| malu | 1 berasa hina atau berasa aib kerana melakukan sesuatu yg tidak baik atau kerana kekurangan sesuatu: Saya ~ jika tidak lulus dlm peperiksaan nanti. 2 menaruh rasa hormat; berasa segan: Saya ~ pd mereka. 3 perasaan hina atau perasaan aib: Dia telah berbuat sesuatu utk menutup ~nya. bermalu menaruh perasaan malu. memalukan menyebabkan berasa malu; memberi malu: Kelakuannya sangat-sangat ~ kami. kemaluan 1 alat kelamin pd manusia (lelaki atau perempuan). 2 dlm keadaan malu; berasa malu. 3 rasa malu; rasa aib. 4 sesuatu yg memalukan; keaiban. kemaluan-maluan berasa sangat malu: Dia tunduk ~. pemalu orang yg sangat malu atau yg mudah berasa malu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| malu I | 1. = bermalu berasa aib (hina, rendah, dll) kerana membuat sesuatu yg salah atau yg tidak sopan, berasa tidak senang: aku ~ pula apabila tidak pakai seluar dan baju; pang-lima tak bermalu, melerek-lerek macam kam-bing jantan pd perempuan yg tiada mahu kepadanya; 2. perasaan aib (hina, rendah diri, dll): utk menutup ~nya, ayah Zainab telah memujuk Salim supaya mahu menjadi menantunya; 3. menaruh hormat akan, berasa segan (agak takut): ia sendiri masih begitu ~ hendak mengemukakan pertanyaan ini; ~ besar malu yg amat sangat; ~ mata segan, hormat; ~ bertanya, sesat jalan = ~ berdayung, perahu hanyut = ~ makan, perut lapar prb kalau tidak mahu berusaha tentulah tidak akan mendapat kejayaan; ~ kalau anak harimau menjadi anak kucing (kambing) prb tidak patut kalau anak orang baik-baik atau pandai menjadi jahat atau bodoh; semalu; sehina ~ mempunyai nasib yg sama, seia, sekata; malu-malu nampaknya sangat malu: ma-suklah, jangan ~; dgn sikap yg ~, dinya-takannya maksudnya dlm bahasa yg lembut; ~ bahasa berasa segan-segan (sewaktu berhadapan dgn orang yg dihormati dll); ~ kucing berpura-pura malu; memalui ark 1. menaruh malu pd: dialah yg harus kaumalui; 2. menghormati, menakuti, menyegani: pd ketika itu segala anak raja-raja Inderagiri tiada dimalui oleh segala anak tuan-tuan Melaka; memalukan 1. memberi malu, menyebabkan malu: akibatnya nanti bukan hanya ~ tetapi juga merugikan; 2. malu kerana sesuatu (pakaian dll): tak usah dimalukan rumah buruk; termalu-malu berasa agak malu: selama besar ini dia ~ memanggil abang kpd Ramlan; kemaluan 1. perihal malu, sesuatu yg mendatangkan malu, rasa malu: jikalau si Tuah ada, dapatlah ia menghapuskan ~ku; 3.mendapat (berasa) malu: hendaklah tuan berikan kehendaknya supaya kita tidak ~; 4.bh alat kelamin (laki-laki atau perempuan); kemalu-maluan berasa sangat malu, tersipu-sipu: dia tunduk ~;pemalu (orang yg) mudah berasa malu.bermalu berasa aib (hina, rendah, dll) kerana membuat sesuatu yg salah atau yg tidak sopan, berasa tidak senang: aku ~ pula apabila tidak pakai seluar dan baju; pang-lima tak bermalu, melerek-lerek macam kam-bing jantan pd perempuan yg tiada mahu kepadanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| nista | 1. aib, cacat, cela, rasa malu: bagiku, ini suatu ~ yg amat sangat; 2. kata-kata menghina (mencemar dll), makian, penghinaan: dikatainyalah isterinya di muka kawan-kawannya dgn segala ~ dan penghinaan; 3. hina, keji, rendah: kata-kata ~; makhluk ~ makhluk yg hina; menista 1. memberi malu, mencela, mengaibkan: jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya sekalipun, jangan ia difadihatkan dan dinista dgn kata yg jahat; 2. mengata-ngatai, menghinakan, mengumpat: kalian menuduh saya dgn segala kebohongan, mencemarkan kandungan buku itu, ~ saya, kemudian minta pula wang dr hasil peluh saya; nistaan celaan, cercaan, hinaan: dahulu ia mendengar hal Tante Lien dr nyonya sebelah, tapi belum dipercayainya ~ itu; kenistaan perihal nista, keaiban, kehinaan, kecelaan: beliau juga menyebut tentang ~ bahasa yg perlu dihindari oleh penyair. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ruap | Mn buih: apabila ~nya sudah dibuang, masukkanlah ubi, dll; ~ (dan) sampah = ~ (dan) hampar ki orang yg sangat hina dlm masyarakat, orang terbuang, sampah masyarakat; meruap 1. Mn berbuih, membuih: air sabun itu ~; 2. mendidih dan melimpah, meluap (nasi dll), membual dan berbuih-buih (air soda dll yg dituang dlm gelas): nasi yg ditanaknya itu ~; gulai (sayur) ~ gulai (sayur) melimpah kerana mendidih; 3. = meruap-ruap menjadi-jadi perasaannya (geram dll), meluap-luap, menyala-nyala: semangat orang akan ~ dan menyala lagi; perasaan manusia yg hadir ketika itu meruap-ruap kerana telah menjadi bangsa yg merdeka; darah ~ naik ke muka; ~ darahnya marah sekali; 4. menjadi wap (mengewap) kerana dipanaskan: ~ kerana kena panas; 5. menyombong, bercakap besar (membual): jangan sekali-kali suka ~, nanti ketara kelemahan dirimu sendiri; 6. merebak (bau dll): dr dapur, ~ bau gulai ayam yg membuka selera; 7. (Kim) cepat menjadi wap pd suhu bilik (bkn pepejal atau cecair); kemeruapan 1. (Kim) keadaan atau sifat sesuatu bahan atau cecair yg cepat bertukar menjadi wap: setiap pecahan minyak mentah mengandungi alkana yg mempunyai kelikatan dan ~ yg berbeza; 2. (Eko) darjah perubahan harga sesuatu sekuriti atau pasaran sama ada menaik atau menurun dgn cepat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| laknat | 1. kemurkaan Allah dan jauh drpd petunjuk dan rahmat-Nya, kutukan: setiap perbuatan jahat akan menerima ~ drpd Allah; 2. terkutuk, keji, hina, celaka: kami teruk diseksa oleh bangsa ~ itu; siapakah yg berbuat pekerjaan ~ ini? melaknat menurunkan laknat, mengutuki: Allah akan ~ orang yg menaruh niat jahat terhadap orang lain; melaknati mengutuk: Allah ~nya andainya suaminya itu benar; terlaknat (yg) dilaknati, terkutuk: mereka akan dikatakan sbg kafir ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tabah hati | tidak gentar dan tetap hati, serta terus mencuba dgn penuh semangat dan azam, berani, cekal dsb demi mencapai kejayaan, kecemerlangan dsb: dia harus ~ menerima cabaran dan dugaan hidup; telah dirasainya miskin dan sengsara, hina dan melarat, semua telah dilaluinya dgn ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tabah II | = ~ hati tidak gentar dan tetap hati, serta terus mencuba dgn penuh semangat dan azam, berani, cekal dsb demi mencapai kejayaan, kecemerlangan dsb: dia harus ~ menerima cabaran dan dugaan hidup; telah dirasainya miskin dan sengsara, hina dan melarat, semua telah dilaluinya dgn ~; bertabah = ~ hati bersikap tabah, berhati cekal; menabahkan = ~ hati menjadikan tabah hati, memberanikan (hati), menetapkan hati; ketabahan = ~ hati perihal tabah, keberanian, kecekalan hati, keteguhan hati: dgn ~ dan keberanian Nabi maka orang Islam telah dapat mencapai kemenangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| aib | 1. rasa hina atau malu akibat perbuatan keji dsb oleh seseorang anggota keluarga dsb, cela, nama buruk, penghinaan; memberi ~ memberi malu, mencela (nama baik keluarga dsb); menaruh ~ berasa malu; 2. cacat, salah: tiap-tiap benda yg murah tidak dapat tidak ada ~nya; mengaibkan 1. memberi aib, mencela, mencerca: ia selalu ~ jirannya; perbuatan yg ~; 2. menghina, menodai (nama baik), memberi malu: kadi memberitahu perempuan-perempuan jalang itu bahawa mereka telah ~ agama Islam; keaiban cela, kecelaan, noda (nama buruk), perasaan malu: hal itu merupakan suatu ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| dia | kata ganti diri ketiga (utk menegaskan atau merendahkan), ia: ~ yg mengambil bola itu, bukan saya; ~ orang bp mereka semua; itu ~ a) itu orangnya; b) itulah bendanya (perkaranya), itulah keadaan yg sebenarnya; mendiakan menyebut dia (dgn tujuan menghina, memandang rendah, dsb terhadap seseorang). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| Yahudi | = orang ~ bangsa yg berasal dr Israel (keturunan Yuda); agama ~ agama yg dianuti oleh orang Israel; meyahudikan menjadikan seseorang Yahudi: setiap anak yg dilahirkan adalah suci, tetapi ibu bapalah yg mencorakkannya sama ada ~nya atau menasranikannya; memperyahudikan ki memandang hina (rendah, keji, dll), mengejikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |