| terima | bp mendapat, memperoleh, menyambut (sesuatu): kemudian ia hendak bayar kpd saya separuh, tiadalah saya mahu ~; (mengucapkan) ~ kasih (mengucapkan) syukur (kerana menerima sesuatu); ~ nasib berserah kpd takdir sahaja; ~ salah mengaku akan kesalahan diri; ~ syukur bersyukur kpd Tuhan; berterima ark (telah) diterima, (telah) dikabulkan; ~ kasih mengucapkan syukur; menerima 1. mengambil (mendapat, menadah, dll) sesuatu yg diberikan: adakah Yang Dipertuan telah ~ surat dua pucuk kelmarin?; 2. menyambut kedatangan orang (tetamu dll): kalau diketahui kami bukan orang India maka ia enggan ~ kedatangan kami; 3. = ~ baik meluluskan atau mengabulkan sesuatu per-mintaan (permohonan dll), menyetujui (sesuatu usul dll), membenarkan, mengesahkan: ketika dia datang meminang, ibuku tidak banyak olah utk ~nya; 4. mendapat atau menderita sesuatu (dgn berserah sahaja): ~ nasib; 5. berpendapat bahawa ..., memandang (sbg), menganggap (sbg): ia ~ jawabanku sbg penghinaan; 6. membenarkan masuk menjadi anggota (murid dll), mengizinkan (masuk dll): mereka pun diterima sbg anggota masyarakat kota itu; 7. bersetuju memegang sesuatu jawatan, mahu menjabat: beliau telah ~ tawaran utk bekerja sbg pengurus di syarikat itu; ~ panjang tangan, menghulur sekali belum prb perangai orang yg tamak hanya mahu menerima pemberian orang sahaja tetapi tidak mahu memberi; menerimakan menyerahkan supaya diterima, memberikan; penerimaan 1. perihal (perbuatan dsb) menerima, penyambutan: bayaran dan ~ barang-barang yg dibeli; 2. sambutan, nilaian, peng-hargaan: bagaimana pendapat saudara tentang ~ rakyat kami terhadap rombongan kebudayaan saudara? 3. keizinan (masuk dll), kebenaran: beliau meminta supaya dihenti-kan ~ murid-murid darjah satu; 4. sikap terhadap, anggapan terhadap, tanggapan: janganlah tuan takut dan ngeri kpd kakang dan janganlah tuan salah ~; penerima 1. orang atau alat yg menerima sesuatu; pesawat ~ pesawat radio utk menangkap siaran radio; 2. mudah menangkap (ajaran dll), terang hati; 3. sentiasa berserah (kpd takdir dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| merenyukkan | mengumalkan, meremukkan: bunga itu direnyukkannya; mahu rasanya kepala Si Sudin itu direnyukkannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| terendam | 1. sudah direndam; 2. terbenam dlm air, tergenang; 3. ki tinggal lama di rumah (di suatu tempat dll); ~ sama basah, terampil sama kering prb sama-sama mahu mengerjakan sesuatu pekerjaan (baik ringan mahupun berat), sangat setia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| damba I | terlalu ingin (hendak, mahu) akan sesuatu: pd masa ini wanita Malaysia ~ akan hak yg sama dgn kaum lelaki; mendambakan terlalu inginkan (hendakkan, mahukan) sesuatu: ~ perdamaian yg abadi; perdambaan sesuatu yg diinginkan (dimahukan), keinginan, kemahuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| renyuk I | 1. kumal, berkerumuk (kain, kertas): nanti ~ pula pakaian yg sudah diseterika itu; 2. remuk: pondok buruk itu habis ~ dihempap batang kelapa yg tumbang; merenyukkan mengumalkan, meremukkan: bunga itu direnyukkannya; mahu rasanya kepala Si Sudin itu direnyukkannya; kerenyukan perihal atau keadaan renyuk; ronyok. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| cuci | bp mencuci. ~ darah a. ubat utk membersihkan darah. b. membersihkan darah dgn ubat. ~ mata a. membersihkan mata dgn air dll. b. bersenang-senang dgn melihat sesuatu yg indah. ~ muka a. membasuh muka. b. tempat membasuh muka. ~ perut ubat utk membersihkan perut. ~ tangan a. membasuh tangan. b. mangkuk tempat membasuh tangan. c. tidak mahu bertanggungjawab atau tidak mahu terlibat dlm sesuatu perkara atau hal orang lain. mencuci 1 menghilangkan kotoran dgn air dll; membersihkan; membasuh: ~ pakaian. 2 membersihkan sesuatu (dgn penyapu dll). ~ filem mengerjakan supaya sesuatu filem menjadi negatif atau positif. ~ gambar membuat gambar drpd filem yg sudah dicuci. mencucikan 1 mencuci utk orang lain. 2 ki memotong kulup; mengkhatankan; menyunatkan. cucian 1 apa-apa yg dicuci. 2 cara mencuci. pencucian 1 perbuatan atau hal mencuci. 2 tempat mencuci. pencuci 1 orang yg kerjanya mencuci; tukang cuci. 2 sesuatu yg digunakan utk mencuci: serbuk ~ kain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| tangguh I | tangguh I pengunduran waktu (utk mengerjakan sesuatu, membayar hutang, dll), penundaan waktu; tenggang-~ batasan waktu; bertangguh 1. minta tempoh, minta diundurkan waktu: wang bakinya ia ~; 2. berlambat-lambat, berlengah-lengah, ayal: dgn tiada ~ dan tiada tawar-menawar lagi si Tenggang telah membeli barang-barang itu; 3. tidak mahu, enggan: dia ~ menemui orang tua itu; 4. menunggu hingga ke masa lain, menanti: ayahanda ~lah dahulu tiga puluh dua hari menghimpunkan rakyat tentera ayahanda; bertangguh-tangguh selalu bertangguh, berlengah-lengah: dia juga sedar, waktu maghrib akan berakhir jika dia ~; agaknya sudah menjadi tabiatnya suka ~ apabila disuruh membuat sesuatu kerja; menangguhkan, mempertangguhkan 1. mengundurkan (waktu), menunda waktu (sampai, hingga): Dewan itu mempunyai peraturan-peraturan yg tertentu, peraturan ~ mesyuarat dan peraturan meluluskan undang-undang; 2. sengaja melambat-lambatkan, melengah-lengahkan (waktu dll), menghulur-hulur (waktu): perkara itu telah terlalu lama ditangguhkan; tertangguh tertunda, terhalang, terhenti, terlambat; pertangguhan janji (utk mengundurkan waktu), ~ waktu bayaran; penangguhan perihal menangguhkan (waktu dll): setiausaha pertubuhan itu menyatakan rasa dukacitanya di atas ~ mesyuarat itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| memudaratkan | 1. mendatangkan mudarat, membahayakan, merugikan: tiada sesiapa pun yg mahu ~ dirinya sendiri; 2. mendatangkan bahaya (bencana), membahayakan: kita telah membuat garam biasa yg tidak ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| memerlukan | 1. menjadikan perlu, memestikan, mewajibkan: ibu bapa digesa supaya ~ pelajaran bagi anak-anak mereka; 2. menghendaki (menghajatkan) sangat-sangat, mahu benar-benar: negara kita ~ banyak lagi doktor dan jurutera; 3. membuat sesuatu kerana memikir lebih perlu drpd perkara (kerja) lain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tumang II | ; menumang, menumangkan 1. tidak mahu menerima, menampik, menolak; tidak ~ lawan tidak memilih lawan, sangat berani; 2. berasa takut akan, gentar akan: apalah ditumangkan akan hal yg sekecil itu; 3. berasa bimbang atau khuatir: perkara biasa takkan kita ~kan; 4. sl membiarkan (tinggal), meninggalkan: jangan hamba seorang ditumangkan; tumang-menumang, tumang-menumangkan 1. tinggal-meninggalkan, biar-membiar-kan: sama lebur sama binasa, di manakan tumang-menumangkan; 2. saling berbantah (tidak muafakat), bertelagah: maka barang sesuatu bicara dan pekerjaan, hendaklah muafakat, jangan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |