| akibatnya | akhirnya, hasilnya, kesudahannya: apakah ~ kalau kau terus berkelakuan begini? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| akibat | 1. kesan buruk drpd sesuatu peristiwa (perbuatan dll), kesudahan (yg tidak baik), padah: rakyat yg terpaksa menanggung pelbagai ~ peperangan; rumah tangga yg porak-peranda ialah antara ~ yg disebabkan oleh perjudian dan minuman keras; 2. disebabkan (didatangkan dsb) oleh, (sbg) kesudahan dr: kepalanya pening ~ minum arak; kerosakan besar harta benda ~ banjir; akibatnya akhirnya, hasilnya, kesudahannya: apakah ~ kalau kau terus berkelakuan begini? berakibat 1. berakhir dgn, berkesudahan: perkelahian itu ~ dgn kematian; 2. berpunca: suatu perbuatan yg ~ drpd yg lain; mengakibatkan mendatangkan akibat, menyebabkan terdapatnya atau berlakunya sesuatu peristiwa dll (yg buruk): serangan-serangan pengganas ~ beberapa anggota tentera keselamatan terbunuh; persengketaan yg mungkin ~ peperangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| penghabisan | 1. kesudahan, akhir: ~nya tiada siapa pun yg berjaya; 2. yg terkemudian sekali, akhir: sampailah hari ~ bulan puasa, esoknya sudah berhari raya; dialah yg ~ keluar dr rumah itu; 3. hujung: ~ jalan ini di tepi laut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| penghabisan | 1 kemudian sekali; terakhir: Dialah yg ~ sampai di situ. 2 kesudahan; akhir: ~nya tiada sesiapa yg berjaya dlm pertandingan itu. 3 bahagian yg terakhir (pd sesuatu yg panjang spt jalan, tali dsb); hujung: Dia berhenti di ~ jalan itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| kesimpulan | 1. ringkasan dr apa yg telah dibicarakan dll, inti atau isi dr keseluruhannya (karangan, syarahan, dll), kesudahan pendapat, ikhtisar: boleh pula disuruh kanakkanak membuat satu-satu ~ dr bacaannya; 2. keputusan: mahasiswa telah mengambil ~ mengecam tindakan Amerika Syarikat mengebom Vietnam Utara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| penghabisan | 1. kemudian sekali; terakhir: Dialah yg ~ sampai di situ. 2. kesudahan; akhir:~nya tiada sesiapa yg berjaya dlm pertandingan itu. 3. bahagian yg terakhir (pd sesuatu yg panjang spt jalan, tali dsb); hujung: Dia berhenti di ~ jalan itu. | Kamus Pelajar |
| kesudahan | 1. penghabisan, akhir, akibat: maka diceritakannya dr mula perbuatannya membunuh itu hingga sampai ~nya; 2. keputusan (drpd sesuatu), kesempurnaan, keselesaian; 3. akhirnya, kemudiannya: ~nya rumah di kawasan itu habis musnah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kesudahan | apa-apa yg berlaku sesudah sesuatu; penghabisan; akhir: Bagaimana ~ cerita itu? Mula-mula mereka bergurau-gurau, ~nya mereka berkelahi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| kesudahan | apa-apa yg berlaku sesudah sesuatu; penghabisan; akhir: Bagaimana ~ cerita itu? Mula-mula mereka bergurau-gurau ~ nya mereka berkelahi. | Kamus Pelajar |
| sudah | kesudahan apa-apa yg berlaku sesudah sesuatu; penghabisan; akhir: Bagaimana ~ cerita itu? Mula-mula mereka bergurau-gurau ~ nya mereka berkelahi. | Kamus Pelajar |