| kecergasan | 1. perihal atau keadaan cergas (tubuh, otak, dsb): menjaga ~ fikiran dan badan setiap hari; 2. perihal cergas (pantas, cepat), kepantasan, kecepatan: ~ kanak-kanak cacat itu membuat kerja-kerja tangan mengagumkan pengunjung-pengunjung ke pusat itu; 3. perihal cergas (giat, aktif), kegiatan, keaktifan: ~nya dlm pergerakan persatuan itu mendapat perhatian pihak atasan; 4. perihal cergas (pasaran saham); 5. perihal cergas (bkn gunung berapi), keaktifan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kerja tangan | kerja yg dibuat dgn tangan (spt anyam-menganyam, pertukangan, dsb); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| eksposisi | (éksposisi) 1. pameran (terutamanya keluaran perindustrian, kerja tangan), ekspo; 2. pernyataan (komen, penjelasan bertulis dan sistematik) tentang sesuatu perkara: sejarah kesusasteraan ini merupakan suatu ~ persambungan dan perubahan alam fikiran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| eksposisi | /éksposisi/ pertunjukan (terutama hasil-hasil keluaran perindustrian, kerja tangan dsb); pameran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| eksposisi | /éksposisi/ pertunjukan (terutama hasil-hasil keluaran perindustrian, kerja tangan dsb); pameran. | Kamus Pelajar |
| bekas tangan | hasil kerja tangan seseorang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| negara industri | negara yg mendapat hasil yg banyak drpd industri-industrinya. 2 perusahaan kerajinan tangan atau kerja tangan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| industri | 1 perusahaan secara besar-besaran: negara ~ negara yg mendapat hasil yg banyak drpd industri-industrinya. 2 perusahaan kerajinan tangan atau kerja tangan. perindustrian hal mengenai industri. ~ desa perusahaan yg dilakukan di rumah spt membuat bahan-bahan anyaman, tembikar, songket. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| industri | 1. perusahaan secara besar-besaran: negara ~ negara yg mendapat hasil yg banyak drpd industri-industrinya. 2. perusahaan kerajinan tangan atau kerja tangan. perindustrian hal mengenai industri. ~ desa perusahaan yg dilakukan di rumah spt membuat bahan-bahan anyaman, tembikar, songket dsb. | Kamus Pelajar |
| Orang Ulu | suku kaum peribumi di Sarawak yg terbahagi kpd banyak suku yg berbeza budaya dan bahasa mengikut daerah, penempatan atau kawasan perkampungan masing-masing, yg kebanyakannya tinggal di pedalaman, kuat berpegang pd adat, dan mahir dgn kerja tangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |