| kesaktian | kuasa atau kebolehan yg luar biasa: Kerana ~nya, dia tidak lut oleh sebarang senjata. 2 menaruh atau mempunyai kuasa yg luar biasa; mempunyai hikmat: keris ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| kesaktian | , kesakti ark sakti: mereka mem-punyai sifat-sifat ~ yg tidak dapat ditandingi lagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| jampi | kata-kata tertentu atau mantera yg diucapkan utk mendatangkan kesaktian (dpt menyembuhkan penyakit dll). menjampi membaca kata-kata tertentu atau mantera utk memberi kesaktian kpd sesuatu: Dukun itu sudah ~ air ini. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| jampi | kata-kata tertentu atau mantera yg diucapkan utk mendatangkan kesaktian (spt dpt menyembuhkan penyakit dll). menjampi membaca kata-kata tertentu atau mantera utk memberi kesaktian kpd sesuatu: Dukun itu sudah ~ air ini. | Kamus Pelajar |
| sakti | 1. = kesaktian kuasa yg di luar kemam-puan manusia dll biasa (kebal dll): masing-masing pun mencita ~nya pula lalu menjadi naga; 2. menaruh hikmat, mempunyai kuasa ghaib, bertuah, keramat: keris yg ~; menyaktikan 1. menjadikan sakti; 2. melaku-kan sesuatu dgn sakti; kesaktian, kesakti ark sakti: mereka mem-punyai sifat-sifat ~ yg tidak dapat ditandingi lagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tapa I | usaha utk membersihkan jiwa atau utk mencapai sesuatu maksud (kesaktian, kekebalan, dll) dgn cara berpantang makan, mengasingkan diri dll; ~ songsang tapa dgn bergantung di dahan kayu (dgn kaki ke atas dan kepala ke bawah); bertapa 1. mengasingkan diri di tempat yg sunyi dll (utk memperoleh kesaktian, kekebalan dll): maka kakinya diikatnya, kepalanya ke bawah, dgn demikian dua belas tahun lamanya ~; 2. bp menjalani hukuman penjara; 3. ki lama tidak keluar (tidak menampakkan diri); mempertapakan hendak memperoleh sesuatu dgn jalan bertapa; pertapaan 1. perihal bertapa; 2. tempat (orang) bertapa; pertapa orang yg bertapa, ajar-ajar, resi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sakti | kesaktian | Kamus DBP versi dalam Talian |
| keampuhan | kesaktian, kemujaraban: aku terbangun drpd ~ doa yg diucapkan oleh hati pasrah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sakti | 1 = kesaktian kuasa atau kebolehan yg luar biasa: Kerana ~nya, dia tidak lut oleh sebarang senjata. 2 menaruh atau mempunyai kuasa yg luar biasa; mempunyai hikmat: keris ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| ketuahan | 1. memperoleh tuah; 2. kesaktian (keris dll), keunggulan (kemuliaan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |