Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lengkap (adjektif)
Bersinonim dengan genap, cukup, sempurna, tidak kurang, kamil, utuh, penuh, kafi, mustaid, jangkap;,
Kata Terbitan : selengkap, berlengkap, melengkapi, melengkapkan, kelengkapan, pelengkapan, pelengkap,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
angkatan1. berat yg diangkat: ~nya lebih drpd 200 paun; 2. pasukan tentera (dgn alat kelengkapan), bala tentera: ~ bersenjata Malaysia; 3. pengiriman pasukan (tentera): ~ pasukan ke daerah pertempuran sudah selesai; 4. ark = pengangkatan, keangkat­an pelantikan: ~ beliau sbg duta telah disahkan; 5. Id yg diangkat atau dilantik, lantikan (bkn jawatan, pangkat): jawatan Perdana Menteri bukanlah ~ tetapi pilihan; 6. golongan orang yg mempunyai haluan atau pendirian (kecenderungan, cita-cita, dsb) yg sama: Usman Awang ialah tokoh ~ Sasterawan ‘50 atau Asas ‘50; 7. golongan orang yg sebaya, generasi: ~ muda; 8. sl selengkap; pakaian ~ a) selengkap pakaian kebesaran; b) pakaian kebesaran; c) pakaian seragam;Kamus Dewan Edisi Keempat
dalam I1 bahagian atau ruang di balik bahagian yg di luar: Rumah itu ~nya sangat bersih. 2 kedudukan sesuatu tempat yg terpisah oleh jarak tertentu dr tepi; tengah: Semakin ke ~ dia pergi, semakin banyak dia menemukan rotan yg baik-baik. 3 batin: Orang itu kelihatan baik, tetapi ~nya siapa yg tahu. ~ talian ist 1 keadaan kelengkapan atau peranti komputer di bawah kawalan sistem utama komputer. 2 perihal bolehnya pengguna berinteraksi secara langsung dgn menggunakan komputer. ~ tangan sudah tentu dpt. dalaman 1 isi perut (spt hempedal, hati, paru-paru). 2 berkaitan dgn sesuatu pihak, organisasi itu sendiri: urusan ~. pedalaman daerah yg jauh (di darat) dr pantai atau dr bandar: Padi huma banyak ditanam di ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lengkap1. genap, tidak ada yg kurang: ling­karan yg ~; 2. sedia dgn alat senjata dll, cukup, sempurna: aku lihat di sana sini orang Jepun ~ dgn alat senjatanya; selengkap (dgn) sepenuh atau secukup (pakaian dll): Kasim menceritakan kisah Dolah ~nya; berlengkap 1. bersiap sedia (dgn apa-apa yg perlu): maka Demang Lebar Daun pun ~ hendak memandikan Sang SaPurba; 2. = berlengkapkan telah disediakan atau dipersiapkan dgn: dgn ~ pengetahuan ini orang Belanda telah sanggup menduga laut di Timur; melengkapi 1. menokok tambah supaya lengkap: pengantin itu dilengkapi sepertinya: 2. mempersiapkan, memperalati (dgn senjata dll) supaya lengkap: kilang itu dilengkapi jentera-jentera moden; melengkapkan menjadikan lengkap, men­cukupkan, menyempurnakan: lengkapkan semua gajah dan kuda; aku serba kekurangan utk ~ engkau sbg seorang isteri yg sempurna; memperlengkap menjadikan lebih lengkap; kelengkapan 1. perihal lengkap, kegenapan: pengetahuan bahasa Inggeris ialah satu ~ hidup di bawah kerajaan Inggeris; 2. sesuatu yg telah dilengkapkan (angkatan tentera dll): maka tukang kesaktian itu pun lalu mengadap tuanku Malim Deman laki isteri persembahan sudah siap ~ itu sekaliannya; 3. = ~ kapal sl angkatan laut; 4. peralatan, perkakas: ~ memasak; ~ rumah; berkelengkapan mempunyai kelengkapan; perlengkapan alat (perkakas dll) yg diguna­kan utk melengkapkan sesuatu: barang­-barang yg diberikan itu terdiri drpd sepasang pakaian dan ~ bersolek; pelengkapan perihal melengkapi (me­lengkapkan, memperlengkap): ia juga ber­guna kpd pelajar-pelajar menengah atas dan institusi pengajian tinggi sbg bacaan tam­bahan dan ~ kpd pembelajaran mengenai teori-teori ekonomi; pelengkap 1. sesuatu yg digunakan utk melengkapi (melengkapkan); 2. (Lin) kata yg menerangkan kata kerja dll; 3. yg meleng­kapkan: badan manusia mempunyai anggota utama dan anggota ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
alat I1. barang apa yg diperlukan atau digunakan utk membuat (mengerjakan, meng­hasilkan) sesuatu: seseorang tukang kayu memerlukan ~ spt gergaji, ketam, penukul, dan berbagai-bagai lagi; 2. ki orang atau sesuatu yg dipergunakan utk mencapai sesuatu maksud atau matlamat (seseorang, sesuatu golongan, dll): dia dianggap orang ~ pen­jajah; kemu­dah­an dsb yg boleh dijadikan ~ utk me­jaya-kan rancangan; 3. bahagian tubuh manusia atau haiwan atau bahagian tumbuh-tumbuhan yg mengerjakan sesuatu, organ; ~ bunyi-bunyian = ~ muzik perkakas yg boleh mengeluarkan bunyi yg berirama (utk di-mainkan lagu); ~ ganti alat utk meng­gantikan sesuatu alat yg sudah rosak atau tidak boleh digunakan lagi (pd mesin, jentera, pesawat, dll); ~ hawa dingin penyaman udara; ~ kebesaran = ~ kerajaan = ~ perintah keleng­kapan upacara raja-raja; ~ kekuasaan = ~ negara segala sesuatu utk menjalankan ke­kua­sa­an negara; ~ kelamin bahagian pd tubuh manusia atau binatang utk melakukan hu­bungan jenis; ~ kelengkapan segala alat yg kesemuanya sekali memenuhi keperluan sesuatu (lengkap bagi sesuatu); ~ mengajar kelengkapan utk mengajar; ~ pencernaan bahagian tubuh utk mencernakan makanan; ~ pencium hidung; ~ pendengar(an) telinga; ~ perang = ~ senjata kelengkapan perang; ~ perasa bahagian tubuh utk merasa; ~ raja kelengkapan yg dipakai oleh raja (spt ketur, kendi, kipas, dll); ~ solek barang-barang yg digunakan utk menambah kecantikan (ter­utama­nya wajah seseorang perempuan), mekap; ~ tukang kayu perkakas yg dipakai tukang kayu; ~ tulis alat yg diperlukan utk menulis, mis pensel, pen, kertas, dakwat, dsb; beralatkan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg alat; mengalati, memperalati membekali atau melengkapi dgn alat (senjata dll): ~ rumah; ~ angkatan tentera; mengalatkan 1. melengkapkan (dgn) alat; 2. = memperalat; memperalat menggunakan (seseorang atau sesuatu) sbg alat (utk mencapai sesuatu tuju­an): ~ orang utk mencapai maksudnya; alatan, peralatan bermacam-macam alat: diperintahkan supaya biliknya ditambahi ~ dan perhiasan.Kamus Dewan Edisi Keempat
jentera1 alat yg bahagian-bahagiannya bergerak bersama-sama dan drpdnya kita memperoleh tenaga atau daya; mesin; pesawat: ~ pembajak. 2 roda utk memintal benang; roda pd kincir. 3 keseluruhan sistem yg meliputi tenaga manusia, alat perkakas, kemudahan, kemahiran, dsb yg terlibat dlm usaha utk menjalankan atau melaksanakan sesuatu: Segala usaha DBP dan ~nya dipadukan agar semuanya berjalan lancar. ~ kerajaan pasukan petugas, organisasi dll serta segala kelengkapan milik kerajaan yg bertujuan utk melicinkan pentadbiran kerajaan. berjentera 1 menggunakan jentera; mempunyai mesin atau pesawat: senapang ~ senapang mesin. 2 berputar spt roda.Kamus Pelajar Edisi Kedua
angkat1. meninggikan, menaikkan ke atas: ~ tangan; 2. yg dijadikan atau diakui spt (anak, ayah, dll): abang ~; anak ~; 3. ark kali (kekerapan) membawa: sudah tiga ~ minum­an; 4. turunan: se~ seumur, sebaya (dgn); ~ berat = ~ besi sukan atau latihan jasmani dgn mengangkat besi; ~ kaki a) melarikan diri, cabut lari; b) meninggalkan sesuatu tempat (majlis dsb) dgn tergesa-gesa; ~ sembah melakukan sembah; ~ sumpah bersumpah; dr jauh orang ~ telunjuk, kalau dekat dia ~ mata prb jika kita berbuat salah akan diumpat orang di belakang kalau tidak di depan kita; angkat-angkat yg boleh (dapat) diangkat-angkat: jambatan ~; berangkat 1. mula meninggalkan sesuatu tempat utk pergi ke tempat lain, bertolak: rombongan itu akan ~ ke Pulau Pinang; 2. mulai menjadi (besar, dewasa, dll): anak itu sudah ~ dewasa; orang yg ~ hamil sering didatangi perasaan yg aneh-aneh; memberangkatkan menyuruh berangkat: keesokan harinya rombongan itu diberang­katkan ke ibu kota; keberangkatan perihal berangkat (ber­tolak), berangkatnya: dia pergi tanpa mem­beritahukan ~nya padaku; mengangkat 1. menggerakkan ke atas, menaikkan, meninggikan: ia ~ panggang dr api; beberapa orang murid ~ tangan utk menjawab soalan guru; 2. membawa pergi atau membawa dr satu tempat ke tempat lain: diangkatnya barang itu ketika ia berangkat tadi; ~ beg-beg masuk ke dlm kereta; 3. melantik, menaikkan (kedudukan, taraf, pangkat): hendak ~nya menjadi pengerusi; peristiwa dan tindakan penting yg ~ taraf bahasa Melayu menjadi bahasa kebang­saan; 4. (mulai) melakukan (menyatakan dll): ~ sumpah; 5. mengambil sbg, mengakui sbg (anak dll): ia telah diangkat anak oleh penghulu; 6. Id menangkap dan membawa pergi: semalam ia diangkat oleh polis; 7. ki memuji (kerana hendak menyukakan hati): pandailah kau ~ dia; ~ bicara Id mulai berpidato; ~ hadas menyucikan diri drpd hadas kecil atau hadas besar; ~ suara meninggikan suara; ~ tabik memberi hormat; ~ wuduk menyucikan diri dgn mengambil air sembahyang; mengangkat-angkat 1. mengangkat ber­ulang kali; 2. ki meninggi-ninggikan, memuji-muji (utk menyukakan hati): jangan engkau suruh aku ~ orang; mengangkati berkali-kali mengangkat, mengangkat-angkat; mengangkatkan mengangkat utk: tolong angkatkan saya peti itu sebentar; ~ topinya akan memberi hormat; angkatan 1. berat yg diangkat: ~nya lebih drpd 200 paun; 2. pasukan tentera (dgn alat kelengkapan), bala tentera: ~ bersenjata Malaysia; 3. pengiriman pasukan (tentera): ~ pasukan ke daerah pertempuran sudah selesai; 4. ark = pengangkatan, keangkat­an pelantikan: ~ beliau sbg duta telah disahkan; 5. Id yg diangkat atau dilantik, lantikan (bkn jawatan, pangkat): jawatan Perdana Menteri bukanlah ~ tetapi pilihan; 6. golongan orang yg mempunyai haluan atau pendirian (kecenderungan, cita-cita, dsb) yg sama: Usman Awang ialah tokoh ~ Sasterawan ‘50 atau Asas ‘50; 7. golongan orang yg sebaya, generasi: ~ muda; 8. sl selengkap; pakaian ~ a) selengkap pakaian kebesaran; b) pakaian kebesaran; c) pakaian seragam; ~ baru generasi baru (penganut aliran zaman baru); ~ bersenjata keseluruhan tentera sesebuah negara (yg terdiri drpd tentera darat, tentera laut, dan tentera udara); ~ darat tentera darat; ~ laut tentera laut, armada; ~ muda para pemuda; ~ perang bala tentera yg berperang atau sedia utk berperang; ~ raja (adiraja, diraja) kereta yg membawa jenazah raja; ~ udara tentera udara; perangkat, perangkatan 1. kelengkapan, perlengkapan, peralatan; ~ adat alat per-lengkapan adat; 2. = keangkatan ark keberangkatan; seperangkat, seperangkatan 1. selengkap, sepemakai; 2. ark segolongan; pengangkatan perihal (perbuatan, cara, dsb) mengangkat (dgn berbagai-bagai erti); pengangkat 1. alat utk mengangkat; 2. orang yg mengangkat; 3. orang yg suka memuji-muji.Kamus Dewan Edisi Keempat
usahadaya upaya (ikhtiar, kegiatan, per-buatan, dll) utk mencapai (melaksanakan, menyempurnakan) sesuatu: rajin dan ~ adalah tangga kejayaan; sebelum Marsden, belum ada ~-~ utk menerbitkan teks dr naskhah Melayu lama secara ilmiah; badan ~ badan yg melaksanakan sesuatu (usaha) utk memperoleh hasil; ~ bersama pekerjaan yg dilakukan bersama; ~ campuran usaha oleh beberapa pihak yg tergabung; ~ kerajinan tangan pekerjaan tangan (spt membuat tikar, mengukir, dll); ~ niaga usaha atau kegiatan perniagaan; ~ perladangan (perlombongan) pekerjaan perladangan (perlombongan); berusaha bekerja dgn giat utk mencapai (melaksanakan, menyempurnakan) sesuatu, berikhtiar, sedaya upaya (utk mencapai sesuatu), mengerjakan sesuatu usaha: mereka ~ dgn sungguh-sungguh utk mencapai matlamat mereka; kerajaan ~ utk menambah hasil pengeluaran getah; mengusahakan 1. melakukan (membuat) segala yg perlu (spt pekerjaan, kegiatan, ikhtiar, dll) utk mencapai (melaksanakan, menyempurnakan, dsb) sesuatu, mengerjakan sesuatu dgn sungguh-sungguh (supaya tercapai sesuatu), menyelenggarakan: dia sendiri ~ terbitnya sebuah edisi Sejarah Melayu atas perhitungan bahasa semata-mata; kemajuan dan kemakmuran di pulau itu mestilah diusahakan bersama oleh kedua-dua bangsa itu; 2. mencari jalan (daya usaha dll) utk menyampaikan maksud (memperoleh sesuatu dsb), mengikhtiarkan, mengupayakan: kita tidak lama lagi akan hidup spt orang baik-baik, aku sedang ~ wangnya; 3. = ~ dirinya bekerja (bergiat) dgn sungguh-sungguh (segenap tenaga), berusaha keras: dia terlalu sangat rajin ~ dirinya dlm pelajaran; 4. mengurus sesuatu (pertubuhan dll) supaya berjalan dgn baik, menyelenggarakan: jikalau perkara itu berkenaan dgn cukai maka Kementerian Kewanganlah yg akan ~nya; 5. menghasil-kan, membuat, mengarang (buku dll), menye-lenggarakan sehingga (selesai): terjemahan ini telah diusahakan oleh saya sendiri; perusahaan 1. pekerjaan (kegiatan dsb) secara besar-besaran utk membuat (meng-hasilkan, mengeluarkan) barang-barang, industri: ~ batik di Kelantan; ~ gula; 2. pekerjaan ber-niaga secara besar-besaran, pekerjaan yg dilaku-kan utk mencari keuntungan: oleh sebab kedai itu terlampau kecil, dia sekarang membuka ~ di gedung yg lebih besar; ~ berat perusahaan secara besar-besaran yg menghasilkan barang berat-berat spt bahan dasar utk perusahaan-perusahaan lain dll; ~ kecil perusahaan yg dikerjakan secara kecil-kecilan (tidak memerlukan modal atau alat kelengkapan yg banyak dsb); pengusahaan perihal mengusahakan, pengerja-an, penyelenggaraan: ~ tanah; pengusaha 1. orang yg mengusahakan se-suatu (perusahaan, kegiatan penghasilan, dsb): ~-~ barang-barang kecil akan dapat men­jual barang-barang mereka dgn harga pasaran yg agak lumayan; 2. = pengurus (sekolah dll), pengelola.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas