| komander | 1. pegawai tentera yg memerintah sesebuah pasukan atau operasi tentera; 2. pegawai kanan bertauliah dlm tentera laut yg pangkatnya setingkat di atas leftenan komander dan setingkat di bawah kapten (setaraf dgn leftenan kolonel dlm tentera darat dan tentera udara). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| komander | 1 ketua pasukan tentera dll. 2 pangkat pegawai tentera laut yg rendah sedikit drpd kapten: ~ udara pangkat pegawai tentera udara yg rendah sedikit drpd kapten udara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| komander | 1. ketua pasukan tentera dll. 2. pangkat pegawai tentera laut yg rendah sedikit drpd kapten: ~ udara pangkat pegawai tentera udara yg rendah sedikit drpd kapten udara. | Kamus Pelajar |
| komendur | IB 1. ketua pasukan, komander; 2. pegawai yg mengetuai pentadbiran (pengendalian) sesebuah pelabuhan, syahbandar; 3. pegawai yg mengetuai daerah, pegawai daerah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| leftenan | /léftenan/ 1 (pangkat) pegawai tentera bertauliah yg rendah sedikit drpd kapten: ~ jeneral (pangkat) pegawai tentera di bawah jeneral; ~ kolonel (pangkat) pegawai tentera yg tinggi sedikit drpd mejar; ~ muda (pangkat) pegawai tentera bertauliah yg paling rendah. 2 (pangkat) pegawai tentera laut yg tinggi sedikit drpd naib leftenan. ~ komander pegawai kanan bertauliah dlm Tentera Laut di bawah komander dan di atas leftenan (setaraf dgn mejar dlm Tentera Darat dan Tentera Udara). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| leftenan | (léftenan) 1. pangkat pegawai tentera bertauliah yg rendah sedikit drpd kapten; 2. pegawai rendah (bertauliah) dlm tentera laut; ~ jeneral (pangkat) pegawai bertauliah di bawah jeneral dan di atas mejar jeneral (dlm angkatan tentera); ~ kolonel (pangkat) pegawai bertauliah di bawah kolonel dan di atas mejar (dlm angkatan tentera); ~ komander pegawai kanan bertauliah dlm tentera laut di bawah komander dan di atas leftenan (setaraf dgn mejar dlm tentera darat dan udara); ~ muda pangkat yg paling rendah dlm tentera (bagi pegawai yg bertauliah). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kapten | kapten /kaptén/ 1 = ~ kapal ketua atau pemimpin kapal; nakhoda. 2 pegawai tentera darat yg berpangkat di bawah mejar tetapi lebih tinggi drpd leftenan. 3 pegawai tentera laut yg berpangkat di bawah komodor tetapi lebih tinggi drpd komander. 4 ketua dlm sesuatu pasukan (pasukan bola sepak dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| kapten | 1. (pangkat) pegawai bertauliah dlm tentera darat dan tentera udara yg kedudukannya setingkat lebih tinggi drpd leftenan dan setingkat lebih rendah drpd mejar; 2. (pangkat) pegawai bertauliah kanan dlm tentera laut yg kedudukannya setingkat lebih tinggi drpd komander dan setingkat lebih rendah drpd laksamana pertama (setaraf dgn kolonel dlm tentera darat dan tentera udara); 3. juruterbang kanan yg bertanggungjawab mengendalikan operasi sesebuah pesawat terbang awam; 4. = ~ kapal orang yg mengendalikan operasi kapal dagang atau kapal penumpang, nakhoda kapal; 5. orang yg mengetuai sesuatu pasukan permainan (spt bola sepak, hoki dsb), ketua pasukan; 6. orang yg diberi kuasa memimpin sesebuah pertubuhan, kumpulan dsb: pengurus merupakan ~ dlm sesebuah firma. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kapten | /kaptén/ 1. = ~ kapal ketua atau pemimpin kapal; nakhoda. 2. pegawai tentera darat yg berpangkat di bawah mejar tetapi lebih tinggi drpd leftenan. 3. pegawai tentera laut yg berpangkat di bawah komodor tetapi lebih tinggi drpd komander. 4. ketua dlm sesuatu pasukan (spt pasukan bola sepak dll). | Kamus Pelajar |