Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ikan (kata nama)

Puisi
 

Ikan kelah mudik ke hulu,
     Ikan keli naik ke darat;
Zaman setelah zaman dahulu,
     Orang berjanji jangan diharap.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Ke laut meracik ikan,
     tersenyum siput;
ke hutan memancing punai,
     tertawa badak.

Bermaksud :

Perbuatan yang dilakukan dengan tidak menurut aturan akan jadi tertawaan orang ramai. racik = jerat.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
menggaramimembubuh garam pd atau menggaul dgn garam; memberi bergaram: Setelah dipindahkan ke tongkang, ikan-ikan ini disiang dan digarami sebelum disimpan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menggaramimembubuh garam pd atau menggaul dgn garam; memberi bergaram: Setelah dipindahkan ke tongkang, ikan-ikan ini disiang dan digarami sebelum disimpan.Kamus Pelajar
tongsanC; ikan ~ ikan negeri China; pulang ~ balik ke negerinya (China).Kamus Dewan Edisi Keempat
ikansj binatang yg hidup dlm air dan bernafas melalui insang (bertulang belakang); ~ air tawar ikan yg hidup di dlm air tawar (spt sungai, paya, dll); ~ asap ikan yg diasinkan dan dipanggang; ~ asin = ~ masin ikan yg dibubuh garam dan dikeringkan; ~ bakar ikan panggang; ~ basah ikan yg tidak diawet; ~ belukang (bedukang) a) sj ikan laut; b) ki laki-laki yg suka memburu perempuan (tidak memilih bulu); ~ cabut Kl ikan yg dibahagi-bahagikan antara anak perahu (selain yg dijual); ~ darat ikan air tawar; ~ juara a) sj ikan darat; b) Kl, ki orang yg suka menyampuk percakapan orang lain (yg tidak kena-mengena dengannya); ~ kering ikan yg dikeringkan (dijemur) dan biasanya diasinkan; ~ laut ikan yg hidup di laut; ~ pekasam ikan yg dibubuhi garam dan asam dan disimpan agak lama; ~ pelaga = ~ sepilai = ~ tempilai sj ikan kecil utk diperlagakan; ~ salai ikan yg dikeringkan di atas api; ~ belum dapat, airnya sudah keruh prb pekerjaan yg tidak bijaksana (keadaan menjadi buruk sebelum pekerjaan itu selesai); ~ biar dapat, serampang jangan pukah prb pekerjaan yg dibuat itu hendaklah mendapat faedah supaya jerih payah jangan hilang percuma; ~ di laut, asam di darat, bertemu juga dlm belanga prb biarpun tinggal berjauhan negeri, kalau ada jodoh akan menjadi suami isteri juga; ~ gantung, kucing tunggu prb kesal melihat barang yg diingini tetapi tidak mungkin diperoleh; ~ lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan prb membuat persediaan utk mengecap hasil drpd sesuatu perkara yg belum tentu akan diperoleh; ~ seekor rosakkan ~ setajau = sekembu rosak oleh ~ seekor prb sebab yg sedikit habis rosak yg banyak; ~ terkilat, jala tiba prb cepat menangkap maksud cakap orang (sebelum habis diperkatakan sudah dapat dijawab); ada air adalah ~ prb ada negeri adalah rakyatnya; anak-anak ~ kecil menjadi makanan ~ besar prb orang kecil (rakyat biasa) selalu di bawah perintah orang besar-besar; bagai ~ kena tuba prb banyak orang yg sakit atau mati dlm sesebuah kampung (negeri); dituba sajakah ~ dijala, dijaring bukankah ~? prb pd orang yg tidak malu sama saja bernikah atau berjahat; jangan disangka ~ lais-lais tiada menyengat prb jangan dipermudah-mudahkan orang yg lemah, ada kalanya ia dapat menyusahkan orang yg kuat; spt ~ pulang ke lubuk prb orang yg telah balik ke tempat asalnya payahlah hendak berdagang semula; terkilat ~ di dlm air sudah tahu jantan betinanya prb orang yg bijaksana dapat mengetahui maksud (dalam dangkalnya ilmu) seseorang itu drpd gerak-geri; tersaukkan ~, suka, tersaukkan batang, masam prb bersuka ria ketika mendapat untung tetapi lekas marah ketika mendapat kerugian; ular bukan, ~ pun bukan prb seseorang yg payah hendak ditentukan sama ada ia baik atau jahat; walau ~ yg diam di dlm tujuh lautan sekalipun, termasuk ke dlm pukat juga prb sepandai-pandai atau sekuat-kuat manusia, ada kalanya silap juga; berikan 1. mempunyai ikan; 2. mencari atau menangkap ikan; pergi ~ pergi mencari ikan; perikanan urusan (penangkapan, pemeliharaan) ikan; pengikan Mn suka makan ikan.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengeringkanmenjadikan kering, meng­usahakan (dgn menjemur dll) supaya kering: mereka menggali parit kerana hendak ~ tanah-tanah paya; ikan-ikan itu dikeringkan atau dibubuhi garam sebelum dibawa ke bandar; ~ darah menyirapkan darah (sangat memeranjatkan, mengejutkan);Kamus Dewan Edisi Keempat
bolosdpt lalu kerana tidak ada sesuatu yg menahan; berlubang terus hingga ke sisi yg lain; lulus: Jala itu tersangkut dan koyak sehingga ikan-ikan besar pun ~ semuanya. membolos 1 sengaja tidak mahu masuk bekerja atau tidak datang ke sekolah; memonteng: Beberapa orang murid yg ~ telah diberi amaran oleh guru besar. 2 melarikan diri: Salah seorang tahanan itu telah ~ dr penjara. terbolos tidak sengaja termasuk ke dlm; terperosok; terperlus: Selalu saja mereka ~ ke dlm lubang di bawah lapisan salji itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bolosdpt lalu kerana tidak ada sesuatu yg menahan; berlubang terus hingga ke sisi yg lain; lulus: Jala itu tersangkut dan koyak sehingga ikan-ikan besar pun ~ semuanya. membolos 1. sengaja tidak mahu masuk bekerja atau tidak datang ke sekolah; memonteng: Beberapa orang murid yg ~ telah diberi amaran oleh guru besar. 2. melarikan diri: Salah seorang tahanan itu telah ~ dr penjara. terbolos tidak sengaja termasuk ke dlm; terperosok; terperlus: Selalu saja mereka ~ ke dlm lubang di bawah lapisan salji itu.Kamus Pelajar
sero I(séro) Id pancang-pancang spt pagar (drpd kayu, buluh, dll) yg dipasang di tepi laut utk menghalau ikan ke tempat yg dikehendaki, kelung, belat betawi.Kamus Dewan Edisi Keempat
rencah, = perencahbahan (spt ikan, udang, daging dsb) yg dicampurkan ke dlm sesuatu masakan sayur: Ikan busuk jangan dibuang buat ~ si daun kayu. merencah membubuh perencah ke dlm masakan sayur. merencahkan menjadikan (ikan, daging, udang dsb) sbg perencah: ~ ikan bilis ke dlm sayur cekur manis.Kamus Pelajar
kering I1. tidak berair atau sudah tidak berair lagi (bkn saluran air, parit, dll): saluran air yg membekalkan air ke sawah semuanya hampir ~ disebabkan kemarau panjang; 2. tidak basah (lagi) atau lembap (lagi): digosoknya dgn sehelai kain yg ~ hingga berkilat; sudah pun ~ kain yg dijemur itu; ikan ~ ikan yg telah dijemur hingga kering (setelah dibubuh garam dll); kuih ~ sj kuih yg dibuat drpd tepung pulut dan telur (digoreng dan disira dgn air gula); 3. tidak mendapat hujan yg agak mencukupi (bkn daerah, kawa­san, dsb), tidak turun hujan utk jangka waktu yg berpanjangan (bkn musim), kemarau: kawasan ~; musim ~; 4. sudah tidak datang haid lagi; 5. tidak berwang (lagi), habis (wang dll): saya tidak dapat meminjamkan wang kerana saya sendiri pun ~ sekarang ini; 6. habis, putus: sejarah tidak ~ dgn peristiwa; ~-~ air tidak kering sama sekali, lembap; ~ darah(nya) tersirap darahnya (sangat ter­kejut); ~ embun pagi hari kira-kira pukul 8 ­9 pagi; tak ~ gusi tak putus-putus ketawa atau mudah ketawa (kerana kelucuan dll); ~-kelontang (-kerontang, -kontang) kering sama sekali atau tidak berair sedikit pun (bkn tempayan, perigi, dll); ~ kersang kering tidak subur (bkn tanah); ~ ringkai kering sekali (bkn sesuatu yg dijemur); mengering menjadi kering; mengeringi membiarkan supaya menjadi kering (tidak berair), membiarkan kering; mengeringkan menjadikan kering, meng­usahakan (dgn menjemur dll) supaya kering: mereka menggali parit kerana hendak ~ tanah-tanah paya; ikan-ikan itu dikeringkan atau dibubuhi garam sebelum dibawa ke bandar; ~ darah menyirapkan darah (sangat memeranjatkan, mengejutkan); kekeringan 1. perihal (keadaan, sifat) kering; 2. sudah menjadi kering, tidak basah (berair) lagi: semua parit ~ dlm musim kemarau itu; tekak masing-masing ~ kerana kehausan; 3. tidak lagi di laut dll (bkn perahu), terletak di darat (bkn perahu); 4. kehabisan wang; pengeringan perihal (perbuatan dsb) menge­ringi atau mengeringkan: ~ tanah sawah; pengering alat utk mengeringkan (udara dll): ~ rambut alat utk mengeringkan rambut yg basah (selepas mandi dsb); balang ~ balang utk mengeringkan bahan kimia.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas