| sekolah wawasan | gabungan tiga jenis sekolah rendah, iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil yg terletak di dlm satu kawasan yg sama dan berkongsi kemudahan spt padang permainan, dewan, kantin dsb dgn tujuan utk memupuk perpaduan antara kaum; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berkebangsaan | mempunyai kebangsaan, mempunyai sifat-sifat kebangsaan: dr mulanya filem Melayu tidak mempunyai dasar ~ yg tulen. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| KKGSK | kep Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kebangsaan | hal yg berkaitan dgn bangsa; mengenai bangsa: lagu ~ Malaysia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| kebangsaan | 1. yg berkaitan dgn negara secara keseluruhan, nasional: semangat ~; 2. dipilih utk melambangkan keperibadian sesebuah negara spt bahasa, pakaian, dsb: pakaian ~; bunga ~; bahasa ~; 3. yg dicipta khas utk dinyanyikan sbg menyatakan taat setia kpd negara: lagu ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kebangsaan | hal yg berkaitan dgn bangsa; mengenai bangsa: lagu ~ Malaysia. | Kamus Pelajar |
| mensabotaj | menggagalkan atau merosakkan aktiviti lawan dll, mengkhianati: kita harus mengutamakan Bahasa Kebangsaan, dan tidak sebaliknya cuba ~ Bahasa Kebangsaan itu dgn memperkukuh bahasa Inggeris; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| iktiraf | ; mengiktiraf 1. menerima atau mengakui: Malaysia tidak akan ~ kemerdekaan sesebuah negara yg tidak berperlembagaan; satu usul mendesak kerajaan supaya ~ pelajaran trengkas kebangsaan sbg satu mata pelajaran di sekolah menengah; 2. mengakui serta memberikan atau menunjukkan penghargaan kpd, menerima dan menghargai; pengiktirafan 1. perihal mengiktiraf (status, kedudukan, dsb sesuatu), pengakuan: ~ bahasa Melayu sbg bahasa kebangsaan diasaskan kpd perjalanan sejarah negeri ini sendiri; 2. perihal menerima (mengakui) dan menghargai, pengakuan dan penghargaan: mungkin bagi sesetengah kategori pekerja, ~, pujian, dan sanjungan ini sudah cukup memuaskan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| semangat kebangsaan | semangat cinta terhadap bangsa dan negara dan sanggup berjuang utknya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| Hari Kebangsaan | hari penting yg dirayakan oleh seluruh rakyat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |