Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.leng.ku.ngan] | کلڠکوڠن

Definisi : keadaan melengkung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelengkungan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kelengkungankeadaan melengkung;Kamus Dewan Edisi Keempat
kemotropisme(kémotropisme) (Bio) kelengkungan tumbuhan atau bahagian tumbuhan sbg gerak balas terhadap rangsangan kimia.Kamus Dewan Edisi Keempat
sferometer(sférométer) (Fiz) alat utk meng­ukur kelengkungan sesuatu permukaan kanta atau cermin.Kamus Dewan Edisi Keempat
paksi optik(Fiz) garis yg menyambungkan pusat optik dan pusat kelengkungan suatu sistem kanta;Kamus Dewan Edisi Keempat
paksi I1. puting (bahagian keris dll) yg masuk ke dlm hulunya; 2. gandar (roda dll), poros: ~ bumi; 3. garis (benar atau khayali) yg padanya sesuatu objek dapat berputar atau yg padanya bentuk atau binaan sesuatu objek itu bersi­metri; ~ optik (Fiz) garis yg menyambungkan pusat optik dan pusat kelengkungan suatu sistem kanta; ~ putaran (Fiz) garis yg padanya se­suatu jasad berputar, atau garis lurus yg merentasi titik putaran jasad yg pegun, sedangkan titik lain pd jasad itu bergerak dlm bulatan; ~ simetri (Mat) garis lurus yg membahagi sesuatu bentuk atau rajah kpd dua bahagian yg sama saiz dan bentuk; berpaksikan ki berpegang pd, bertunjang­kan: umat Islam harus ~ akidah.Kamus Dewan Edisi Keempat
lengkung Ilengkok, kelok, berkelok atau ber­lengkok: ~ pintu gerbang itu diperbuat drpd buluh; melengkung, terlengkung berkelok spt bahagian drpd sesuatu bulatan, membengkok: misainya diputar-putarkan juga semakin tajam dan semakin ~ ke atas; melengkungi melingkungi, mengelilingi: balai itu dilengkungi oleh pagar dawai berduri; melengkungkan mengelokkan (garisan, dawai, dll), membengkokkan: siapa pula yg sanggup ~ batang besi yg sebesar itu; lengkungan 1. tempat (pd garisan, besi, dawai, dll) yg melengkung: ~ pelangi yg saya lihat itu pendek sahaja; ~ yg terdapat pd dawai itu tidak mudah diluruskan; 2. = pelengkung sesuatu (perhiasan, pintu gerbang, dll) yg bentuknya melengkung; kelengkungan keadaan melengkung; pelengkungan perihal (proses atau perbuatan) melengkung atau melengkungkan: proses pelenturan, ~ dan peretakan kerak bumi.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas