| rampaian | 1. campuran berbagai-bagai macam, rampai-rampai: jagung muda pun ada utk dijadikan ~ sayur; 2. latihan berbagai-bagai pelajaran sekolah: kanak-kanak akan lebih mundur dlm ~nya jika mereka dipaksa me-nulis sambung; ~ sains berbagai-bagai macam pengetahuan sains (sains am); buku ~ buku yg digunakan utk menulis (menjawab) latihan di sekolah; kerja ~ berbagai-bagai kerja (latihan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| diploma | (sijil) kelayakan yg biasanya lebih rendah tarafnya atau lebih khusus sifatnya drpd ijazah: dia baru lulus drpd latihan pertanian dan ~nya terpampang di dinding rumahnya; dia mengikuti kursus ~ pendidikan di Universiti Malaya; berdiploma sudah mendapat diploma. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| keunggulan | perihal unggul, kelebihan (drpd yg lain), keistimewaan, keutamaan: seniman harus juga berlatih dgn sabar, ~nya sebaha-gian besar adalah berkat latihan dan ke-sabaran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| khusus | (jamak bagi khas) khas, istimewa (utk seseorang atau sesuatu), tidak umum: kursus-kursus dan latihan itu ~ utk kaum wanita; persidangan pegawai-pegawai itu diadakan utk membincangkan masalah ekonomi, ~nya ekonomi luar bandar; badan-badan ~ badan utk tujuan (tugas, tanggungjawab, dll) yg tertentu; mengkhusus menjadi khusus, menjadi (merupakan) sesuatu yg bersifat khusus: teknologinya berkembang dgn sangat pesat dan ~; ~ kpd menuju kpd, menjadi tertumpu kpd, menumpu kpd; mengkhususi menumpukan usaha kpd bidang atau aktiviti tertentu: penyelidik-penyelidik yg ~ bidang geofizik; mengkhususkan menjadikan khusus (utk orang atau sesuatu yg tertentu), mengistimewakan, mengekhaskan: ia ~ diri dlmbidang kebudayaan; tempat yg dikhususkan bagi para jemputan khas; terkhusus terkhas, teristimewa, tertentu (utk sesuatu); kekhususan 1. perihal (sifat dsb) khusus: ~ sesuatu ilmu pengetahuan; 2. sesuatu yg (bersifat) khusus; pengkhususan perihal menjurus dlm sesuatu bidang; berpengkhususan mempunyai pengkhususan: syarikat tersebut berkecimpung dan ~ dlm bidang reka bentuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pusat | 1. lekuk di tengah-tengah perut (bekas tempat usus berhubungan dgn uri ketika baru lahir): maka dikerat ~nya lalu dibedung dgn kain putih; tali ~ usus yg menyambungkan perut bayi dgn uri; 2. = pusatan titik yg di tengah-tengah sekali (pd bulatan, lingkaran rajah, dll); garis(an) ~ garis(an) yg di tengah-tengah; 3. kawasan (daerah) yg letaknya di tengah-tengah benar: Masjid Negara letaknya di ~ Kuala Lumpur; 4. punca atau tumpuan berbagai-bagai kegiatan dll, tempat yg menjadi punca segala aktiviti, tempat terdapatnya atau berlakunya pelbagai kegiatan dsb yg utama atau tertentu: Kuala Lumpur ialah ~ pentadbiran negara; Universiti haruslah menjadi ~ pengajian tinggi dan kegiatan kebudayaan nasional; ~ penjagaan kanak-kanak dan bayi; ~ kesihatan; kantor ~ Id ibu pejabat; kerajaan (pemerintah) ~ kerajaan negeri (daerah), kerajaan nasional; pemimpin ~ pemimpin yg terutama (dlm syarikat dll), pemimpin di peringkat kebangsaan; 5. Id kerajaan atau pemerintah pusat; kuasa ~ kuasa kerajaan pusat; ~ air bahagian tengah pusingan air yg berupa lekuk; ~ alam (bumi) bahagian tengah alam (bumi); ~ belia tempat belia berkumpul; ~ berat titik tempat tumpuan semua berat (sesuatu benda); ~ hemodialisis tempat para pesakit buah pinggang menjalani proses pembersihan darah; ~ jala pertengahan jala; ~ jalan tempat tumpu jalan dr berbagai-bagai hala (dlm bandar); ~ kesihatan (bidan) klinik; ~ latihan tempat diadakan latihan; ~ pemerintahan (kerajaan) tempat yg jadi pokok kedudukan pemerintahan negara; ~ pengajian (tinggi) = ~ ilmu pengetahuan sekolah (tinggi), institut, dll; ~ penyelidikan (percubaan) tempat diadakan penyelidikan; ~ perhatian (pemerhatian) objek yg jadi tumpuan perhatian; ~ perusahaan tempat yg jadi pokok kedudukan perusahaan; ~ serenti tempat pemulihan orang yg bermasalah, terutamanya yg berkaitan dgn penagihan dadah; ~ tali air tempat kawalan bekalan air; ~ tenaga elektrik (listrik) Id kilang pembangkit elektrik; ~ jala pumpunan ikan prb orang yg menjadi tempat memulangkan sekalian hal ehwal dlm sesuatu kaum (sesuatu pekerjaan); sepusat (Mat) sama (satu) titik yg di tengah-tengah (pd bulatan): bulatan ~; berpusat 1. seluruhnya berpunca (drpd), semuanya ditujukan atau dikumpulkan (di, pd), bertumpu (pd): kebanyakan cerita yg dikemukakannya ~ pd tema yg sangat sederhana dan biasa sahaja; perbualan mereka biasanya ~ pd soal kenaikan harga barang-barang; 2. mempunyai pusat (di), berkedudukan (di): Yamtuan itu di bawah pengaruh Kompeni Belanda yg ~ di Betawi; berpusatkan mempunyai pusat di: berkurangnya pengaruh kehidupan secara feudal yg ~ istana; memusat menumpu, mengarah, menuju: fikirannya lebih memberat dan lebih ~ pd soal lain; memusatkan mengarahkan (mengumpulkan, menujukan, dll) ke suatu tempat (perkara, titik, dll): Malaysia ~ ekonominya kpd pengeluaran getah dan bijih timah; apabila menjadi khalifah ia meninggalkan perniagaannya dan ~ seluruh tenaganya utk mengembangkan agama Islam; sebahagian drpd kekuatan tentera dipusatkan di sempadan; terpusat diletakkan di bawah kawalan pusat: organisasi perniagaan dlm bentuk ~; pusatan ark pusat; pemusatan perbuatan memusatkan: Sultan Perak menentang ~ yg terlalu ditegaskan di Kuala Lumpur; ~ penduduk ke bandar-bandar besar berlaku sejak lepas Perang Dunia Kedua; ~ angkatan perang di sempadan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| susah | 1 rasa tidak puas hati kerana mengalami kesulitan dll; rasa tidak senang: Jika anakanda ~ tinggal di bandar, pulanglah ke kampung. ~ hati tidak senang hati; sedih; dukacita. 2 tidak mudah melakukannya (mendapatkannya; mencarinya dll); sukar; sulit: Latihan yg dijalani itu amat ~ dan berat. ~ payah berbagai-bagai kesulitan atau kesukaran. 3 serba kekurangan; miskin; papa: Kita hendaklah menolong orang-orang yg ~. bersusah melakukan sesuatu dgn susah payah; berpenat lelah mengerjakan sesuatu: Tak usahlah kamu ~ menolong kami. ~ hati berasa susah hati; berdukacita. menyusahkan 1 menyebabkan menjadi susah; menyukarkan; menyulitkan: Aku lebih suka hidup sendiri kerana aku tidak mahu ~ kedua-dua ibu bapaku lagi. 2 menyebabkan berasa susah hati; mendukacitakan; menyedihkan: Jika ada sesuatu yg ~ adinda, ceritakanlah kpd kakanda. kesusahan 1 keadaan susah; sesuatu yg susah; kesukaran; kesulitan: Sesiapa yg mengembara ke sana akan mengalami berbagai-bagai ~ dan bahaya. 2 menanggung atau menderita susah: Dlm musim kemarau yg berpanjangan, ramai yg ~ dlm mengharung hidup. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| praktik | 1. perbuatan melaksanakan teori (keyakinan dll), pelaksanaan: biarpun cinta pd teorinya tidak dibatasi oleh kaya miskin, tetapi pd ~nya begitu; 2. perihal melakukan (menjalankan) pekerjaan profesional (doktor, peguam dll): sudah bertahun-tahun dia membuka ~; mempraktikkan menjalankan spt yg tersebut dlm teori dll, melaksanakan, mengamalkan, melakukan: sekarang mereka cuba ~ apa yg mereka pelajari di Pusat Latihan Perguruan dahulu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| rampai | 1. campuran berbagai-bagai, gabungan bermacam-macam; bunga ~ a) campuran berbagai-bagai bunga dan daun-daun yg harum; b) himpunan berbagai-bagai cerita (petikan drpd cerita dll); minyak ~ campuran berbagai-bagai minyak wangi; rumput ~ berbagai-bagai rumput; 2. bp bahan utk dijadikan campuran, bahan utk dicampurkan, perencah: jagung muda pun ada utk dijadikan ~ sayur; rampai-rampai campuran berbagai-bagai macam: cerita ~; merampai 1. membuat berbagai-bagai (bermacam-macam) latihan sekolah: bila sudah ~ dan semua jawaban diperiksa, cikgu memuji-muji murid yg banyak betul; 2. mencampur bahan-bahan dlm masakan (lauk, gulai, dll), merencah: sambal tumis yg dirampai dgn kacang panjang; gulai ikan yg dirampai dgn terung; merampaikan mencampur berbagai-bagai bunga; ~ khabar menyiarkan (menyebarkan) berbagai-bagai khabar; rampaian 1. campuran berbagai-bagai macam, rampai-rampai: jagung muda pun ada utk dijadikan ~ sayur; 2. latihan berbagai-bagai pelajaran sekolah: kanak-kanak akan lebih mundur dlm ~nya jika mereka dipaksa menulis sambung; ~ sains berbagai-bagai macam pengetahuan sains (sains am); buku ~ buku yg digunakan utk menulis (menjawab) latihan di sekolah; kerja ~ berbagai-bagai kerja (latihan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sempurna | 1. tidak ada cacat celanya (ke-kurangannya): iman yg ~ dan pekerti yg baik itulah yg kekal; hidup yg ~; 2. lengkap, tidak ada kekurangan: tidaklah ~ bagi seseorang itu menulis sejarah negeri-negeri Melayu jika buku itu tidak digunakan; anggota badan-nya tidak ~; 3. baik lagi teratur (latihan dll): upacara itu dilangsungkan dgn cukup ~; 4. sudah selesai (tamat) dgn selamat atau sebaik-baiknya: ~lah sudah tugasnya sbg seorang anak yg telah berjasa kpd ibunya; 5. baik sekali, sesuai: saat yg ~; menyempurnakan 1. menjadikan sempurna atau lengkap (tidak ada cacat celanya dll): mereka sedang berusaha utk ~ enjin hasil ciptaan mereka; 2. melakukan (mengerjakan) sesuatu hingga selesai atau tamat, mengurus-kan hingga selesai segala-galanya dgn sem-purna: ia mengucapkan terima kasih kpd para tetamu yg telah datang ~ perkahwinan anak-nya; 3. menunaikan (perjanjian dll), memenuhi (tugas, permintaan, dll): hendaklah kamu ~ segala kewajiban yg telah disuruh oleh guru; kakanda pun bermohonkan izin adinda, kakanda hendak ~ perjanjian kakanda itu; 4. (Mat) menyelesaikan (sesuatu masalah dll), mencari jawaban kpd: sempurnakan ganda dua bagi x2 + 8x dan y2 - 10y; kesempurnaan perihal sempurna (lengkap, teratur): mencari ~ jiwa dgn membuat ke-bajikan; penyempurnaan perbuatan (usaha dsb) menyempurnakan (menyelesaikan, melengkapkan, menunaikan, dll) sesuatu: ejaan Suwandi merupakan penyederhanaan dan ~ terhadap ejaan Van Ophuysen yg berlaku sejak tahun 1901; seniman mencipta suatu situasi yg berhubungan dgn masa depan yg segala-galanya memperlihatkan ~ kpd ke-inginannya; penyempurna orang dll yg menyempurna-kan (sesuatu): justeru itu manusia masih lagi berfungsi sbg ~ kpd sesuatu kehendak dan keperluan orang lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kerja | 1. usaha (kegiatan, urusan) yg bertujuan utk menghasilkan (menyelesaikan, menyediakan, dsb) sesuatu: beberapa minggu lagi selesailah ~ membesarkan jalan itu; banyak lagi ~ yg perlu dibuat utk menyambut ulang tahun kemerdekaan; 2. = pekerjaan sesuatu yg diusahakan (dilakukan berterusan) kerana mencari nafkah: ~nya yg baru ini menjadikan hidupnya agak senang; mencari ~ berusaha utk mendapatkan jawatan atau tugas-tugas yg menghasilkan pendapatan (secara berterusan); 3. (segala) tugas atau urusan (yg telah ditentukan sbg tanggungjawab), kewajiban, peranan: pastikan supaya dia menjalankan segala ~nya dgn memuaskan; anggota pertubuhan ini hendaklah menjalankan ~ masing-masing; 4. sesuatu (apa sahaja) yg dilakukan, perbuatan: setiap hari itulah saja ~nya, menghabiskan masa dgn kawan-kawannya; 5. bp = bekerja: awak tidak ~ hari ini?; ~ siang malam manakan tak teruk badan; ~ amali kerja mempraktikkan (melakukan) apa yg tersebut dlm teori; ~ bakti kerja yg dilakukan utk kepentingan negara atau orang ramai (bukan utk mendapatkan bayaran); ~ borong kerja yg pembayarannya didasarkan pd keseluruhan kerja yg terlibat (bayarannya setelah selesai seluruhnya atau menurut banyak kerja yg dibuat semuanya); ~ halus kerja yg memerlukan kemahiran serta ketelitian; ~ kahwin segala kegiatan dan urusan yg berkaitan dgn perkahwinan; ~ kapal kerja di kapal (sbg anak kapal); ~ kasar kerja yg lebih memerlukan kekuatan tenaga drpd kemahiran; ~ kayu pertukangan kayu; ~ kosong bp jawatan yg belum dipenuhi, lowongan kerja; ~ ladang kerja di ladang, (usaha) berladang; ~ lapangan kajian saintifik yg dijalankan di luar bilik darjah, makmal atau pejabat utk mendapatkan data, maklumat, dsb (bagi tujuan tertentu); ~ latihan sesuatu yg dibuat utk memahirkan diri atau utk mendapatkan pengalaman; ~ lembur kerja yg dibuat di luar waktu pejabat; ~ luar a) kerja selain kerja atau tugas biasa (dibuat utk menambah pendapatan); b) kerja yg dibuat di luar pejabat atau tempat kerja yg lazim; ~ mengikut peraturan kerja yg dijalankan tidak lebih drpd (atau secara terperinci mengikut) yg ditentukan oleh peraturan kerja; ~ paksa kerja yg diwajibkan melakukannya (sbg hukuman); ~ pejabat kerja pengurusan (pentadbiran dll) yg biasa dilakukan di pejabat; ~ raja sl kerja yg diwajibkan membuatnya (dgn tiada diberi upah), kerah, (pekerjaan) rodi; ~ rampaian berbagai-bagai kerja atau latihan utk memahirkan murid-murid dlm ilmu pelajaran yg berkenaan; ~ raya kerja-kerja pembinaan dan kejuruteraan oleh kerajaan utk faedah orang ramai (spt membina jalan raya, mengadakan bekalan air, dll); ~ sambilan kerja yg dibuat (secara sambilan) di samping kerja biasa atau kerja tetap yg lain; ~ sawah kerja di sawah, bersawah (bertanam padi); ~ sawat kerja yg dilakukan oleh pesawat (jentera); ~ sementara kerja utk jangka masa tertentu (bukan berterusan); ~ tangan kerja yg dibuat dgn tangan (spt anyam-menganyam, pertukangan, dsb); ~ tetap kerja yg berterusan (dilakukan oleh pekerja berjawatan tetap); ~ baik berimbauan, datang buruk (malang) berhamburan prb ketika hendak mengadakan kerja, baik dirundingkan terlebih dahulu, ketika timbul kemalangan, dibantu beramai-ramai; ~ raja dijunjung ~ kita (sendiri) dikelek prb kerja sendiri pun boleh dibuat di samping membuat kerja orang; ~ sebarang hubah, kasih sebarang tempat prb bekerja dgn tidak berperaturan; sedikit ~ banyak berantun prb orang yg malas; tidak ~ cari ~ prb orang yg sengaja melakukan sesuatu yg akhirnya menyusahkan dirinya juga; sekerja sama pekerjaan (terlibat dlm jenis kerja yg sama); kesatuan ~ kesatuan (perkumpulan atau pergabungan) pekerja yg terlibat dlm jenis kerja yg sama; bekerja 1. melakukan atau menjalankan sesuatu atau berbagai-bagai kegiatan (usaha, tugas, dsb) utk menghasilkan (menyelesaikan, menyediakan, dll) sesuatu: setiap pegawai dan kakitangan yg lain ~ bersungguh-sungguh utk menghasilkan sebuah kamus yg baik; beberapa orang buruh sedang ~ keras membaiki jalan raya; 2. mengusahakan sesuatu atau melibatkan diri dlm kegiatan tertentu utk mencari nafkah (memperoleh pendapatan): ada antara mereka yg menjadi pengemis kerana malas ~; sebahagian besar drpd siswazah itu sudah pun ~; 3. pergi (menghadirkan diri) ke tempat kerja spt pejabat dll dan menjalankan tugas dan tanggungjawab: saya bercuti selama tiga hari dan akan balik ~ pd hari Khamis; mengerjakan 1. membuat (menjalankan) sesuatu kerja atau pekerjaan, membuat (melakukan) sesuatu: taat sungguh ia ~ segala suruhan Tuhan; 2. = mengerjai ark mengusahakan: kebanyakan petani di kawasan itu ~ tanah-tanah sewa; ~ (mengerjai) mayat menyempurnakan mayat (spt memandikan, mengafaninya dll); 3. melaksanakan (tugas, rancangan, kewajiban, dll), menjalankan, melakukan: segala rancangan yg sudah teratur hendaklah dikerjakan segera; ~ haji (puasa, sembahyang, dll) naik haji (berpuasa, bersembahyang, dll); 4. menyudahi, menyelesaikan, menghabisi: kerjakan ini dahulu sebelum dibuat kerja lain; 5. menghabisi, membunuh: musuh yg menyeludup habis dikerjakan, satu pun tak ada yg hidup; 6. mengadakan serta mengurus majlis perkahwinan dll; terkerjakan terbuat, terlaksanakan, dapat dijalankan (dilakukan): susahnya terlalu sangat banyak kalau tiada ~ oleh paman; memperkerjakan menyuruh atau menempatkan (seseorang) bekerja (di): aku diperkerjakan selama beberapa bulan di dok perusahaan Bethleham Steel; pekerjaan 1. sesuatu yg dikerjakan (dilakukan, dibuat), perbuatan: ~mu membakar negeri Langkapuri itu juga bukan ~ laki-laki; 2. sesuatu yg dilakukan (harus dilakukan) sbg tanggungjawab, kewajiban, tugas: sempurnalah ~ yg dititahkan paduka ayahanda itu; ~nya membersihkan pekarangan rumah belum selesai; ~ Allah kewajiban kpd Allah; 3. sesuatu (usaha, kegiatan, dsb) yg dilakukan berterusan (dr sehari ke sehari) utk keperluan hidup, usaha atau kegiatan utk mendapatkan wang, pencarian: pd masa itu, bapaku memegang ~ tuan syahbandar Holanda; mereka semua mahukan ~ yg memberikan pendapatan yg besar; ~ kolar putih kerja spt yg dilakukan oleh golongan pengurusan (profesional, perkeranian, dsb, iaitu bukan kerja kasar yg memerlukan kekuatan tenaga); ~ tangan kerja membuat barang-barang dgn tangan (spt menganyam dll); 4. ark pergerakan atau perjalanan sesuatu: beliau menerangkan ~ jentera itu kpd pelawat-pelawat; 5. majlis (istiadat) perkahwinan dll: banyak dia berbelanja kerana ~ kahwin anaknya; ~ baik lekas-lekaskan, jangan ditimpa ~ buruk; ~ buruk lambat-lambatkan, untung-untung datang ~ baik prb Mn pekerjaan baik (spt pekerjaan kahwin) hendaklah disegerakan melakukannya supaya tidak ada apa-apa halangan (sebaliknya pekerjaan yg tidak baik hendaklah ditangguhkan supaya dapat difikirkan dgn lebih teliti); sepekerjaan sama (sejenis) pekerjaannya, sekerja; berpekerjaan mempunyai pekerjaan (pencarian); tidak ~ a) tidak mempunyai pekerjaan: banyak anak muda yg telah tamat persekolahan berkeliaran tidak ~; b) tidak berkepentingan; pengerjaan perihal (perbuatan, usaha, dsb) mengerjakan atau membuat sesuatu, cara (proses) melakukan sesuatu, pengolahan; ~ minyak pengolahan minyak; ~ utama Id perihal mengerjakan hitungan yg menjadi sendi atau asas segala hitungan (spt menambah, mengurangi, membahagi, dan memperbanyak); pekerja orang yg bekerja (lazimnya utk mendapat bayaran atau memperoleh pendapatan), orang yg memegang sesuatu jawatan (dlm perkhidmatan awam atau swasta): beberapa orang ~ telah diberhentikan perkhidmatan mereka oleh syarikat itu; badan ~ Id jawatankuasa (panitia) yg terdiri drpd beberapa ahli (pertubuhan dll) yg bertanggungjawab terhadap kerja sehari-hari; ~ bulanan (harian, mingguan) pekerja yg menerima bayaran tiap-tiap bulan (hari, minggu); ~ haram pekerja (biasanya rakyat negara asing) yg bekerja tanpa mendapat kebenaran pihak berkuasa yg berkenaan; ~ hukuman orang yg terpaksa bekerja kerana menjalani hukuman; ~ kabel orang yg kerjanya memasang atau membaiki kerosakan kabel; ~ lapangan orang yg membantu penyelidik, pakar dsb melakukan kerja lapangan; ~ lepas pekerja yg tidak tetap; ~ rencam pekerja yg membuat berbagai-bagai kerja kecil; pengerja orang yg mengerjakan atau mengusahakan sesuatu: orang kaya spt tuan tanah benar-benar berpengaruh ke atas penye | Kamus Dewan Edisi Keempat |