| lengah | /léngah/ 1 tidak cepat; lambat. 2 kurang peduli; lalai; cuai. berlengah-lengah 1 membuat sesuatu dgn perlahan-lahan; berlambat-lambat; berlama-lama: Dgn tidak ~ lagi, dia pun terjun ke dlm sungai utk menyelamatkan budak itu. 2 berbuat sesuatu utk melalaikan; berleka-leka: Dia ~ bermain catur. melengah-lengah melakukan sesuatu utk menghibur-hibur hati dsb. ~ hati menghibur hati. ~ waktu mengisi waktu terluang dgn mengerjakan sesuatu. melengahkan melakukan sesuatu supaya lambat; melalaikan; melambatkan. kelengahan hal atau keadaan lengah: ~nya telah menyebabkan dia didenda oleh guru. pelengah orang yg selalu lambat atau lalai dlm pekerjaannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| kelembapan | 1. perihal lembap (tidak kering): kabusnya tebal kerana ~nya tinggi; 2. perihal lambat atau kurang mencapai kemajuan, perihal lembap (tidak cerdas, lemah, lembam), kelemahan, kelembaman: ~ industri perikanan di negara ini mula dikesan pd awal tahun 1980-an; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| lamban | Mn tidak cepat (bekerja dll), tidak cergas, kelesa, lambat, lemah: dgn ~, dikatupnya kembali tingkap cermin itu; kelambanan keadaan lamban: ~ plot novel itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| padi I | 1. sj tumbuhan (rumput yg buahnya dijadikan beras), Oryza spp.; 2. buah pokok padi; ~ bendang (paya, sawah) padi yg ditanam di tempat yg berair; ~ berat (dalam, lambat) padi yg lama baru berbuah, padi yg lambat berbuah; ~ berdukung padi yg kembar buahnya dan dianggap bertuah; ~ bibit padi yg bakal disemai; ~ bukit (gogo, huma, ladang) padi yg ditanam di tempat yg tidak berair; ~ burung sj tumbuhan (rumput) yg biasanya tumbuh di sawah, Echibochloa crusgalli; ~ cerai padi yg cepat berbuah dan kecil-kecil buahnya; ~ kernap padi semaian utk menggantikan pokok yg mati; ~ ketam padi pulut; ~ kunca peminjaman wang oleh petani dgn perjanjian akan dibayar dgn padi apabila masak nanti; ~ lekas (radin, ringan) padi yg cepat berbuah; ~ Mahsuri sj padi kacukan (antara padi dr Taiwan dgn padi dr Kedah) yg menghasilkan tanaman dua kali setahun; ~ Malinja sj padi kacukan (antara padi Malaysia, India dan Jepun) yg menghasilkan biji padi yg besar; ~ pulut (sipulut) padi yg berasnya melekat-lekat (biasanya dibuat penganan dll); ~ rambai Kd sj padi yg panjang, berwarna putih (tidak lagi ditanam sekarang); ~ usang a) padi yg lama tersimpan; b) Kl orang tua yg berpengalaman banyak; ~ dikebat dgn daunnya prb mengusahakan sesuatu tidak dgn modal lain tetapi dgn bahagian usaha itu jua; ~ masak jagung mengupih prb keuntungan yg diperoleh dgn berlipat ganda; ~ segenggam dgn senang hati, lebih baik drpd ~ selumbung dgn bersusah hati prb kesenangan hati lebih berharga drpd kekayaan; ~ sekepuk hampa, emas spt loyang, kerbau sekandang jalang prb perihal seseorang yg nampaknya kaya tetapi sebenarnya miskin; ~ selumbung dimakan orang banyak prb hiburan kpd isteri drpd seorang suami yg beristeri lebih drpd satu; ~ setangkai bernas semuanya prb keluarga yg bahagia dan beruntung semuanya; baik membawa resmi ~, jangan membawa resmi lalang = spt buah ~, makin berisi makin rendah, jangan spt lalang, makin lama makin tinggi = spt ilmu ~ kian berisi kian runduk prb semakin berilmu atau tinggi pangkat semakin merendahkan diri (tidak sombong); bukan tanahnya menjadi ~ prb bukan tampannya akan jadi orang baik-baik; jika ada ~, tentu ada hampanya = jika ada ~ berhampalah, jika ada hati berasalah prb siapa yg berasa tersindir, dialah yg berbuat sbg yg disindirkan itu; jika kasih akan ~, buangkanlah akan rumput prb jika kasihkan anak isteri, berhentikanlah drpd mengasihi orang lain; menyisip ~ dgn bilalang (lalang) prb mencampurkan yg baik dgn yg jahat, akhirnya musnahlah yg baik itu; spt ~ hampa, makin lama makin mencongak prb orang sombong yg tidak berilmu, makin lama semakin tinggi cakapnya; tak ada ~ yg bernas setangkai prb tidak ada sesuatu yg sempurna segala-galanya; berpadi 1. mempunyai padi; 2. bertanam (bersawah, berladang) padi; musim beremas kemas, ~ menjadi prb orang berharta dapat mencapai apa yg dikehendakinya; padi-padian segala tumbuhan (rumput) jenis padi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| lelah II | Mn; selelah sejauh, setakat mana jauhnya: ~ burung terbang; melelah mengejar, menghambat: biar lambat asal selamat, bagaimana gunung dilelah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| hal I | 1. keadaan, kejadian, peristiwa: kita dapat mengetahui ~ keadaan di sekeliling kita dgn lima pancaindera kita; demikianlah ~nya (dgn) demikianlah keadaannya (dgn); lain ~ nya (dgn) lain keadaannya (dgn); 2. masalah, perkara, soal, urusan: ia tidak ada masa utk memikirkan ~ orang lain; pertanyaan itu biasanya mengenai ~ yg kurang difahami; seorang yg ahli dlm ~ bank; 3. asal mula, kerana, sebab: apa pula ~nya maka ia lambat datang; oleh ~ itu oleh sebab itu; 4. = tentang ~ tentang, mengenai, darihal, perihal: ~ makanan binatang akan kita bicarakan nanti; majlis ceramah ~ pembangunan masyarakat luar bandar; 5. sl daya, fikiran, ikhtiar, muslihat, dll: apalah ~ku hendak berjumpa dgn suamiku; jikalau ia datang, apa ~ kita? 6. halangan: risiko dan kos tenteranya dlm peperangan tidak menjadi ~; 7. perkara: dlm ~ ini, mungkin terdapat perselisihan berhubung dgn matlamat dasar luar negara; ~ ehwal berbagai-bagai hal (keadaan, perkara, dll); ada ~ ada sesuatu (yg terjadi, yg akan dibicarakan, dll); ambil ~ mempedulikan; membawa ~ (masing-masing) dgn urusan sendiri-sendiri; tidak jadi ~ tidak apa-apa (tidak keberatan dll); berhal ada sesuatu hal (halangan, kesulitan, urusan, dll): jika ada orang yg ~ dan minta pertolongan kepadanya maka diterimanya dgn senang hati; dia ~ sebab itu dia tidak dapat datang; mengehalkan 1. mengisahkan, menceritakan (tentang): kesemua majalah itu ~ filem; 2. memperlakukan: hai Rawana, apa juga engkau pohonkan kpd Allah, maka engkau ~ dirimu demikian ini; terhal terhenti kerana halangan (terhalang, tertahan, dll): perkara itu sudah lama ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tindak | 1. Jw langkah: ia bangun sambil berjalan se~ demi se~ kembali ke kerusinya; 2. perbuatan, perlakuan; ~ pidana perbuatan jenayah (kejahatan); ~-tanduk a) segala tingkah laku (perbuatan, kelakuan); b) sepak terajang; bertindak menjalankan usaha (kegiatan dll) utk sesuatu, mengambil langkah-langkah dsb utk mengatasi (menyelesaikan, menentang, dsb) sesuatu, berbuat, berlaku: ia mahu berfikir panjang sebelum ~ apa-apa; ia bersetuju ~ sbg perantaraan utk menyelesaikan pertelingkahan itu; ~ sendiri berbuat (melakukan) sesuatu menurut kehendak sendiri; menindak ark melakukan sesuatu terhadap; menindakkan melakukan, melaksanakan, menjalankan: ~ kekerasan; tindakan 1. peraturan dll (yg dilaksanakan), langkah yg diambil (utk mengelakkan, mengatasi, dsb sesuatu): perintah berkurung merupakan ~ yg berkesan utk mencegah merebaknya rusuhan; mengambil ~ a) me-laksanakan (mengadakan) peraturan-peraturan sbg mencegah atau menyelesaikan sesuatu; b) bertindak; 2. perbuatan, sesuatu yg (telah) dilakukan: negara Komanwel telah mem-bincangkan ~ kerajaan Rhodesia Selatan mengisytiharkan kemerdekaannya tanpa persetujuan kerajaan Inggeris; ~ pentadbiran (Udg) tindakan yg perlu dilaku-kan utk melaksanakan dasar dan maksud perundangan; ~ perusahaan tindakan spt mogok dan bekerja lambat-lambat, yg diambil oleh para pekerja kerana tidak berpuas hati terhadap kadar gaji yg diterima, suasana kerja dsb; ~ susulan langkah (gerakan dsb) yg diambil (dilakukan) selepas mendapat mak-lumat (laporan dsb) atau berikutan drpd sesuatu; ~ tatatertib hukuman yg dikenakan terhadap seseorang yg melanggar peraturan tatatertib perkhidmatan, organisasi dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| lembap | 1. masih basah (mis tuala, tanah, dll), tidak kering: kain baju yg dijemur itu masih ~; jalan masuk ke kedai itu ~ dan becak; 2. tidak rancak (suara, bunyi-bunyian, dll), tidak nyaring, kendur, tawar; 3. lambat atau kurang mencapai kemajuan (dlm pelajaran), tidak cerdas, lemah, lembam: Salimlah satu-satunya budak yg ~ dlm pelajaran, tetapi dia petah bercakap; jika peruncit membeli keluaran yg tidak diminati oleh para pelanggan, perniagaannya akan mengalami masalah jualan yg ~ dan mengalami kerugian; melembap menjadi lembap (kulit dsb): peringkat penjagaan kulit, iaitu membersih, menyegar dan ~; melembapkan menjadikan (menyebabkan) lembap: tanah yg terlalu kering perlu dilembapkan terlebih dahulu; lembapan sesuatu (bahan dsb) yg lembap; kelembapan 1. perihal lembap (tidak kering): kabusnya tebal kerana ~nya tinggi; 2. perihal lambat atau kurang mencapai kemajuan, perihal lembap (tidak cerdas, lemah, lembam), kelemahan, kelembaman: ~ industri perikanan di negara ini mula dikesan pd awal tahun 1980-an; pelembapan perihal (tindakan dsb) menjadikan lembap: pertama pembersihan, penyegaran dan ~ muka; pelembap (bahan dsb) yg melembapkan (kulit dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| lain | 1. tidak sama (hal, keadaan, dll), berbeza, asing: ia tidak mahu membaca buku ~; ~ orang bukan orang yg sama; tak ~ dan tak bukan hanya; 2. tidak kira atau termasuk (dlm hitungan, kumpulan, dll), kecuali: tiap-tiap orang mesti berpuasa ~lah kalau uzur; ~ drpd itu di samping itu; ~ drpd yg ~ tidak sama dgn yg lain, tidak ada yg sama dengannya; ~ tidak hanya itu sahaja; ~ orang ~ pendapatnya tidak sama pendapat antara seseorang dgn seorang yg lain: ~ yg..., ~ yg... tidak menepati (permintaan, suruhan, arahan, dll): ~ yg disuruh, ~ yg dibuat; selain 1. hanya, kecuali: ia tidak dapat berbuat apa-apa ~ membiarkan sahaja; 2. di samping, bersama-sama dgn: ~ ceramah, diadakan juga pembacaan sajak; selainnya 1. seterusnya, selanjutnya; 2. yg lainnya; berlain tidak sama (pendapat, kelakuan, dll), berbeza, berselisih: apa yg terjadi ~ dgn yg dicita-citakan; berlainan, berlain-lain, berlain-lainan tidak sama, berbeza, berbagai-bagai (gaya, corak, dll): aku nampak ayahmu itu bersikap ~ drpd sehari-hari; cakap mereka berlain-lainan; keberlainan keadaan yg berlain, perubahan sikap: ~nya sangat ketara; melaini ark tidak mengikuti (peraturan, undang-undang, dll), menyalahi: ~ kebiasaan; melainkan 1. hanya, dikecualikan: masa bekerja ialah waktu siang sahaja ~ ketika kecemasan; 2. sebaliknya (bertentangan dgn maksud asal), tetapi: orang itu tidak menjawab, ~ berjalan lambat-lambat arah ke dangau itu; 3. melakukan perkara yg lain, membezakan, mengasingkan: ~ kpd Allah Taala tuanku serahkan paduka cucunda kedua itu; ~ anak tiri drpd anak kandung; memperlainkan membuat atau menjadikan berbeza drpd yg lain; kelainan 1. perihal berbeza drpd, perbezaan; 2. sesuatu yg tidak menurut kebiasaan atau yg berbeza drpd sesuatu yg lain: penyimpangan ini bertujuan utk mempelbagaikan teknik pengolahan supaya wujud ~ drpd cerpen-cerpen yg sedia ada; dikelainkan ark tidak disamakan dgn yg lain, dikecualikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tentu | 1. sudah tetap, tidak berubah-ubah, pasti, teratur: belum ~ dia datang hari ini; bas itu tidak ~ tibanya, adakala lambat adakala cepat; 2. sudah tidak ragu-ragu lagi, sudah ketara (ketahuan) benar, tidak syak lagi, jelas, nyata, terang: ~lah sajak ini tidak baik kerana apabila dibaca bunyinya berbeza; 3. tidak boleh tidak, mesti, nescaya, pasti: ~ mereka akan bersusah hati apabila mendengar berita kemalangan itu; bertentu 1. sl sudah tentu (ketahuan, pasti, tentu, tetap): setelah ~lah segala menteri dan hulubalang, maka Maharaja Balikasha pun kararlah dlm negeri Biru Hasha Purwa; 2. sl yg ditetapkan (dipersetujui): jika lambat dr empat bulan kita datang, hendaklah Bendahara menyuruh orang yg ~ pergi mendapatkan kita; 3. berbincang atau bermesyuarat utk menetapkan sesuatu, berunding: Wan Abdul Rahman pergi ke Singapura ~ dgn beberapa orang saudagar; bertentu-tentu jelas-jelas, nyata-nyata, terang-terang; bertentukan sl mengambil tahu (peduli) akan, mengatur, menyusun (supaya elok): setelah sudah berhimpunlah segala rakyat maka Maharaja Balikasha pun berbaiki negeri Biru Hasya Purwa dan ~ segala rakyat; menentu; tidak ~ tidak keruan (teratur, tetap, dll), tidak tentu; menentui Mn 1. memeriksa (supaya ke-tahuan), mengusut, menyelidiki; 2. menanyakan (bagaimana halnya dll), mengambil tahu: ~ nasib anak buahnya; 3. pergi menengok (orang sakit dll), menjenguk; 4. menyelesaikan (hutang), menjelaskan; menentukan 1. menetapkan, memastikan: sudah ditentukan demikian oleh Tuhan; 2. memberi kepastian (keputusan), memutuskan: dia tidak pernah dibawa mesyuarat dlm hal ~ siapa yg akan menjadi jodohnya; 3. memberi tafsiran (makna tentang sesuatu), memberi definisi, mentakrifkan: setiap simbol yg digunakan dlm kamus hendaklah ditentukan maksudnya; 4. membuat kesimpulan, membuat keputusan drpd: kita tidak mempunyai bukti yg cukup utk ~ dia yg bersalah; 5. memberi keterangan yg tentu, menerangkan, mengesahkan: jikalau orang itu gempar kehilangan kerbaunya, katakan aku tahu bertenung ~ di mana tempat kerbau itu berada; 6. mewajibkan, memestikan: adapun mualim darat itu telah ditentukan membawa kapal itu masuk dgn selamatnya ke Judah, dibayar empat puluh ringgit; 7. menguruskan (supaya sempurna), mengaturkan: dia pergi berunding dgn kapten-kapten kapal lainnya di Halifax utk ~ acara-acara pelayaran kami; tertentu 1. sudah ditentukan, sudah tentu (pasti, nyata, terang): polis mempunyai tugas yg ~ dlm masyarakat; 2. utk menyatakan sesuatu yg tidak disebutkan namanya (tempat-nya dll): ada golongan-golongan ~ yg mahu memecah-belahkan rakyat; ketentuan 1. sesuatu yg tentu atau yg telah ditentukan, keputusan yg muktamad, ketetap-an: sbg hasil drpd perjanjian tersebut satu ~ harga tetap bagi lada hitam telah diper-setujui; 2. sesuatu yg sudah tentu (tidak diragu-ragukan lagi), kepastian: dia mahu meminjam wang itu kalau ada ~ labanya; 3. tentu atau tetap (tidak berubah-ubah), beraturan: kau Lamit orang muda, makan minum tidak ~, sebab itu bukankah baik berumah tangga; berketentuan; tidak ~ a) tidak ada ketentuannya, tidak mendapat sebarang keputusan, tidak ada kepastian: rundingan kita tadi tidak ~ lagi; b) tidak teratur (tentu), tidak keruan, berkecamuk: buku-buku tidak ~; ketidaktentuan perihal (keadaan dsb) yg tidak tentu, ketidakpastian: ini adalah suatu gambaran tentang adanya ~ cuaca atau suasana alam; penentuan perihal menentukan, penetapan, pemastian: orang masuk syurga atau neraka adalah ~ drpd Tuhan; penentu yg menentukan: Allah sbg Pencipta dan P~ segala kejadian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |