| mengancing | menutup dgn kancing; ~ baju kemejanya; semua pintu astana dikancingnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| merentak | menyentak, merenggut: anjing itu ~ rantainya lalu putus; kemejanya sobek-sobek direntak-rentak orang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sobek I | (sobék) koyak (pakaian dll), cabik, carik, robek: kemejanya telah ~; menyobek mengoyakkan (pakaian, kertas, dll), mencabik, merobek: cepat-cepat sampul surat tadi disobeknya dan kandungannya dikeluarkannya; sobekan sesuatu yg disobek, cabikan, carikan: ~ drpd sebuah buku. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| rentak II | renggut, sentak; merentak menyentak, merenggut: anjing itu ~ rantainya lalu putus; kemejanya sobek-sobek direntak-rentak orang; terentak tersentak, tergoncang, dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menanggalkan | menjadikan tanggal, membuka (pakaian dll), meluruhkan, melucutkan, mencabutkan: ia bangun lalu ~ kemejanya; sebelum masuk ia ~ kasut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menghidu | 1. mencium, membaui (tembakau, bunga, dll): sambil berjalan ia ~ bau wangi kemejanya; 2. menyedut (udara dll); 3. mengesan sesuatu dgn mencium bau yg ditinggalkan: anjing itu dapat ~ ke mana larinya pengganas itu; 4. ki mengetahui atau dapat mengesan sesuatu yg menjadi rahsia sesuatu pihak dgn bertanya-tanya, merisik-risik, memerhatikan gerak-geri pihak tersebut dsb: rancangan jahat mereka telah dapat dihidu oleh polis; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menghidu | menyedut udara dgn hidung utk mengetahui baunya; mencium; membaui: Sambil berjalan, ia ~ bau wangi kemejanya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| hidu | ; menghidu 1. mencium, membaui (tembakau, bunga, dll): sambil berjalan ia ~ bau wangi kemejanya; 2. menyedut (udara dll); 3. mengesan sesuatu dgn mencium bau yg ditinggalkan: anjing itu dapat ~ ke mana larinya pengganas itu; 4. ki mengetahui atau dapat mengesan sesuatu yg menjadi rahsia sesuatu pihak dgn bertanya-tanya, merisik-risik, memerhatikan gerak-geri pihak tersebut dsb: rancangan jahat mereka telah dapat dihidu oleh polis; terhidu 1. terbau sesuatu dgn tiba-tiba: sedang dia duduk-duduk, dia ~ bau kemenyan; 2. tersedut (gas atau udara) melalui hidung: mereka diberi rawatan segera kerana ~ sejenis gas beracun; penghidu orang yg menghidu (membaui) sesuatu kerana ketagih: ~ gam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| hidu | ; menghidu menyedut udara dgn hidung utk mengetahui baunya; mencium; membaui: Sambil berjalan, ia ~ bau wangi kemejanya. terhidu tidak sengaja menghidu sesuatu: Mereka diberi rawatan kerana ~ gas beracun. penghidu orang yg menghidu sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| kolar I | bahagian baju (kemeja) yg berlipat di keliling leher: sebentar-sebentar dibetulkan tali lehernya dan ~ kemejanya; (kerja, pekerja, dsb) ~ biru (kerja, pekerja, dsb) yg berkaitan dgn pelaksanaan tugas-tugas yg lebih memerlukan kekuatan dan tenaga fizikal (spt kerja-kerja kilang dsb); (kerja, pekerja, dsb) ~ putih (kerja, pekerja, dsb) yg tergolong dlm bidang pengurusan (profesional, perkeranian, dsb) yg lebih memerlukan daya berfikir dan bukannya kekuatan tenaga; berkolar mempunyai kolar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |