| bahawa I | 1. kata hubung yg menjelaskan isi atau huraian kalimat pokok (yg sebelumnya atau sesudahnya), bahasa: pemerhati-pemerhati berkata ~ dgn letupan bom atom, China hendak meluaskan lagi pengaruh politiknya di Asia dan Afrika; 2. pembuka kalimat pokok, sungguh-sungguh, adapun: ~ ia kaya sungguh; 3. = sebahawa sl keadaan(nya), sifat(nya), adanya: kelakuan puteri itu manis se~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| hubung kait | hubungan dan perkaitan, pertalian: negara kita sentiasa dinilai dr sudut keselamatan dan ~nya dgn cara hidup atau penghidupan kita; menghubungkaitkan mengadakan (per)hubungan dan perkaitan, mengadakan pertalian (antara dua unsur, kegiatan, perkara, dll), memperkaitkan, mempertalikan: kedua-duanya, hal-hal yg berkaitan dgn masyarakat umum, dan kegiatan kokurikulum di kampus, sering dihubungkaitkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pemaknaan | perihal atau proses memberi makna, pengertian: dlm bahasa Melayu Indonesia masih ada sistem tanda yg ber-hubung dgn raja spt bersantap, beradu, beta yg ~nya tidak sama dgn yg pernah ada sebelumnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| hubung | ; berhubung 1. berangkai, bersambung, beruntun (antara satu dgn lain); huruf tulis yg ~ huruf tulis yg bersambung; 2. berkaitan dgn, berkenaan (dgn): ia berusaha menyelesaikan segala urusan yg ~ dgn tanahnya; kebanyakan bantuan mengalir ke arah kegiatan-kegiatan yg ~ dgn agama; 3. oleh sebab, kerana: ~ dgn kurangnya ahli yg datang, maka mesyuarat ditangguhkan; 4. bertukar-tukar (berita, fikiran, dll) dgn berbagai-bagai jalan: sekarang kita dapat ~ dgn saudara-mara di Medan menerusi telefon radio; bahasa ialah alat bagi manusia ~ dgn manusia lain; ~ puntung = putus ~ bp (merokok) bersambung-sambung (hampir habis rokok yg satu disambung pula dgn rokok lain); berhubungan 1. ada sangkut pautnya (dgn), bersangkutan, bertalian: suasana di kapal menyebabkan dia melupakan segala sesuatu yg ~ dgn dirinya sendiri; ia mengutuk segala yg ~ dgn bekas isterinya itu; 2. berjumpa (dgn), bertemu (dgn), mempunyai pertemuan (dgn): ia berasa hairan kenapa rakannya itu tidak mahu ~ dengannya lagi; PM menjadi ketua Dewan Rakyat dan ia juga sentiasa ~ dgn PM Komanwel; 3. saling berhubungan; menghubung menyambung sesuatu dgn yg lain (bukan bermakna menambah panjang): tali ini boleh dipakai utk ~ galah; menghubungi 1. membuat perhubungan dgn seseorang utk memberitahu sesuatu (melalui surat, telefon, atau pergi sendiri mendapatkannya): ejen-ejen polis rahsia akan terus ~nya lagi; perbicaraan ditangguhkan sehingga saksi penting dapat dihubungi polis; 2. menjadi sambungan kpd sesuatu, mengikuti, menuruti, menyambut (dgn): kata-kata itu dihubungi dgn ketawa; menghubungkan 1. menjadikan berhubungan (berangkaian, bersambungan), menyambungkan, merangkaikan: garisan lurus yg ~ dua titik; rumah itu mempunyai dua kamar yg satu sama lainnya dihubungkan oleh sebuah pintu; 2. = memperhubungkan mempertalikan (dgn), mengaitkan (dgn): perdaganganlah yg ~ negeri Melaka dgn kawasan-kawasan di sekelilingnya; rakyat Hirahlah yg menjadi perantaraan ~ orang Parsi dgn orang Arab; 3. = memperhubungkan mempertemukan dgn, menjadikan satu dgn, menggabungkan dgn: ia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita setempat; mereka memperhubungkan kami dgn sekeluarga orang perantauan lain; 4. menjadikan supaya berhubungan atau bertemu: ada jalan kereta api yg ~ Bangkok dgn Saigon; hubungan 1. sambungan, rangkaian: jikalau ada tersalah bahasanya atau aturan perkataannya atau ~ hurufnya, saya minta ampun banyak-banyak; 2. hasil berhubung: kalau rakyat Belanda tidak sanggup melihat kebenaran ini, maka saya khuatir ~ antara Belanda dan Indonesia akan terputus; 3. kaitan, pertalian, sangkut paut: utk mempereratkan ~ persaudaraan Islam; dlm ~ ini berkenaan apa yg telah dinyatakan (diterangkan) atau yg sedang dibincangkan; ~ darah hubungan kekeluargaan; ~ diplomatik hubungan dgn perantaraan perwakilan (diplomat) antara negara-negara di dunia; ~ dua hala hubungan antara dua pihak yg secara langsung tidak melibatkan pihak lain; ~ batin = ~ jenis = ~ kelamin = ~ seks persetubuhan; ~ nyawa kekasih, kesayangan, buah hati; ~ ras (Ant) hubungan sosial yg terjalin antara anggota masyarakat yg berlainan keturunan atau bangsa dlm sesebuah masyarakat atau negara; sehubungan berkaitan dgn, bersangkutan dgn; perhubungan 1. hubungan: seluruh hidup manusia terdiri drpd ~nya dgn keluarga, jiran dan tetangga; pegawai ~ pegawai perantaraan (utk menyelaraskan tugas bahagian-bahagian yg berlainan dlm ketenteraan, pejabat, dll); 2. alat lalu lintas (jalan raya, kereta api, surat-menyurat, pos, telegram, telefon, penerbangan, pelayaran, dll): ~ udara antara Malaysia dgn Indonesia dipulihkan sebaik-baik sahaja Perjanjian Bangkok ditandatangani; Kementerian P~ kementerian yg mengurus soal lalu lintas dll; 3. perihal berhubung(an) antara satu dgn yg lain (bkn negara dll): ~ diplomatik antara India dgn China semakin genting; perkara-perkara mengenai ~ dagang antara kedua-dua negara dibincangkan dgn sedalam-dalamnya; ~ awam amalan menjalinkan, menggalakkan atau memupuk semangat muhibah, kemesraan, imej yg baik dsb di kalangan orang ramai oleh atau terhadap sesebuah syarikat, firma, institusi dsb; ~ darah pertalian kekeluargaan; ~ perindustrian urusan perhubungan antara pihak majikan dgn para pekerja dlm industri, biasanya melibatkan aspek-aspek perundingan secara kolektif dsb; penghubungan perihal atau perbuatan menghubungkan; penghubung (alat, orang, dll) yg menghubung(kan); kata ~ kata yg digunakan utk menghubungkan dua kata atau dua ayat; tanda ~ garis utk menghubungkan kata atau suku kata; perwira ~ Id pegawai perhubungan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kadar I | 1. daya, kemampuan, keupayaan: dia sudah mulai memakai fahamku, iaitu menghadapi hidup dgn ~ yg terdaya; ala ~(nya) menurut daya atau kemampuan (seseorang); menderma ~nya menderma menurut kemampuannya; 2. perkiraan yg memberikan (menyatakan) sesuatu kuantiti dlm hubungannya dgn sesuatu unit tertentu sbg asas: ~ kelajuannya ialah 100 km sejam; bilangan penduduk yg bertambah pd ~ 2% setahun; ~ kelahiran (kematian) bilangan yg dilahirkan (mati) dlm jangka waktu tertentu (lazimnya satu tahun) berbanding dgn jumlah penduduk; 3. jumlah atau banyaknya bayaran (cukai dll) yg dikenakan dsb: ~ cukai pendapatan makin meningkat apabila pendapatan seseorang itu makin tinggi; kerajaan juga menaikkan ~ faedah pinjaman bank drpd 6% kpd 8% utk menarik simpanan asing; ~ faedah kadar yg ditetapkan terhadap sesuatu pinjaman atau deposit; ~ pertukaran asing nilai pertukaran sesuatu mata wang dgn mata wang yg lain; 4. perbandingan (berat, darjah, kuantiti, saiz), nisbah: sebatian kimia yg sama terdiri drpd unsur-unsur yg sama yg berpadu antara satu sama lain dlm ~ berat yg sama; kedua-dua oksida mengandungi unsur yg sama (magnesium dan oksigen) yg berpadu dlm ~ berat yg sama (3:2); 5. bahagian yg tulen (sejati) yg terkandung dlm sesuatu (spt emas, perak, dll): ~ emas dlm mata wang emas ini ialah 0.9; 6. harga, nilai, pangkat, taraf (darjat): semuanya dianugerahi baginda persalinan masing-masing pd ~nya; 7. lebih kurang, kira-kira: tahu juga patik barang ~nya; memohonkan berhutang ~ lima puluh rial; 8. hitung panjang, rata-rata: jika saya membeli daun teh 3 kati dgn harga 9 ringgit, saya membeli dgn ~ 3 ringgit satu kati; 9. = sekadar cuma, hanya (utk): akan Tun Ibrahim, hendak masuk takut, ~ berkeliling istana itu juga; sekadar 1. selaras dgn (keperluan dll), secara, sepadan, sesuai dgn: ~ yg diperlukan; 2. = sekadarkan cuma, hanya (utk): berjalan-jalan ini pun ~ menanti waktu maghrib; hanya ~ berolok-olok belaka; 3. seperlunya (seadanya, semampunya, dll): sajian ~nya; sekadar-kadaran seada-adanya, seadanya: permintaan ini hanya ~ sahaja; berkadar berimbang kadarnya atau nisbahnya (dgn sesuatu), menurut kadarnya atau nisbahnya (dgn sesuatu): darjah pemanjangan sesuatu benda kenyal adalah ~ dgn isi padunya; ~ songsang menurut kadar yg sebaliknya; ~ terus menurut kadar yg sebenarnya; kadaran (Tadb) cukai yg perlu dibayar oleh pemilik harta tanah kpd pihak berkuasa tempatan; perkadaran perihal berkadar, perimbangan mengikut kadar: jika ~ yg serupa dipindahkan pd setiap peringkat umur, pola yg lain masih tetap terhasil. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| hubung | ; berhubung 1 bercantum dgn yg lain; bersambung; berangkai: Anjung rumah itu ~ dgn rumah ibu. 2 ada kaitannya atau ada sangkut pautnya; berkenaan; perkara-perkara yg ~ dgn pelajaran; Kedua-dua kejadian itu ~ antara satu dgn yg lain. 3 bertemu atau berjumpa: Dia berasa hairan mengapa rakannya tidak mahu ~ dgnnya. 4 bertukar-tukar fikiran dll dgn berbagai-bagai cara: Sekarang kita dpt ~ dgn orang yg jauh melalui telefon. berhubungan saling berhubung. menghubungi mengadakan pertemuan dll dgn; pergi menemui (utk memberitahu dll): Pihak polis telah ~nya petang semalam. menghubungkan 1 menjadikan berhubung; mencantumkan; menyambungkan: garisan lurus yg ~ dua titik. Sebatang jalan kereta api ~ bandar Johor Bahru dgn Kuala Lumpur. 2 menjadikan bersatu atau bergabung: Dia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita di kampungnya. 3 mengaitkan sesuatu (perkara dll) dgn yg lain; mempertalikan: Dia telah ~ kisah itu dgn kejadian yg berlaku. hubungan 1 kaitan; pertalian: Pd masa ini, banyak hal dlm kehidupan kita yg ada ~nya dgn sains. 2 hasil berhubung: ~ antara kedua-dua negara itu masih baik. 3 ikatan atau pertalian (keluarga dsb): Saya mempunyai ~ keluarga dgn dia. perhubungan 1 hal berhubung; perkaitan; pertalian: Tidak terdapat sebarang ~ antara kedua-dua kejadian itu. 2 alat utk berhubung atau lalu lintas (jalan raya, kereta api, pos, telegram dll): Semua ~ di antara Pantai Timur dgn Pantai Barat telah terputus akibat banjir. 3 cara orang, negara dll berhubung antara satu dgn yg lain: ~ dagang pun bermula antara negeri China dgn Melaka. ~ awam amalan menjalinkan, menggalakkan atau memupuk semangat muhibah, kemesraan, imej yg baik dsb di kalangan orang ramai oleh sesebuah syarikat, institusi dsb. penghubungan perbuatan (cara dsb) menghubungkan. penghubung 1 orang yg menghubungkan. 2 alat yg digunakan utk menghubungkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| hubung | berhubung 1. bercantum dgn yg lain; bersambung; berangkai: Anjung rumah itu ~ dgn rumah ibu. 2. ada kaitannya atau ada sangkut pautnya; berkenaan; perkara-perkara yg ~ dgn pelajaran; Kedua-dua kejadian itu ~ antara satu dgn yg lain. 3. bertemu atau berjumpa: Dia berasa hairan mengapa rakannya tidak mahu ~ dgnnya. 4. bertukar-tukar fikiran dll dgn berbagai-bagai cara: Sekarang kita dpt ~ dgn orang yg jauh melalui telefon. berhubungan saling berhubung. menghubungi mengadakan pertemuan dll dgn; pergi menemui (utk memberitahu dll): Pihak polis telah ~nya petang semalam. menghubungkan 1. menjadikan berhubung; mencantumkan; menyambungkan: garisan lurus yg ~ dua titik. Sebatang jalan kereta api ~ bandar Johor Bahru dgn Kuala Lumpur. 2. menjadikan bersatu atau bergabung: Dia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita di kampungnya. 3. mengaitkan sesuatu (perkara dll) dgn yg lain; mempertalikan: Dia telah ~ kisah itu dgn kejadian yg berlaku. hubungan 1. kaitan; pertalian: Pd masa ini, banyak hal dlm kehidupan kita yg ada ~nya dgn sains. 2. hasil berhubung: ~ antara kedua-dua negara itu masih baik. 3. ikatan atau pertalian (keluarga dsb): Saya mempunyai ~ keluarga dgn dia. perhubungan 1. hal berhubung; perkaitan; pertalian: Tidak terdapat sebarang ~ antara kedua-dua kejadian itu. 2. alat utk berhubung atau lalu lintas (spt jalan raya, kereta api, pos, telegram dll): Semua ~ di antara Pantai Timur dgn Pantai Barat telah terputus akibat banjir. 3. cara orang, negara dll berhubung antara satu dgn yg lain: ~ dagang pun bermula antara negeri China dgn Melaka. penghubungan perbuatan (cara dsb) menghubungkan. penghubung 1. orang yg menghubungkan. 2. alat yg digunakan utk menghubungkan. | Kamus Pelajar |
| antara | 1. sela, jarak (di tengah dua benda): dua pokok itu, ~nya tiga depa; 2. berada di tengah-tengah (dua jarak waktu, keadaan, dsb): ~ pukul 3.00 dan 4.00 petang; ~ kuning dan hijau; ~ tidur dgn jaga; 3. selang waktu, masa dr satu saat ke saat lain: sejam ~nya datanglah ia; 4. di tengah-tengah kumpulan (golongan dll): pilih ~ dua ini; 5. = di ~ dlm ruang yg memisahkan (dua atau lebih titik, benda, dsb): ~ dua bangunan itu terdapat lorong kecil; jarak ~ filem dan arca; 6. yg melibatkan, berkaitan, dsb dgn: perhubungan ~ bahagian-bahagian; perhubungan ~ kedua-dua negara itu semakin pulih; kerjasama ~ kita; perlanggaran ~ dua buah kereta; perbandingan ~ kedua-dua tokoh terkenal itu; 7. dlm lingkungan: kanak-kanak yg berumur ~ lima hingga sepuluh tahun; ~ satu hingga dua minggu; diajarkan ~ sepuluh hingga dua puluh nama benda; 8. kpd setiap orang dsb, di kalangan: barang-barang itu dibahagi-bahagikan ~ mereka; 9. termasuk dlm sesuatu kumpulan (bilangan, kelas, dsb): itulah ~ beberapa perkara yg perlu dilaksanakan; 10. sementara, dlm pd itu: ingat ~ belum kena; 11. tentang, dekat dgn, tidak jauh dr: selepas beberapa hari lamanya maka sampailah ~ Mokha; 12. kira-kira, lebih kurang: ~ sepuluh orang tertangkap kerana merompak; ~ lain = ~nya salah satu drpd (hal-hal dll); berantara 1. mempunyai antara (selang, sela): rumah ini ~ empat meter dgn rumah itu; 2. tidak langsung, berselang waktu, tidak serta-merta: perubahan itu dibuatnya dgn ~; tiada ~ lagi tidak berhenti-henti, terus-menerus; dekat tak tercapai, jauh tak ~ prb sesuatu yg dekat dgn kita tidak dapat kita ambil kerana tiada upaya; berantara 1. mempunyai antara (selang, sela): rumah ini ~ empat meter dgn rumah itu; 2. tidak langsung, berselang waktu, tidak serta-merta: perubahan itu dibuatnya dgn ~; tiada ~ lagi tidak berhenti-henti, terus-menerus; dekat tak tercapai, jauh tak ~ prb sesuatu yg dekat dgn kita tidak dapat kita ambil kerana tiada upaya; mengantara menjadi orang tengah; mengantarai 1. membuat antara, memisahkan: ada suatu sungai yg ~ kedua-dua negeri itu; 2. bertindak sbg orang tengah, menjadi pengantara: ia yg ~ perselisihan itu; perantaraan 1. perihal mengantarai (bertindak sbg orang tengah): dlm pertikaian antara Malaysia dgn Indonesia diminta ~ dr negeri Siam; 2. penghubung (antara dua orang dll): saya kirim surat ini dgn ~ kawan saya; 3. = dgn ~ dgn jalan, melalui: kursus itu diberikan dgn ~ radio; 4. ark hubungan (pertalian, pergaulan): ~ dgn majikannya sudah kurang baik; pengantaraan tindakan mengantarai (menjadi orang tengah): pergaduhan antara kedua-dua keluarga itu diselesaikan dgn ~ Tok Penghulu; pengantara, perantara orang tengah, penghubung (dlm perundingan dll): dia hanya berlaku sbg ~ dlm perselisihan saya dgn Leman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kata | 1 bunyi atau gabungan bunyi yg mempunyai erti tertentu yg diucapkan atau yg dilambangkan dgn tulisan (merupakan unit drpd sesuatu bahasa): Membaling ialah sinonim utk ~ melempar. 2 apa-apa yg dilahirkan dgn ucapan; ujar; cakap: ~nya dia hendak pergi ke Jakarta. ~ akar kata yg belum diberi apa-apa imbuhan. ~ benda (nama) kata yg menyatakan nama sesuatu benda (spt kerusi, meja, rumah). ~ dasar kata akar atau kata terbitan yg dpt diberi imbuhan. ~ dua tuntutan atau syarat oleh sesuatu pihak yg mesti dipenuhi oleh pihak penerima tanpa soal jawab (jika tidak sesuatu tindakan akan diambil terhadap pihak penerima). ~ gabung kata yg terdiri drpd gabungan dua kata yg ditulis sbg satu kata spt warganegara dan antarabangsa. ~ ganda kata yg diucapkan berulang seluruhnya atau sebahagiannya (spt langit-langit, berulang-ulang, rerambut). ~ ganti nama kata yg digunakan utk menggantikan kata nama lain spt kata ganti nama diri utk menunjukkan orang mis dia, saya, kamu. ~ hati a. perasaan yg timbul dlm hati seseorang. b. angan-angan. ~ hikmat (pujangga) kata-kata drpd orang bijak pandai yg mempunyai pengertian yg tinggi. ~ hubung kata yg fungsinya adalah utk menghubungkan dua kalimat, perkataan, rangkai kata dsb, mis kerana dan supaya. ~ kerja kata yg menyatakan perbuatan. ~ laluan gabungan huruf atau nombor yg membentuk kod tertentu yg perlu dimaklumkan kpd sistem sebelum pengguna boleh mengakses sumber sistem. ~ majmuk rangkaian kata dgn kata, kata dgn kata pokok yg tidak dpt berdiri sendiri atau dgn bahagian drpd sesuatu kata yg membawa makna tertentu (spt lompat jauh, bola tampar, tunjuk ajar). ~ nama am kata nama yg merujuk kpd benda, orang atau konsep yg umum, mis rumah, meja dan jalan. ~ nama khas kata nama yg merujuk kpd orang, tempat atau benda yg khusus, mis Ahmad, Ipoh dan Menara Kuala Lumpur. ~ pendahuluan huraian atau keterangan mengenai sesebuah buku yg ditulis oleh pengarangnya sendiri. ~ pengantar kata alu-aluan mengenai sesebuah buku yg ditulis oleh seseorang yg bukan pengarangnya. ~ penghubung kata hubung. ~ penyerta kata sandang. ~ pokok kata dasar. ~ sandang kata (spt si, sang) yg terletak di depan kata-kata tertentu yg digunakan sbg nama timangan, utk mengejek, utk menghormati dll. ~ sendi nama kata yg merangkaikan kata nama atau frasa nama, spt dr, di, dan ke. ~ seru kata yg digunakan utk menyatakan rasa terkejut, rasa sakit dll spt aduh, oh, dan wah. ~ sifat (adjektif) kata yg menunjukkan sifat sesuatu benda. ~ terbitan kata yg terjadi atau terdiri drpd kata akar dan imbuhan yg disatukan. ~ tugas kata yg tidak mempunyai makna leksikal tetapi mempunyai makna tatabahasa, iaitu makna jika kata itu wujud dlm ayat, mis dan, kepada dan ialah. ~ ulang (berulang) kata ganda. berkata mengeluarkan fikiran (pendapat dll) dgn kata-kata; bercakap; bertutur: Kanak-kanak itu pun ~ perlahan-lahan. berkata-kata bercakap-cakap; berbicara; berbual. mengatai, mengata-ngatai bercakap buruk ttg seseorang: Saya tidak tahan mendengar dia ~ saya. mengatakan 1 memberitahukan; menceritakan: Dia ~ bahawa dia akan berangkat besok. 2 mengeluarkan kata-kata; mengucapkan; menuturkan: Dia tidak pernah ~ bahawa dia pandai. 3 menyifatkan; memisalkan: Ali ~ Ahmad sbg kambing kerana dia takut mandi. memperkatakan 1 berkata ttg sesuatu; mempercakapkan: Isinya sedikit tetapi diperkatakan dgn bahasa yg berulang-ulang. 2 menjadikan sbg perkara atau sbg bahan yg dibincangkan; membicarakan: Sambil membaca, cuba fikirkan apakah perkara penting yg diperkatakan dlm makalah ini. perkataan 1 kumpulan kata; kata. 2 apa-apa yg dikatakan (diucapkan) orang. sekata 1 sama bunyinya. 2 tidak lebih atau tidak kurang; sama menyeluruh. 3 = seia ~ sama-sama setuju; sepakat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| oleh | (oléh) 1. (kata sendi nama) utk menunjukkan pembuat dlm ayat-ayat pasif: daerah yg ditawan ~ musuh; ditimbus ~ tanah longsor; 2. sebab, akibat, kerana: ~ tiada jalan lain hendak menyelamatkan dirinya, ia mencuba hendak terjun ke dlm air; mati ~ kerisnya sendiri; 3. pada, bagi, untuk: tampak ~nya seorang tua berjalan di tengah-tengah sawahnya; 4. (ke) pada (yg menyatakan hubungan keluarga): ia pun sepupu juga ~ tuan; ia anak yg satu-satunya ~ pak cik saya; 5. dengan: pokok-pokok yg lebat ~ buah; dewan yg penuh sesak ~ orang ramai; ~ itu = ~ sebab itu = ~ yg demikian lantaran itu; beroleh 1. mendapat, menerima: ~ anak lelaki; ~ kebajikan; ~ kesenangan; 2. sl boleh, dapat: ~ selamat sempurnalah anakanda drpd sekalian bencana; memperoleh mendapat, menerima (mencapai, menemui, dsb) dgn ikhtiar atau usaha: sagu diperoleh drpd pokok rumbia; kanak-kanak ~ kemahiran sedikit demi sedikit; keuntungan yg diperolehnya berlipat ganda; pemerolehan perbuatan (usaha, kegiatan, dsb) memperoleh; pemeroleh pihak (orang, firma dsb) yg memperoleh sesuatu: pindaan itu membolehkan pihak yg berkenaan memindahkan hak milik tanah kpd mana-mana ~ menerusi perakuan pemberian hak;perolehan sesuatu (barang, hasil, dll) yg diperoleh: ~ padi tahun ini lebih baik drpd tahun lalu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |