| positron | (Fiz) sj zarah bercas positif yg jisimnya sama dgn elektron (tetapi berlawanan cas). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| atribut | 1. sifat (ciri) khusus pd seseorang atau sesuatu benda: kenyataan itu harus terdiri drpd jisim dan ~nya; 2. sesuatu yg menjadi lambang atau simbol: sifat yg kita anggap sbg ~ yg memberi sifat kpd golongan orang bujang; 3. kumpulan atau kelas manusia (tumbuhan dll) drpd berbagai-bagai tingkat kualitatif; 4. (Komp) nilai atau ciri tertentu data, struktur data, unsur model data, atau sistem; 5. (Komp) kata yg menerangkan cara sesuatu pemboleh ubah dikendalikan oleh komputer. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| momentum | (moméntum) 1. daya yg mendorong pergerakan sesuatu: maka hasilnya tidak seberapa, lalu timbullah kekecewaan dan hilanglah ~nya; namun Jepun moden itu sendiri ternyata sedang menghadapi semangat yg kian kendur di kalangan generasi mudanya utk meneruskan ~ pemo-denannya; 2. hasil darab jisim dgn halaju sesuatu jasad. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tubuh | 1. = ~ badan keseluruhan jasad manusia atau binatang yg kelihatan (terdiri drpd kepala, badan dan anggota): makanan yg banyak mengandungi zat perlu utk membina dan menjaga kesihatan ~; direbahkan ~nya; bekas ~ pakaian yg sudah dipakai; 2. badan sahaja (tidak termasuk kepala dan anggota): peluru itu kena ~nya terus ke jantung; berpeluk (memeluk) ~; batang ~ a) = tubuh badan keseluruhan jasad; b) badan sahaja (tidak termasuk kepala dan anggota); c) diri (sendiri); 3. = batang ~ diri (sendiri), peribadi; tuan ~ tuan sendiri (bukan wakil dll); 4. bahagian sesuatu yg terpenting, awak: ~ perahu; ~ kapal terbang; 5. ark = pertubuhan; 6. jisim, jasad benda; ~ halus roh, jiwa (lwn jasad); ~ kasar jasad; tolak tangan berayun kaki peluk ~ mengajar diri prb membuang kehidupan yg senang-lenang; setubuh 1. satu badan, sebadan; 2. ark se-cocok, sejodoh benar, seia sekata; 3. = persetubuhan seketiduran, jimak, sanggama; bersetubuh melakukan perhubungan jenis, berjimak, bersanggama, berseketiduran; menyetubuhi melakukan perhubungan jenis (hubungan seks) dgn, menjimak, meniduri; bertubuh bp berbadan sihat, gemuk, tambun: anak dia itu ~ benar; menubuhkan 1. mendirikan (persatuan dll), membentuk (jawatankuasa, badan, dll): beliau berazam hendak ~ sebuah Bank Rakyat pd tahun hadapan; 2. mewujudkan, mengadakan, menjelmakan, menyatukan (dgn): bagi keperluan mereka yg tidak mampu membeli buku saya mengesyorkan kerajaan ~ perpustakaan di kampung-kampung dan di pekan-pekan kecil; tertubuh sudah ditubuhkan (diwujudkan dll), terwujud, terbentuk: dgn ~nya Universiti Kebangsaan maka kesempatan utk mengecap pelajaran tinggi terbuka lebih luas kpd rakyat bumiputera; pertubuhan badan yg ditubuhkan utk mengerjakan (menjalankan) sesuatu, lembaga, organisasi, persatuan: P~ Bangsa-Bangsa Bersatu badan antarabangsa yg bertujuan menegakkan keamanan dan keselamatan dunia; ~ bukan kerajaan badan atau pertubuhan sukarela yg bergiat dlm bidang sosial, ekonomi, kebudayaan dsb dgn matlamat dan fungsinya yg tertentu; ~ sukarela pertubuhan yg diwujudkan dgn kehendak atau kerelaan anggota-anggotanya utk berkhidmat kpd masyarakat (bukan kerana mata pencarian atau utk memperoleh keuntungan dsb); penubuhan perihal menubuhkan (syarikat, persatuan, dll): ~ syarikat ini memberi peluang kpd orang Melayu utk memiliki rumah sendiri melalui syarikat ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| nilai | 1. taksiran harga: berapa ~ gelang ini? 2. harga sesuatu dibandingkan dgn harga yg lain: berapa ~ paun Sterling pd masa ini? 3. kadar, nisbah: buah limau mempunyai ~ vitamin C yg tinggi; 4. darjat, kualiti, mutu, taraf: Tuhfatul-Nafis ialah sebuah buku Melayu yg tinggi ~nya; 5. sifat ketinggian (pemikiran, agama, kemasyarakatan, dll): kemajuan yg kita kejar dan perjuangkan bukanlah kemajuan dlm kebendaan tetapi kemajuan dlm ~ pergaulan dan kemasyarakatan; 6. Id markah; ~ kalori (Kim) kuantiti haba yg dibebaskan apabila seunit jisim bahan api dibakar; ~ pasaran (Eko) nilai semasa sesuatu sekuriti atau aset yg ditentukan oleh penawaran dan permintaan; ~ pH (Kim) nilai yg mewakili keasidan atau kealkalian sesuatu larutan akueus; ~ tara (Eko) harga tawaran asal bagi sesuatu sekuriti atau saham. bernilai mempunyai nilai; menilai 1. menentukan nilai, mentaksirkan, menghargai: kesucian saya tidak boleh dinilai dgn wang ringgit; Haji Kasim ~ baik-baik stok perniagaannya; 2. Id memberi markah; ternilai dapat dinilai; tidak ~ sangat tinggi nilainya hingga tidak mungkin dapat dikira: utk mendapatkan keampunan-Nya, keredaan-Nya, dan rahmat-Nya yg tidak ~; nilaian harga, taksiran: jika tuan tanah tidak bersetuju dgn ~ yg dibuat oleh Pemungut Hasil Tanah itu, bolehlah ia meminta supaya Pemungut Hasil Tanah tadi membentangkan hal itu ke Mahkamah Tinggi; penilaian perihal atau perbuatan menilai, pentaksiran: menurut ~ saya, cerpennya yg terbaharu lebih berjaya; penilai orang yg menilai, pentaksir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| hukum | 1. peraturan yg dibuat oleh sesuatu kekuasaan (negara dll), adat yg dianggap mesti dipatuhi, undang-undang: ~ mengerjakan sembahyang; ia telah banyak mendalami soal ~ dan undang-undang; ahli ~ Id orang yg tahu (pakar) dlm ilmu hukum; badan ~ Id perkumpulan (persatuan dll) yg diperlakukan oleh undang-undang sbg orang; ilmu ~ pengetahuan atau falsafah mengenai undang-undang; lawan ~ Id melawan hak; tata~ Id aturan (peraturan, sistem, susunan) mengikut hukum; 2. ketentuan (kaedah, kepastian, ketetapan) mengenai sesuatu peristiwa atau kejadian (alam dll): ~ alam; ~ bahasa; ~ Ampere menyatakan bahawa dua arus selari yg mempunyai haluan yg sama menarik satu sama lain; 3. = hukuman keputusan (pertimbangan) yg dibuat oleh hakim (dlm mahkamah dll); memutuskan (menjatuhkan) ~ membuat keputusan; kena ~ dijatuhi hukuman; 4. sl perintah, kekuasaan: raja-raja dlm dunia ini dr masyrik datang ke maghrib semuanya dlm ~ Maharaja Rawana; ~ acara (tuntutan) Id peraturan-peraturan mengenai penuntutan serta pemeriksaan dan pemutusan perkara; ~ adat peraturan-peraturan yg berdasarkan adat (kebiasaan), lwn hukum syarak; ~ alam aturan yg tentu bkn kejadian alam; ~ Allah takdir Allah (ketentuan Allah); ~ asasi perlembagaan negara; ~ Boyle (Fiz) hukum yg menyatakan bahawa pd suhu yg malar, isi padu sesuatu gas berkadaran songsang dgn tekanan; ~ Coulomb (Fiz) hukum yg memberikan nilai magnitud daya elektrik di antara dua zarah bercas; ~ dagang Id sistem yg mengatur hal-hal perniagaan (jual beli dll); ~ dunia hukum alam; ~ Faraid peraturan pembahagian harta pusaka dlm agama Islam; ~ fiqah hukum dlm agama Islam tentang perkara-perkara spt ibadat, muamalat, munakahat, dan jinayat; ~ gantung hukum mati dgn gantung; ~ gereja Id peraturan-peraturan bkn kehidupan yg berdasarkan ajaran Kristian; ~-hakam pelbagai jenis hukum agama Islam; ~ Islam = ~ syarak (syariah) peraturan (ketentuan) mengenai kehidupan menurut Islam; ~ keabadian jisim (Kim) hukum yg menyatakan bahawa dlm tindak balas kimia, jumlah jisim bahan selepas tindak balas kimia adalah sama dgn jumlah jisim bahan sebelum tindak balas; ~ keabadian tenaga (Kim) hukum yg menyatakan bahawa tenaga tidak dapat dicipta atau dimusnahkan tetapi dapat diubah kpd bentuk tenaga yg lain; ~ kuasa dua songsang (Fiz) hukum yg menyatakan bahawa keamatan sesuatu kesan (cahaya, daya graviti, bunyi, dll) pd sesuatu titik, berkadaran songsang dgn jarak kuasa dua dr sumber kesan ke titik tersebut; ~ perdata = ~ sipil = ~ warganegara Id peraturan-peraturan dan ketentuan-ketentuan bkn hak dan kewajiban dll warganegara; ~ perkadaran tentu = ~ komposisi tetap (Kim) hukum yg menyatakan bahawa sesuatu sebatian kimia sentiasa mengandungi unsur-unsur yg sama mengikut perkadaran jisim yg sama tanpa mengira cara sebatian itu disediakan; ~ pidana Id peraturan dan ketentuan mengenai hukuman; ~ resam hukum adat; ~ sains peraturan-peraturan (ketentuan, kaedah) dlm sains; ~ sejarah ketentuan sejarah; ~ tatanegara Id peraturan dan ketentuan bkn susunan kerja dll kenegaraan; berhukum 1. menggunakan hukum, ada hukumnya; 2. = ~ (kpd) berhakim (kpd); menghukum 1. memberi keputusan (ketetapan dll) berdasarkan undang-undang (oleh hakim), memberi seksaan (kurungan dlm penjara dll) kerana berbuat kejahatan dll: kalau tidak dihukum atau didenda orang yg membuat kesalahan makin lebih berani lagi ia berbuat demikian; pembunuh itu telah dihukum gantung; 2. mengkritik, mencela keras, sama sekali tidak bersetuju: hampir semua negara dunia ~ dasar perbezaan warna kulit Afrika Selatan; menghukumkan 1. menghukum: sekalian itu perkakas Hollanda menyeksakan dan ~ orang adanya; 2. menjadikan undang-undang (hukum), membuat hukumnya (undang-undangnya); 3. menetapkan hukum menurut agama Islam (spt halal, haram, mubah, najis, sunat, dsb); 4. sl memerintah (negeri, rakyat, dll): menteri itulah yg ~ empat puluh menteri lain; terhukum kena hukum, dihukum: saya berasa spt ~ kerana terpaksa berjauhan dgn orang yg saya kasihi; hukuman 1. penderitaan dsb yg dikenakan atas orang yg melakukan kesalahan (melanggar undang-undang); 2. keputusan yg dibuat oleh hakim (Tuhan, kerajaan, dll): mahkamah menjatuhkan ~ penjara seumur hidup terhadap kedua-dua orang pengkhianat itu; kesalahan awam tidak akan membawa kpd ~ kesalahan jenayah; orang ~ orang yg dihukum penjara dsb; ~ bunuh = ~ mati hukuman yg dijalankan dgn membunuh (menembak, menggantung) orang yg bersalah; ~ gantung hukuman mati dgn digantung; ~ kawalan Id hukuman yg menyekat kebebasan bergerak (orang yg dihukum tidak dibenarkan bergerak bebas dan harus selalu melaporkan diri kpd polis); ~ kerakal Id ark hukuman kerja paksa (membuat jalan, memecah batu, dsb); ~ kurungan (tutupan) Id hukuman yg dijalankan dgn mengurung orang yg bersalah dlm penjara (bukan kerana kejahatan); ~ penjara hukuman kurung dlm penjara; ~ rotan hukuman yg dijalankan dgn menyebat orang yg bersalah dgn rotan; kehukuman hal ehwal yg menurut hukum; penghukum 1. orang, badan dsb yg menjatuhkan (membuat atau menjalankan) hukuman: rakyat mengakui kuasa raja sbg pengadil dan ~ bagi yg melanggar undang-undang negeri; 2. orang yg menentukan hukum (hal yg berkaitan dgn dosa, pahala dsb): beliau menegaskan bahawa kita pendakwah, bukan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| muat | 1. ada ruang utk diisi (diduduki, ditempati, dll), dapat berisi: Ramlan tidak mahu mem-bawa dia dan isterinya bersama dgn alasan keretanya tidak ~; 2. ada (terkandung) di dalamnya, berisi; ~ naik (Komp) tindakan memindahkan fail dr stesen komputer pengguna ke stesen komputer utama melalui talian rangkaian; ~ turun (Komp) tindakan memindahkan fail dr stesen komputer utama ke stesen komputer pengguna melalui talian rangkaian; bermuat 1. berisi atau diisi dgn: tiap-tiap perahu itu ~ dgn tiga puluh orang; adapun kapal-kapal sekalian itu ~ askar dan Supai orang Benggali; 2. sl mengisi atau memunggah barang (ke kapal, perahu, dll); bermuatan mempunyai atau berisi muatan: sebuah lori yg ~ beberapa batang kayu balak; memuat 1. mengangkut (kapal, perahu, kereta, dll), berisi dgn: besoknya Cina itu pasti datang, tiga empat buah lori ~ barang-barang; 2. mengandungi (mempunyai sbg isi): Sejarah Melayu misalnya ~ kisah-kisah keturunan raja-raja Melayu Melaka; memuati menaruh barang-barang (ke dlm perahu dll), mengisi: pelangnya itu dimuati-nya dgn pisang dan ubi keladi; memuatkan 1. memasukkan barang-barang ke dlm (kapal, lori, dll), mengisikan: kami pun ~ barang-barang itu di tempat duduk belakang kereta; orang biasa enggan mem-buat kerja ~ barang-barang ke dlm kapal atau memunggah barang-barang dr kapal; 2. memasukkan ke dlm kandungan (majalah dsb), menempatkan (di akhbar dll), menyiarkan (di majalah dll): apalah gunanya ~ per-kara yg kecil-kecil ini di akhbar; karanganku mengenai perjuangan rakyat tanah jajahan dimuatkan dlm salah satu surat khabar; termuat dimasukkan atau disiarkan (dlm akhbar dll): cerita jenaka yg ~ dlm buku ini adalah sebahagian sahaja drpd cerita jena-ka rakyat; muatan barang-barang yg dibawa (oleh lori dll), isi (kapal dll): sampai dekat kuala maka dipunggahlah segala ~ perahu itu; ~ haba (Kim) kuantiti haba yg diperlukan utk meningkatkan suhu sesuatu bahan sebanyak satu kelvin, lazimnya pd tekanan dan isi padu yg sama; ~ haba tentu (Kim) muatan haba per unit jisim, atau kuantiti haba yg diperlukan utk meningkatkan suhu satu kg bahan sebanyak satu kelvin; orang ~ orang yg menumpang (naik) kapal dll; resit ~ = surat ~ Id surat keterangan bkn barang-barang yg dikirim dgn kapal dll; pemuatan perihal (proses) memuatkan sesuatu, pengisian; pemuat (Kej) kapasitor: satu lagi teknik pengesanan ialah penggunaan sj ~ yg tidak mempunyai arus bocor. | Kamus Dewan Edisi Keempat |