| adunan | hiasan, alat berdandan: sangatlah berkenan kpd hatinya ~ kekasihnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| memapah | membantu orang bangun (berjalan) dgn memegang (menopang) tangannya: Sulong Muda ~ kekasihnya bangun; abang dan aku berjanji utk ~nya malam itu ke madrasah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| gigolo | laki-laki upahan yg dipelihara oleh seseorang wanita sbg teman atau kekasihnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mengimaginasikan | membuat gambaran dlm fikiran, membayangkan: saya fikir penulis harus ~ pembaca sbg bakal kekasihnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| durjana | 1. jahat (bkn kelakuan, perbuatan, dsb), keji: dia mendendami lelaki ~ yg telah menodai kesucian kekasihnya; melakukan (berbuat) ~ melakukan perbuatan jahat; 2. derhaka (terhadap negara, bangsa, agama, dsb): ada golongan pelampau yg ~ terhadap negara Malaysia dan cuba memecah-belahkan rakyat berbilang bangsa di negara ini; mendurjanakan mendatangkan kesan buruk (kerugian, kerosakan, dsb): segeralah berakhir perang yg ~ ini; kedurjanaan perbuatan durjana (jahat, keji), kejahatan, kekejian: kekotoran dan ~ hatinya sudah pun terdedah; pendurjanaan perihal melakukan perbuatan durjana (derhaka), penderhakaan: ~ terhadap nusa dan bangsa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mendampilkan | meletakkan (mendudukkan) supaya rapat (bersentuhan), merapatkan (bersentuhan): Minah ~ dirinya di sisi Osman, kekasihnya; sampannya didampilkannya pd sebuah perahu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ranum | 1. cukup masak (bkn buah-buahan): rambutan yg ~; 2. ki segar dan menarik (nampaknya): kekasihnya yg bertubuh mongel ~; meranum menjadi ranum; meranumkan menjadikan ranum: karbaid digunakan utk ~ pisang; keranuman perihal atau keadaan ranum: ~ mangga itu menyebabkan perahan jusnya tidak perlu ditambahi gula; peranuman proses meranum atau meranumkan: betik mesti dipetik pd peringkat yg sesuai utk mengelakkan terjadinya ~ yg tidak sempurna. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| termateri | 1. terlekat; 2. ki tersemat (dlm hati): gadis itu mengerti apa yg ~ di dlm sanubari kekasihnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mengasyikkan | 1. menimbulkan berahi (pd seseorang), menimbulkan perasaan cinta (pd): Rohani dgn baju yg pendek dan jarang, begitu ~ kekasihnya; 2. membuat atau menyebabkan asyik (leka dsb), melekakan, mengkhayalkan: kisah itu cukup ~; buku cerita yg ~ pembaca; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berduka hati | bersusah atau bersedih hati, berdukacita: dunia ini dijadikan Tuhan bukanlah tempat orang ~; dia sentiasa ~ hati sejak kematian kekasihnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |