam bulan; pencubaan perihal (usaha dsb) mencuba (kan).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas