Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jahatnya

Peribahasa

Hilang ikan dalam kerabu.

Bermaksud :

Kejahatan akan hilang jahatnya apabila tiap-tiap orang ikut mengerjakannya. kerabu = sejenis makanan.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
nyata1 jelas atau terang (pd penglihatan, pendengaran): Sebutannya kurang ~. 2 tampak dgn terang; ketara: Niat jahatnya sudah ~ sekarang. 3 benar-benar ada; maujud; lw abstrak: alam yg ~. menyatakan 1 menjadikan nyata; menerangkan; menjelaskan: Dia telah ~ pendapatnya ttg perkara itu. 2 menunjukkan sesuatu sbg bukti; menandakan; membuktikan: Bolehkah saudara mengadakan bukti utk ~ tuduhan saudara? 3memberitahukan; memaklumkan; mengatakan: Beliau telah ~ bahawa undang-undang itu hanya utk sementara waktu saja. ternyata 1 sudah terang; sudah jelas; ketahuan: Kebolehannya ~. 2 sudah disebut, ditulis, disiarkan dsb. kenyataan 1 yg dinyatakan sbg peringatan atau sbg pengumuman; notis. 2 keadaan atau hal nyata; keterangan; kejelasan: ~nya telah menghilangkan segala syak wasangka. 3 sesuatu yg nyata; sesuatu (peristiwa dsb) yg benar-benar berlaku. pernyataan sesuatu yg dinyatakan. penyataan perbuatan atau hal menyatakan; pemberitahuan; pemakluman. penyata yg dinyatakan secara rasmi; makluman rasmi: ~ tahunan.Kamus Pelajar
kerak Ilapisan atau selaput yg keras dan kering (yg melekat pd sesuatu benda); ~ bumi (tanah) lapisan bumi yg terjadi drpd kepundan (lava) yg telah kering; ~ nasi lapisan nasi yg keras (kadangkala hangus) yg melekat pd dasar atau bahagian bawah periuk; ~ roti lapisan roti yg keras (di sekeliling baha­giannya yg lembut); air yg keruh-keruh ~ (alamat buaya di hulunya) prb perkataan seseorang itu memba­yangkan niat jahatnya; jangan diajar orang tua makan ~ prb tak usah diajar orang yg sudah tahu; membesarkan ~ nasi prb me­nambahkan perbelanjaan yg membazir; su-dah biasa makan ~ prb sudah biasa menga­lami kesukaran hidup; sudah kenyang makan ~ prb sudah banyak pengalaman; berkerak 1. ada keraknya; 2. ki sangat kotor, diselaputi kotoran: ~ bajunya kulihat; terkerak jejak (sampai) ke dasarnya, habis­-habisan.Kamus Dewan Edisi Keempat
tanduk I1. dua benda keras yg tumbuh di kepala binatang (spt kerbau, lembu, dll), sj cula: ~ lembu; ~ rusa; 2. drpd bahan tanduk (alat perkakas dll): sikat ~; 3. sesuatu yg ber­bentuk (berupa) tanduk: pisang ~; ~ badur = ~ koyok tanduk yg melengkung ke bawah; ~ cakah = ~ empang tanduk yg lurus mendatar; ~ capah tanduk lurus yg tumbuh mengangkang; ~ julang = ~ tegak tanduk yg lurus tegak tumbuhnya; ~ kangkum tanduk yg melengkung; ~ ragum tanduk yg pendek dan hujungnya hampir bertemu; ~ tendang tan­duk yg satu tumbuh ke atas dan satu lagi me­leng­kung ke bawah; ~ di kepala tak dapat digelengkan prb sese­orang itu tidak dapat melepaskan diri drpd kewajiban sendiri; bagai ~ bersendi gading prb jodoh yg tidak sepadan; bagai ~ diberkas prb amat sukar menyatukan (orang yg ber­lainan fikiran dll); bagai kerbau runcing ~ = runcing ~ prb orang yg terkenal jahatnya se­­hingga jikalau orang lain yg membuat ke­jahat­an orang menyangka dia juga; meng­hendaki (menghendakkan) ~ kuda = minta ~ kpd kuda prb menghendaki sesuatu yg tidak akan dapat; sedepa ~ yg datang, sejengkal ~ yg menanti, payah juga yg datang prb Mn peri­hal kesukaran berdagang ke negeri orang (tidak seberani anak negeri sendiri); tak (da­pat) ~ telinga dipulas prb sanggup mela­ku­­kan apa sahaja asal dapat membalas den­dam; bertanduk mempunyai tanduk, ada tan­duknya; (menantikan) kucing ~ prb mengharapkan sesuatu yg tidak mungkin;menanduk 1. menyondol dgn tanduk (ker­bau, lembu, dll); 2. menyondol sesuatu dgn kepalanya, memukul dgn kepala: pemain itu sedang ~ bola.Kamus Dewan Edisi Keempat
lembu Isj binatang ternakan utk mendapatkan susu dan dagingnya, Bos longifrons, Bos brachyceros, dll; ~ daging lembu yg dipelihara utk (mendapat­kan) dagingnya; ~ dogol a) lembu yg tidak bertanduk; b) ki orang yg suka mengugut tetapi tidak melakukan apa-apa; ~ kasi a) lembu yg dikasi; b) orang yg berani dgn musuh kalau berjauhan; ~ kenyang Kl orang yg degil atau malas, orang yg berbuat tidak peduli; ~ kontan (Eko) perniagaan yg mendapat keuntungan besar secara berterusan atau selalu mengalami lebihan tunai; ~ pawah lembu yg hasil pemeliharaannya dibahagi dua antara tuan punya dgn orang yg mengusahakannya; ~ tenusu = ~ perahan lembu yg diternak terutamanya utk mendapatkan susunya; ~ dogol jangan dibalun prb orang yg tidak melawan jangan diusik-usik, jika melawan dia bersungguh-sungguh; ~ punya susu, sapi dapat nama prb orang lain yg membuat kebajikan orang lain yg mendapat kepujian; ~ tanduk panjang, tidak menanduk pun dikata orang menanduk juga prb orang yg sudah terkenal jahatnya; laksana ~ dogol, tak boleh ditanduk hanya disondol prb a) orang yg hanya suka menggertak tetapi tidak berbahaya; b) me­lawan dgn seberapa kuasanya dlm perkelahian; laksana ~ kasi prb badan sahaja yg besar tetapi hati penakut; menghela ~ dgn talinya, meng­hela manusia dgn akalnya prb manusia harus diperlakukan dgn lemah lembut; memperlembu ki memperlakukan spt lembu (terhadap seseorang), memandang spt lembu: kerana takut akan ugutan inilah orang-orang desa yg bodoh itu makin diperlembu oleh Tuan Kasim.Kamus Dewan Edisi Keempat
kerbau Isj binatang peliharaan (seakan-akan lembu rupanya tetapi lebih besar dan kulitnya biasanya berwarna kelabu atau kehitam­-hitaman), Bos bubalus; ~ balar kerbau yg berkulit dan berbulu putih; ~ bara api kerbau yg kulitnya kemerah-­merahan; ~ benuang jenis kerbau yg besar dan berkulit hitam; ~ beras = ~ melukut jenis kerbau yg kecil; ~ bintang kerbau yg ber­bintik-bintik pd kulitnya; ~ buluh seruas kerbau yg kuku kakinya bercantum (tidak berbelah); ~ bungkal gantih kerbau yg hujung tanduknya berbungkal (tidak tajam); ~ canggai puteri kerbau yg kuku kakinya kecil dan panjang; ~ denak kerbau pemikat (utk menarik kerbau lain supaya masuk kandang); ~ jalang kerbau hutan (bukan kerbau peli­haraan); ~ kumbang berteduh = ~ sumbat labu kerbau yg ada gumpal daging pd pangkal ekornya; ~ pangkah kening kerbau yg ada tanda putih pd dahinya; ~ pendek bp babi; ~ punca ekornya kerbau yg ada tanda (jalur) putih pd ekornya; ~ sampaian kain kerbau yg tanduknya mendatar (tidak tumbuh ke atas); ~ sinar matahari kerbau yg tanduknya menonjol ke hadapan; ~ sopak kerbau yg mempunyai tanda-tanda putih pd bahagian mulutnya; ~ tepuk lalat kerbau yg hujung ekornya berbungkal; ~ turun berendam lebih kurang pukul 5 petang; ~ berkandang, emas berpura prb sesuatu benda itu hendaklah disimpan pd tempatnya masing-masing supaya selamat; ~ diberi berpelana, kuda diberi berpasangan prb pe­kerjaan yg dibuat tidak dgn selayaknya atau orang yg diletakkan bukan pd tempatnya; ~ jangan dimaling orang, ayam jangan dimusang prb isteri dijaga baik oleh keluarga suaminya supaya tidak dinodai orang; ~ menanduk, ~ pergi prb orang yg bersalah mesti menerima hukumannya; ~ punya susu, sapi dapat nama prb orang lain yg berbuat kebaikan atau bersusah payah, orang lain pula yg mendapat kepujian; ~ sekawan boleh dikandang, manusia seorang tiada terkawal prb perihal sukarnya menjaga seorang gadis supaya tidak tercemar nama baik; bagai ~ runcing tanduk prb orang yg terkenal kerana jahatnya; bagai ~ terkejut oleh gong prb ter­cengang-cengang kehairanan; bagai jelongak ~ rampung prb orang bodoh yg sombong dan tidak sedarkan dirinya diperbodohkan orang; bagai melulutkan jebat pd ~ prb pemberian yg tidak kena pd tempatnya (tidak berfaedah kpd penerimanya); bermain-main dgn ~, dilontarnya muka dgn ekor prb berkawan dgn orang bodoh (hina) tentu mendatangkan kerugian; jangan buat ~ tanduk panjang prb jangan mencampuri perkara orang lain; jika ~ dipegang orang talinya, jika manusia dipegang mulutnya prb janji mestilah di­tepati; laksana ~, di mana rumput hijau di sana terkam prb orang yg melupakan (tidak menghiraukan) bahaya apabila menemui sesuatu yg digemarinya; mencongak (mendongak) rupa ~ jantan kemudian prb lelaki yg berjalan di belakang isterinya; menghambat ~ melabuh (berlabuh) prb meng­halang (mengganggu) perbuatan orang yg akan mendatangkan kesenangan baginya; menolong ~ ditangkap harimau prb meno­long orang yg membuat kesalahan, akhirnya diri sendiri mendapat kesusahan; seekor ~ berkubang, sekandang kena loloknya = seekor ~ membawa lumpur, semuanya terpalit prb seorang yg melakukan kesalahan semuanya terlibat sama; spt ~ dicucuk hidung prb orang bodoh yg menurut sahaja kemahu­an orang lain; spt ~ menanduk anak, dgn kaparan tanduk, bukan dgn hujungnya prb menghukum anak ialah utk memperbaiki kelakuannya, bukan utk menyeksa; spt ~ tersepit leher, dihela tanduk sudah panjang, dilakukan badan sudah besar prb orang yg mendapati sukar hendak melepaskan dirinya setelah terdorong melakukan sesuatu peker­jaan; terambu ~ kerana rumput muda prb orang yg mudah tergoda oleh kecantikan perempuan muda; tiada akan rintang ~ oleh tanduknya prb orang yg cekap itu tiada terganggu oleh rintangan dlm mengerjakan sesuatu; berkerbau; ~ seperempat ekor, berkandang sbg orang prb orang miskin yg berlagak spt orang kaya.Kamus Dewan Edisi Keempat
hilang1. tidak kelihatan lagi, lenyap, tiada lagi: kebakaran itu telah menyebabkan dua belas keluarga ~ rumah mereka; takkan Melayu ~ di dunia; 2. tidak ada lagi sesuatu perasaan (spt marah, benci, suka, dsb), kepercayaan, pertimbangan, dsb: perasaan marahnya masih belum ~ lagi; orang ramai telah ~ kepercayaan terhadapnya; dia telah ~ perhitungan dan terus menikam lawannya; 3. tidak dikenang lagi, telah dilupakan, lenyap: jasanya yg bertahun-tahun ~ begitu sahaja akibat perbuatannya yg tidak amanah itu; 4. (bkn suara) tidak dapat dikeluarkan: suara­nya ~ kerana terlalu banyak bercakap; 5. (bkn bunyi, suara, dsb) tidak ada atau tidak kedengaran lagi: bunyi siren itu semakin lama semakin ~ drpd pendengaran kami; 6. mati, mangkat, meninggal: adapun ia hidup kemu­dian drpd makzulnya sembilan tahun, sete­lah itu ia pun ~; ~ akal a) tidak boleh berfikir lagi, tidak tahu apa yg harus dibuat; b) agak gila (kerana hairan, kalah bertengkar, dll); ~ dara sudah tidak dara lagi (bkn gadis yg telah dinodai); ~ harapan tidak mempunyai harapan lagi; ~ hayat, padam jiwa mati; ~ ingatan = ~ fikiran = ~ arwah = ~ semangat a) pengsan; b) tidak berakal lagi; ~ malu tidak ada perasaan segan (melakukan pekerjaan yg hina lagi keji); ~ nyawa mati; ~-~ timbul a) tidak kelihatan (kedengaran) nyata; b) sebentar ada sebentar tiada; ~ adat tegal muafakat prb adat boleh diubah dgn persetujuan orang ramai; ~ bini boleh dicari ~ budi badan celaka prb fikiran yg jahat akan membahayakan diri sendiri; ~ di­cari, terapung direnangi, terbenam diselami prb a) memeriksa sesuatu dgn cermat; b) menolong orang yg sedang kesusahan; ~ di mata, di hati jangan prb walaupun berjauhan tempat tinggal, tetapi selalu diingat dlm hati; ~ ikan dlm kerabu prb kejahatan akan hilang jahatnya apabila tiap-tiap orang ikut menger­jakannya; ~ jasa beliung, timbul jasa rimbas prb lain orang yg berbakti, lain pula orang yg dipuji; ~ kabus, teduh hujan prb mendapat kesenangan setelah menderita kesusahan; ~ kepala kura-kura ditelan oleh dadanya prb orang yg hina tetapi berilmu tetap akan dihormati ramai; ~ kilat dlm kilau prb ke­pandaian (kebesaran) seseorang tidak ke­lihatan apabila ia bergaul dgn para cerdik pandai (orang-orang besar); ~ pelanduk ber­ganti kijang emas prb perempuan yg ber­cerai dgn suaminya yg hina kemudian ber­kahwin dgn lelaki yg mulia; ~ rona kena penyakit, ~ bangsa tidak berwang prb orang yg tidak berharta kurang dihargai ramai; ~ sepuh nampak senam prb kejahatan sese­orang diketahui apabila terbuka rahsianya; ~ tak tentu rimbanya prb hilang tak berbekas; ~ tapak tukul, timbul tapak canai prb per­buatan baik atau jahat akan hilang di­lindungi oleh perbuatan orang yg kemudian; ~ tentu rimbanya, mati tentu kuburnya prb sesuatu perkara yg tentu kesudahannya; ~ tukul ~lah pahat prb tidak dapat berbuat sesuatu kalau tidak berteman; patah tumbuh, ~ berganti prb terus-menerus ada gantinya; pertama ~, kedua terbilang prb berani me­lakukan pekerjaan berbahaya utk kepentingan umum; tonggang ~ berani mati prb sikap gagah berani (tidak gentar) utk menjalankan kewajiban; menghilang menyebabkan tidak nampak lagi, melenyapkan diri: orang yg menikam­nya cabut lari dgn cepatnya lalu ~; menghilangkan menyebabkan jadi hilang, melenyapkan, menghapuskan, meniadakan: di kedai itu dia berhenti utk melepaskan lelahnya dan ~ dahaganya; ia pun ~ dirinya di dlm gelap dan menyusup balik ke biliknya; kehilangan 1. perihal hilangnya sesuatu, ke­matian: ~ seorang isteri atau seorang suami yg demikian tentulah membawa kpd kesedihan; 2. menderita kerana hilang se­suatu: jika orang itu gempar ~ kerbaunya katakan aku tahu bertenung menentukan di mana-mana tempat kerbau itu; ~ muka mendapat malu; ~ nama mendapat nama yg buruk; penghilangan perihal menghilangkan, pe­ng­­ha­pusan; penghilang yg atau utk menghilangkan: se­teguk air ~ dahaga.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas