| idam-idaman | hasrat, keinginan, sesuatu yg diidam-idamkan: dia selalu mengenangkan gadis ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| idam I | keinginan hendak makan sesuatu (terutama benda yg masam-masam) oleh perempuan yg hamil; mengidam 1. ingin benar hendak makan sesuatu (bkn perempuan yg hamil): tuan puteri itu sedang ~; 2. sangat ingin akan atau berkehendakkan sesuatu: dia sudah lama ~ utk tinggal di rumah banglo; mengidamkan, mengidam-idamkan 1. sangat ingin makan sesuatu: isterinya ~ buah mempelam; 2. sangat-sangat berharap mendapat sesuatu: ibunya ~ seorang menantu yg berjawatan tinggi; idaman, idam-idaman hasrat, keinginan, sesuatu yg diidam-idamkan: dia selalu mengenangkan gadis ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kawan I | 1. kumpulan (binatang), kelompok, gerombolan (penjahat, pengganas, dll): Panglima Hitam melihat ~ ikan berenang-renang di air jernih; datanglah kpd saya se~ muda-mudi; 2. sahabat, teman (dlm pergaulan sehari-hari), rakan: hendak tahu akan baik orang, tanyalah kpd ~nya yg karib; aku dgn beberapa orang ~ telah mengungsi ke Merbuk; 3. orang yg bersama-sama melakukan sesuatu (terlibat dlm kegiatan, pekerjaan, dll yg sama), teman: ~ sekerja; 4. bp ahli rumah tangga (suami atau isteri), teman hidup: bakal menantuku sudah ada, ~ hidupmu yg ibu idam-idamkan sudah tersedia; 5. pemakan, jodoh; ~ sirih apa yg dimakan dgn sirih; 6. Jh, bp kata ganti diri pertama, aku, saya: ~ harap bila ayah ~ pindah rumah nanti, awak boleh datang; ~ berbuat Id orang yg berserta melakukan kejahatan; ~ berlumba saingan (berlari); ~ sekelas budak (teman) yg sama kelasnya; umpama burung tumpang beramai dgn ~ banyak prb perihal orang dagang yg tidak sungguh dan tidak tetap hatinya di negeri orang; berkawan 1. = berkawan-kawan, berkawanan berkelompok-kelompok atau berkumpulan-kumpulan (bkn binatang atau manusia), beramai-ramai, bergerombolan: dia terpandang-pandang ikan kecil dan besar berkawan-kawan; orang telah ramai datang berpasang-pasang, berkawan-kawan; burung pipit yg berterbangan berkawanan dr dahan ke dahan; 2. bergaul dan berbaik-baik dlm hubungan sehari-hari, menjadikan (menganggap atau melayani sbg) kawan, bersahabat, berteman: tidak pernah ia menolak orang-orang yg mahu ~ dengannya; tak usah ~dgn dia; 3. mempunyai pasangan hidup (suami atau isteri), sudah berkawan (bersuami atau beristeri); mengawan melakukan perhubungan jenis (bkn haiwan), bersetubuh (bkn haiwan): katak biasanya kembali ke air utk ~ dan bertelur; mengawani menemani: seorang dua adiknya boleh dibawanya tinggal bersama-sama utk ~nya apabila Kamal terpaksa meninggalkan rumah; memperkawan 1. menganggap (mengambil) sbg kawan, membuat kawan dgn; 2. minta pertolongan kpd; memperkawankan 1. mengusahakan supaya berkawan atau bersahabat (bkn orang yg belum kenal-mengenal, orang yg bermusuhan, dll); 2. Mn mengahwinkan (anak perempuan); kawanan sekumpulan binatang, segerombolan penjahat, pengganas, dsb: spt seekor lembu di tengah-tengah ~ kambing; pengawanan perbuatan atau proses mengawan: proses ~ itu berlaku utk menghasilkan baka lembu yg berkualiti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |