| mengarwahkan | membaca doa (mengadakan kenduri) utk memperingati seseorang yg telah meninggal dunia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| arwah | Ar (jamak bagi roh) 1. roh atau jiwa orang yg telah meninggal dunia: kenduri utk ~ saudara-maranya; 2. semangat: hilang ~ku melihat nahas kereta itu; 3. (kata yg digunakan apabila menyebut seseorang yg telah meninggal) Allahyarham, Almarhum: ~ ayah-nya; ~ Pak Mat; mengarwahkan membaca doa (mengadakan kenduri) utk memperingati seseorang yg telah meninggal dunia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| rai | (ra.i); meraikan 1. menjamu (utk memuliakan, menghormati): tujuan kenduri ini ialah melepaskan orang yg hendak berjalan dan meletakkan orang yg tinggal, yakni ~ orang yg pergi dan memberi gembira dan sokongan bagi orang yg tinggal; 2. mengadakan keramaian, merayakan: sekalian tertunggu-tunggu hendak ~ temasya bersuka ria; kaum Sakai dlm hutan itu sibuk bersiap-siap kerana hendak ~ perkahwinan anak Batin mereka; keraian 1. jamuan (utk memuliakan dll): suatu majlis ~ diadakan di Istana Negara; 2. keramaian, perayaan: ~ menyambut Maulud Nabi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menyempurnakan (membayar, menunaikan) hajat | menyampaikan niat (biasanya mengadakan kenduri); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menyelamati | ark mengadakan kenduri utk;menyelamatkan 1. menjauhkan bencana (bahaya dll) drpd seseorang dll, mengusahakan (melindungi dsb) supaya selamat: berlari dan berterjunanlah orang-orang Cina itu ~ diri masing-masing; sangatlah sukar hendak ~ bangunan yg terbakar manakala angin yg kencang sedang bertiup-tiup; 2. menjimatkan wang (waktu, tenaga) supaya tidak terbuang dgn sia-sia: berfikirlah dahulu sebelum melaku-kan sesuatu supaya masa dan tenaga dapat diselamatkan; 3. mengebumikan (mayat): mayat orang mati itu telah diselamatkan; 4. meng-adakan kenduri utk, menyelamati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bazir | ; membazir berlebih-lebihan sehingga terbuang: kenduri kahwin yg dibuat secara besar-besaran adalah ~ saja;membazirkan menggunakan sesuatu dgn berlebih-lebihan sehingga terbuang, memboroskan, membuang-buang: jangan ~ air dlm musim kemarau; ~ masa dan tenaga;pembaziran perbuatan membazir(kan) (wang, masa, tenaga, dsb): ~ air berlaku di kebanyakan rumah; ~ sifar tidak berlaku sebarang pembaziran;pembazir orang yg suka membazir(kan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| hajat | 1. keinginan, kehendak, maksud, niat, tujuan: hampalah hatinya kerana ~ tak sampai; ~ Badri hendak memperisterinya ditolaknya dgn baik; 2. keperluan, sesuatu yg diperlukan; ada ~ Jk mengadakan kenduri utk mendoakan supaya selamat; doa (sembahyang, solat) ~ doa (sembahyang) khusus kerana memohon supaya Tuhan memakbulkan sesuatu permintaan; qada ~ buang air besar; menyempurnakan (membayar, menunaikan) ~ menyampaikan niat (biasanya mengadakan kenduri); ~ seni = ~ kecil buang air kecil; berhajat 1. bermaksud, berniat (akan), mempunyai keinginan: saya ~ hendak menemui tuan; sudah lama dia ~ hendak datang; 2. = berhajatkan memerlukan: manusia selama-lamanya ~ kpd pertolongan Allah; mungkin ia ~ pertolongan kita; menghajati mengharapkan, mengingini: dia berharap apa yg dihajatinya akan berhasil; menghajatkan menghendaki, memerlukan: anak itu sudah dewasa tidak ~ perlindungan orang tuanya lagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tiga I | satu kurang drpd empat; ~ belas tiga campur sepuluh (13); ~ dimensi bentuk yg mempunyai lebar, panjang dan tinggi; ~ dlm satu terdiri drpd atau mempunyai tiga bahan, fungsi dsb dlm sesuatu barangan, kegiatan dll; ~ puluh tiga kali sepuluh (30); ~ pupu perhubungan persaudaraan antara orang yg moyang mereka adik-beradik; ~ suku a) tiga bahagian drpd empat, 75%; b) ki agak gila, gila-gilaan; ~ sudah berdiri habis prb sesuatu perbuatan itu memadailah dgn tiga perbandingan, iaitu ilmu, akal dan kemahiran; masuk ~ keluar empat prb perbelanjaan melebihi pendapatan; tiga-tiga setiap kali (baris, kelompok dsb) tiga: letakkan cawan itu ~; bertiga berjumlah tiga kesemuanya, tiga sekawan: mereka beriring berkawan-kawan, berdua, ~ dan beramai-ramai seiring; mereka tinggal ~ beranak di pondok itu; meniga menjadi yg ketiga; ~ hari mengada-kan kenduri tiga hari selepas meninggalnya seseorang; ketiga = yg ~ (yg) nombor tiga: anaknya yg pertama menjadi doktor, yg kedua seorang peguam dan yg ~ seorang jurutera; ketiga-tiga = ~nya = tiga-tiganya semua seramai atau sebanyak tiga (orang dll), kesemua bertiga: maka pergilah aku menziarahi ~ makam itu serta membaca doa; ~ orang dlm kumpulan itu serentak mengangguk; pertiga bahagian drpd sejumlah tiga bahagian; sepertiga satu pertiga, satu bahagian drpd jumlah tiga bahagian, 33% (drpd sesuatu bilangan dll); mempertiga membahagi tiga; sepertigaan ark satu drpd tiga bahagian; ~ malam (yg akhir) larut malam (selepas tengah malam). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mengadakan | 1. menjadikan ada atau wujud, mewujudkan, menjadikan, menciptakan: Tuhanlah yg ~ seluruh alam ini; 2. mengusahakan sehingga ada (tersedia, terdapat, dsb), menyediakan: ~ wang yg diperlukan; peruntukan belanjawan utk ~ lebih banyak sekolah dan maktab teknik; 3. mengusahakan sehingga berlaku atau berjalan sesuatu (spt seminar, mesyuarat, kenduri, dll), menganjurkan serta mengurus sesuatu: ~ kursus bahasa-bahasa asing; ~ kempen kebersihan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| memanggil | 1. menyuruh datang (balik) dgn menyebut nama dll: maka bertemulah dgn sebuah perahu peraih ikan, maka dipanggil, lalu datanglah ia; 2. menjemput, mengundang (ke majlis kenduri dll): segala orang yg berkenaan akan dipanggil utk menyaksikan perayaan itu; 3. menamakan, menggelar, menyebut: buah ini dipanggil timun; selama besar ini, dia termalu-malu ~ abang; belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang prb terlalu rajin (lekas mengerjakan sesuatu yg disuruh); kalau dipanggil dia menyahut, bila dilihat dia bersua prb jawaban yg tepat bagi sesuatu pertanyaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |