Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : badan yg terdiri drpd sekumpulan orang yg dilantik oleh para pemegang saham utk membuat dasar yg mesti dilaksanakan oleh pihak pengurusan syarikat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lembaga (kata nama)
1. Bersinonim dengan benih: janin, fetus, jauhar,

2. Bersinonim dengan acuan: cetakan

3. Bersinonim dengan bayang-bayang

4. Bersinonim dengan perbadanan: majlis

Kata Terbitan : berpelembagaan, perlembagaan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
lembaga pengarahbadan yg terdiri drpd sekumpulan orang yg dilantik oleh para pemegang saham utk membuat dasar yg mesti dilaksanakan oleh pihak pengurusan syarikat;Kamus Dewan Edisi Keempat
pengarah urusanketua pegawai eksekutif sesebuah syarikat yg bertanggungjawab kpd lembaga pengarah dan terhadap seluruh pengurusan dan perjalanan syarikat tsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pengerusi1. ketua atau pengendali persidangan (mesyuarat dsb): Perdana Menteri menjadi ~ mesyuarat Jemaah Menteri; 2. pemimpin atau ketua jawatankuasa (pertu­buhan dll): ~ Lembaga Pengarah.Kamus Dewan Edisi Keempat
Tadbir urus korporat (Tadb)cara (tindakan atau sistem) mentadbir, mengurus, mengawal selia dsb dasar, fungsi, perjalanan dsb sesebuah organisasi (syarikat dsb) yg dipertanggung­jawabkan kpd Lembaga Pengarah;Kamus Dewan Edisi Keempat
tadbirurusan mengelola atau menjalankan sesuatu pejabat (kerajaan dll), tugas mengurus­kan sesuatu, pemerintahan: Tuan Kadi itu menjalankan ~nya; mangkubumi wazir yg em-punya ~ di dlm negeri Johor Darul Takzim; ~ urus korporat (Tadb) cara (tindakan atau sistem) mentadbir, mengurus, mengawal selia dsb dasar, fungsi, perjalanan dsb sesebuah organisasi (syarikat dsb) yg dipertanggung­jawabkan kpd Lembaga Pengarah;mentadbirkan mengurus dan menjalankan (pejabat dll), mengelolakan, memerintah: mereka ini haruslah mempunyai pengetahu­an asas utk mengelola dan ~ perpustakaan; baik buruknya pemerintahan sesebuah ne­geri bergantung pd keadaan pegawai-pega­wai yg ~ kerajaan negeri itu; tadbiran (sesuatu) yg ditadbirkan: bumi ~ manusia; pentadbiran perbuatan mentadbirkan, pe­­­ngelo­laan, pengurusan, pemerintahan: dgn adanya pegawai itu, ~ negara tetap berjalan dgn tidak putus-putus; pentadbir orang yg mentadbirkan, penge­lola, pengurus, pemerintah.Kamus Dewan Edisi Keempat
arah1 hala yg dituju; jurusan: Ketika keluar dr biliknya, dia menjeling ke ~ kami. ~ songsang jam arah yg berlawan dgn arah putaran jarum jam. 2 tujuan; maksud: berkata tidak tentu ~ berkata dgn tidak tentu maksudnya. mengarah pergi atau menghadap ke arah tertentu; menghala; menuju: Meriam-meriam itu telah dipasang ~ ke laut. mengarahkan 1 menggerakkan sesuatu ke arah; menghalakan; menujukan; menghadapkan: Sambil berundur hendak lari, penyamun itu ~ pistolnya kpd kami. 2 mengeluarkan perintah dsb kpd; memerintahkan: Kapten tsb ~ orang-orang bawahannya mengepung kubu pengganas itu. 3 memimpin perusahaan, jabatan dsb; mengurus; mengelolakan: Seorang yg berpengalaman selama beberapa belas tahun dilantik utk ~ syarikat perniagaan itu. arahan 1 pimpinan; kelolalan: Drama itu dipentaskan di bawah ~ Encik Kassim. 2 perintah: Kerajaan telah mengeluarkan ~ melarang bermain mercun. ~ komputer ist arahan yg diberikan kpd komputer utk melaksanakan tugas tertentu. pengarahan perihal, perbuatan dsb mengarah atau mengarahkan. pengarah orang yg mengarahkan; pengelola (dlm sesuatu jabatan dsb): ~ Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka. ~ urusan ketua pegawai eksekutif sesebuah syarikat yg bertanggungjawab kpd lembaga pengarah dan terhadap seluruh pengurusan dan perjalanan syarikat tsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pengarah eksekutifahli lembaga sesebuah syarikat yg juga merupakan staf (biasanya sepenuh masa) syarikat itu yg mempunyai tanggungjawab tertentu, mis yg berkaitan dgn kewangan dan pengeluaran;Kamus Dewan Edisi Keempat
kerusi1. sj tempat duduk yg ada kaki dan tempat bersandar (dan biasanya juga tempat meletakkan tangan); 2. ki kedudukan (dlm persidangan, Parlimen, dll), jawatan: parti pembangkang mendapat beberapa buah ~ dlm Majlis-Majlis Undangan Negeri; Malaysia telah melantik wakilnya utk menduduki ~ dlm Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu; berebut ~ berebut (menerusi pilihan raya dll) utk mendapat kedudukan dlm Parlimen (majlis undangan, persidangan, dll); 3. (Eko) keahlian seseorang atau organisasi dlm sesuatu bursa saham; ~ anjal sj kerusi yg dapat melentingkan juruterbang keluar dr pesawat ketika kecemas­an; ~ elektrik kerusi bercas elektrik tempat penjenayah menjalani hukuman mati; ~ goyang kerusi yg boleh bergoyang-goyang apabila diduduki orang; ~ lenting kerusi anjal; ~ malas kerusi yg menganjur panjang (utk berbaring); ~ panas ki a) kedudukan seseorang dlm sesuatu jawatan tertinggi yg me­merlukan seseorang itu memikul tanggung­jawab yg berat, berisiko tinggi serta perlu membuat keputusan dan tindakan dgn segera; b) jawatan atau kedudukan tertinggi dlm sesuatu persatuan, pertubuhan, pertandingan dll yg menjadi rebutan atau selalu bertukar ganti penjawatnya: ~ panas pengurus skuad badminton negara; ~ panjang kerusi yg panjang (digunakan sbg pembaringan atau tempat duduk bagi dua atau tiga orang); ~ rehat = ~ seti kerusi atau tempat duduk panjang (utk dua atau tiga orang); ~ roda sj kerusi beroda utk kegunaan orang cacat anggota atau orang sakit; ~ serang (Marin) sj kerusi kayu yg digunakan utk menurunkan atau menaikkan pekerja ketika menyenggara atau mengecat kapal; ~ tangan kerusi yg mempunyai pemegang di sisinya (utk meletakkan tangan); ~ urut kerusi yg direka bentuk khas utk mengurut bahagian tertentu badan secara getaran; mempengerusikan 1. menjadi atau berlaku sbg ketua persidangan (perhimpunan, me­syuarat, dsb), memimpin, atau mengendalikan mesyuarat dsb (supaya segala perbincangan dan urusan berjalan dgn licin dan teratur): Perdana Menteri membuat pengumuman demikian sejurus setelah ~ sidang mingguan kabinet; 2. mengetuai dan memimpin (per­tubuhan, suruhanjaya, jawatankuasa, dll): Suruhanjaya ini di pengerusikan oleh Hakim Besar; pengerusi 1. ketua atau pengendali persidangan (mesyuarat dsb): Perdana Menteri menjadi ~ mesyuarat Jemaah Menteri; 2. pemimpin atau ketua jawatankuasa (pertu­buhan dll): ~ Lembaga Pengarah.Kamus Dewan Edisi Keempat
pengarah urusanketua pegawai eksekutif sesebuah syari­kat yg bertanggungjawab kpd lembaga peng­arah dan terhadap keseluruhan pengu­rusan dan perjalanan syarikat;Kamus Dewan Edisi Keempat
lembaga1. bakal (manusia, tumbuhan dan binatang), benih, jauhar, asal mula (bagi sesuatu); ~ bisul mata (benih) bisul; ~ daun bakal daun; 2. bentuk yg mula-mula (yg asal), acuan atau cetakan; 3. bentuk sesuatu benda (yg kurang jelas rupanya): kami hanya melihat ~-~ mereka dr jauh; 4. perbadanan yg menjalankan sesuatu tugas: pegawai daerah itu juga menjadi ketua dan pengerusi L~ Bandaran; L~ Pelabuhan; 5. ketua suku (di Negeri Sembilan): maka berhimpunlah penghulu yg empat suku serta ~ yg dua belas suku; ~ pengarah badan yg terdiri drpd sekumpulan orang yg dilantik oleh para pemegang saham utk membuat dasar yg mesti dilaksanakan oleh pihak pengurusan syarikat; memperlembagakan menjadikan perlem­bagaan: percubaan utk ~ prosedur; perlembagaan undang-undang atau peraturan negeri, dasar pemerintah negeri: Malaya ber­satu padu dlm maksud mencapai kemerdekaan secara ~; berperlembagaan mempunyai (berlandas­kan, berpegang pd, dsb) perlembagaan: suatu prinsip asas yg ~ Islam.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas