Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ia
Rujuk :dia


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
rakus1. gelojoh, lahap: alangkah ~nya ia memakan juadah itu; 2. ki selalu hendak banyak-banyak, loba, serakah, tamak: ~ akan kekayaan; sangat ~ dan loba terhadap bahan-bahan hidup; kerakusan 1. kegelojohan, kelahapan: ia tahu benar akan perangai pemuda itu, pantang larangnya, kekuatannya, kelemah­an­nya, ~nya, dll; 2. kelobaan, ketamakan: utk mengubah sikap dan ~ peribadi kpd sikap berbudi bahasa dan berkasih sayang; perakus orang yg sangat rakus (gelojoh, loba, tamak, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
menikahiberkahwin dgn, mengahwini: ia tentu tak mahu ~nya dan mengambilnya jadi isteri;Kamus Dewan Edisi Keempat
kayuh I; berkayuh, mengayuh 1. menggerakkan (menjalankan) perahu dsb dgn pengayuh: ia ~ dan mengumpil dan memakai kolek sahaja; pagi-pagi lagi Si Tenggang telah ~ perahunya pergi ke sebuah pulau; 2. menjalankan basikal atau beca (dgn memijak dan memusingkan kayuhnya): cepat-cepat ia ~ basikalnya; ~ sambil bertimba (ke hilir) prb dapat menyelesaikan dua tiga pekerjaan serentak; (malu bertanya sesat jalan), malu ~ perahu hanyut prb kalau tidak berusaha, tentulah susah dan kalau segan bertanya, akan mem­buat kesilapan; berkayuh-kayuhan berkayuh-kayuh ke sana ke mari (utk bermain-main sahaja); mengayuhkan 1. menjalankan perahu (dgn menggunakan pengayuh), menjalankan pe­rahu (menuju, menghala ke): anak-anak perahu ~ perahunya mengikut perintah Musa; Wan Omar memerintahkan supaya perahu itu cepat dikayuhkan ke tepi pantai; 2. menjalankan basikal atau beca (dgn memijak dan memusingkan kayuhnya): Ramlan ~ becanya membawa dua orang anak; terkayuhkan dapat dikayuh, berdaya me­ngayuh; tidak ~ lagi biduk hilir prb tidak berdaya lagi, lemah benar; kayuhan gerakan (hasil atau perbuatan) mengayuh: jika boleh, dia ingin mengayuh sepantas ~ Rosman Alwi; kekayuhan perahu yg dikayuh; bidar ~ sj sampan; pengayuh 1. = kayuh alat utk mengayuh (perahu dsb) yg berdaun satu, dayung; 2. = kayuh alat utk menggerakkan basikal atau beca, rakap, pedal, injak-injak; 3. orang yg mengayuh: dr jauh datang sebuah beca dgn ~nya yg lesu; apa digaduhkan, ~ sama di tangan, perahu sama di air prb a) jika kedua-dua sama hajat­nya, haruslah diperjuangkan terus supaya tentu siapa yg mendapat; b) janganlah gentar melawan orang yg setara dgn kita kerana nasib kita di tangan Allah; engkau belum mencapai ~, aku telah sampai ke seberang prb orang yg bijaksana dapat segera menge­tahui maksudnya atau dalam dangkal penge­tahuannya drpd cakap atau gerak-geri seseorang.Kamus Dewan Edisi Keempat
lahir1. yg (kelihatan) di luar: kasih sayang yg ~; pd ~nya, ia sihat tetapi sebenarnya ia berpenyakit; ~ batin yg kelihatan dan yg tidak kelihatan, luar dalam, sepenuh hati; 2. berupa benda yg nyata, jasmani, maujud, keduniaan: perbezaan antara bentuk prosa dan puisi tidak terletak pd bentuk ~ sahaja, malahan pd batin; pengetahuan ~; 3. keluar dr kandungan (ibu dll), jadi, terbit: sejak dr ~nya lagi, dia bersifat begitu; hari ~ hari ketika seseorang itu diperanakkan; ~ mati (kanak­-kanak yg) mati ketika lahir; di ~ serupa tidak, di batin menggunting angin prb orang yg menyembunyikan tabiat yg sebenarnya (tidak jujur); yg ~ menunjukkan yg batin prb drpd gerak-geri dan tingkah laku seseorang itu ketahuan isi hatinya; melahirkan 1. mengeluarkan perasaan (per­kataan, fikiran, dll), meluahkan: yg penting pd pengarang ialah ~ berbagai-bagai perasaan sehingga pembaca tertarik kpd tulisannya; marahnya sekadar dlm hatinya sahaja, tidak dilahirkan; 2. mengeluarkan anak (dr kandungan), beranak, bersalin: ia hendak pulang ke kampung utk ~ anaknya di sana; 3. mengadakan, mendatangkan, menghasilkan, menyebabkan, mewujudkan: berlainan edisi akan ~ berlainan jalan cerita; terlahir 1. keluar (dr), terkeluar: sesuatu yg tidak direlakannya ~ dr mulut ibunya; 2. lahir (anak); kelahiran 1. perihal keluar dr kandungan ibu, lahirnya (anak): pd saat ~ anak itu, Sharifah Aini menangis lagi; 2. (sesuatu) yg berkaitan dgn perihal lahir: hari ~; 3. perihal keluar (terbit dsb), terhasilnya: sejambak bunga haruslah dihadiahkan kpd usaha gigih penyusunnya dan sekali gus kpd Dewan Bahasa dan Pustaka kerana telah memung­kinkan ~ antologi ini; dlm bulan April tahun ini, Jepun mengingati ~ Institusi Sekolah Pemerintahan dan Pengurusan Matsushita; pelahiran perihal atau perbuatan melahir­kan: ~ golongan-golongan tertentu.Kamus Dewan Edisi Keempat
suka1. perasaan girang dlm hati: maka sangatlah sukacitanya ia serta ditunjukkan­nya ~nya itu; 2. girang hati, senang hati: semua orang ~ melihat mereka berbahagia; 3. mahu (mengerjakan sesuatu), rela, sudi: aku boleh menutup kedaiku kalau aku ~; 4. gemar akan: orang di sini tidak ~ memakan daging; 5. setuju (dgn), cocok, sesuai: ayahku tidak ~ duduk di sini; 6. kehendak (ke­mahuan) hati: mahu tak mahu dimasukkan sahaja beras seberapa ~ dan ditaruh air;7. menaruh kasih (kpd), cinta (akan), sayang (akan): dia tidak ~ pd budak-budak; 8. berkenan akan, mahu akan: aku tak ~ engkau mengganggu mereka; 9. mudah sekali, kerap kali, selalu, sering kali: kereta ini ~ rosak; ~ hati a) girang (senang) hati, sukacita; b) kehendak (kemahuan) hati; ~ ramai (yg) digemari ramai, popular: lagu-lagu (majalah­majalah) ~ ramai; ~ duka kegembiraan dan kesedihan; sesuka = ~ hati = sesuka-suka (dgn) seke­hendak hati, (dgn) semahu-mahunya: pihak yg berkuasa kadang-kadang bertindak ~ mereka; suka-suka seronok-seronok: penceburan mereka dlm sesuatu projek bukan sekadar ingin mencuba atau ~; bersuka = ~ hati = ~ ria bersenang-senang, bergembira; bersuka-suka bersenang-senang, bergem­bira, berfoya-foya: tua muda, gadis, dan teruna, sekaliannya ~; bersuka-sukaan 1. bersuka-suka: setelah duduk lalu turun pula memetik bunga me­ngarang kuntum ~; 2. bh bercinta-cintaan, berseronok-seronok (berkendak dll): dia pun memimpin tangan isterinya masuk ke dlm pelaminan ~; menyukai 1. menaruh minat (terhadap), suka akan, meminati: indah itu adalah seni dan kerana itu orang ~nya; 2. gemar akan (makanan), menggemari: Minah tidak ~ kuih yg berbau minyak sapi atau mentega; 3. menaruh kasih pd, mencintai, menyayangi: ia disukai gadis-gadis kerana badannya tegap dan sihat serta lawa; 4. menaruh simpati kpd, suka kpd: parti yg memerintah tidaklah boleh membuang kakitangan kerajaan yg tidak disukai mereka; menyukakan 1. menjadikan suka, meng­gembirakan, menggirangkan: berita itu sudah tentu akan ~ kedua-dua orang tuaku; 2. bp menyukai: ibu tidak memaksa kau beristeri dgn orang yg tidak kausukakan; sukaan bp 1. segala apa yg disukai, sesuatu yg menyukakan; 2. orang yg dikasihi, kekasih, kendak; kesukaan 1. perihal suka, kegembiraan, kegirangan, kesenangan: tujuan membaca ialah mencari ~ dan pengetahuan drpd apa yg dibaca; 2. sesuatu yg diminati (digemari), kegemaran: menggambar itu adalah ~nya; 3. sebagaimana yg disukai, kemahuan: cara memakai sari itu terpulanglah kpd ~ masing-masing; 4. sesuatu yg disukai (di­sayangi, dicintai, dikehendaki).Kamus Dewan Edisi Keempat
bapa1 orang tua kita yg lelaki; ayah: Sebelum keluar rumah, ia meminta izin ibu dan ~nya. 2 panggilan kpd orang lelaki yg dpt dianggap bapa dr segi usia: ~ hendak ke mana? 3 orang yg mula-mula menubuhkan sesuatu pergerakan serta banyak pula pengikutnya; pelopor: Beliau bolehlah dianggap sbg ~ kemerdekaan Malaysia. ~ saudara saudara lelaki kpd ibu atau kpd bapa sendiri: ~ tiri lelaki yg berkahwin dgn ibu kita sesudah ayah kita meninggal atau sesudah ayah bercerai dgn ibu kita. ~ tunggal lelaki bergelar ayah yg membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa isterinya kerana perceraian, kematian dsb. berbapa mempunyai bapa: Asyraf tidak ~ sejak kecil lagi. berbapakan mempunyai seseorang sbg bapa; berayahkan: Saufi ~ seorang pejuang bahasa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kerupawanankecantikan: ia menjadi pu­jaan ramai kerana ~nya dan kebaikan perangainya.Kamus Dewan Edisi Keempat
kerakusan1. kegelojohan, kelahapan: ia tahu benar akan perangai pemuda itu, pantang larangnya, kekuatannya, kelemah­an­nya, ~nya, dll; 2. kelobaan, ketamakan: utk mengubah sikap dan ~ peribadi kpd sikap berbudi bahasa dan berkasih sayang;Kamus Dewan Edisi Keempat
bapa1. orang tua kita yg lelaki; ayah: Sebelum keluar rumah, ia meminta izin ibu dan ~ nya. 2. panggilan kpd orang lelaki yg dpt dianggap bapa dr segi usia: ~ hendak ke mana? 3. orang yg mula-mula menubuhkan sesuatu pergerakan serta banyak pula pengikutnya; pelopor: Beliau bolehlah dianggap sbg ~ kemerdekaan Malaya. ~ saudara saudara lelaki kpd ibu atau kpd bapa sendiri:~ tiri lelaki yg berkahwin dgn ibu kita sesudah ayah kita meninggal atau sesudah ayah bercerai dgn ibu kita.Kamus Pelajar
memperkosa1. melakukan persetubuhan dgn kekerasan, merogol (perempuan): seorang pemuda ganas telah melarikannya dan ~nya; 2. menakluki (menguasai) dgn ke­kerasan, memaksa, menggagahi: ia telah menggunakan pangkat dan kekuasaannya utk ~ orang lain; 3. menyerang (negeri dll) dgn kekerasan, melanggar (hukum dll) dgn kekerasan: penindasan penduduk negeri yg dijajah itu adalah ~ Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu; ~ kedaulatan negeri lain;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas