| sirah Nabi | kisah atau riwayat hidup Nabi Muhammad SAW sejak kecil hinggalah baginda wafat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kitaran hidup | ist beberapa peringkat hidup yg dialami oleh sesuatu organisma dr peringkat persenyawaan hinggalah ke peringkat matang, dst ke peringkat persenyawaan pd generasi seterusnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| sirah II | Ar kisah, riwayat atau perjalanan hidup seseorang nabi atau rasul; ~ Nabi kisah atau riwayat hidup Nabi Muhammad SAW sejak kecil hinggalah baginda wafat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| celik I | 1. (bkn mata) terbuka: semalaman itu matanya ~ sahaja, sedikitpun tidak mahu lelap; 2. = ~ mata sedar (insaf) atau timbul kesedaran (keinsafan): baru ~ mata orang Melaka; 3. boleh melihat, tidak buta; 4. ki (bkn matahari) terbit atau keluar: dr ~ matahari hinggalah ke malam; 5. kenal akan yg benar (betul): akal yg ~; hati yg ~; ~ budaya dapat memahami dan menghayati hakikat budaya: peningkatan pengetahuan menimbulkan kesedaran ke arah ~ budaya di kalangan masyarakat Amerika; ~ komputer pandai atau tahu menggunakan komĀputer; mencelikkan 1. = ~ mata membuka mata; 2. ki menyedarkan, menginsafkan: sudah tiba masanya orang-orang kampung itu dicelikkan; tercelik sl dapat dilihat, kelihatan, tampak: sekali digosoknya, tiga empat panau ~; kecelikan perihal atau keadaaan dapat menyedari, mengetahui atau memahami sesuatu perkara, suasana dsb: rancangan ini mampu mempertingkatkan tahap ~ seni di kalangan masyarakat umum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kitar | ; ~ semula kaedah atau teknik memproses bahan spt tin, botol, kertas yg telah digunakan supaya dpt digunakan semula: ~ semula wajar diusahakan agar bahan-bahan buangan itu dpt digunakan kembali. berkitar berputar atau berpusing spt roda; beredar spt bumi mengelilingi matahari. mengitari berada, beredar atau bergerak di keliling sesuatu; mengelilingi: Burung helang terbang ~ kawasan itu. Pagar duri ~ kem tahanan tsb. mengitarkan membawa atau menggerakkan supaya berkitar: ~ mesin. kitaran gerakan yg berputar atau berpusing. ~ hidup ist beberapa peringkat hidup yg dialami oleh sesuatu organisma dr peringkat persenyawaan hinggalah ke peringkat matang, dst ke peringkat persenyawaan pd generasi seterusnya. perkitaran perbuatan atau hal berkitar; peredaran. pengitaran perbuatan (hal dsb) mengitari atau mengitarkan. sekitar sekeliling sesuatu tempat dll: Suasana di ~ tempat itu sunyi senyap. persekitaran kawasan di sekeliling sesuatu tempat; kawasan sekitar: Haiwan berdarah panas dpt menyesuaikan diri dgn ~ yg sejuk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |