Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedudukan nya


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
katamaransj kapal layar yg mempunyai dua badan kapal berkembar yg selari kedudukan­nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
tara I1. sama (kedudukannya, keadaannya, dll), bandingan, imbangan: anak raja itu terkenal sbg ahli bermain pedang yg tidak ada ~nya; bukan ~nya bukan tandingnya (imbangannya); tiada ~nya tiada bandingannya (toloknya); 2. sl sama dgn (taraf, kedudukan, peringkat): maka didudukkan baginda ~ Bendahara, tetapi jikalau makan, ke bawah; setara 1. sama (besarnya, kuatnya, dll), sejajar: kelakuannya sangat ganjil jika dibandingkan dgn kelakuan pemuda-pemu­da lain yg ~ dengannya; cincin intan dua ~ sebentuk cincin dgn berpermatakan dua intan yg sama besarnya; 2. sama (pangkatnya, darjatnya, tarafnya, nilainya, dll), sedarjat, setaraf: maka digelar baginda Paduka Raja, disuruh duduk di seri balai ~ Seri Nara Di­raja; 3. sepadan, setimbal, seimbang: usaha­nya tidak ~ dgn hasilnya; gajinya tidak ~ dgn kerjanya; 4. sebanding, setanding, sela­ras: taraf ekonomi dan darjat pengetahuan rakyat di negeri-negeri Afro-Asia belum ~ dgn yg telah dicapai oleh penduduk di negeri Barat; menyetarakan menjadikan setara (seban­ding, seimbang, setimbal, dll); kesetaraan perihal (keadaan dsb) setara; ketidaksetaraan perihal (keadaan dsb) tidak setara (tidak seimbang); penyetaraan perihal (perbuatan dsb) me­nyetarakan; bertara ada taranya, berbanding, berimbang, bertimbal: anak perempuannya terlalu amat baik rupanya, tiada ~ pd zaman itu; tertara terbandingkan, ternilai, tertan­dingkan: barang siapa yg berpuasa sunat, maka ia mendapat kebajikan yg tidak ~; penara; bukit ~ tanah rata di atas bukit (spt ditarah rupanya).Kamus Dewan Edisi Keempat
keterasingan1. perihal terasing, keadaan atau kedudukan terasing (tersisih), terasing­nya: satu lagi faktor yg perlu dititikberatkan ialah ~ generasi muda Melayu kerana ber­bagai-bagai masalah sama ada benar-benar wujud atau sengaja diada-adakan; 2. ke­anehan, keganjilan, keluarbiasaan: ~ pera­sa­an itu ada hubungan dgn darahnya sendiri;Kamus Dewan Edisi Keempat
dalam I1 bahagian atau ruang di balik bahagian yg di luar: Rumah itu ~nya sangat bersih. 2 kedudukan sesuatu tempat yg terpisah oleh jarak tertentu dr tepi; tengah: Semakin ke ~ dia pergi, semakin banyak dia menemukan rotan yg baik-baik. 3 batin: Orang itu kelihatan baik, tetapi ~nya siapa yg tahu. ~ talian ist 1 keadaan kelengkapan atau peranti komputer di bawah kawalan sistem utama komputer. 2 perihal bolehnya pengguna berinteraksi secara langsung dgn menggunakan komputer. ~ tangan sudah tentu dpt. dalaman 1 isi perut (spt hempedal, hati, paru-paru). 2 berkaitan dgn sesuatu pihak, organisasi itu sendiri: urusan ~. pedalaman daerah yg jauh (di darat) dr pantai atau dr bandar: Padi huma banyak ditanam di ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pangkat II1 tinggi rendah kedudukan atau martabat seseorang dlm masyarakat: Dlm pergaulan hidup sehari-hari, dia tidak memilih ~ atau kedudukan. 2 tingkatan darjah dlm pekerjaan: Basrun telah dinaikkan ke ~ Mejar. 3 susunan dlm perhubungan keluarga: Walaupun dia masih muda, namun ~nya sbg datuk bagi saya. 4 taraf kelulusan; peringkat (utk sijil): Dlm peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, dia mendapat ~ pertama.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pos II1. pondok atau tempat polis (tentera dll) berjaga: si Amat masih menjaga ~nya; 2. jawatan atau kedudukan orang yg men­jalankan tugas (pegawai dll); 3. Id rumah atau tempat orang menjaga (mengawasi) gunung berapi dll.Kamus Dewan Edisi Keempat
darjat1. tingkatan atau taraf kedudukan dlm masyarakat (sebagaimana yg biasanya di­tentukan atau dipengaruhi oleh asal ke­turunan, kekayaan dll), tingkatan kedudukan (dlm pengertian yg luas), martabat: ayahnya masih tetap mempertahankan ~ ke­turun­annya; 2. ark taraf (besar kecilnya dll), darjah, tingkatan: denda yg dikenakan adalah mengikut ~ atau takrif kesalahan yg di­lakukan; 3. Id darjah: sekolah yg sama ~nya dgn S.M.A; 4. Id unit ukuran (sudut, suhu): sudut 45 ~; 15 ~ C; 5. Id gelaran kpd pelajar yg lulus dlm peperiksaan peringkat universiti; sedarjat sama parasnya atau tingkatannya dsb (bkn pangkat, kedudukan, keturunan, dll) sama darjatnya, setaraf; berdarjat 1. berkedudukan atau bertaraf tinggi (dlm masyarakat), berpangkat: katanya ia cinta padaku, tetapi apabila datang orang yg ~, aku diterajangnya; 2. = ber­darjat-darjat mempunyai (beberapa) darjat atau lapisan, bertaraf(-taraf), bertingkat(-tingkat): masyarakat yg masih ~-darjat; mendarjatkan 1. menjadikan berdarjat (bertaraf, berkedudukan); 2. membaikkan (menaikkan) mutu atau keadaan; ~ baka membaikkan mutu baka; menyedarjatkan menjadikan sama darjat­nya, menyamakan darjatnya (ting­katannya, kedudukannya), menyetarafkan; pendarjatan perbuatan mewujudkan darjat (dlm sesebuah institusi dll): sistem ~ politik.Kamus Dewan Edisi Keempat
pangkat II1 tinggi rendah kedudukan atau martabat seseorang dlm masyarakat: Dlm pergaulan hidup sehari-hari dia tidak memilih ~ atau kedudukan. 2 tingkatan darjah dlm pekerjaan: Basrun telah dinaikkan ke ~ Mejar. 3 susunan dlm perhubungan keluarga: Walaupun dia masih muda, namun ~nya sbg datuk bagi saya. 4 taraf kelulusan; peringkat (utk sijil): Dlm peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dia mendapat ~ pertama. berpangkat 1mempunyai darjat atau martabat: Mereka orang ~, masakan hendak bergaul dgn kita. 2 berkedudukan (dlm jawatan). sepangkat 1 sama pangkat (taraf, darjat dsb). 2 sama umur; sebaya: Dia ~ dgn anak saya yg kedua.Kamus Pelajar
duduk1. beristirahat di atas punggung (spt bersila, bersimpuh, dll): saya terpaksa ~ di atas pokok itu sahaja; anak kecil itu ~ di atas pangkuan ibunya; 2. tempat letaknya: skru itu tidak betul ~nya, senget; 3. terletak, berada: sebuah lampu yg ~nya 3 meter dr lantai; rumah kediaman bapa Busu ~nya di hujung suatu lorong; 4. = kedudukan keadaan yg sebenarnya (bkn sesuatu hal dll): pekerjaan berternak kuda lain ~nya dgn bercucuk tanam; 5. tinggal (di), diam (di), menetap, berumah: maka ~lah dia di Sungai Baharu menjadi khatib; sudah bertahun-tahun mereka ~ di rumah itu; 6. terus berada (di sesuatu tempat), tinggal: malam itu selepas makan, Bakar ~ di biliknya spt biasa; 7. berkahwin, bernikah, bersatu: Tun Teja su­dahlah bertunangan dgn raja Pahang dan hampirlah akan ~; 8. hampas (kopi, teh, dll); 9. = terduduk termendak atau meng­endap (bkn serbuk kopi, teh, bauran, dll); 10. mempunyai tempat atau kerusi (di parlimen, majlis tertinggi, dsb), berada: dia adalah salah seorang wakil rakyat yg ~ dlm Majlis Ter­tinggi Keselamatan Dalam Negeri; 11. bp sedang (melakukan sesuatu): dia ~ termenung seorang diri; ~ menjahit (membaca, menulis, dll); ~ antara dua sujud duduk selepas sujud yg pertama (di dlm sembahyang orang-orang Islam); ~ berapit duduk di antara dua orang; ~ berjuntai duduk di tempat yg tinggi dgn men­juntaikan kaki; ~ berlutut duduk dgn kaki dibengkokkan dan kepala lutut mengenai lantai, bertelut; ~ bernama bunga sekuntum duduk berlutut ketika mengangkat sembah; ~ bersila duduk dgn melipatkan dan menyi­langkan kaki; ~ bersimpuh (bertimpuh) duduk dgn melipatkan kedua-dua belah kaki ke belakang; ~ bertindih lutut duduk di atas kerusi dgn sebelah lutut diletakkan di atas lutut yg satu lagi, bersila panggung; ~ bertinggung mencangkung; ~ perut mengandung; ~ berkelompok, tegak berpusu prb orang yg duduk pd tempat selayaknya dlm sesuatu majlis; ~ berkisar tegak berpaling prb mung­kir janji atau tidak menepati cakap; ~ di ambung-ambung taji prb orang yg selalu dlm kerunsingan; ~ di dlm tabir langit-langit ber­bau tembelang prb perempuan yg ber­kurung dlm rumah tetapi kejahatannya di­ketahui orang; ~ dlm duri yg banyak, ber­sandar di tiang rengas prb hidup yg serba salah kerana menghadapi bencana; ~ dgn cupak gantang prb ketua yg adil; ~ dgn sukatan prb orang yg kaya; ~ meraut ranjau, tegak meninjau jarak prb orang yg sentiasa membuat kerja; ~ sama rendah, berdiri (tegak) sama tinggi prb orang yg sama sedarjat; ~ sehamparan, tegak sepermatang prb orang yg sedarjat dlm adat; ~ seorang bersempit-sempit, banyak ber­lapang-lapang prb fikiran yg diperoleh drpd perbincangan lebih bernas drpd fikiran yg bersendiri; ~ spt kucing, melompat spt hari­mau prb orang pendiam yg tangkas bekerja dan berfikir; belum ~ sudah berlunjur meng­anggap sudah memperoleh atau me­miliki sesuatu perkara yg belum pasti dapat dimiliki atau dikuasai atau bergirang dahulu sebelum maksud tercapai; jikalau kita ~ di atas ciau emas sekalipun, lamun hati tiada senang juga prb jika hati seseorang itu selalu susah dan resah, walau bagaimana senangnya tetap berduka juga; duduk-duduk berehat-rehat (mengambil angin dsb): sewaktu sampai di situ, aku melihat Said dan beberapa orang lain sedang ~ di bawah pokok; berdudukan sedang duduk (di atas bangku, kerusi, dsb): orang-orang yg ~ di bangku-bangku panjang di ruang menunggu itu memandang ke arah mereka yg baru me­masuki ruang itu; menduduki 1. mengambil tempat duduk, duduk di: tikar terbentang diduduki; 2. = mengeduduki mendiami, tinggal di: bebe­ra­pa orang datang ke bilik yg diduduki orang baru itu; rumah itu sudah lama tidak di­duduki orang; 3. menakluki (mengalahkan) dan menguasai sesebuah negeri dll: penye­rangan itu bermaksud hendak ~ Sri Wijaya; 4. mengambil (memasuki, mengikuti) sesuatu peperiksaan atau ujian: mereka telah ~ pe­pe­riksaan itu dlm bahasa Inggeris pd tahun lalu; 5. duduk (berada) di (kerusi parlimen, majlis tertinggi, dsb): beliau akan ~ kerusi dlm Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu; 6. ki memikat hati se­seorang: pe­muda itu telah berjaya ~ hatinya yg kosong selama ini; mendudukkan 1. meletakkan (menyuruh, mempersilakan) duduk: maka baginda pun ~ anakanda baginda di atas singgahsana yg dua belas tingkat; dia mengambil anak­nya dan ~nya di atas ribanya; 2. men­dapatkan kesimpulan (penyelesaian) sesuatu perkara; 3. mengahwinkan, menikahkan: maka oleh Raja Aftabul-Ardl akan Raja Chulan itu didudukkan baginda dgn anak­anda baginda tuan puteri Mathabul-Bahri; terduduk 1. terjatuh duduk, duduk dgn tiba-tiba dan tidak sengaja; 2. mengendap atau terendap (serbuk kopi, teh, dll); kedudukan 1. tempat tinggal (yg didiami); 2. tempat letaknya: ~ Singapura di tengah-tengah jalan laut yg menghubungkan Timur dan Barat menyebabkannya menjadi pe­labuh­an yg begitu penting di Asia; 3. keadaan atau selok-belok (hal) sesuatu perkara (ter­utama pd masa tertentu), situasi: sudah berkali-kali ia menerangkan ~ yg sebenar­nya kpd penduduk-penduduk di situ; ~ politik (eko-nomi dsb); 4. tingkatan taraf (martabat, darjat, dsb): tiap-tiap orang ada harapan utk mendapat pangkat dan ~ yg tinggi dlm negaranya; sekedudukan 1. sama tarafnya (martabat­nya, darjatnya); 2. bersetubuh: ada suami yg terus membunuh laki-laki yg ~ dgn isterinya sendiri; bersekedudukan 1. bersetubuh: terasa loya tekaknya, kerana rasa getik dan jijik ~ dgn orang tua bangka itu nanti; 2. tinggal ber­sama (spt suami isteri) tanpa bernikah: Cik Mah dihadapkan ke Mahkamah Syariah di atas tuduhan ~ dgn Kandasamy selama 27 tahun sehingga mendapat sembilan orang anak; berkedudukan 1. mempunyai kedudukan (tempat letaknya), terletak, berada: jarum penimbang itu diganjakkan sehingga ~ betul-betul pd nombor 0; 2. mempunyai kedudukan (taraf, darjat, dsb), bertaraf, berdarjat, bermartabat: dia ~ tinggi di mata masyarakat; pendudukan perihal atau perbuatan men­duduki sesuatu daerah atau negara oleh kuasa luar (tentera dll): dlm masa ~ Jepun saya bekerja di Berita Malai; penduduk orang yg menduduki sesuatu daerah (tempat, negeri, dll): tidak ada seorang pun drpd ~ kampung itu yg berani keluar melihat pembunuhan itu; berpenduduk mempunyai penduduk: Malaysia ~ lebih drpd 14 juta orang dlm tahun 1984; kependudukan segala hal mengenai pen­duduk (sesuatu tempat, daerah, negeri, dsb): aspek ~ dibincangkan dlm simposium itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
tarayg sama tingkat atau kedudukannya; banding; imbangan: tidak ada ~nya tidak ada bandingnya. bertara ada taranya; berbanding; berimbang; ti­dak ~ tidak ada bandingnya. me­narakan menjadikan sama (bkn keadaan, tingkat atau kedudukan); menyamakan. setara sama keadaannya (kedudukannya, tarafnya dll); seban­ding; seimbang: Kekayaan dua orang itu ~. menyetarakan menjadikan setara. kesetaraan kedudukan atau keadaan setara. penyetaraan perbuatan atau perihal menyetarakan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
123456789

Kembali ke atas