| berat netto | berat bersih (sesudah ditolak atau dibuang bungkusnya, kotaknya, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bertanda | 1. ada tandanya, bercap dgn (tanda nama dll): penutupnya ada ~ rusa, kotaknya dicetak dgn perkataan yg berbentuk lekuk dan warna-warni; 2. sudah bertunang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| netto | (nétto) IB setelah ditolak segala yg harus dibuang atau diketepikan (bkn pendapatan, gaji, berat sesuatu, dll), bersih; berat ~ berat bersih (sesudah ditolak atau dibuang bungkusnya, kotaknya, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berisi | 1. mempunyai isi, tidak kosong: bintit-bintit itu ~ nanah; padi tidak ~; 2. tidak kurus, gemuk: pemuda yg berbadan gempal ~; 3. = berisikan mengandungi, bermuat: baldi yg ~ air mandi; 4. mempunyai: aku hanya ~ dgn ilmu tanggapan pancaindera dan tanggapan akal; tidak ~ lagi, sudah tinggal kotaknya saja prb perihal orang yg dahulunya bagus tetapi kini tidak lagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| isi | 1. sesuatu yg termuat dlm sesuatu benda, kandungan: apakah ~ bakul itu?; berapa gelen ~ tong itu?; ~ surat; 2. inti sari, pati: dlm puisi ~ atau erti itu sama pentingnya dgn keindahan luar; ia cuba mengingat-ingat ~ bualan tadi; 3. bahagian (pd buah dll) yg bukan biji (yg dikandung oleh kulit): ~ durian ini tebal dan manis pula rasanya; ~ dada (hati, perut) perasaan atau fikiran; ~ kahwin mas kahwin (pemberian drpd bakal suami); ~ kampung (negeri dsb) penduduk kampung (negeri dsb); ~ perut a) kandungan dlm perut (badan manusia dll); b) segala yg tersimpan dlm hati (perasaan, fikiran, dsb); ~ rumah seluruh penghuni rumah; ~ lemak dapat ke orang, tulang bulu pulang ke kita prb orang lain mendapat senangnya, kita mendapat susahnya; bagai ~ dgn kuku prb perihal persahabatan yg sangat karib; seisi seluruh isi; ~ negeri seluruh isi negeri; ~ rumah seluruh isi rumah; berisi 1. mempunyai isi, tidak kosong: bintit-bintit itu ~ nanah; padi tidak ~; 2. tidak kurus, gemuk: pemuda yg berbadan gempal ~; 3. = berisikan mengandungi, bermuat: baldi yg ~ air mandi; 4. mempunyai: aku hanya ~ dgn ilmu tanggapan pancaindera dan tanggapan akal; tidak ~ lagi, sudah tinggal kotaknya saja prb perihal orang yg dahulunya bagus tetapi kini tidak lagi; mengisi menjadikan (sesuatu spt beg, botol, dll) berisi, memasukkan sesuatu supaya berisi, memuatkan atau mengambil tempat (ruang dsb) di sesuatu supaya berisi: ~ botol dgn air; buku-buku utk ~ perpustakaan; ~ adat a) menjalankan segala peraturan adat; b) memenuhi (kewajiban dll): budaya tidak lagi ~ keperluan individu dan utk kebahagian individu; tanggungjawab mereka utk ~ Dasar Bahasa Kebangsaan; ~ jawatan menempatkan pegawai pd (atau melantik seseorang memegang) jawatan yg kosong; ~ kemerdekaan melaksanakan hak-hak yg telah diperoleh dgn kemerdekaan; ~ waktu melakukan sesuatu supaya jangan terbuang waktu; mengisikan memasukkan (menaruh, menempatkan) sesuatu ke dlm (sesuatu bekas dll): minyak itu diisikan ke dlm botol; guru memberikan latihan-latihan spt ~ perkataan pd tempat-tempat yg kosong; terisi sudah (sedia, telah) diisikan, terpenuh: bakulnya ~ dgn seekor ikan kurau dan sayur kangkung; pulanglah perempuan muda itu dgn hajat yg ~; isian 1. benda yg diisi(kan); 2. ruang yg boleh diisi(kan), muatan, kapasiti; surat ~ borang; perisian = ~ komputer program atau atur cara komputer yg dapat digunakan dgn sistem komputer tertentu: doktor lebih mudah menentukan rawatan dan pencegahan penyakit jantung dgn menggunakan ~ komputer yg direka khas; ~ bersepadu perisian yg menggabungkan pelbagai ciri yg biasanya wujud secara berasingan dlm satu perisian yg besar dan bersepadu; ~ kongsi perisian atau dokumen yg diedarkan oleh pembuat perisian untuk dikongsi bersama oleh pengguna komputer; pengisian perihal atau perbuatan mengisi atau mengisikan; pengisi 1. orang (alat) yg mengisi; ~ pojok penulis ruangan sudut surat khabar; 2. sesuatu yg diisikan; ~ perut makanan dan minuman; ~ waktu pekerjaan dll utk mengisi masa lapang; 3. tempat utk mengisi: ~ dawai; 4. = angka ~ (Mat) angka-angka yg kalau didarabkan menghasilkan suatu jumlah: 1, 2 dan 3 ialah ~ bagi angka 6; ~ rata (Mat) angka yg menjadi pengisi utk lebih drpd satu nombor; ~ tunggal (Mat) angka pengisi yg tidak dapat dibahagi lebih lanjut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tanda I | 1. lambang atau simbol yg digunakan dlm tulisan yg mempunyai erti tertentu: kesilapan yg selalu dilakukan oleh kanak-kanak ialah meninggalkan ~ koma, noktah, seruan; 2. lambang dll yg digunakan utk mengenali (mengetahui, mengecam, dll) sesuatu; ~ pangkat tanda yg menunjukkan tingkatan dlm tentera dll; papan ~ papan nama sesuatu tempat (kawasan, syarikat, dsb); 3. perbuatan (suara dll) sbg isyarat, isyarat: ia mendehem sedikit akan jadi ~ bagi orang yg ada di atas rumah, bahawa ia telah datang; 4. alamat (akan berlakunya sesuatu dll): jika ada laki-laki yg dapat mengembalikan kepercayaanku yg telah rosak ini, maka itu ~nya aku akan mati; 5. barang apa yg menjadi keterangan sesuatu perbuatan, bukti: tidak ada ~-~ yg boleh dipegang yg menunjukkan ia mempunyai perhubungan dgn Kamal; 6. hal yg menunjukkan sesuatu (penyakit dll), gejala: ada tiga ~ utk mengenali penyakit baka sawan ini; ~ angka ganda (Mat) angka yg menunjukkan beberapa kali sesuatu angka digandakan; ~ baca = ~ bacaan tanda-tanda dlm tulisan (vokal pd huruf Jawi, noktah, koma, koma bertitik, dll); ~ bahagi tanda (÷) yg menun-jukkan bahawa sesuatu angka harus dibahagi; ~ bahaya tanda yg menunjukkan bahawa ada bahaya; ~ bertunang cincin dll yg menunjuk-kan seseorang itu telah bertunang; ~ beti bukti yg menunjukkan sesuatu kejahatan; ~ bukti penyataan telah berbukti; ~ cema bukti-bukti utk menuduh (mengadukan pd hakim); ~ cerai Id sempang utk memisahkan suku kata (huruf dll); ~ gambar Id lambang utk sesuatu parti atau calon dlm pilihan raya; ~ hayat = ~ hidup = ~ kenangan = ~ mata barang pem-berian utk peringatan; ~ hormat isyarat utk menghormati seseorang; ~ koma (,); ~ kali (darab) (×); ~ kurung ( ); ~ kurung dakap { }; ~ kurung siku [ ]; ~ kutip = ~ petik Id tanda pembuka kata (dlm tulisan “...”); ~ lahir tompok yg biasanya berwarna merah atau coklat pd kulit seseorang sejak lahir; ~ mati tanda º pd tulisan Arab yg menunjukkan bahawa sesuatu huruf itu mati; ~ niaga simbol (logo) atau perkataan yg telah didaftar mengikut undang-undang sbg tanda kepunyaan (hak) sesuatu kilang pembuatan (orang perseorangan dsb); ~ panah tanda penunjuk (®); ~ pangkat tanda yg menunjukkan pangkat (dlm tentera dll); ~ penghubung sempang utk menghubungkan suku kata (kata); ~ peringatan barang yg dipakai sbg peringatan; ~ perpuluhan tanda desimal; ~ pundak tanda pangkat pd bahu; ~ selar cap besi bakar (pd kulit); ~ serah wang perbelanjaan perkara menurut adat; ~ seru = ~ seruan (!); ~ tambah Id = ~ campur (+); ~ soal (?); ~ sudut (<); ~ tanya Id a) tanda soal; b) hal yg belum terang lagi (yg masih memerlukan penjelasan); ~ terima (penerimaan) surat tanda telah menerima wang dll, resit; ~ tinggi tanda yg menyatakan tinggi tempat (dr aras laut) dlm peta; bertanda 1. ada tandanya, bercap dgn (tanda nama dll): penutupnya ada ~ rusa, kotaknya dicetak dgn perkataan yg berbentuk lekuk dan warna-warni; 2. sudah bertunang; bertanda-tandaan bertukar cincin tanda (sbg bukti sudah bertunangan); menandai 1. membubuh tanda pd sesuatu (supaya dapat dikenali), memberi bertanda, menunjukkan (dgn tanda dll), membubuh cap, dll: mana-mana yg amat penting isinya, lalu dinyatakannya atau ditandai, supaya segera diperlihatkan kpd tuannya; 2. membubuh tandatangan, menandatangani (surat dll); 3. mengetahui atau mengenali sesuatu (dgn melihat tanda-tandanya), mengecam: hal ini boleh ditandai dgn rasa mual, sakit pinggang, sesak nafas, kaki membengkok, dsb; 4. memerhati (melihat) dgn teliti, mengamat-amati: marilah engkau kutandai supaya engkau kukenal; 5. mencatat supaya diketahui: pukul lapan pagi, cikgu mulai ~ kedatangan kanak-kanak; menandakan 1. menyatakan atau menunjukkan (bahawa), menjelaskan: kerusi-kerusi rotan telah kelihatan buruk ~ tidak berapa dijaga; 2. menjadi tanda (isyarat), memberi alamat bahawa: ia berdiam diri itu ~ bahawa ia sangat marah; 3. memberitahukan dgn menggunakan tanda (isyarat), membubuh tanda supaya diketahui (dimaklumi dll): panduan jalan raya ditandakan dgn papan-papan tanda; 4. membuktikan dgn: tidak ada buktinya ~ ia berdosa; tertanda 1. dibubuh tanda; 2. ditandatangani; pertandaan alamat, gelagat, isyarat; penandaan perihal menandai: titik digunakan utk menggantikan koma dlm ~ perpuluhan di Indonesia; petanda, pertanda 1. tanda, alamat: pertumbuhan badan-badan kesatuan sekerja merupakan ~ baik bagi membela nasib pekerja-pekerja; 2. (Palembang) ark pemberian ketika bertunang; penanda apa yg digunakan sbg tanda, sesuatu yg menandakan: lepaskan pula air dr dlm buret itu hingga sampai pd paras kertas ~ tabung uji kosong ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |