| gabungan | 1. berkas, ikat(an): lidi-lidi yg diikat ini agak besar ~nya; 2. persatuan yg terjadi drpd ikatan (persekutuan) beberapa buah pertubuhan atau kesatuan: G~ Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung; 3. cantuman atau satuan yg terdiri drpd dua atau beberapa unsur dsb: ~ pemikiran antara ahli profesional drpd berbagai-bagai organisasi dan institusi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sapu I | 1. alat (drpd lidi, sabut, roman, dll) utk membersihkan lantai dll: dia membersihkan rumahnya dgn ~ lidi; 2. sesuatu yg digunakan utk membersihkan (mengesat, menghapus, dll); ~ jagat a) sj meriam besar; b) sj hantu hutan; ~ tangan a) kain segi empat (utk mengesat muka, peluh, dll); b) destar, setangan; ~ tangan menali ayam prb perihal kemis-kinan yg amat sangat; spt ~ (penyapu) diikat dgn benang sutera prb sesuatu yg tidak kena pd tempatnya; bersapu 1. (sudah) dibersihkan (dikesat dll) dgn sapu: bilik saya belum ~; 2. (sudah) dilumas (diratakan sesuatu pd permukaan-nya): bersama-sama susu lembu itu disedia-kannya juga tiga keping roti bakar ~ mentega; menyapu 1. membersihkan lantai dgn sapu: ~ lantai; 2. mengesat, menghapuskan, mengusap: sambil mengesat ia ~ air mata-nya; 3. = menyapu-nyapu mengesat-ngesat, menggosok-gosok, mengusap-usap: dilucut-kan kaca matanya, disapu kedua-dua belah matanya; 4. mencecah ke (kerana terlalu tinggi), sampai ke: di dlm gelubur, gemal-gemal padi tersusun hingga ~ alang pondok; 5. melumas (dgn cat, kapur, dll): rumah pengantin itu sedang dibaiki dan disapu cat; 6. melumur (bedak ke muka dll); 7. bp melenyapkan sama sekali (wang dll), me-ngambil habis, membinasakan sama sekali: wangnya habis disapu oleh Cik Rafeah; ~ bersih (licin) mengambil (memperoleh, me-menangi, dsb) kesemuanya; menyapukan 1. menyapu utk orang lain; 2. memakai sesuatu utk menyapu, menyapu dgn; 3. melumurkan (melumaskan, menggosokkan, dll) sesuatu pd (sesuatu permukaan dsb): maka oleh si pelulut ubat guna drpd Hang Nadim itu disapukannya pd tubuh Tun Teja; selepas pembersihan waktu hendak tidur, sapukan krim itu nipis-nipis pd muka dan leher; tersapu 1. sudah disapu, sudah dibersihkan; 2. (telah) dibinasakan (dirosakkan, dimusnah-kan, dll): haluan dan buritan masih berada di atas paras muka laut, tetapi bahagian tengah sudah ~ seluruhnya; sapuan 1. perihal (perbuatan dsb) menyapu: dia merasai sesuatu drpd ~ hujung rambut perempuan itu; 2. hasil menyapu; penyapu alat utk menyapu (membersihkan dll), sapu: sebatang ~ lidi dikeluarkannya; ~ ranjau kapal utk membersihkan ranjau di laut; disambut dgn ~ tak bersimpai prb dihalau keluar dr sesuatu majlis kerana dibenci orang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sisik I | 1. lapisan kulit yg berkeping-keping (pd ikan, ular, kaki ayam, dll): memang tuah ayam dan burung dapat dilihat drpd ~nya, tetapi tuah manusia siapa tahu; 2. ki corak atau ragam: engkau semua masih mentah, tidak mengenal ~ manusia; kurang ~, tinggal lidi di buku, kurang selidik, tinggal kaji di guru prb kalau kurang hatihati bekerja atau berusaha tidak ada hasilnya; minta ~ pd limbat prb menghendaki sesuatu yg tidak mungkin dapat; bersisik ada sisiknya, mempunyai sisik: dgn takdir Allah, dapatlah seekor ikan ~ emas bermatakan intan; menyisik, menyisiki 1. membuang sisik (dr ikan dll); 2. meraut buluh (lidi dll) supaya licin; 3. melihat tuah ayam sabungan pd sisik di kakinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| gabung | ikat, berkas: tiga ~ tebu;bergabung 1. terikat dlm satu berkas, berikat: batang-batang tebu yg ~; 2. bersama-sama menjadi atau bertindak sbg satu kumpulan (golongan): rakyat drpd berbagai-bagai kaum ~ utk menyuarakan ikrar kebangsaan; 3. bercantum atau bersekutu (menjadi satu, segolongan, atau sekelompok), bersatu: kalau parti tuan hendak berkuasa ada baiknya ~ dgn parti kami;menggabung 1. mengikat (beberapa batang tebu dll) menjadi satu, memberkas; 2. = menggabungkan;menggabungkan 1. mengikat (mengumpulkan) menjadi satu (seberkas); 2. mencantumkan (menyekutukan) dlm satu kumpulan atau golongan yg lebih besar, menyatukan: langkah-langkah yg diambil utk ~ badan-badan seni patutlah dipergiat lagi; ia mulai ~ semua perusahaan saudagar di bawah satu perbadanan; ~ diri dgn menyekutukan diri dgn, bersatu dgn, menyertai: orang-orang muda diminta ~ diri dgn angkatan bersenjata Malaysia; tergabung 1. terikat menjadi satu (seberkas), disatukan (dlm satu ikatan); 2. terikat (tercantum) dlm satu kumpulan (golongan) yg lebih besar;gabungan 1. berkas, ikat(an): lidi-lidi yg diikat ini agak besar ~nya; 2. persatuan yg terjadi drpd ikatan (persekutuan) beberapa buah pertubuhan atau kesatuan: G~ Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung; 3. cantuman atau satuan yg terdiri drpd dua atau beberapa unsur dsb: ~ pemikiran antara ahli profesional drpd berbagai-bagai organisasi dan institusi;pergabungan perihal bergabung (bercantum atau bersekutu): ~ beberapa buah pertubuhan dan persatuan;penggabungan perihal atau perbuatan menggabungkan (supaya menjadi satu ikatan atau perkumpulan yg besar): mesyuarat ~ badan-badan kesenian telah diadakan di Kuala Lumpur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |