Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pengkajian dan pengetahuan mengenai penerbangan, aeronautik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kaji
Kata Terbitan : mengkaji, kajian, pengajian, pengkajian, pengkaji,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kaji terbangpengkajian dan pengetahuan mengenai penerbangan, aeronautik.Kamus Dewan Edisi Keempat
terjunanhasil perbuatan terjun dr kapal terbang (oleh askar) atau dr tempat yg tinggi (oleh ahli renang dsb): kebanyakan penerjun asing menggunakan alat video bagi meng­kaji setiap ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
terjun1. melompat dr atas ke bawah: pencuri-pencuri itu pun ~ ke dlm sungai, lalu berenang ke seberang; air ~ air yg mengalir dan jatuh dr tempat yg tinggi; 2. lebih rendah (jika dibandingkan dgn yg lain); 3. mencebur-kan diri (dlm sesuatu lapangan), menyertai, turut serta: beliau sudah lama ~ ke dlm gelanggang politik; berterjunan bersama-sama (beramai-ramai) terjun, banyak yg terjun: setelah ia mengamuk itu ~lah orang dr balairung; menerjun ark terjun; menerjuni 1. terjun ke (di), terjun utk (mengambil, menolong, dll): lurah yg dalam telah kita terjuni dan bukit yg tinggi telah sama kita daki; 2. ki memeriksai atau menyelidiki dgn mendalam, menyelami: beliau cuba ~ ilmu psikologi kanak-kanak yg kurang diketahui oleh ibu bapa dan guru-guru; 3. ki mematuhi perintah dll, mengikut; 4. ki mengeluarkan wang utk menutup kerugian; menerjunkan 1. membiarkan terjun, menyuruh terjun: dia ~ anjingnya ke dlm sungai; 2. menggugurkan (dr kapal terbang dll); 3. merendahkan, menghinakan; ~ diri menceburkan diri, menyertai (sesuatu perkara), turut serta (dlm sesuatu perkara); terjunan hasil perbuatan terjun dr kapal terbang (oleh askar) atau dr tempat yg tinggi (oleh ahli renang dsb): kebanyakan penerjun asing menggunakan alat video bagi meng­kaji setiap ~; keterjunan perihal ditimpa sesuatu; ~ sawan kena penyakit sawan; penerjunan perihal (perbuatan dsb) mener-juni atau menerjunkan; penerjun 1. orang yg terjun dr kapal terbang (dgn menggunakan payung terjun): ~ memakai dua payung terjun; 2. ahli renang yg mengambil bahagian dlm acara terjun dr tempat yg tinggi ke dlm kolam air.Kamus Dewan Edisi Keempat
tinjau I~ karang sj anjung di perahu (utk melihat-lihat batu karang di laut); bertinjau-tinjauan tinjau-meninjau; meninjau 1. memerhatikan (melihat-lihat) sesuatu dr tempat yg tinggi atau dr jauh: dr tingkat atas bangunan itu ia ~ suasana bandar Kuala Lumpur yg sedang dirayapi malam; dia berdiri di pintu meninjau-ninjau ke keliling halaman dan di kejauhan; 2. datang (berkunjung) utk melihat-lihat (mengamat-amati dll), mengunjungi (utk mengetahui sesuatu), melawat: ahli-ahli Parlimen diseru supaya selalu ~ kawasan mereka; ibunya selalu ~ ke rumahnya; 3. mengawasi, meng-intai, mengintip, menyiasat: pasukan peronda itu ditugaskan ~ gerak-geri penyeludup di sepanjang pantai negeri; 4. memeriksa, mempelajari, meneliti, meng­kaji: memang baik kalau kita ~ balik perkara-perkara yg akan memudahkan penyelesaian masalah itu; jika ditinjau dr sudut sastera dapat kita katakan karyanya bermutu; pegawai polis itu meninjau-ninjau buku hariannya; 5. menyelidiki atau menyiasat (pendapat, fikiran, dll), menduga (hati, perasaan): tujuannya hendak ~ pendapat alim ulama mengenai masalah loteri; duduk meraut ranjau, tegak ~ jarah prb tidak berhenti-henti bekerja dgn teliti; meninjau-ninjau datang atau berkunjung utk mengetahui, mencari, melihat, mengenal pasti dsb sesuatu yg belum pasti kedapatannya: kemudian mereka ~ kampung di sini kalau-kalau boleh ditubuhkan cawangan baru; puas lelaki itu ~ di luar jendela, namun tiada siapa pun yg kelihatan; tinjau-meninjau 1. saling meninjau (lihat-melihat dll); 2. mengamat-amati ke sana ke mari, mengawasi-awasi, berwaspada; tinjauan 1. perbuatan meninjau: sebelum membuat kesimpulan harus dijalankan suatu ~ utk mengetahui pendapat umum; 2. hasil drpd meninjau, pandangan; peninjauan 1. perihal meninjau; 2. tempat yg digunakan utk kerja meninjau; peninjau orang yg meninjau; pesawat ~ Id kapal terbang pengintip.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas